Catatan penting dalam rawatan saya pada bulan ini selain kes Manaf yang menampung jin yang banyak adalah Kes Puan Zaiton.
Untuk rekod, apabila Manaf pergi berjemaah terawih di Mesjid berhampiran rumahnya, semua jin yang mengganggu ahli jemaah terawih masuk ke badan Manaf (WaLLAHu aklam) ini berdasarkan komunikasi dengan jin pada badan Manaf. jika Manaf berada di tempat saya merawat dan dalam masa yang sama ada pesakit lain yang kena gangguan, semua jin gangguan masuk ke dalam manaf, ini pernah berlaku sebelum Ramadhan, pesakit yang sepatut saya rawat pulih sebelum saya merawat lagi.
Kenapa begini??? pada badan Manaf terdapat banyak jin saka/pendamping dari dalam dan luar negeri... yang pada pandangan jin2 ini kononnya membantu manaf, sebab itulah bila Manaf rasa kesihan kepada seseorang, jin2 ini berebut2 untuk menangkap jin yang menganggu orang yang dimaksudkan. Apabila manaf mula mengamalkan zikir dan berazam mahu melepaskan diri dari sebarang perkara yg bernama makhluk halus maka jin2 mudah dibereskan dengan izin ALLAH. Oleh itu saya menasihatkan kepada sesiapa yang ada masalah saka atau pendamping, banyakkanlah berzikir, solat hajat dan niat sungguh2 nak bebas dari puak2 ni!
Saya menjangkakan kes Masyitah yang diserang oleh 9 orang tukang sihir sebagai the top list. Rupanya kes puan Zaiton mengatasi Masyitah samada dari segi jumlah penyihir mahupun tempoh sihir dilakukan. Saya letakan kes puan Zaiton sebagai Guiness Book of Records dan mudah2an inilah yang terakhir....
Puan Zaiton mengenali saya melalui blog saya dan forum rawatan sihir. Ternyata blog ini berfaedah bagi mereka yang tercari2 alternatif rawatan. Puan Zaiton telah ke DSyifa, DSalam dan dimana sahaja yang boleh diusahakan.
Puan Zaiton berminat dengan rawatan saya kerana nak experiment bagaimana saya sembelih jin. Dia datang sebelah malam selepas terawih. diperjalanan bersama suami dan famili puan Zaiton disesatkan, tiba2 puan Zaiton nampak lembaga berjubah putih menunjuk arah. suaminya pun nampak sama, mereka ikut lembaga ini dan akhirnya sampai ke rumah saya. Siapa Lembaga ini sayapun tak tahu dan tak berhajat nak tahu, yang jelas dia membantu.
Ketika sampai, saya sedang merawat F yang meracau dan telah dibelasah oleh abangnya yang tak tahu bahawa adiknya diganggu oleh jin. F pemuda 20an diganggu oleh jin yang marah kerana F mengambil batu miliknya semasa camping. saya belasah sikit jin dan akhirnya dia keluar dan tidak lagi menuntut batu miliknya.
Puan zaiton menggigil semasa saya merawat F, semasa sedar puan Zaiton menyatakan jin2 dibadannya kena serangan psykologi takut kena sembelih! Saya terus katakan "welcome to Pusat Penyembelihan JIN".
Puan zaiton mengetahui gangguan sejak 2 tahun yang lalu. Dia bleeding, perut macam mengandung dan kadang2 tak sedar. Ini membayangkan tahap gangguan yang melampau., yakni mesti banyak jin dalam badan. Saya fostulate mesti ada saka. Saya ruqyah saka, then jin yang bernama Ismail muncul. Saya suruh dia tinggalkan Puan zaiton, pada mulanya dia reluctant, katanya dia nak jaga cucunya... cucunya banyak orang cuba sihir, saya cabar dia apa yang dia boleh buat? dia senyap. saya kata biarlah ALLAH yang melindunginya...akhirnya dengan penuh resah dia setuju untuk keluar.
Selepas dia keluar, saya arahkan jin2 yang lain untuk keluar (dengan izin ALLAH), mana2 yang degil akan disembelih. Saya juga arahkan untuk keluar melalui tapak tangan dan kaki sahaja (Peringatan kepada Perawat : bila suruh jin keluar, arahkan keluar ikut mana, jika tidak jin akan keluar melalui seluroh badan pesakit, ini menyebabkan pesakit luka, badan berlubang2 dan mudah diserang semula). Maka berduyun2lah jin yang keluar (P/s: saya tak nampak, yang saya lihat adalah pergerakan & gelombang yang keluar melalui kaki dan tangan). Ada juga yang tersangkut, mungkin cedera, dah tua dsb....saya bantu menegeluarkan dengan izin ALLAH. Selepas itu puan zaiton lega dan terasa ringan. dia masih merasakan ada lagi gangguan, saya cadangkan untuk dirawat diwaktu lain kerana jam sudah 12.30 mlm....
Rawatan kedua menjurus kepada gangguan sihir, saya ruqyah ayat sihir sahaja...Setiap kali diruqyah muncullah jin dan menyerupakan suaranya seperti suara orang yang mengupah. kami teliti satu persatu, siapa, kenapa, bila dan agama apa?
Ada 12 pengupah sihir yang kami catitkan (kami : saya, isteri saya, suami puan zaiton), Ada dari saudara terdekat, jiran, rakan sekolah, rakan sepejabat dan lain2. Lengkap .... yang dahsyat adalah saudara terdekat menggunakan seluar dalam puan zaiton, dicampur dengan tanah kubur lalu termakan oleh Puan zaiton apabila dicampurkan pada nasi...kotornya perbuatan ini!
Kebanyakan jin adalah dari siam dan beragama budha. Ada juga free thinker, saya Islamkan...alhamduliLLAH. Ini menguatkan hujjah bahawa jin2 kafir tidak semua terikat dibulan puasa, ternyata saya bebal dalam mengerti maksud hadis berkenaan...Orang yang pandai ialah orang yang mahu belajar dan mengaku kebodohonnya dan orang yang bodoh adalah orang yang tak tahu kebodohannya...maka carilah kebodohan anda...maaf, selingan aje!
Rawatan ketiga bermula bila anak Puan Zaiton membacakan ayat2 Al-Quran dirumahnya dan akhirnya anak puan Zaiton yang agak berani ini yang menemu-bual jin2 berkenaan. Mengikut suami puan Zaiton tidak kurang dari 6 penghantar jin yang diinterogate oleh anaknya. Untuk kemudahan saya berikan kepada suami Puan Zaiton "Handkits" rawatan saya yang mengandungi himpunan ruqyah saya..."handkits" ini akan saya ijazahkan kepada peserta kursus nanti insyaALLAH.
Saya rasakan puan zaiton masih ada masalah saka/pendamping...bila diruqyah, ternyata Ismail masih berada dibadan Puan zaiton. Selepas dinasihati dan diberi ingatan saya suruh Ismail ke Mekah dan jangan datang-datang lagi ke Malaysia.
Kali ini saya tak sanggup nak dengar siapa, mengapa, bila dsb kerana saya dah dimaklumkan tidak kurang dari 6 tukang sihir sedang berkhidmat. Saya terus beri amaran kepada semua jin2 sihir untuk keluar dan berjanji tidak menggangu Puan zaiton lagi...mana2 yang menggangu semula akan disembelih atau ditembak petir. Saya beri tempoh dan tunjukan kawasan yang dibenarkan untuk keluar... sekali lagi kaki dan tangan puan zaiton bergerak2 then reda.
saya scan dan masih ada yang degil. puan zaiton pun kata masih ada...oleh kerana amaran telah diberi, tempoh masa telah tamat maka berlakulah proses penyembelihan....Puan Zaiton menggelupor dan berbunyi seperti lembu disembelih.
Bila jaga puan zaiton masih dapat rasakan ada gangguan. saya gunakan pen saya untuk scanning bahagian2 berkenaan. Bila disentuj dengan pen, kawasan bermasalah agak berombak, then sayapun tikam dengan izin ALLAH... hampir semua bahagian badan Puan zaiton ada makhluk jahat ini....Ustaz, kata Puan zaiton....perut saya dah rosak, kaki kanan saya dah cedera...saya bantu merawat dan alhamduliLLAH pulih. Akhirnya puan Zaiton menunjukan bahagian kepala terasa macam ditikam, saya tarik keluar dan puan Zaiton merasakan keris tercabut dari kepalanya. Akhirnya puan Zaiton pun lega...cuma dia dapat merasakan pada setiap sendinya ada jin yang ditanam oleh seseorang sebagai pemberian kononnya. saya syorkan satu teknik penghapus saka/pemberian untuk dilakukan oleh puan zaiton...mudah2an Puan zaiton sembuh dan selamat beraya bersama keluarga tersayang.