Assalamua'alikum wbt. kepada semua perawat Akrine dan pembaca budiman,
Sedar tak sedar sudah 6 tahun saya menganjurkan kursus rawatan, sudah ribuan peserta kursus yang mengikuti kursus ini. Kita juga telah menubuhkan persatuan rawatan secara rasminya pada Jan. 2011 dengan keahlian yang makin bertambah.AlhamduliLLAH.
Apabila saya susuri gambar-gambar kursus dari tanpa tahap kepada KIRI 1 dan 2, jujur saya katakan saya tidak ingat bahawa wajah-wajah ini pernah bersama saya kecuali mereka yang masih berhubung dengan saya. Apakah anda masih merawat? Apakah anda telah "syahid"? Apakah anda telah berpisah dengan Akrine lalu menubuhkan jemaah anda sendiri?
Rawatan dan kerja-kerja membantu ummah terus berjalan.....
Nostalgia bersama perawat2 awal masih terasa baru.... dimanakah anda sekarang?
Saya berhasrat untuk berjumpa dengan mereka-mereka yang masih istiqamah dengan Akrine, mahu melihat junduLLAH yang belum "syahid" selepas penapisan demi penapisan diatur oleh ALLAH.
Bukan sekadar berjumpa tetapi mengukuhkan lagi ukhuwah sesama perawat disamping memantapkan lagi rawatan kerana perkembangan rawatan begitu pantas sehingga mereka yang telah lama berkursus mungkin tidak mengetahui rawatan semasa Akrine.
Lebih dari itu saya ingin memilih kumpulan teras bagi menyertai majlis syura Akrine. Ahli majlis syura ini akan dipilih melalui kursus pengukuhan tahap 3.Mereka yang lulus akan dipilih sebagai ahli majlis syura Akrine.
Insya ALLAH Kursus Pengukuhan Tahap 3 akan bermula pada 22hb. Mac 2014 diAkrine Kuang. Semua lepasan Akrine dari tahun 2007 sehingga Kiri 2 layak untuk memohon. Sila sms butiran anda (Nama, dari mana, tarikh @ tahun ikuti kursus) kepada 019-7584801 untuk permohonan.
Tarikh tutup adalah pada 15hb.Mac 2014.
Kursus Rawatan Islam - Perawat Mantap dan Hebat - Kuala Lumpur
-
Artikel ini memerlukan anda sedikit berfikir dan merenung atau bermuhasabah
diri. Diharap anda bersabar membacanya. Dan semoga Allah s.w.t memberikan
ke...
4 years ago
No comments:
Post a Comment