Friday, September 20, 2013
Friday, August 30, 2013
ANIS 2
Hari ini saya merawat dari pagi hinggalah ke petang.
Rawatan secara temujanji memudahkan saya memberikan tumpuan kepada pesakit
secara fokus untuk mengetahui masalah gangguan dan langkah-langkah
penyelesaian. Saya terpaksa menolak kehadiran sekeluarga yang datang menaiki
teksi kerana tidak ada temujanji. Mereka mungkin salah faham seolah-olah saya
memilih pesakit tetapi sebenarnya ia lebih kepada keselesaan pesakit dan
perawat.
Umum tidak tahu bahawa perawat sudah bertempur
sekurang-kurangnya 2 kali sebelum rawatan diadakan. Apabila pesakit menelefon
perawat, perawat sudah diserang oleh jin-jin yang mengganggu. Begitu juga
apabila tarikh rawatan telah ditetapkan, biasanya jin yang mengganggu akan
melakukakn “site visit” dan menguji serta menyelidiki kekuatan dan kelemahan
perawat sebelum pesakit tiba. Apabila rawatan dijalankan sebenarnya itu
pertempuran ketiga antara perawat dan jin-jin yang mengganggu pesakit.
Pesakit istimewa yang saya nak kongsikan di sini
adalah seorang wanita Puan A datang jauh dari Melaka bersama suami dan dua
orang anak bujangnya. Mereka tersesat dalam perjalanan ke klinik saya atau
mungkin sahaja disesatkan.Tidak kurang banyaknya kes seperti ini dan yang lebih
dahsyat lagi ada yang kenderaan rosak dijalanan malah ada yang terlibat dalam
perlanggaran di jalanraya.
Oleh kerana Puan A telah menggunakan tudung labuh
berwarna hitam, saya tidak memintanya memakai telekung seperti pesakit yang
lain. Puan A mohon ke bilik air sebaik sahaja giliran rawatannya tiba. Fenomena
ini biasa dan itu adalah petanda jin-jin yang ditubuh pesakit agak takut
berdepan dengan perawat.
Seperti biasa rawatan dimulakan dengan bacaan
ayat-ayat ruqyah sambil saya memegang rotan. Puan A memejamkan matanya, saya
minta agar dia jangan memejamkan mata kerana pesakit yang memejamkan mata mudah
kerasukan. Saya mahu Puan A melakukan teknik azab terlebih dahulu sebelum dia
hilang kawalan atau kerasukan.
Selesai puan A melakukan teknik azab, saya lakukan
aksi baling ke arahnya. Puan A terus kerasukan dan siap nak bersilat dengan
gaya tangan seorang pendekar. Saya pukul rotan kepada bantal bersebelahan saya
sambil berdoa dan membaca ayat ruqyah, puan A mundur ke belakang dan ia
menggigil ketakutan. Saya katakan kepada jin di tubuh puan A yang saya tak mahu
bertarung dengannya. Saya suruh dia memanggil ketuanya muncul ke depan untuk
berdialog dengan saya.
Dari seorang pesilat puan A bertukar ke watak
menjadi seorang sami budha dengan merapatkan kedua tangannya seperti amalan
penyembahan. Puan A bercakap dalam bahasa siam! Ilham saya ketika itu bahawa
pada tubuh puan A ada sekumpulan jin yang suka menarik jin lain masuk ke tubuh
pesakit. Jin ini jin istimewa dan yang ini mestilah diselesaikan terlebih
dahulu berbanding dengan kelompok-kelompok jin yang lain.
Saya ringkaskan dialog dengan jin siam ini dengan
mengajaknya mendalami Islam serta
menghantar mereka ke destinasi pilihan.
Saya fokuskan kepada jin yang menarik jin lain untuk
masuk ke tubuh puan A. Selepas berdoa dan membaca ruqyah tertentu saya rotan
bantal di sebelah saya berkali-kali. Kali ini muncul jin yang berkata “ALLAHu
Haq!” berkali-kali. Kemudian dia bercakap dalam bahasa arab.
Saya tanya dia “min aina jikti?” yang bermakna “kamu
datang dari mana?”. Jin itu menjawab yang dia datang dari Tana’im. “Tana’im!”
Jerit saya terperanjat. Tana’im terletak di Mekah tempat memulakan niat umrah.
Dia terus bercakap dalam bahasa arab dan saya menyuruhnya keluar dan pulang ke
Tana’im “takhruj wa tarji’ ila Tana’im bi izniLLAH”. Saya juga bertanya apakah
dia ada ketua dan minta ketua dia muncul ke depan. “Aina raisuki?” kemudian
muncul jin berwatak wanita arab sehingga saya merasakan puan A adalah bukan
lagi keturunan Hang Tuah tetapi wanita arab. Dia memperkenalkan dirinya sebagai
Fatimah. Saya arahkan Fatimah menyuruh semua anak buahnya untuk berkumpul di
hujung kaki untuk ditarik keluar dan pulang ke Tana’im. Akhirnya mereka
dipulangkan ke Tana’im.
Apabila sedar puan A menceritakan peristiwa yang
berlaku semasa melakukan umrah pada tahun 2004. Beliau terpisah dengan suaminya
ketika menaikki van dari Mekah ke Tana’im. Apabila sampai ke Tana’im ia
disambut oleh seorang wanita arab. Puan A juga terpandang wanita arab yang sama
sedang mengutip kaca semasa di Mekah. Puan A bertemu sekali lagi semasa mahu melakukan
sa’ie. Wanita arab ini membawanya mengerjakan sa’ie sehinggalah selesai dan
memotongkan rambutnya bertahalul. Akhirnya wanita arab ini membuka hijabnya,
memperkenalkannya dirinya sebagai Fatimah. Mereka berpelukan sebagai tanda
persahabatan kemudian Fatimah ghaib begitu sahaja....
Saturday, August 24, 2013
KIRI TAHAP 2 dan MIPA
Assalamualaikum wbt,
Selamat meraikan eidul fitri, taqabbalaLLahu minna wa minkum kepada semua pengunjung blog ini.
Di saat kita merayakan kemenangan berjaya menjalani ibadah puasa, kita juga amat terkesan dengan apa yang berlaku trehadap ummat Islam di Mesir, Syria. Palestin dan lain-lain negara. Keyakinan kita ialah Allah lebih mengetahui apakah kita hanya dibiarkan mengatakan kita beriman, sedangkan kita belum lagi diuji? Doa kita panjatkan kepada Allah semoga umat Islam sentiasa bersabar di atas dugaan ini serta menguatkan daya juang sehingga tertegak semula khalifah Islam.
KIRI Tahap 2
Insya ALLAH kursus ini akan diadakan pada 7-8hb. Sept ini di Dewan Burhanuddin Helmi, Lorong Beringin, Kuang.
Kursus ini adalah sambungan kepada Tahap 1dan mana-mana perawat yang pernah mengikuti kursus Akrine yang dikendalikan oleh saya.
Kursus ini akan bermula jam 8.30 pagi untuk pendaftaran.
Sila sms nama penuh, lokaliti dan tarikh/tempat kursus tahap 1 ke 019-7584801 sebelum 1 sept 2013.
Sebarang arahan akan diberi setelah penerimaan menyertai kursus.
MIPA 2013
Majlis Ijtimak Perawat Akrine akan diadakan pada 15hb. Sept. 2013 bertempat di D'Puncak Lui, Batu 23, Kg, Sg. Lui, Hulu Langat bermula jam 9.00 pagi dan selesai jam 3.00 petang, insya Allah.
Tujuan perhimpunan ini adalah untuk mengukuhkan lagi ikatan silaturrahim antara perawat lama dan baru.
Antara pengisian yang dicadangkan adalah penauliahan kendalian MEDISEN (Teknik Merawat Diri Sendiri) dan pelancaran KIRI Tahap 3.
Semua yang pernah mengikuti kursus anjuran Akrine adalah dijemput hadir. Bayaran RM100.00 dikenakan bagi tujuan penyewaan kemudahan dan makan minum.
Sila sms penyertaan ke 019-7584801 sebelum 10hb. Sept, 213
Selamat meraikan eidul fitri, taqabbalaLLahu minna wa minkum kepada semua pengunjung blog ini.
Di saat kita merayakan kemenangan berjaya menjalani ibadah puasa, kita juga amat terkesan dengan apa yang berlaku trehadap ummat Islam di Mesir, Syria. Palestin dan lain-lain negara. Keyakinan kita ialah Allah lebih mengetahui apakah kita hanya dibiarkan mengatakan kita beriman, sedangkan kita belum lagi diuji? Doa kita panjatkan kepada Allah semoga umat Islam sentiasa bersabar di atas dugaan ini serta menguatkan daya juang sehingga tertegak semula khalifah Islam.
KIRI Tahap 2
Insya ALLAH kursus ini akan diadakan pada 7-8hb. Sept ini di Dewan Burhanuddin Helmi, Lorong Beringin, Kuang.
Kursus ini adalah sambungan kepada Tahap 1dan mana-mana perawat yang pernah mengikuti kursus Akrine yang dikendalikan oleh saya.
Kursus ini akan bermula jam 8.30 pagi untuk pendaftaran.
Sila sms nama penuh, lokaliti dan tarikh/tempat kursus tahap 1 ke 019-7584801 sebelum 1 sept 2013.
Sebarang arahan akan diberi setelah penerimaan menyertai kursus.
MIPA 2013
Majlis Ijtimak Perawat Akrine akan diadakan pada 15hb. Sept. 2013 bertempat di D'Puncak Lui, Batu 23, Kg, Sg. Lui, Hulu Langat bermula jam 9.00 pagi dan selesai jam 3.00 petang, insya Allah.
Tujuan perhimpunan ini adalah untuk mengukuhkan lagi ikatan silaturrahim antara perawat lama dan baru.
Antara pengisian yang dicadangkan adalah penauliahan kendalian MEDISEN (Teknik Merawat Diri Sendiri) dan pelancaran KIRI Tahap 3.
Semua yang pernah mengikuti kursus anjuran Akrine adalah dijemput hadir. Bayaran RM100.00 dikenakan bagi tujuan penyewaan kemudahan dan makan minum.
Sila sms penyertaan ke 019-7584801 sebelum 10hb. Sept, 213
Friday, May 24, 2013
Peserta KIRI Tahap1
Assalamua'alaikum.
Perhatian kpd semua yg telah berdaftar untuk mengikuti KIRI tahap 1 pada 1-2hb Jun ini. Sebahagian dari nama peserta tidak sempat direkodkan dari data dalam handphone. Handphone rosak dan data-data corrupted.
Oleh yg demikian diharap para peserta sms semula particulars bagi tujuan pengesahan.
Tindakan segera amat-amat dialukan. Tkasih.
Wassalam
Perhatian kpd semua yg telah berdaftar untuk mengikuti KIRI tahap 1 pada 1-2hb Jun ini. Sebahagian dari nama peserta tidak sempat direkodkan dari data dalam handphone. Handphone rosak dan data-data corrupted.
Oleh yg demikian diharap para peserta sms semula particulars bagi tujuan pengesahan.
Tindakan segera amat-amat dialukan. Tkasih.
Wassalam
Wednesday, April 24, 2013
Jin Undercover
oleh Abdul Majid Hassan
Harga: RM20.90/23.90
ISBN: 978-967-361-078-5
Tarikh Terbit: Mei 2013
Jumlah Muka Surat: 152
Harga termasuk pos: RM25.00/30.00
Bank in : 562740110528 Maybank
SMS alamat penghantaran ke :019-7584801
___Sinopsis_________________________________________________
Perkataan
“jin” dalam bahasa Arab bermakna “terlindung atau tersembunyi”. Ini
bermakna jin tidak boleh dilihat dengan mata kasar. Mengikut Syed Sabiq
dalam bukunya Al-qa’id al-Islamiah: jin ialah roh yang berakal,
mukalaf seperti manusia tetapi tidak mempunyai jasad seperti manusia,
tidak dapat dilihat dengan penglihatan, tidak dapat disaksikan bentuk
dan tabiat mereka yang asli dan mereka mempunyai kuasa tersendiri untuk
membentuk diri mereka.
Daripada
definasi “mereka mempunyai kuasa untuk membentuk diri mereka sendiri”,
bererti mereka boleh berubah bentuk kepada bentuk yang mereka
kehendaki.
Dan dijadikan jin daripada api yang tidak berasap – lidah api. (Surah ar-Rahman: 15)
Perbezaan antara jin dan manusia adalah pada tahap suhu. Biasanya, suhu badan manusia ialah antara 35oc hingga 37oc. Manakala suhu jin yang minimum ialah antara 100oc hingga ribuan darjah celsius. Suhu badan manusia tidak boleh melebihi 50oc.
Ini akan mengakibatkan manusia mati. Manusia tidak boleh menurunkan
suhu badannya dengan sendiri. Tetapi jin boleh menurunkan suhunya dengan
cara berubah bentuk sepertimana definasi yang nyatakan oleh Syed Sabiq.
Sunday, March 17, 2013
ANIS 1
Hari ini hujan turun renyai-renyai bermula jam 8.00
pagi tadi lagi. Seperti biasa rawatan hujung minggu dibuka bermula jam 9.30
pagi sehingga 12.30 tengahari. Oleh kerana hujan rakan-rakan perawat datang
agak lewat begitu juga pesakit.
Pesakit puan I tersenyum riang bersama temannya
kerana mendapati dia adalah pesakit pertama yang datang. Lebih-lebih lagi
sayalah sahaja perawat yang ada. Katanya dia memang berdoa agar saya yang
merawatnya kerana saya telah mengetahui rekod masalah gangguan yang
dihadapinya. Puan I berkemungkinan besar diserang sihir tafriq iaitu sihir yang
mahu agar suaminya menceraikannya. Hubungan mereka sentiasa tegang. Si suami
yang menjadi sasaran pesaing puan I walaupun diganggu tidak percaya kepada
gangguan malah menolak untuk dirawat. Puan I bernasib baik kerana mempunyai
jiran yang mahu membantu.
Jiran puan I pernah saya rawat anaknya yang suka
merempit. Seorang anak yang pada mulanya berkelakuan baik dihantar belajar di
sekolah tahfiz bertukar peribadi kepada seorang yang melawan orang tua, tidak
menjaga solat dan keluar malam. Setelah dirawat, alhamdulillah anak ini kembali
taat dan menumpukan pelajarannya. Apabila puan I menceritakan masalah yang
dihadapinya, jiran puan I mencadangkan agar puan I berjumpa dengan saya.
Siri rawatan sebelum ini saya berdialog dengan
jin-jin yang bercakap dalam loghat Indonesia. Setiap kali rawatan jin-jin ini
diajak masuk Islam dan dengan hidayah Allah mereka memeluk agama Islam.
Sehingga bila dirawat sahaja siri seterusnya jin-jin ditubuhnya telah
mengetahui bahawa saya akan mengajaknya masuk Islam sehingga jin-jin ini
berkata “aku tak mahu kamu rawat dia (puan I) sebab nanti kamu suruh anak buah
aku masuk Islam!” kata ketua jin sihir berkenaan.
Hari ini puan I minta saya merawat gangguan jin yang
dilihat ada pada suaminya.
Seperti biasa saya memulakan rawatan dengan memohon
ampun kepada Allah terhadap dosa-dosa saya diikuti dengan mengharapkan
perlindungan dan dipermudahkan rawatan saya. Saya berselawat tafrijiah dan
membaca al-Fatihah dengan suara yang boleh didengar oleh puan I. Saya memilih
membaca ayat kursi 9 waqaf sebagai ruqyah saya.
Selesai bacaan puan I kerasukan. Jin yang mengganggu
mengenalkan dirinya sebagai Hasan. Dia adalah jin Indon yang disuruh oleh
tuannya untuk mengganggu suami puan I. Oleh kerana Hasan beragama Islam dakwah
saya menjadi mudah. Saya tanya Hasan apakah puan I jahat? “Tidak” katanya. Dia
hanya mengambil upah dan dibayar dengan hidangan darah oleh tuannya. Saya kataka
yanga darah adalah najis bagi ummat Islam dan haram dimakan. Saya mengajaknya
bertaubat dan saya tawarkan dia perlindungan. Akhirnya dia setuju untuk
berpindah ke tempat yang saya cadangkan.
Puan I pun sedar semula.Saya mohon untuk periksa semula apakah benar puan I
sudah tidak ada gangguan lagi. Saya minta puan I mengikuti bacaan ayat kursi
saya dalam hati. Apabila tiba pada “wala yaudhuhu hipzuhuma wahual’aliyil
‘azim” saya suruh puan I genggam tangannya erat seolah-olah mencekik sesuatu.
Puan I kerasukan semula. Dia menggelepur seperti tercekik!
Jin ini memperkenalkan dirinya bahawa dia adalah jin saka milik S orang yang disyakki cuba
merampas suami puan I. Dia amat marah kepada saya kerana saya dapat mencari
kedudukannya pada tubuh puan I. Dia bersumpah akan berusaha gigih untuk memastikan
puan I berpisah dengan suaminya. Jin ini ajak saya bertempur dan saya sahut
cabarannya. Puan I sebenarnya sedar
tetapi tidak dapat mengawal dirinya. Saya serang jin ini dengan kaedah tertentu
dan kelihatan jin ini membina benteng dengan menggerakan tangan puan I
seolah-olah menghadang saya.
Beberapa kali puan I tumbang kerana jin ditubuhnya
tidak mampu berdepan dengan bantuan yang saya terima dari Allah. Saya bagi
peluang untuk dia bertaubat tetapi ternyata ego jin menguasai dirinya. Akhirnya
saya arahkan puan I untuk membaca “wala yaudhuhu hipzuhuma wahual’aliyil ‘azim”
dan menggenggam tangannya sekuat-kuat hatinya.
Akhirnya puan I seakan-akan mati dan sedar semula.
Saya minta dia mengucap dua kalimah syahadah dan bersyukur kepada Allah.
Rakan-rakan perawat yang lain telah ramai yang datang
begitu juga pesakit. Hari ini juga saya melihat hubungan pesakit si ibu dengan
anaknya. Bila si ibu batuk si anakpun akan batuk juga. Saya minta anak-anak
murid saya merawat secara serentak dan ternyata ada hubungannya secara jin
saka. Perawat-perawat saya menidurkan jin-jin ini. Saya tidak dapat membantu
kerana merawat pesakit-pesakit yang lain.
Kami juga melakukan pemagaran kawasan sebuah
syarikat secara pemagaran pelan lokasi syarikat berkenaan. Keyakinan kami
bahawa apapun kaedah pemagaran gangguan makluk halus mestilah dengan memohon
bantuan dari Allah dan kerana itu samada perlu turun ke tapak ataupun tidak ia
tidak menghalang bantuan dari Allah.
Monday, February 25, 2013
Pengumuman Utk KIRI Tahap 2
Assalamualaikum wbt,
InsyALLAH sekiranya PRU 13 tidak berlaku pada 23 dan 24hb. Mac ini KIRI Tahap 2 akan diadakan pada tarikh berkenaan.
Kepada semua peserta tahap 1 yang berhajat ke tahap 2 sila buat pengesahan kehadiran dengan menghantar SMS < KIRI 2 > danNAMA ke 019-7584801 dengan kadar yang segera.
Begitu juga peserta2 kursus sebelumnya.
Tarikh tutup permohonan adalah 7 hari sebelum tarikh kursus berkenaan. TKasih.
Wassalam
InsyALLAH sekiranya PRU 13 tidak berlaku pada 23 dan 24hb. Mac ini KIRI Tahap 2 akan diadakan pada tarikh berkenaan.
Kepada semua peserta tahap 1 yang berhajat ke tahap 2 sila buat pengesahan kehadiran dengan menghantar SMS < KIRI 2 > dan
Begitu juga peserta2 kursus sebelumnya.
Tarikh tutup permohonan adalah 7 hari sebelum tarikh kursus berkenaan. TKasih.
Wassalam
Thursday, February 14, 2013
Wednesday, February 13, 2013
Friday, January 18, 2013
Thursday, January 3, 2013
Mesyuarat Agong Akrine Yang Kedua
Assalamu’alaikum wbt.
InsyaALLAH pada 15 Rabi’ul Awwal 1434 bersamaan 27hb.
Januari 2013 ini AKRINE akan mengadakan mesyuarat Agongnya yang kedua di Kuang setelah persatuan ini ditubuhkan pada Nov 2011
yang lalu.
Mesyuarat Agong adalah keperluan perlembagaan maka
menjayakan mesyuarat merupakan kewajipan kepada semua ahli persatuan. Kehadiran
adalah fardhu kifayah dan adalah
satu dosa jika jemaah ini gagal menjalankan mesyuaratnya.
Mesyuarat agong bertujuan untuk melakukan muhasabah disamping
membincangkan hala-tuju persatuan.
Tahun ini berlaku pemilihan jawatankuasa yang akan memegang
amanahkepimpinan. Sejarah dengan jelas mencatatkan peristiwa mesyuarat dilakukan oleh para sahabat Nabi SAW untuk
memilih khalifah selepas kewafatan Baginda sedangkan beberapa sahabat yang lain
termasuk Ali ra menyempurnakan pengkebumuian Baginda. Apakah para sahabat
tidak cinta kepada Nabi SAW sehingga
tergamak membicarakan hal kepimpinan ummah sedangkan saidina Abu Bakar
ra adalah teman sejati Nabi SAW, saidina Umar ra pada suatu ketika menghunus pedangnya sekiranya
ada yang berani mengatakan Baginda wafat?
Sejarah ini jelas menunjukan bahawa isu kepimpinan adalah
suatu perkara yang besar dan merupakan awwaliyat dalam Islam.Oleh yang demikian, demi kelangsungan jemaah Akrine saya
menyeru semua ahli untuk meluangkan masa menjayakan mesyuarat agong kali ini.
Ingatlah pesanan saidina Umar ra “Tiada Islam tanpa jemaah,
tiada jemaah tanpa kepimpinan dan tiada kepimpinan tanpa ketaatan”
Di sini ada beberapa perkara yang saya ingin utarakan selaku penasihat kepada AKRINE.
Isu kepimpinan.
Saya yakin ahli-ahli sedang memikirkan siapakah yang layak menjadi AJK-AJK Akrine yang baru bagi memimpin Akrine untuk 2 tahun mendatang.
Ukhuwah dan ta’aruf kita tidak membolehkan kita mengenali secara rapat antara
satu sama lain pengamal-pengamal Akrine.
Budaya mengekalkan kepimpinan yang
sedia ada adalah merbahaya jika dilihat dari kesungguhan dan prestasi penjawat
semasa. Ada yang “terpaksa” memegang jawatan dan ada yang tidak memberikan
commitment kepada amanah yang ditanggung. Ada yang bersungguh tetapi tiada ilmu
dalam mengurus organisasi bersifat NGO ini. Tidak kurang juga yang terhalang
kerana gangguan-gangguan sebagai seorang perawat itu sendiri.
Saya mencadangkan agar pemilihan dibuat secara syura dimana ahli-ahli mencadangkan 10 orang AJK
tanpa melibatkan jawatan seperti Presiden, Naib Presiden, Bendahari, S/U dsb.
Penama-penama ini berserta dengan penasihat akan mengadakan mesyuaratnya yang
pertama bagi memutuskan penjawat jawatan-jawatan berkenaan. Mesyuarat juga
mestilah memberi mandat untuk AJK dan penasihat untuk melantik AJK tambahan
atau gantian sekiranya AJK yang dipilih terpaksa digugurkan oleh sebab-sebab
yang tidak dapat dielakkan.
Kaedah ini membolehkan semua melaksanakan hak masing-masing
disamping pemilihan kepimpinan yang lebih teliti.
Saya mohon mencadang.
Isu Kedudukan Ahli
Saya mencadangkan supaya mana-mana ahli yang memegang
jawatan dalam pertubuhan rawatan Islam yang lain agar tidak dipilih untuk
menjadi AJK AKRINE. Mana mungkin Pengerusi Darussyifa (contohnya) menjadi AJK Akrine!
Sepertimana yang dibincangkan semasa penubuhan Akrine,
tujuan persatuan adalah bagi membolehkan pengamal rawatan Akrine untuk berada
dalam satu jemaah. Kita juga tidak menghalang mana-mana pelatih Akrine untuk
menyertai pertubuhan lain malah menubuhkan persatuannya yang baru. Pelatih
Akrine yang juga mengikuti kursus-kursus anjuran pertubuhan lain bebas untuk
memilih pertubuhan kegemarannya.
Ini tidak dibolehkan di peringkat pimpinan. Apakah haluan yang akan
dibawanya jika dia adalah Presiden Akrine dalam masa yang sama dia adalah Naib
Presiden Darussalam (contohnya). Atau dia adalah AJK Akrine dalam masa dia
adalah presiden Darul Ansar (contohnya)?
Saya mohon mengusulkan ketetapan ini.
Hala-tuju Akrine
Akrine perlu mengukuhkan organisasinya. Banyak perkara yang
masih tidak digarap dengan baik seperti lantikan wakil negeri, program tahunan
yang tersusun, kedudukan ekonomi persatuan, isu keahlian dsb.
Selamat bersidang.....