Dalam pengenalan mengenai diri saya, saya sudah jelaskan bahawa rumah saya dinamakan Darussyifa Nur Ehsan. Dengan kata lain ia bukanlah sebuah organisasi, hanyalah sebuah rumah dimana seorang perawat tinggal dan kadangkala merawat di dalamnya.
Perkembangan berlaku apabila saya memulakan blog ini, bilangan pesakit yang mencari kesembuhan melalui rawatan saya semakin bertambah. Begitu juga teknik rawatan saya terdedah kepada pengetahuan umum, kedapatan beberapa perkara yang tidak pernah diajar oleh guru utama saya yang dikasihi TG Ustaz Harun Din seperti teknik sembelih, merawat menggunakan pen, kaedah mengenalpasti ganggguan (biasa/sihir) dan banyak lagi.
Kalau saudara biasa berjumpa dengan perawat Darussyifa, saudara akan berjumpa berbagai teknik, seperti teknik picit mata, teknik gerak tangan jarak jauh, teknik tepuk belakang, teknik pukul dengan rotan, teknik gerakan tangan dari kepala hingga ke kaki dan berbagai lagi.
Sepertimana teknik saya, semua teknik ini tidak pernah diajar dalam kelas... oleh itu kesemua teknik ini bukanalah teknik rasmi Darussyifa dan tentunya Darussyifa tidak boleh dikaitkan dengan teknik berkenaan.
Kenapa terjadi demikian? Itu tidak penting, yang penting bagaimana penyelesaian supaya nama Darussyifa tidak dikaitkan dengan teknik yang tidak diajar ini.
Dalam masa yang sama Darussyifa mestilah menurunkan kaedah rasminya supaya anak murid yang menjangkau 2,000 orang ini tidak mencipta teknik sendiri... dan hanya teknik yang diperturunkan terus dari TG diterima pakai sebagai kaedah Darussyifa, sementara mereka yang mengguna teknik tidak rasmi bolehlah dianggap bukan teknik Darussyifa.... maka lahirlah Darussalam, Darul Ilaj, Ghash, dsb.
Kemurnian nama Darussyifa mestilah dijaga untuk mengelakan fitnah kepada organisasi ini.
Saya secara rasminya mengambil pendirian untuk tidak lagi menamakan rumah saya sebagai Darussyifa Nur Ehsan. Ia ditukar kepada Akademi Rawatan Islam Nur Ehsan atau AKRINE. Hasrat murni saya adalah untuk memastikan ilmu dan kaedah rawatan ini dapat diperkembangkan dan masyarakat zaman cyber ini dapat dididik melawan musuh nombor satu iaitu syaitan dan kuncu2nya. Hasrat ini tentunya terhalang sekiranya saya dikenali sebagai darussyifa kerana saya akan terus berkembang dan mendalami kaedah-kaedah rawatan dari pelbagai sumber yang saya yakini kebenarannya.
Walau apapun teknik sebenarnya kita tidak terlepas dari pergantungan kepada ALLAH, petunjuk dari Rasul dan ikutan sahabat. Kita perawat juga bergantung kepada mua'allij tersohor seperti Ibnu Taimiyah, Ibnu Qayyim Al-Jawziyyah, Sheikh Wahid Abdus Salam, Sheikh Majdi Muhammad Asy-Syahawi, Sheikh Muhammad Al-Syayim dan berbagai lagi. Jika saudara membaca buku Rawatan Darussyifa nama dan kaedah seperti Sheikh Wahid AbdusSalam dinyatakan dengan jelas cuma tidak diajar dalam kelas oleh kerana keterbatasan waktu.
AKRINE telah dan akan menganjurkan kursus, tentulah ini boleh disalah ertikan sebagai kursus anjuran Darussyifa... walaupun sayang saya kepada TG menyebabkan saya ingin mengekalkan nama dimana saya mula mengenali alam rawatan Islam, tetapi demi keharmonian dan penerusan ilmu dan rawatan saya dengan berat hati menukarnya kepada AKRINE.
Saya tetap anak murid TG yang dalam masa sama menjadi anak murid tidak rasmi kepada semua mua'allij yang sudi memberi ilmunya.
Diharap penjelasan ini difahami oleh semua pihak yang saya muliakan.
Kursus Rawatan Islam - Perawat Mantap dan Hebat - Kuala Lumpur
-
Artikel ini memerlukan anda sedikit berfikir dan merenung atau bermuhasabah
diri. Diharap anda bersabar membacanya. Dan semoga Allah s.w.t memberikan
ke...
4 years ago
No comments:
Post a Comment