Assalamua'laikum,
Permohonan adalah dibuka kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi pembantu perawat di Pusat Rawatan Islam Nur Ehsan Kuang. Butiran tawaran adalah seperti berikut:
Jawatan : Pembantu Perawat - 2 kekosongan
Skop kerja : Membantu perawat dalam melakukan rawatan dan keperluan rawatan samada di klinik ataupun di tempat lain. Ini termasuk melakukan kerja-kerja pentadbiran yang berkaitan. Pembantu perawat juga diperlukan untuk mengendalikan rawatan asas seperti scanning gangguan, menyediakan kelengkapan rawatan, meruqyah bahan-bahan rawatan dll.
Tempoh : Pembantu perawat yang dipilih akan berkhidmat secara kontrak selama 2 tahun.
Keistimewaan : Pembantu perawat akan diajar secara mendalam berkenaan kaedah rawatan Akrine dan setelah tamat tempoh kontrak boleh memilih samada ingin terus dengan pusat rawatan atau membuka klinik sendiri.
Kelayakan : telah mengikuti kursus anjuran Akrine
Sesiapa yang berminat sila emailkan butiran peribadi ke akrine@yahoo.com sebelum atau pada 15hb. Oktober 2012. Permohonan yang layak akan dipanggil untuk temuduga.
Kursus Rawatan Islam - Perawat Mantap dan Hebat - Kuala Lumpur
-
Artikel ini memerlukan anda sedikit berfikir dan merenung atau bermuhasabah
diri. Diharap anda bersabar membacanya. Dan semoga Allah s.w.t memberikan
ke...
4 years ago
No comments:
Post a Comment