Mustafa telah berusia lebih 4 tahun. Dia tidak boleh bercakap, masih memakai pampers tetapi tiada tanda yang menunjukan dia down syndrom.
Pada peringkat awal saya menjangka dia autism atau bisu, tetapi akhirnya saya katakan dia underdevelope or not develope at all! Mustafa telah dibawa ke hospital, semuanya normal.
Setelah menjalani ruqyah yang panjang...akhirnya dikenalpasti ia disihir. Sihir pada kanak-kanak sukar dikesan kerana kanak-kanak tidak boleh duduk diam bila dibacakan ruqyah. Gangguan hanya dapat dikenalpasti bila ruqyah dibaca semasa tidur, badan mustafa akan bergerak-gerak bila diruqyah.
Dengan bantuan seorang wanita, jin-jin ini dipindahkan kepadanya... berlakulah dialog dengan jin-jin berkenaan.
Jin pertama berbentuk tangan, sentiasa mengekori dan menolak Mustafa. sebab itulah Mustafa selalu jatuh. Dia menyerupakan suara orang yang mengupahnya... seorang pengamal dan pengasas perubatan alternatif dari Melaka. Jin ini kata dia marah kepada bapa Mustafa kerana bapa Mustafa, Dr(H) Muslim tak joint dia selepas menamatkan kursus dengannya. Jin ini saya sembelih dengan izin ALLAH.
Jin yang kedua bisu...dia pun angguk bila ditanya hal-hal sepertimana jin yang pertama. Dia beritahu ada 6 lagi jin dalam badan Mustafa terutamanya di bahagian leher dan bawah lidah. Yang ini saya lepaskan.
Jin yang ketiga bila ditangkap berbentuk seperti itik. Tak pandai bercakap dan tak mahu bercakap. Khalid ibnu Walid (jin) mencadangkan saya sembelih. Sayapun sembelih dengan izin ALLAH.
Jin yang ke empat bernama Roslan. Dia suka tengok tv astro ceria. Sebab itulah Mustafa amat-amat meminati astro ceria. Dia kata tuan dia dipanggil cikgu... orangnya tinggi dan banyak perempuan dirumahnya. Belakang rumah cikgu ada pusat perubatan...kereta cikgu warna grey.
Roslan kata sekarangni tak seronok tinggal dalam badan Mustafa, sebab Dr. Muslim dah tak beri tengok tv dan pasang cd al-quran day and night. Roslan baru masuk 6 bulan, dia kata ada 8 ekor lagi dalam badan Mustafa, cikgu baru hantar jin baru. Roslan saya hantar ke pondok.
Jin yang kelima bernama Rosli, kembar kepada Roslan. Saya panggil Roslan dan dia ajak Rosli tengok tv di kanten pondok jin. Rosli suka dan berjanji kepada saya akan cuba mengajak kawan2 dia yang lain ikut dia. Rosli kata cikgu dan seorang gemok-pendik yang menjadi tuan mereka sekarang ini ada pusat perubatan electrolisis dan jual air. Mereka banyak bini...
Rawatan masih diteruskan...
Kursus Rawatan Islam - Perawat Mantap dan Hebat - Kuala Lumpur
-
Artikel ini memerlukan anda sedikit berfikir dan merenung atau bermuhasabah
diri. Diharap anda bersabar membacanya. Dan semoga Allah s.w.t memberikan
ke...
4 years ago
4 comments:
kesian Mustafa...
Hanya yang tak berperikemanusian sanggup melakukan kerja ini. Yalah, tukang sihir kan syirik? Ada wang semua boleh jadi! Moga Mustafa akan sembuh akhirnya
mcm kenal je Mustafa ni...
SALAM USTAZ
adakah sihir berlaku pada saya?
-tanda2nya
1. bermimpi di gigit sesuatu di ketiak kala tidur.
2. seluruh tapak kaki sakit dan berlanjutan sejak tahun lepas.
3. sakit di pundi kencing(kencing kotor)
4. isteri terasa hambar dalam rumah tangga.
5. Isteri sakit2
6. terasa disihir dan mengidap beberapa penyakit di perut.
7. tidak mampu menunaikan tanggung jawab kerana ada infeksi teruk di bahagian saluran kencing sehingga keluar nanah.
di sihir kah saya?
harap bimbingan ustaz.
terima kasih
GD
Post a Comment