Ada orang bertanya saya mengapa mesti menggunakan pen dalam merawat sebahagian pesakit?
Sebenarnya isu ini remeh bagai seorang perawat, tetapi besar bagi orang awam. samalah seperti seorang doktor memegang jarum suntikan, bagi para doktor itu biasa... tapi bagi bukan ahlinya tentu sahaja ia mengundang pelbagai andaian dan fitnah.
Kaedah ini saya terima-pakai dari Asy-Syeih Muhammad Asy-Syim... bukan ciptaan saya! Asy-Syeih menjelaskan:
"Sebenarnya pen itu hanya sekadar alat untuk menghubungkan antara badan orang yang mengubati dengan badan orang (perempuan) yang diubati. Sehingga seorang ahli itu tidak menyentuh bahagian manapun dari tubuh wanita tersebut."
"Para ahli menggunakan pen atau barang jenis logam lainnya dimana ia memegang pada sebelah hujungnya dan pesakit wanita memegang pada hujung yang lain. Kemudian perawat meruqyah untuk mengetahui keadaan pesakit. Ini hanya berlangsung beberapa saat sahaja, kemudian dengan izin ALLAH masalah akan segera diketahui"
Demikianlah kata-kata mu'allij tersohor ini.
Tujuan saya mengutarakan hal ini adalah untuk menjernihkan suasana, mungkin juga kita boleh perbaiki teknik2 merawat yang sama2 diamalkan sekarang... selaku suami saya agak kurang senang bila isteri saya disentuh keterlaluan oleh perawat, walau atas apa alasanpun... mungkin kita boleh minimumkan
Shiekh Wahid Abdus Salam meletakan tangan di atas kepala (tentunya wanita tersebut menutup aurat /bertudung) sahaja.
Ustaz Dato' Ismail Kamus suruh ikat dan cucuk perut jika pesakit mengganas, ini kes emergency tentu sahaja dibolehkan.
Ibnu Taimiyah ada melakukan pukulan ringan (adakalnya keras) di bahagian tengkok dan belakang wanita menggunakan tongkat (rotan atau kayu nona?) (bukan dengan tangan)
RasuluLLAH SAW memukul dengan serban, yang jelas ada teknik pukulan...Kepada semua perawat saya minta dijelaskan kalau ada kisah Nabi merawat dengan menyentuh batang tubuh wanita... saya cuma terbaca kanak2 dan lelaki sahaja... tak salah kalau saya akui saya amat dhoif dalam rawatan2 sebegini...
WALLAHu 'alam
Kursus Rawatan Islam - Perawat Mantap dan Hebat - Kuala Lumpur
-
Artikel ini memerlukan anda sedikit berfikir dan merenung atau bermuhasabah
diri. Diharap anda bersabar membacanya. Dan semoga Allah s.w.t memberikan
ke...
4 years ago
No comments:
Post a Comment