Friday, August 30, 2013

ANIS 2




Hari ini saya merawat dari pagi hinggalah ke petang. Rawatan secara temujanji memudahkan saya memberikan tumpuan kepada pesakit secara fokus untuk mengetahui masalah gangguan dan langkah-langkah penyelesaian. Saya terpaksa menolak kehadiran sekeluarga yang datang menaiki teksi kerana tidak ada temujanji. Mereka mungkin salah faham seolah-olah saya memilih pesakit tetapi sebenarnya ia lebih kepada keselesaan pesakit dan perawat.

Umum tidak tahu bahawa perawat sudah bertempur sekurang-kurangnya 2 kali sebelum rawatan diadakan. Apabila pesakit menelefon perawat, perawat sudah diserang oleh jin-jin yang mengganggu. Begitu juga apabila tarikh rawatan telah ditetapkan, biasanya jin yang mengganggu akan melakukakn “site visit” dan menguji serta menyelidiki kekuatan dan kelemahan perawat sebelum pesakit tiba. Apabila rawatan dijalankan sebenarnya itu pertempuran ketiga antara perawat dan jin-jin yang mengganggu pesakit. 

Pesakit istimewa yang saya nak kongsikan di sini adalah seorang wanita Puan A datang jauh dari Melaka bersama suami dan dua orang anak bujangnya. Mereka tersesat dalam perjalanan ke klinik saya atau mungkin sahaja disesatkan.Tidak kurang banyaknya kes seperti ini dan yang lebih dahsyat lagi ada yang kenderaan rosak dijalanan malah ada yang terlibat dalam perlanggaran di jalanraya.

Oleh kerana Puan A telah menggunakan tudung labuh berwarna hitam, saya tidak memintanya memakai telekung seperti pesakit yang lain. Puan A mohon ke bilik air sebaik sahaja giliran rawatannya tiba. Fenomena ini biasa dan itu adalah petanda jin-jin yang ditubuh pesakit agak takut berdepan dengan perawat.

Seperti biasa rawatan dimulakan dengan bacaan ayat-ayat ruqyah sambil saya memegang rotan. Puan A memejamkan matanya, saya minta agar dia jangan memejamkan mata kerana pesakit yang memejamkan mata mudah kerasukan. Saya mahu Puan A melakukan teknik azab terlebih dahulu sebelum dia hilang kawalan atau kerasukan.

Selesai puan A melakukan teknik azab, saya lakukan aksi baling ke arahnya. Puan A terus kerasukan dan siap nak bersilat dengan gaya tangan seorang pendekar. Saya pukul rotan kepada bantal bersebelahan saya sambil berdoa dan membaca ayat ruqyah, puan A mundur ke belakang dan ia menggigil ketakutan. Saya katakan kepada jin di tubuh puan A yang saya tak mahu bertarung dengannya. Saya suruh dia memanggil ketuanya muncul ke depan untuk berdialog dengan saya.

Dari seorang pesilat puan A bertukar ke watak menjadi seorang sami budha dengan merapatkan kedua tangannya seperti amalan penyembahan. Puan A bercakap dalam bahasa siam! Ilham saya ketika itu bahawa pada tubuh puan A ada sekumpulan jin yang suka menarik jin lain masuk ke tubuh pesakit. Jin ini jin istimewa dan yang ini mestilah diselesaikan terlebih dahulu berbanding dengan kelompok-kelompok jin yang lain.
Saya ringkaskan dialog dengan jin siam ini dengan mengajaknya  mendalami Islam serta menghantar mereka ke destinasi pilihan.

Saya fokuskan kepada jin yang menarik jin lain untuk masuk ke tubuh puan A. Selepas berdoa dan membaca ruqyah tertentu saya rotan bantal di sebelah saya berkali-kali. Kali ini muncul jin yang berkata “ALLAHu Haq!” berkali-kali. Kemudian dia bercakap dalam bahasa arab.

Saya tanya dia “min aina jikti?” yang bermakna “kamu datang dari mana?”. Jin itu menjawab yang dia datang dari Tana’im. “Tana’im!” Jerit saya terperanjat. Tana’im terletak di Mekah tempat memulakan niat umrah. Dia terus bercakap dalam bahasa arab dan saya menyuruhnya keluar dan pulang ke Tana’im “takhruj wa tarji’ ila Tana’im bi izniLLAH”. Saya juga bertanya apakah dia ada ketua dan minta ketua dia muncul ke depan. “Aina raisuki?” kemudian muncul jin berwatak wanita arab sehingga saya merasakan puan A adalah bukan lagi keturunan Hang Tuah tetapi wanita arab. Dia memperkenalkan dirinya sebagai Fatimah. Saya arahkan Fatimah menyuruh semua anak buahnya untuk berkumpul di hujung kaki untuk ditarik keluar dan pulang ke Tana’im. Akhirnya mereka dipulangkan ke Tana’im.

Apabila sedar puan A menceritakan peristiwa yang berlaku semasa melakukan umrah pada tahun 2004. Beliau terpisah dengan suaminya ketika menaikki van dari Mekah ke Tana’im. Apabila sampai ke Tana’im ia disambut oleh seorang wanita arab. Puan A juga terpandang wanita arab yang sama sedang mengutip kaca semasa di Mekah. Puan A bertemu sekali lagi semasa mahu melakukan sa’ie. Wanita arab ini membawanya mengerjakan sa’ie sehinggalah selesai dan memotongkan rambutnya bertahalul. Akhirnya wanita arab ini membuka hijabnya, memperkenalkannya dirinya sebagai Fatimah. Mereka berpelukan sebagai tanda persahabatan kemudian Fatimah ghaib begitu sahaja....

No comments:

Post a Comment