Followers

kursus

Kursus Rawatan Islam Terbaru

Tahap 1 : akan diadakan pada 19 - 20hb. September 2015 di Akrine Kuang

Kursus ini akan menekankan kepada perkara-perkara asas dalam rawatan Islam. Kursus ini sesuai bagi pelatih baru dan juga kepada pesakit yang mahu merawat dirinya sendiri.

Pada tahap ini, peserta akan diajar antaranya:

* Bagaimana alam jin
* Kaedah membenteng diri
* Teknik mengesan kehadiran jin
* Teknik racun
* Teknik dialog
* Teknik mengeluar jin (tarik guna serban / botol)
* Teknik mandian pesakit
* Teknik bakar batu-bata
* Akrionics
* Garis panduan merawat
* Latihan rawatan
Yuran adalah RM250.00 sahaja. Tempat adalah terhad. Hanya peserta Tahap 1 yang layak untuk mengikuti kursus Tahap 2

SMS butiran anda nama, alamat, pekerjaan kepada 019 758 4801

Tahap 2 : akan dimaklomkan

Pada tahap ini hanya bagi mereka yang telah mengikut kursus tahap 1 dan perawat-perawat (bekas pelatih Akrine) yang ingin mengulangkaji / mendalami teknik rawatan. Ia lebih menekankan kepada mereka yang benar-benar mahu menjadi seorang perawat.

Antara kandungan kursus adalah:

* Persiapan diri seorang perawat
* Keperluan bilik rawatan
* Teknik tikam
* Teknik baling
* Teknik tidurkan jin
* Teknik Kembara dan Rawat (TKR)
* Teknik Rotan Objek (TRO)
* Teknik ambil barang sihir
* Teknik Rawat Tanpa Sentuh Pesakit (RENTAP)
* Teknik Serkupan Azab (TSA)
* Keberkesan Rawatan
* Latihan

Yuran adalah RM250.00 sahaja (sila bank in ke Maybank Islamic 562740110528 Pusat Rawatan Islam Nur Ehsan)

Kursus bermula 8.30 pagi sehingga 5.00ptg

Sila sms nama, tempat tinggal, pekerjan dan tahap kursus yang dipohon ke 019-7584801

Tarikh tutup permohonan adalah seminggu sebelum tarikh kursus


Penginapan di tempat kursus bagi peserta lelaki (percuma) dan sesiapa yang memerlukan Homestay sila membuat tempahan( Homestay 1: Tn. Hj. Saad 0126794304 Homestay 2 : En. Majid 0136051892 Homestay 3: Tok 4 Taufik 0122670577) dengan kadar yang segera.

Hotel yang terdekat terdapat di TSB BBaru Sg. Buluh

Kusus Pengukuhan Tahap 3

Tarikh : 15hb. November 2014

Tempat : Dewan Burhanuddin Helmy, Kuang

Masa : 8.30 pagi hingga 5.00 petang

Yuran : RM100.00

Tuesday, May 12, 2009

Kebakaran dan kaitannya Dengan Gangguan Makhluk Halus

Email dari Sdra Sarji Kasim:


Asalamualaikum ustaz,


Petang tadi saya sempat berbincang dengan saudara Amni berkenaan hubungan rumah saya terbakar dan hubungan dengan makhluk halus. Saudara Amni juga sependapat dengan saya, bahkan dialah yang memulakan perbincangan. Menurutnya, memang ada hubungan. Menurutnya, elok juga dibincangkan dengan Ustaz mudah-mudahan ada pengajarannya. Saya akan terangkan urutan peristiwanya.


Pada 6 Mei 2009 saya telah dirawat oleh Saudara Amni kaedah TKR. Sebelumnya, saya juga merawat saudara Amni sekadar terdaya. Tempat rawatan di surau Sekolah Menengah Mengkarak jam 3 ptg.


Seperti biasa, saya telah mengembara ke dalam rumah saya (TKR). Alangkah terkejutnya saya apabila saya melihat di dalam rumah saya dipenuhi dengan mayat seakan-akan mayat yang bunuh diri. Lidahnya terjelir. Kadang-kadang mayat tersebut ketawa bila dibaca ayat-ayat Al-Quran. Namun demikian, apabila dibaca berulang kali mayat tersebut keluar dari rumah dan kini berbaris memanjang disepanjang jalan. Bahkan saya dapat mendengar katanya “lari kawan-kawan, panas ni” Dengan ayat yang tetentu semua mayat-mayat tersebut saya bom. Seterusnya saya memagar rumah saya di Bera.


Seterusnya saya mengembara ke dalam tubuh saya. Alangkah terkejutnya saya apabila seluruh tubuh saya dari kepala hingga kaki dipenuhi juga dengan mayat. Kaedah untuk mengutip satu persatu tentunya ambil masa yang panjang. Akhirnya, saya membuat keputusan untuk menggunakan bom untuk membersihkan seluruh tubuh saya. Saya juga memagar tubuh saya.


Selepas itu, saya mengembara ke rumah bapa mertua saya di Bukit Tinggi, Sumatera Barat. Hal yang sama juga berlaku. Seluruh rumah tersebut juga dipenuhi dengan mayat dan saya guna kaedah yang sama. Bila dibaca ayat-ayat tertentu (tentunya dalam zikir Tahsin) semua mayat tersebut keluar dan berbaris di luar di sepanjang jalan. Saya juga menggunakan kaedah bom untuk menghalau mayat-mayat tersebut. Seterusnya dengan bantuan perawat saya memagar rumah tersebut.


Selepas itu, saya mengembara ke dalam tubuh bapa mertua saya. Juga dipenuhi dengan mayat. Kaedah hampir sama saya gunakan untuk menghapuskan segala mayat-mayat tersebut. Akhirnya tubuh bapa mertua saya dapat dibersihkan. Tentunya, dengan izin Allah. Saya juga memagar tubuh bapa mertua saya. Isteri saya sempat menelefon dan katanya batuk makin berurangan. Alhamdulilah. Kalau sebelum ini boleh dikatakan batuknya 24 jam juga diiringi dengan sesak nafas.


Selepas itu kaedah ntuk mengesan OKS. OKS itu memang saya dapat melihat dengan jelas tapi saya tidak tahu apakah iu orang Indonesia atau Melayu. Jelasnya, saya tidak kenal. Pendek kepada cerita, saya berdoa semoga dia tidak mengingati lagi nama kami dan melupakan niat jahatnya kepada kami.


Kaedah untuk mengesan penyihir. Kali ini Allah tidak menampakkan si penyihir tapi yang jelas tempat tersebut adalah tokong Budha. Dua tempat iaitu patung Buddha berdiri dan duduk. Saya kenal tempat tersebut iaitu di Tumpat. Saya cuba menampar patung tersebut. Akhirnya patung tersebut hilang.


Selepas itu, perawat (Cikgu Amni) meminta agar saya kembara ke dalam tubuhnya. Di kepalanya, saya nampak terdapat duit syiling lama. Ada gambar orang botak memegang tombak. Bahagian perutnya pula terdapat banyak katak puru. Dengan tidak semena-mena saya ternampak jin mata sebiji (ala lanun) berada di depan pintu sekolah. Semuannya dapat dihalau dengan menggunakan ayat-ayat Al-Quran. Malangnya, saya tidak sempat kembara ke rumah saya, memandangkan masa terlalu lama dan saya bercadang untuk mengembara lain kali.


Jam 9.30 malam itu juga saya menerima panggilan telefon dari kakak mengatakan rumah


Saya terbakar. Subhanalah ,seakan tidak percaya dengan tadir yang berlaku. Akhirnya, saya membuat kesimpulan pulang keesokan pagi. Benda sudah terjadi. Terkejar-kejarpun tiada apa-apa makna.


Saya sampai di rumah saya hari hampir Maghrib. Masih ramai lagi saudara dan sahabat handai datang mengucapkan takziah. Anehnya, dada saya seakan sukar bernafas. Saya agak hairan sebab hampir 2 minggu saya tiada lelah. Akhirnya, saya membuat kesimpulan untuk tidur di rumah abang kira-kira 5 km dari rumah kebakaran. Jam 3.30 saya terbangun kerana dada saya seakan amat sukar untuk bernafas. Akhirnya, saya bertekad tidak makan ubat sebaliknya membaca ayat-ayat Al-Kursi dan ayat sihir. Allah swt memberikan ilham kpd saya agar mengembara dalam masa yang amat singkat. Saya membayangkan diri saya berada dihadapan saya. Saya menghembuskan di bahagian paru-paru dan tempat-tempat yang ada pergerakan dalam badan. Selesai sahaja saya menyelesaikan ayat-ayat tertentu saya muntah. Begitulah saya lakukan hampir setengah jam. Selepas itu, saya dapat bernafas secara normal. Alhamdulilah.


Keesokan harinya tentu keletihan. Selepas solat tubuh saya sambung tidur sehingga jam 10 pagi. Walaupun, kakak ada menelefon ada tetamu yg datang untuk berjumpa dengan saya, saya tidak dapat memenuhi permintaan tersebut. Selepas Jumaat, saya kembali ke tempat kejadian kebakaran tersebut. Sewaktu saya melihat kesan api, deria rasa yang diberikan Allah dapat merasakan sesuatu. Ada makhluk dan bilangannya amat banyak. Saya hanya mendiamkan diri, dan mengarahkan isteri saya agar banyak berselawat dan istighfar.


Melalui cerita jiran saya yang melalui kawasan rumah saya sekitar jam 6.30 ptg beliau dapat merasakan rumah saya ada sesuatu yang luar biasa. Bulu romanya meremang dan tidak pernah menyangka ada peristiwa besar pada malamnya.

Sewaktu keberangkatan pulang, saya berhajat untuk melihat cucu saudara yg baru lahir. Anehnya saya tidak dapat masuk ke arah jalan tersebut walaupun jalan tersebut sudah biasa. Untuk pengetahuan, rumah anak saudara saya itu tempat pengjian Al-Quran anak-anak kampung. Sepanjang jalan dari Jeli – Bera saya teramat mengantuk dan tidur beberapa kali kerana bimbangkan keselamatan. Dipertengahan jalan pula, tayar kereta belakang saya meletup. Syukurlah kami sekeluarga selamat. Inilah kali pertama tayar kereta saya pancit/meletup dalam perjalanan selama 10 tahun. Saya mengucapkan syukur kerana kejadian itu berlaku di tempat keramaian Malangnya, tidak ada seorang pun yang ingin bertanya khabar apatah lagi ingin membantu. Maklumlah, saya kurang kemahiran dalam hal ini apatah lagi keadaan jalan yang berbukit menyebabkan tayar simpanan amat sukar untuk dimasukkan. Saya terus membaca bismilah penggerak beberapa kali dan memohon kpd Allah agar ada orang datang membantu. Tidak lama kemudian, berhentilah sebuah kereta Merchedes dan nampak orangnya, jenis orang berada. Dialah yang membantu saya sehingga saya meneruskan perjalanan. Syukur kpd Allah. Kepada saudara yg tidak dikenali, semoga amalmu diberkati Allah.


Yang peliknya lagi, bila anak saya masuk ke dalam rumah saya dia terus mengadu sakit kepala. Kalau masuk angin, memang kami berhenti makan. Saya bangun solat tengah malam dan minta Tuhan menjauhkan kami dari segala malapetaka. Keesokan harinya, dia mengadu kepalanya tidak sakit lagi. Pada hari ini pulak (11. 05. 2009/ Isnin) saya kuatkan tekad untuk membuat posting dalam blog akrinebera walaupun tangan saya bergetar-getar seakan ada sesuatu yang menghalang saya berbuat demikinan. Balik dari mengajar, isteri saya mengadu sepanjang hari anak kecil saya menanggis. Sepanjang ptg saya berzikir dan anak saya berhenti menanggis. Alhamdulilah. Saya juga mengulangi memagar rumah kerana teringat kata-kata ustaz tempoh hari, konsep pagar sebenarnya boleh runtuh kalau sentiasa diserang.


Begitulah ceritanya, saya tidak tahu apakah kebakaran ini berpunca dari makhluk itu. Hanya Allah lebih mengetahui. Tetapi itulah rentetannya, masa kami melakukan TKR bersamaan dengan peristiwa kebakaran rumah saya pada malamnya. Memang, saya tidak sempat untuk memagar rumah dan Allah swt tidak memberi ilham kpd saya untuk berbuat demikian. Apakah sang penyihir sudah mengetahui bahawa rahsianya sudah terbongkar lalu berbuat sesuatu. Kita hanya boleh berandaian. Apapun semua perkara boleh terjadi dengan keizinanNya. Setiap kejadian itu ada hikmahnya. Takdir Allah adalah milik Allah dan kita tiak ada daya upaya untuk mengelakkanya. Semoga Allah memberi ketenangan, kesabaran, dan rezeki yang melimpah berkat keadian ini. Amin.


Sarji Kasim

Monday, May 11, 2009

Hulurkan Derma


Rumah sahabat kita sdra Sarji dari Akrine Bera telah musnah dijilat api baru-baru ini. Marilah kita hulurkan sumbangan tanda kebersamaan kita dengan beliau. Akaun Maybank 156075733742 SARJI BIN KASIM. JazakALLAHu khairan kathira

Saturday, May 9, 2009

Rehat Sekejap - Awas kena Spray Pepper Nanti!


Cerita lanjut layari : http://hanief.blogspot.com/2009/05/pusat-pusat-judi-berjaya-akan-ditutup.html

Friday, May 8, 2009

Gambar jin2 di Mudzalifah




Dari :http://gambarhantu.blogspot.com/2009/05/gambar-malaikat.html

BDJ di Harian Metro Hari ini

Ulat Buku: Misteri alam jin

Tajuk: Berdialog Dengan Jin - Diari Seorang Perawat

Penulis: Abd Majid Hassan


Penerbit: Hijjaz Records Publishing

Cetakan Pertama: 2009

Harga: Semenanjung Malaysia RM31.90/Sabah dan Sarawak RM33.90



SESETENGAH masyarakat begitu taksub dengan pelbagai kepercayaan tahyul dan cerita mistik, sehingga ia mem pengaruhi kehidupan harian mereka.

Tetapi, hakikatnya Allah s.w.t melalui firman-Nya dalam al-Quran dan Rasulullah s.a.w melalui sabdanya memberikan penerangan secara terperinci mengenai persoalan itu.

Buku Dialog Dengan Jin - Diari Seorang Perawat cuba membicarakan persoalan ini dengan gaya tersendiri apatah lagi ia membabitkan pengalaman penulis, Abd Majid Hassan, selaku perawat.

Beliau pernah muncul di rancangan Expose Mistik siaran untuk Astro Prima ketika merawat seorang pesakit.

Begitupun, penerbitan buku ini tidak bermaksud me nakut-nakutkan pembaca, malah jika diteliti, ia mengandungi ilmu bermanfaat untuk menghalang seseorang daripada diganggu jin dan syaitan.

Pelbagai subjek berkaitan makhluk halus dibicarakan, se perti alam iblis, syaitan, jin, saka, sihir dan qarin, di tambahkan dengan tip dan cara membentengi diri daripada serangan makhluk itu.

Qarin misalnya, iaitu istilah Arab yang bermakna teman atau rakan. Menurut penulis istilah qarin di sini bermaksud roh jahat yang berasal daripada kalangan makhluk halus yang mengiringi kelahiran seorang bayi.

Kewujudan qarin untuk menggoda manusia, menampakkan hal yang buruk dan jahat seolah-olah baik pada pandangan mata manusia.

Ia sentiasa berusaha menjerumuskan manusia dengan me ngajak mereka melakukan kemungkaran secara menggoda, merayu, memujuk dan menipu.

Saka pula merujuk kepada 'peninggalan' generasi terdahulu dan tandanya orang yang terkena saka seperti sukar meng hafal ayat al-Quran, malas berzikir, berpenyakit yang sukar diubati dan sakit dalam tempoh lama.

Pembaca dapat kaedah merawat saka melalui solat, zikir, berkawan dengan orang soleh dan membaca ma'thurat.

Banyak lagi tips yang boleh dikongsikan seperti mengenali tanda seseorang diganggu jin seperti bercakap seorang diri dan ketawa tanpa sebab, suara berubah ketika marah, mudah hilang akal, berjalan terhoyong-hayang dan cara makannya menjijikkan.

Buku ini memberi pembaca gambaran rahsia kehidupan misteri alam jin dan kaitannya dengan manusia.

Kedai Makan


Petang itu saya didatangi oleh 3 pekerja kedai makan tempat saya selalu membeli nasi ayam kalau tak sempat masak.

Ringkas cerita mereka mengadu pelanggan merosot dan mereka asyik nak bergaduh antara satu sama lain. Mereka juga akan gatal-gatal satu badan bila balik ke rumah. Lebih malang lagi apabila masakan mereka dengan 3 ekor kambing yang ditempah pelanggan reput sampai ke tulang sedangkan daging adalah masih fresh...

Saya pilih seorang daripada mereka yang terbatuk-batuk yang bertugas sebagai caterer untuk dirawat secara TKR.

Saya minta dia berada 10m dari kedai dan melihat ke arah kedai. Kedai agak gelap katanya. Saya suruh dia scan kawasan kedai dan menandakan kawasan "panas".

Teknik TKR menjejak OKS pula menampakan begitu ramai sekali OKS yang terlibat. Antaranya pekerja yang telah diberhentikan dan pekerja sedia ada. Saya pesan letakan kepercayaan hanya 50% dan tujuan utama adalah untuk mendoakan agar OKS "melupakan" kerja2 jahat mereka.

Pekerja yang digunakan untuk TKR juga mendapati dia kena santau dan kesan kemerahan dapat dilihatnya pada tekaknya. Pembersihan diri dan kedai dilakukan.

Saya bekalkan air untuk digunakan bagi menawar kawasan panas. Untuk pekerja pula saya minta mandi dengan Aromateraphy Akrine sebelum balik ke rumah.

Hari ini selepas solat Jumaat saya singgah untuk membeli lauk. Saya lihat semua meja penuh, lauk habis dan pekerja tersenyum kegirangan melayan pelanggan. Bilakah PhD orang melayu boleh dibuang sepenuhnya?

Ilmu Laduni -2

Ilmu kasyaf atau yang lebih dikenal dengan ilmu laduni (ilmu batin) tidaklah asing ditelinga kita, lebih – lebih lagi bagi siapa saja yang sangat erat hubungannya dengan tasawuf beserta tarekat-tarekatnya.

Kata sebagian orang: “Ilmu ini sangat langka dan sakral. Tak sembarang orang bisa meraihnya, kecuali para wali yang telah sampai pada tingkatan ma’rifat. Sehingga jangan sembrono untuk buruk sangka, apalagi mengkritik wali-wali yang tingkah lakunya secara dhahir menyelisihi syariat.

Wali-wali atau gus-gus itu beda tingkatan dengan kita, mereka sudah sampai tingkatan ma’rifat yang tidak boleh ditimbang dengan timbangan syari’at lagi”. Benarkah demikian? Inilah topik yang kita kupas pada kajian kali ini.

Hakikat Ilmu Laduni
Kaum sufi telah memproklamirkan keistimewaan ilmu laduni. Ia merupakan ilmu yang paling agung dan puncak dari segala ilmu. Dengan mujahadah, pembersihan dan pensucian hati akan terpancar nur dari hatinya, sehingga tersibaklah seluruh rahasia-rahasia alam ghaib bahkan bisa berkomunikasi langsung dengan Allah, para Rasul dan ruh-ruh yang lainnya, termasuk nabi Khidhir. Tidaklah bisa diraih ilmu ini kecuali setelah mencapai tingkatan ma’rifat melalui latihan-latihan, amalan-amalan, ataupun dzikir-dzikir tertentu.

Ini bukan suatu wacana atau tuduhan semata, tapi terucap dari lisan tokoh-tokoh tenar kaum sufi, seperti Al Junaidi, Abu Yazid Al Busthami, Ibnu Arabi, Al Ghazali, dan masih banyak lagi yang lainnya yang terdapat dalam karya-karya tulis mereka sendiri.
1. Al Ghazali dalam kitabnya Ihya’ Ulumuddin 1/11-12 berkata: “Ilmu kasyaf adalah tersingkapnya tirai penutup, sehingga kebenaran dalam setiap perkara dapat terlihat jelas seperti menyaksikan langsung dengan mata kepala … inilah ilmu-ilmu yang tidak tertulis dalam kitab-kitab dan tidak dibahas … “. Dia juga berkata: “Awal dari tarekat, dimulai dengan mukasyafah dan musyahadah, sampai dalam keadaan terjaga (sadar) bisa menyaksikan atau berhadapan langsung dengan malaikat-malaikat dan juga ruh-ruh para Nabi dan mendengar langsung suara-suara mereka bahkan mereka dapat langsung mengambil ilmu-ilmu dari mereka”. (Jamharatul Auliya’: 155)
2. Abu Yazid Al Busthami berkata: “Kalian mengambil ilmu dari orang-orang yang mati. Sedang kami mengambil ilmu dari Allah yang Maha Hidup dan tidak akan mati. Orang seperti kami berkata: “Hatiku telah menceritakan kepadaku dari Rabbku”. (Al Mizan: 1/28)
3. Ibnu Arabi berkata: “Ulama syariat mengambil ilmu mereka dari generasi terdahulu sampai hari kimat. Semakin hari ilmu mereka semakin jauh dari nasab. Para wali mengambil ilmu mereka langsung dari Allah yang dihujamkan ke dalam dada-dada mereka.” (Rasa’il Ibnu Arabi hal. 4)
Dedengkot wihdatul wujud ini juga berkata: “Sesungguhnya seseorang tidak akan sempurna kedudukan ilmunya sampai ilmunya berasal dari Allah ‘Azza wa Jalla secara langsung tanpa melalui perantara, baik dari penukilan ataupun dari gurunya. Sekiranya ilmu tadi diambil melalui penukilan atau seorang guru, maka tidaklah kosong dari sistim belajar model tersebut dari penambahan-penambahan. Ini merupakan aib bagi Allah ‘Azza wa Jalla – sampai dia berkata – maka tidak ada ilmu melainkan dari ilmu kasyaf dan ilmu syuhud bukan dari hasil pembahasan, pemikiran, dugaan ataupun taksiran belaka”.


Ilmu Laduni Dan Dampak Negatifnya Terhadap Umat


Kaum sufi dengan ilmu laduninya memiliki peran sangat besar dalam merusak agama Islam yang mulia ini. Dengannya bermunculan akidah-akidah kufur –seperti diatas – dan juga amalan-amalan bid’ah. Selain dari itu, mereka secara langsung ataupun tidak langsung terlibat dalam kasus pembodohan umat. Karena menuntut ilmu syar’i merupakan pantangan besar bagi kaum sufi. Berkata Al Junaidi: “Saya anjurkan kepada kaum sufi supaya tidak membaca dan tidak menulis, karena dengan begitu ia bisa lebih memusatkan hatinya. (Quutul Qulub 3/135)

Abu Sulaiman Ad Daraani berkata: “Jika seseorang menuntut ilmu hadits atau bersafar mencari nafkah atau menikah berarti ia telah condong kepada dunia”. (Al Futuhaat Al Makiyah 1/37)

Berkata Ibnul Jauzi: “Seorang guru sufi ketika melihat muridnya memegang pena. Ia berkata: “Engkau telah merusak kehormatanmu.” (Tablis Iblis hal. 370)
Oleh karena itu Al Imam Asy Syafi’i berkata: “Ajaran tasawuf itu dibangun atas dasar rasa malas.” (Tablis Iblis:309)

Tak sekedar melakukan tindakan pembodahan umat, merekapun telah jatuh dalam pengkebirian umat. Dengan membagi umat manusia menjadi tiga kasta yaitu: syariat, hakekat, dan ma’rifat, seperti Sidarta Budha Gautama membagi manusia menjadi empat kasta. Sehingga seseorang yang masih pada tingkatan syari’at tidak boleh baginya menilai atau mengkritik seseorang yang telah mencapai tingkatan ma’rifat atau hakekat.

Syubhat-Syubhat Kaum Sufi Dan Bantahannya


1. Kata laduni mereka petik dari ayat Allah yang berbunyi:


وَعَلَمَّنَاهُ مِنْ لَدُنَّا عِلْمًا

“Dan kami telah ajarkan kepadanya (Nabi khidhir) dari sisi Kami suatu ilmu”. (Al Kahfi: 65)
Mereka memahami dari ayat ini adanya ilmu laduni sebagaimana yang Allah anugerahkan ilmu tersebut kepada Nabi Khidhir. Lebih anehnya mereka meyakini pula bahwa Nabi Khidhir hidup sampai sekarang dan membuka majlis-majlis ta’lim bagi orang-orang khusus (ma’rifat).

Telah menjadi ijma’ (kesepakatan) seluruh kaum muslimin, wajibnya beriman kepada nabi-nabi Allah tanpa membedakan satu dengan yang lainnya dan mereka diutus khusus kepada kaumnya masing-masing. Nabi Khidhir diutus untuk kaumnya dan syari’at Nabi Khidhir bukanlah syari’at bagi umat Muhammad. Rasulullah bersabda:


كَانَ النَّبِيُّ يُبْعَثُ إِلَى قَوْمِهِ خَاصَّةً وَبُعِثْتُ إِلَى النَّاسِ عَامَّةً

“Nabi yang terdahulu diutus khusus kepada kaumnya sendiri dan aku diutus kepada seluruh umat manusia” (Muttafaqun ‘alaihi)

Allah berfirman:


وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلاَّ كَافَّةً لِلنَّاسِ بَشِيرًا وَنَذِيرًا وَلَكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لاَ يَعْلَمُونَ

“Dan Kami tidak mengutus kamu (Muhammad), melainkan kepada seluruh umat manusia sebagai pembawa berita gembira dan peringatan”. (As Saba’: 28)


Adapun keyakinan bahwa Nabi Khidhir masih hidup dan terus memberikan ta’lim kepada orang-orang khusus, maka bertentangan dengan Al Qur’an dan As Sunnah. Allah berfirman:


وَمَا جَعَلْنَا لِبَشَرٍ مِنْ قَبْلِكَ الْخُلْدَ أَفَإِنْ مِتَّ فَهُمُ الْخَالِدُونَ

(artinya) “Kami tidak menjadikan hidup abadi bagi seorang manusiapun sebelum kamu (Muhammad). (Al Anbiya’: 34)


Rasulullah bersabda:


مَا مِنْ مَنْفُوْسَةٍ اليَوْمَ تَأْتِيْ عَلَيْهَا مِائَةُ سَنَةٍ وَهِيَ يَوْمَئِذٍ حَيَّةٌ

“Tidak satu jiwapun hari ini yang akan bertahan hidup setelah seratus tahun kedepan”. (H.R At Tirmidzi dan Ahmad)

Adapun keyakinan kaum sufi bahwa seseorang yang sudah mencapai ilmu kasyaf, akan tersingkap baginya rahasia-rahasia alam ghaib. Dengan cahaya hatinya, ia bisa berkomunikasi dengan Allah, para Rasul, malaikat, ataupun wali-wali Allah. Pada tingkatan musyahadah, ia dapat berinteraksi langsung tanpa adanya pembatas apapun.


Cukup dengan pengakuannya mengetahui ilmu ghaib, sudah bisa dikatakan ia sebagai seorang pendusta. Rasul Shalallahu ‘alaihi wassalam adalah seorang yang paling mulia dari seluruh makhluk Allah, namun Nabi Shalallahu ‘alaihi wassalam tidaklah mengetahui ilmu ghaib kecuali apa yang telah diwahyukan kepadanya.


قُلْ إِنْ أَدْرِي أَقَرِيبٌ مَا تُوعَدُونَ أَمْ يَجْعَلُ لَهُ رَبِّي أَمَدًا ﴿٢٥﴾ عَالِمُ الْغَيْبِ فَلاَ يُظْهِرُ عَلَى غَيْبِهِ أَحَدًا

“Dia (Allah) yang mengetahui ilmu ghaib, maka Dia tidak memperlihatkan seseorangpun tentang yang ghaib kecuali dari para rasul yang diridhai-Nya”. (Al Jin: 25-26)

Apalagi mengaku dapat berkomunikasi dengan Allah atau para arwah yang ghaib baik lewat suara hatinya atau berhubungan langsung tanpa adanya pembatas adalah kedustaan yang paling dusta. Akal sehat dan fitrah suci pasti menolaknya sambil berkata: “Tidaklah muncul omongan seperti itu kecuali dari orang stres saja”. Kalau ada yang bertanya, lalu suara dari mana itu? Dan siapa yang diajak bicara? Kita jawab, maha benar Allah dari segala firman-Nya:


هَلْ أُنَبِّئُكُمْ عَلَى مَنْ تَنَزَّلُ الشَّيَاطِينُ ﴿٢٢١﴾ تَنَزَّلُ عَلَى كُلِّ أَفَّاكٍ أَثِيمٍ ﴿٢٢٢﴾ يُلْقُونَ السَّمْعَ وَأَكْثَرُهُمْ كَاذِبُونَ ﴿٢٢۳﴾

“Apakah akan Aku beritakan, kepada siapa syaithan-syaithan itu turun? Mereka turun kepada tiap-tiap pendusta lagi banyak dosa, mereka menghadapkan pendengaran (kepada syaithan) itu, dan kebanyakan mereka orang-orang pendusta”. (Asy Syu’ara: 221-223)

2. Sebagian kaum sufi berkilah dengan pernyataannya bahwa ilmu laduni (Al Kasyaf) merupakan ilham dari Allah (yang diistilahkan wangsit). Dengan dalih hadits Nabi Muhammad:


إِنَّهُ قَدْ كَانَ قَبْلَكُمْ فِيْ الأَمَمِ مُحَدَّثُوْنَ فَإِنْ يَكَنْ فِيْ أُمَّتِي أَحَدٌ فَعُمَر

“Dahulu ada beberapa orang dari umat-umat sebelum kamu yang diberi ilham. Kalaulah ada satu orang dari umatku yang diberi ilham pastilah orang itu Umar.” (Muttafaqun ‘alaihi)

Hadits ini sama sekali tidak bisa dijadikan hujjah bagi mereka. Makna dhohir hadits ini, menunjukkan keberadaan ilham itu dibatasi dengan huruf syarat (kalaulah ada). Maksudnya, kalaupun ada pada umat ini, pastilah orang yang mendapatkan ilham adalah Umar Ibnul Khathab. Sehingga beliau digelari al mulham (orang yang mendapatkan ilham). Dan bukan menunjukkan dianjurkannya cari wangsit, seperti petuah tokoh-tokoh tua kaum sufi. Bagaimana mereka bisa memastikan bisikan-bisikan dalam hati itu adalah ilham? Sementara mereka menjauhkan dari majlis-majlis ilmu yang dengan ilmu syar’i inilah sebagai pemisah antara kebenaran dengan kebatilan.

Mereka berkilah lagi: “Ini bukan bisikan-bisikan syaithan, tapi ilmu laduni ini merubah firasat seorang mukmin, bukankah firasat seorang mukmin itu benar? Sebagaimana sabda Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalam: “Hati-hati terhadap firasat seorang mukmin. Karena dengannya ia melihat cahaya Allah”. (H.R At Tirmidzi)
Hadits ini dho’if (lemah), sehingga tidak boleh diamalkan. Karena ada seorang perawi yang bernama Athiyah Al Aufi. Selain dia seorang perawi yang dho’if, diapun suka melakukan tadlis (penyamaran hadits).

Singkatnya, ilham tidaklah bisa mengganti ilmu naqli (Al Qur’an dan As Sunnah), lebih lagi sekedar firasat. Ditambah dengan adanya keyakinan-keyakinan batil yang ada pada mereka seperti mengaku mengetahui alam ghaib, merupakan bukti kedustaan diatas kedustaan. Berarti, yang ada pada kaum sufi dengan ilmu laduninya, bukanlah suatu ilham melainkan bisikan-bisikan syaithan atau firasat rusak yang bersumber dari hawa nafsu semata. Disana masih banyak syubhat-syubhat mereka, tapi laksana sarang laba-laba, dengan fitrah sucipun bisa meruntuhkan dan membantahnya.

Hadits-Hadits Dho’if Dan Palsu Yang Tersebar Di Kalangan Umat

Hadits Ali bin Abi Thalib:


عِلْمُ الْبَاطِنِ سِرٌّ مِنْ أَسْرَارِ اللهِ عَزَّ وَجَلَّ ، وَحُكْمٌ مِنْ أَحْكَامِ اللهِ ، يَقْذِفُهُ فِيْ قُلُوْبِ مَنْ يَشَاءَ مِنْ عِبَادِهِ

“Ilmu batin merupakan salah satu rahasia Allah ‘Azza wa Jalla, dan salah satu dari hukum-hukum-Nya yang Allah masukkan kedalam hati hamba-hamba-Nya yang dikehendaki-Nya”.

Keterangan:
Hadits ini diriwayatkan oleh Ibnul Jauzi di dalam kitab Al Wahiyaat 1/74, beliau berkata: “Hadits ini tidak shahih dan secara mayoritas para perawinya tidak dikenal”. Al Imam Adz Dzahabi berkata: “Ini adalah hadits batil”. Asy Syaikh Al Albani menegaskan bahwa hadits ini palsu. (Lihat Silsilah Adh Dha’ifah no 1227)

(Dikutip dari Buletin Islam Al Ilmu Edisi 31/II/I/1425, diterbitkan Yayasan As Salafy Jember. Judul asli “Tasawuf Dan Ilmu Laduni”. Dikirim oleh al Al Akh Ibn Harun via email.)

Sumber artikel : http://www.salafy.or.id/print.php?id_artikel=945

Wednesday, May 6, 2009

Ilmu Laduni, Antara Hakikat dan Khurafat



Manusia

Dilahirkan di bumi ini dalam keadaan bodoh, tidak mengerti apa-apa. Lalu Allah mengajarkan kepadanya berbagai macam nama dan pengetahuan agar ia bersyukur dan mengabdikan dirinya kepada Allah dengan penuh kesadaran dan pengertian. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

"Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu pun dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur."
(An-Nahl: 7Cool

Pada hakikatnya, semua ilmu makhluk adalah "Ilmu Laduni" artinya ilmu yang berasal dari Allah Subhanahu wa Ta'ala. Para malaikat-Nya pun berkata:

"Maha Suci Engkau, tidak ada yang kami ketahui selain dari apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami." (Al-Baqarah: 32)

Ilmu laduni dalam pengertian umum ini terbagi menjadi dua bagian. Pertama, ilmu yang didapat tanpa belajar (wahbiy). Kedua, ilmu yang didapat karena belajar (kasbiy).

Bagian pertama (didapat tanpa belajar) terbagi menjadi dua macam:

1. Ilmu Syar'iat,

yaitu ilmu tentang perintah dan larangan Allah yang harus disampaikan kepada para Nabi dan Rasul melalui jalan wahyu (wahyu tasyri'), baik yang langsung dari Allah maupun yang menggunakan perantaraan malaikat Jibril. Jadi semua wahyu yang diterima oleh para nabi semenjak Nabi Adam alaihissalam hingga nabi kita Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam adalah ilmu laduni termasuk yang diterima oleh Nabi Musa dari Nabi Khidlir . Allah Subhanahu wa Ta'ala
berfirman tentang Khidhir:

"Yang telah Kami berikan kepadanya rahmat dari
sisi Kami, dan yang telah Kami ajarkan kepadanya ilmu dari sisi
Kami."
(Al-Kahfi: 65)

Di dalam hadits Imam Al Bukhari, Nabi Khidlir alaihissalam berkata kepada Nabi Musa alaihissalam:

"Sesungguhnya aku berada di atas sebuah ilmu dari
ilmu Allah yang telah Dia ajarkan kepadaku yang engkau tidak
mengetahuinya. Dan engkau (juga) berada di atas ilmu dari ilmu Allah yang
Dia ajarkan kepadamu yang aku tidak mengetahuinya juga."


Ilmu syari'at ini sifatnya mutlak kebenarannya, wajib dipelajari dan diamalkan oleh setiap mukallaf (baligh dan mukallaf) sampai datang ajal kematiannya.

2. Ilmu Ma'rifat (hakikat),

yaitu ilmu tentang sesuatu yang ghaib melalui jalan kasyf (wahyu ilham/terbukanya tabir ghaib) atau ru'ya (mimpi) yang diberikan oleh Allah kepada hamba-hambaNya yang mukmin dan shalih. Ilmu kasyf inilah yang dimaksud dan dikenal dengan julukan "ilmu laduni" di kalangan ahli tasawwuf. Sifat ilmu ini tidak boleh diyakini atau diamalkan manakala menyalahi ilmu syari'at yang sudah termaktub di dalam mushaf Al-Qur'an maupun kitab-kitab hadits. Menyalahi di sini bisa berbentuk menentang, menambah atau mengurangi.


Bagian Kedua


Adapun bagian kedua yaitu ilmu Allah yang diberikan kepada semua makhluk-Nya melalui jalan kasb (usaha) seperti dari hasil membaca, menulis, mendengar, meneliti, berfikir dan lain sebagainya.

Dari ketiga ilmu ini (syari'at, ma'rifat dan kasb) yang paling utama adalah ilmu yang bersumber dari wahyu yaitu ilmu syari'at, karena ia adalah guru. Ilmu kasyf dan ilmu kasb tidak dianggap apabila menyalahi syari'at. Inilah hakikat pengertian ilmu laduni di dalam Islam.

Khurafat Shufi


Istilah "ilmu laduni" secara khusus tadi telah terkontaminasi (tercemari) oleh virus khurafat shufiyyah. Sekelompok shufi mengatakan bahwa:

  1. "Ilmu laduni" atau kasyf adalah ilmu yang khusus diberikan oleh Allah kepada para wali shufi. Kelompok selain mereka, lebih-lebih ahli hadits(sunnah), tidak bisa mendapatkannya.
  2. "Ilmu laduni" atau ilmu hakikat lebih utama daripada ilmu wahyu (syari'at). Mereka mendasarkan hal itu kepada kisah Nabi Khidlir alaihissalam dengan anggapan bahwa ilmu Nabi Musa alaihissalam adalah ilmu wahyu sedangkan ilmu Nabi Khidhir alaihissalam adalah ilmu kasyf (hakikat). Sampai-sampai Abu Yazid Al-Busthami (261 H.) mengatakan:
    "Seorang yang alim itu bukanlah orang yang menghapal dari kitab, maka jika ia lupa apa yang ia hapal ia menjadi bodoh, akan tetapi seorang alim adalah orang yang mengambil ilmunya dari Tuhannya di waktu kapan saja ia suka tanpa hapalan dan tanpa belajar. Inilah ilmu Rabbany."
  3. Ilmu syari'at (Al-Qur'an dan As-Sunnah) itu merupakan hijab (penghalang) bagi seorang hamba untuk bisa sampai kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala.
  4. Dengan ilmu laduni saja sudah cukup, tidak perlu lagi kepada ilmu wahyu, sehingga mereka menulis banyak kitab dengan metode kasyf, langsung didikte dan diajari langsung oleh Allah, yang wajib diyakini kebenarannya. Seperti Abd. Karim Al-Jiliy mengarang kitab Al-Insanul
    Kamil fi Ma'rifatil Awakhir wal Awail
    . Dan Ibnu Arabi (638 H) menulis kitab Al-Futuhatul Makkiyyah.
  5. Untuk menafsiri ayat atau untuk mengatakan derajat hadits tidak perlu melalui metode isnad (riwayat), namun cukup dengan kasyf sehingga terkenal ungkapan di kalangan mereka
    "Hatiku memberitahu aku dari Tuhanku." Atau "Aku diberitahu oleh Tuhanku dari diri-Nya sendiri, langsung tanpa perantara apapun."

Sehingga akibatnya banyak hadits palsu menurut ahli hadits, dishahihkan oleh ahli kasyf (tasawwuf) atau sebaliknya. Dari sini kita bisa mengetahui mengapa ahli hadits (sunnah) tidak pernah bertemu dengan ahli kasyf (tasawwuf).

Bantahan Singkat Terhadap Kesesatan di atas

  1. Kasyf atau ilham tidak hanya milik ahli tasawwuf. Setiap orang mukmin yang shalih berpotensi untuk dimulyakan oleh Allah dengan ilham. Abu Bakar radhiallahu anhu diilhami oleh Allah bahwa anak yang sedang dikandung oleh isterinya (sebelum beliau wafat) adalah wanita. Dan ternyata ilham beliau (menurut sebuah riwayat berdasarkan mimpi) menjadi
    kenyataan. Ibnu Abdus Salam mengatakan bahwa ilham atau ilmu Ilahi itu termasuk sebagian balasan amal shalih yang diberikan Allah di dunia ini. Jadi tidak ada dalil pengkhususan dengan kelompok tertentu, bahkan dalilnya bersifat umum, seperti sabda Nabi shallallahu 'alaihi wasalam:
    "Barangsiapa mengamalkan ilmu yang ia ketahui, maka Allah mewariskan kepadanya ilmu yang belum ia ketahui." (Al-Iraqy berkata: HR. Abu Nu'aim dalam Al-Hilyah dari Anas radhiallahuanhu, hadits dhaif).
  2. Yang benar menurut Ahlusunnah wal Jama'ah adalah Nabi Khidhir alaihissalam memiliki syari'at tersendiri sebagaimana Nabi Musa alaihissalam. Bahkan Ahlussunnah sepakat kalau Nabi Musa alaihissalam lebih utama daripada Nabi Khidhir alaihissalam karena Nabi Musa alaihissalam termasuk Ulul 'Azmi (lima Nabi yang memiliki keteguhan hati dan kesabaran yang tinggi, yaitu Nabi Nuh, Ibrahim, Musa, Isa dan Muhammad).

    Adapun pernyataan Abu Yazid, maka itu adalah suatu kesalahan yang nyata karena Nabi shallallahu 'alaihi wasalam hanya mewariskan ilmu syari'at (ilmu wahyu), Al-Qur'an dan As-Sunnah. Nabi mengatakan bahwa para ulama yang memahami Al-Kitab dan As-Sunnah
    itulah pewarisnya, sedangkan anggapan ada orang selain Nabi shallallahu 'alaihi wasalam yang mengambil ilmu langsung dari Allah kapan saja ia suka, maka ini adalah khurafat sufiyyah.
  3. Anggapan bahwa ilmu syari'at itu hijab adalah sebuah kekufuran, sebuah tipu daya syetan untuk merusak Islam. Karena itu, tasawwuf adalah gudangnya kegelapan dan kesesatan. Sungguh sebuah sukses besar bagi iblis dalam memalingkan mereka dari cahaya Islam.
  4. Anggapan bahwa dengan "ilmu laduni" sudah cukup adalah kebodohan dan kekufuran. Seluruh ulama Ahlussunnah termasuk Syekh Abdul Qodir Al-Jailani mengatakan: "Setiap hakikat yang tidak disaksikan (disahkan) oleh syari'at adalah zindiq (sesat)."
  5. Inilah penyebab lain bagi kesesatan tasawwuf. Banyak sekali kesyirikan dan kebid'ahan dalam tasawwuf yang didasarkan kepada hadits-hadits palsu. Dan ini pula yang menyebabkan orang-orang sufi dengan mudah dapat mendatangkan dalil dalam setiap masalah karena mereka menggunakan metode tafsir bathin dan metode kasyf dalam
    menilai hadits, dua metode bid'ah yang menyesatkan.

Tiada kebenaran kecuali apa yang diajarkan oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Beliau bersabda:

"Wahai manusia belajarlah, sesungguhnya ilmu itu
hanya dengan belajar dan fiqh (faham agama) itu hanya dengan bertafaqquh
(belajar ilmu agama/ilmu fiqh). Dan barangsiapa yang dikehendaki baik oleh
Allah, maka ia akan difaqihkan (difahamkan) dalam agama ini."

(HR. Ibnu Abi Ashim, Thabrani, Al-Bazzar dan Abu Nu'aim, hadits hasan).
(Abu Hamzah As-Sanuwi).

Maraji':

  1. Al-Fathur Rabbaniy, Abdul Qadir Al-Jailani (hal. 159, 143, 232).
  2. Al-Fatawa Al-Haditsiyah, Al-Haitamiy (hal. 128, 285, 311).
  3. Ihya' Ulumuddin, Al-Ghazali (jilid 3/22-23) dan (jilid 1/71).
  4. At-Tasawwuf, Muhammad Fihr Shaqfah (hal. 26, 125, 186, 227).
  5. Fathul Bariy, Ibnu Hajar Al-Asqalaniy (I/141, 167).
  6. Fiqhut Tasawwuf, Ibnu Taimiah (218).
  7. Mawaqif Ahlusunnah, Utsman Ali Hasan (60, 76).
  8. Al-Hawi, Suyuthiy (2/197).

Dipetik dari :http://paguyubanpulukadang.forumotions.com/

Tuesday, May 5, 2009

Pengalaman Merawat 19 : Koma


Saya dijemput untuk merawat seorang pesakit yang sedang koma di sebuah hospital kerajaan. Pesakit masih muda dan ditemui koma di atas katil pada waktu pagi dalam keadaan bergelumang dengan najis sendiri.

Ketika di bahagian kecemasan lagi, doktor dan jururawat telah mengesyaki sesuatu yang tidak kena tentang pesakit ini. Berat normal pesakit adalah +- 100kg tetapi semasa ditimbang beratnya meningkat 2 kali ganda iaitu lebih 200kg. Mereka mula menasihati waris pesakit supaya berikhtiar mencari rawatan alternatif yang lain.

Saya hadir jam 1030 malam. Walaupun bukan waktu melawat pihak hospital memberi laluan istimewa kepada saya. Saya bersama bapa saudaranya masuk ke bahagian ICU dan jururawat segera menutup langsir untuk memberi peluang kepada saya bagi melakukan rawatan.

Pada mulanya pesakit tidak sedar walaupun dipanggil namanya beberapa kali. Beliau diberi bantuan pernafasan dan badannya dipenuhi bermacam-macam wayar. Saya membaca selawat Tarfijiyah dan meniup ubun-ubun serta bahagian jantungnya malangnya pesakit hanya memberi respond yang sangat minima. Saya mula scan bahagian kepala dan dada lalu merasakan kehadiran sesuatu pada bahagian tersebut.

Saya beralih ke bahagian kaki lalu memegang jari kedua selepas ibu jari. Pesakit menarik kakinya ke atas seperti minta dilepaskan. Saya melakukannya untuk kali kedua, pesakit memberi respond yang sama. Bila saya berkata, "Wahai makhluk Allah, aku tahu lokasi kamu. Lelaki ini berhak kepada kesembuhan dan kehadiran kamu telah menyakiti dia. Aku minta kamu tinggalkan dia, sebelum aku bacakan ruqyah yang pastinya dengan izin Allah akan membinasakan kamu," pesakit terus membuka matanya sambil merenung tajam kepada saya.

Pesakit mula gelisah dan agresif seperti tidak menyukai kehadiran saya sehingga menyebabkan saya terpaksa menjarakkan diri darinya. Beliau juga cuba bangun dari katil seperti ingin menerpa kepada saya. Setelah ditenangkan oleh bapa saudaranya beliau tenang seketika, malangnya beliau kembali agresif bila saya membacakan beberapa potong ayat al-Quran secara perlahan dari jarak jauh.

Pergerakan agresifnya telah menyebabkan salah satu dari alatan hospital mengeluarkan bunyi 'beep' yang kuat dan jururawat bergegas datang dan memberikannya ubat penenang. Pesakit kemudian kembali kepada keadaan asalnya (tidak sedar). Ubat penenang telah menyebabkan beliau tidak memberikan apa-apa respond walaupun saya membacakan ayat-ayat ruqyah yang panjang kepadanya.

Semasa hendak meninggalkan pesakit, salah seorang jururawat menegur saya.

Jururawat: "Air mineral water yang Ustaz bawak ni nak bagi kat pesakit ke?"
Saya: "Ya. Tapi kami tak tahu macamana caranya. Lagipun mulut dia ada tiub oksigen."
Jururawat: "Takpe. Serah aje pada kami air tu nanti kami uruskan."
Saya: "Baiklah terima kasih banyak-banyak."

Nota:
1) Tentang pesakit:
-Sabarlah, Allah belum mengizinkan kesembuhan. Mungkin rawatan seterusnya akan jadi lebih mudah, insyaAllah.
2) Tentang Hospital:
-Mereka sebenarnya menerima 100% rawatan alternatif.
-Terima kasih kepada Doktor, Jururawat, Kakitangan, dan juga tak lupa kepada Security Guard.
3) Tentang Perawat Islam.
-Anda juga layak dipanggil 'doktor'.
-Mungkin suatu masa nanti akan diwujudkan satu bahagian di hospital yang menempatkan para perawat-perawat Islam.

*Semua yang berlaku adalah dengan izin Allah swt*

Blog/web Rawatan

My Favourite

Expose Mistik part-1

Expose Mistik Part 2

Expose Mistik Part 3

Teknik Tidurkan Jin



Senarai Perawat Luar Negeri

KLINIK RUQYAH DI LUAR NEGERI





  • Jordan
  • "Ayesh Quran: Cell: 00962795576723, ayeshquran@yahoo.com (Taibeh, Irbed, Jordan)
  • UK
    • Abu Junaid: 07834326225 (Birmingham and surrounding areas, UK)
    • Abdul Jabbaar: 07976918576 (Huddersfield and surrounding areas, UK)
    • Abu Abdullah As-Salafi: 07737557330 (Birmingham, UK)
    • Abu Abdullah: Ruqyashariyah@yahoo.co.uk, http://groups.yahoo.com/group/RuqyaShariyah/
    • Zaid : 07985667618 (Leicester, UK)
    • Sheikh Abu Hanifah (appears on the Islam Channel Q&A): 0208 471 5766 (London, UK)
    • Ibrahim At-turki: 07719380579 (Hertfordshire, North London)
  • USA
    • Abdulhakim Alhiyafi: (615) 668-2522 (Dallas, Tx 76107), the sheikh works in Sharia Academy and he travels to other states frequently.
    • Ahmad Al-Jabry: (313) 384-4509 (Dearborn, Mi 48126)
  • Germany
    • Abu Sufian: 01625365432 (Bonn)
  • Bosnia and Herzegovina
  • Morocco
  • Pakistan
    • Iqbal Salafi: TEL: 0092 51 5537998 (7AM-3PM PST), Mobile:0092 3335115646, Kashmiri Bazaar near masjid Darus Salaam, Ahl Hadith (RAWALPINDI-PAKISTAN)
  • Egypt
    • Waheed Abdul-Salam Balo: 0020105061850 (Egypt)
  • Yemen
    • Muhammad Al-Imam center (Ma'bar, Yemen)
    • Abdul-Qadir Al-Qudsy center (Al-Qadisiyah, San'a', Yemen)
  • Saudi Arabia
    • Abdul-Azeez Abu Djeen: phone: 4265211, cell: 055415020 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Muhammed Al-Subai'y: 055216484 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abdul-Azeez bin Jdeed: 055425132 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abu Abdullah: 054264125 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abdullah As-Sadhan: 055261525 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Nasir Armeeh: phone: 055425132, cell: 055212184 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abdullah Fahd Arsheedy: 0557556976 , 0557992665 (Al-Kharj, Saudi Arabia)
    • Khalid Al-habashy: the imam of Masjid Al-Sulayman (Jeddah, Saudi Arabia)
    • Munair Arab: (+966) 555708580, www.alroqia.com (Jeddah, Saudi Arabia)
    • Abdul-Azeez Muhammed Al-Kharmy: cell: 055663850, aziz1123@hotmail.com (Jeddah, Saudi Arabia)
    • Saleh An-Nah-Has: 0506575057 (At-Ta'ef, Saudi Arabia)
    • Ahmed Ard-dady: office: 048229319, cell: 0505302026 (Al-Madinah Al-Munawwarah, Saudi Arabia)
    • 'a'edh Al-Sharary: cell: 053650839 (Tabarjal, Saudi Arabia)
    • Sa'eed Al-Qahtany: 055759590 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abu Mohammed Arsainy: 055143121 (Buraydah, Saudi Arabia)
    • Khalaf Aal-Baker: 054407544, (Al-aziziyah, Saudi Arabia)
    • Muhammed Al-ataiby: 052388818, 054449429 (Al-Khalidiyah, Saudi Arabia)
  • Kuwait
    • Abdullah Al-hadad: 3842452 (Al-Green, Kuwait)
    • Faysal Al-'anzy: 9279496 (As-Sableekhat, Kuwait)
    • Hady Al-'anzy: 9009019 (Al-Jahra', Kuwait)
    • Mohammed Al-Qaysi: 7989066 (Great Mubarak, Kuwait)
    • Abu Osamah: 7040056 (Kuwait)
  • UAE
    • Salah Abdul-Qader: 050/6111706 (Abu Dhabi, UAE)