Followers
kursus
Kursus Rawatan Islam Terbaru
Kursus ini akan menekankan kepada perkara-perkara asas dalam rawatan Islam. Kursus ini sesuai bagi pelatih baru dan juga kepada pesakit yang mahu merawat dirinya sendiri.
Pada tahap ini, peserta akan diajar antaranya:
* Bagaimana alam jin
* Kaedah membenteng diri
* Teknik mengesan kehadiran jin
* Teknik racun
* Teknik dialog
* Teknik mengeluar jin (tarik guna serban / botol)
* Teknik mandian pesakit
* Teknik bakar batu-bata
* Akrionics
* Garis panduan merawat
* Latihan rawatan
Yuran adalah RM250.00 sahaja. Tempat adalah terhad. Hanya peserta Tahap 1 yang layak untuk mengikuti kursus Tahap 2
SMS butiran anda nama, alamat, pekerjaan kepada 019 758 4801
Tahap 2 : akan dimaklomkan
Pada tahap ini hanya bagi mereka yang telah mengikut kursus tahap 1 dan perawat-perawat (bekas pelatih Akrine) yang ingin mengulangkaji / mendalami teknik rawatan. Ia lebih menekankan kepada mereka yang benar-benar mahu menjadi seorang perawat.
Antara kandungan kursus adalah:
* Persiapan diri seorang perawat
* Keperluan bilik rawatan
* Teknik tikam
* Teknik baling
* Teknik tidurkan jin
* Teknik Kembara dan Rawat (TKR)
* Teknik Rotan Objek (TRO)
* Teknik ambil barang sihir
* Teknik Rawat Tanpa Sentuh Pesakit (RENTAP)
* Teknik Serkupan Azab (TSA)
* Keberkesan Rawatan
* Latihan
Yuran adalah RM250.00 sahaja (sila bank in ke Maybank Islamic 562740110528 Pusat Rawatan Islam Nur Ehsan)
Kursus bermula 8.30 pagi sehingga 5.00ptg
Sila sms nama, tempat tinggal, pekerjan dan tahap kursus yang dipohon ke 019-7584801
Tarikh tutup permohonan adalah seminggu sebelum tarikh kursus
Penginapan di tempat kursus bagi peserta lelaki (percuma) dan sesiapa yang memerlukan Homestay sila membuat tempahan( Homestay 1: Tn. Hj. Saad 0126794304 Homestay 2 : En. Majid 0136051892 Homestay 3: Tok 4 Taufik 0122670577) dengan kadar yang segera.
Hotel yang terdekat terdapat di TSB BBaru Sg. Buluh
Kusus Pengukuhan Tahap 3
Tarikh : 15hb. November 2014
Tempat : Dewan Burhanuddin Helmy, Kuang
Masa : 8.30 pagi hingga 5.00 petang
Yuran : RM100.00
Tuesday, February 12, 2008
Pusat Pemulihan
Dilihat pada rawatan-rawatan terbaru, jin2 yang dikeluarkan sudah berada ditubuhnya melebihi 10 tahun, yakni sudah sampai ke lapisan-lapisan yang paling bawah.
Saya disarankan oleh Pn. Zaiton untuk membina penjara di lautan antartika yang tidak boleh dikunjungi bagi memenjara jin2 yang jahat dan degil seperti jin saka dan asyik. jin saka walaupun telah dirantai tetapi masih menggagahi untuk mengganggu "tuannya". Begitu juga jin asyik... selalu mungkir janji.
Cadangan ini ada asasnya, cuma saya memikirkan penjara samalah kaedah memasukan jin dalam botol dan mencampaknya ke sungai atau ke laut. Memasukan jin ke dalam botol ditegah oleh guru saya kerana bercanggah dengan amalan RasuluLLAH. Bayangkan macam kena ISA aje. Penjara mungkin ada kemudahan pengawal, ada makan dsb, nampak lebih bermoral berbanding memasukan jin ke dalam botol.
Akhirnya saya memilih membina Pusat Pemulihan. Di sini jin2 yang jahat akan ditahan dan diberi kaunseling dan akan tetap ditahan sehinggalah pihak berkenaan berpuashati jin ini telah berubah.
Semasa merawat puan K seterusnya saya berdoa kepada ALLAH supaya dibina pusat ini bersebelahan Serambi Madinah yang bersifat self-extended. Apabila saya sebat Puan K dengan kain tudung jin2 surrender terus saya suruh masuk ke pusat pemulihan. Jin-jin tidak lagi terus ke Serambi Madinah tetapi mestilah melalui proses penapisan yang dijalankan sendiri oleh komuniti Islam mereka.
Begitulah rawatan seterusnya kepada Puan Zaiton dan Puan R, jin2 akan masuk ke pusat ini samada kerana pemulihan atau sebagai transit bagi jin sihir yang takut diganggu oleh jin2 SB dan tukang sihir.
Monday, February 11, 2008
Musuh Perawat
Dikalangan jin tentulah jin-jin yang menyerang pesakit yang dirawat oleh perawat berkenaan. Jin-jin juga ada keakraban, kita belasah kawan baiknya kita akan diserang balik oleh kawannya. Bila kita belasah jin yang diternak oleh tukang sihir, rakan-rakan jin ini akan membalas dendam.
Apabila pesakit membakar batu-bata atau kertas, tukang sihir yang kepanasan akan mengarahkan seluruh bala tenteranya menyerang pesakit dan perawat berkenaan.
Jin saka juga bertindak lebih ganas dari jin sihir... hanya dengan menyatakan rasa benci pemilik saka kepada perawat, jin saka akan bertindak.
Jin pendamping pula akan menunjukan bahawa persahabatan mereka adalah bermakna, menyerang perawat tidak kira masa demi membuktikan kehebatan empunya amalan ayat pendamping
Dikalangan manusia tentulah tukang sihir dan pengupah merupakan musuh utama kepada perawat.
Tukang sihir yang tewas akan merasa aib dan tercabar kehebatannya. Mereka akan menambah pemujaan demi mendapatkan jin-jin yang lebih power. Maka makin ramailah kanak-kanak bawah umur yang hilang, berleluasa penzinaan dan pembunuhan demi memenuhi tuntutan syaitan untuk mendapatkan jin berpangkat sarjan, major, kapten dan seumpamya. Tukang sihir adalah golongan yang pantang tewas... tewas bererti tidak hebat. Bagi mereka ALLAH tidak berkuasa... yang berkuasa adalah JIN dan SYAITAN.
Oleh kerana bomoh sudah tercemar eloklah tiada lagi istilah bomoh... kerana bomoh adalah tukang sihir dan tukang sihir adalah bomoh. Kalau saudara membaca tulisan BOMOH sebutlah TUKANG SIHIR. Bagi saya hanya ada dua jenis rawatan iaitu rawatan fizikal dan kerohanian. Rawatan fizikal adalah seperti allopathy(hospital), homeopathy, penggunaan madu, herba, urut dsb. Rawatan kerohanian pula terbahagi kepada dua iaitu Islamic dan non-islamic... dan bomoh termasuk non-Islamic.
Bilakah pemerintah boleh bertindak menyekat kegiatan mereka... sama2lah kita berdoa dan berusaha. Saya juga amat-amat menanti satu badan induk yang bertindak bagi mengesahkan amalan perawat. Terus-terang saya katakan saya mendapat maklumat beberapa orang pengamal perawat dari pertubuhan terkemuka telah jauh menyeleweng tanpa sebarang tindakan.
Tukang upah adalah manusia yang penuh dengan PHD. Mereka amat kecewa bila melihat mangsa masih berdiri gagah. Dia akan mencari bomoh demi bomoh yang berselindung sebagai bomoh.
Satu lagi musuh perawat yang kurang diberi perhatian tetapi mempunyai impact yang kuat kepada perawat adalah di kalangan perawat sendiri. Perawat yang ada PHD. Jika dalam ilmu gerakan Islam, Fathi Yakan seorang ulamak aktivis Ikwanul Muslimin meletakan bahawa musuh utama gerakan Islam adalah ulamak yang dengki... begitulah juga dalam rawatan Islam, kedapatan mu'allij yang kelihatan tersohor merasa tercabar dengan kemunculan mu'allij2 baru.
Tentunya mu'allij tersohor ini tidak akan menggunakan teknik kotor misalnya menggunakan jin untuk menghentam mu'allij junior. Mu'allij ini menyebarkan fitnah kononnya mu'allij junior sesat, bersahabat, berdamping, bersaka dsb sehingga nama mu'allij junior ini tercemar. Jika mu'allij ini menganggotai pertubuhan yang sama... tentu sekali mu'allij junior ini akan disingkirkan.... Ternyata fitnah begini lebih dahyat dari serangan jin dan tukang sihir.
Sepatutnya kita bersifat syukur melihat kehebatan junior melebihi senior, belajar darinya dan berdoa semoga sama2 dapat membantu sesama insan.
Perawat jangan bersedih! anda masih ada kawan. Kawan anda adalah perawat yang jujur yang mungkin anda kenali ataupun tidak. Anda harus merasakan anda bersama mereka berbakti kerana ALLAH semata.
Perawat juga ada sahabat jin. Jin-jin yang anda telah bebaskan dari perhambaan kepada tukang sihir adalah sahabat anda. Jin-jin yang anda telah Islamkan sentiasa mendoakan kebahagian anda. Jin-jin yang mengganggu anda tetapi anda doakan supaya ALLAH memberinya hidayah dan anda memaafkannya akan sanggup berbuat apa sahaja untuk anda kerana ketulusan hati anda. Cuma anda jangan ambil peluang... yakinlah jin-jin ini ada berkeliaran berhampiran anda, membantu anda disaat anda amat2 memerlukan.
Kalau anda tiada rakan perawat, tiada jin sebagai sahabat yakinlah ALLAH bersama anda. Siapakah yang lebih anda harapkan selain dariNYA?
Thursday, February 7, 2008
Tulisan Emjay Mengenai Bomoh Sesat
Dengan nama Allah yang maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbh
Pada hari selasa lalu 22 Jan 2008 lalu saya sempat menonton berita perdana di TV3 pada pukul 8.00 malam. Sempatlah saya menonton para bomoh diberikan platform yang selesa untuk mempromosikan aktiviti mereka berhubung isu kehilangan adik Sharlinie Mohd. Nashar. Apalah nak jadi dengan negaraku Malaysia. Ulamak yang menyatakan perkara yang hak dihalang di TV3 tetapi bomoh sesat yang menyesatkan diberikan promosi yang amat meluas untuk menghalalkan aktiviti mereka dan untuk menarik lebih ramai pelanggan berurusan dengan mereka.
Memanglah bagi orang yang tidak berilmu, untuk melihat anak dara masih ada dara atau tidak, mereka memang tidak mampu. Bagi orang yang berilmu, dari jauh pun sudah boleh membuat penilaian sama ada anak dara ini masih ada dara atau tidak. Bukan guna jin tetapi melihat kepada tanda-tanda yang diberikan Allah SWT. Boleh melihat punggung atau pada ***** atau pada *****.
Begitu jugalah bagi melihat bomoh sesat. Tidak sukar untuk melihat sama ada bomoh-bomoh ini sesat atau tidak sama ada melihat pada cara penampilan mereka atau melihat pada bahan-bahan yang digunakan oleh mereka. Sebahagian dari ilmu untuk menilai bomoh-bomoh sesat lagi menyesatkan ini telah saya kupaskan di dalam artikel Akidah bahagian 3 di http://emjayjb.multiply.com/journal/item/4 .
Menonton penampilan bomoh ini di berita perdana TV3 tempuh hari cukup menimbulkan kemarahan saya. Lihatlah sahaja gambar berikut:
Nasir Mahmud (holding cage) and Sharlinie’s family releasing the dove yesterday from the cage at the playground in Petaling Jaya where Sharlinie was last seen.
Melihat pada rantai biji tasbih pada bomoh ini sudah mengingatkan saya kepada sami buddha di kuil-kuil buddha. Melihat buah kelapa pula telah mengingatkan saya kepada sami Hindu terutama sekali sewaktu perayaan Thaipusam yang baru berlalu. Apa pula kaitan melepaskan burung merpati dengan usaha mendapatkan semula adik Sharlinie? Di dalam gambar tersebut juga kelihatan buyung yang entah apa kandungan didalamnya. Bomoh sesat memang suka menggunakan warna hitam, merah atau kuning/oren. Lihatlah warna hitam pada pakaian bomoh sesat ini. Lihatlah pula kain merah yang dibentangkan untuk meletakkan buah kelapa tersebut.
Selain daripada kaedah penampilan yang boleh diguna pakai untuk mengenali bomoh sesat ini, mereka juga suka berlagak macam Tuhan. Di dalam Al Quran dinyatakan bahawa segala yang ghaib adalah milik Allah SWT tetapi di dalam kes ini mereka berlagak macam Tuhan dengan menyatakan perkara ghaib seperti petikan berikut dari akhbar Berita Harian:
" Sementara itu di rumah keluarga Sharlinie, Presiden Ikatan Bomoh Negara 11 Serangkai, Nasir Mahmud, yang juga ahli Jemaah Sabilillah Selangor, mendakwa pihaknya mendapat firasat Sharlinie akan dikembalikan minggu depan.
"Pihak kami berusaha mengesan Sharlinie melalui kaedah tradisional berteraskan ajaran al-Quran dan mendapat petunjuk dia kini disembunyikan di sebuah flet terletak dalam lingkungan lima kilometer (km) daripada rumahnya," katanya selepas melakukan upacara simbolik kaedah perubatan kumpulan itu di sini, semalam. "
Kononnya bomoh ini mengetahui perkara ghaib dan memberikan ramalan bahawa adik Sharlinie akan dipulangkan pada minggu depan. Sebenarnya apa yang cuba dilakukan oleh bomoh sesat ini adalah sekadar untuk mengkafirkan umat Islam semua kerana di dalam sebuah hadis dinyatakan bahawa mempercayai kata-kata bomoh akan menjadikan orang yang mempercayainya menjadi kafir.
Siapa yang mendatangi arraf, kahin (tukang ramal / bomoh) lalu membenarkannya (menyetujuinya), maka sungguh dia telah kafir terhadap apa yang diturunkan kepada Muhammad SAW.
(Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmidzi & Abu Daud)
Bagi yang tidak berilmu atau yang sememangnya “buta”, orang seperti ini pun dibiarkan terus menyesatkan orang lain sama seperti bagaimana mereka membiarkan bomoh sesat seperti bomoh di Pusat Rawatan Keraton di Sentul yang diusahakan oleh Prof Dato Dr Raden Johari Mansor sebagaimana telah saya ceritakan dalam artikel saya Bomoh di Malaysia semakin moden dan canggih, tahniah syaitan di http://emjayjb.multiply.com/journal/item/118 .
Islam adalah satu agama yang mengamalkan konsep “matlamat tidak menghalalkan cara”. Memanglah keluarga Sharlinie amat sedih dengan kehilangan anak kesayangan tersebut. Ingatlah bahawa ini semua adalah ujian berat dari Allah. Di dalam usaha untuk mencari anak kesayangan ini, gunakanlah kaedah yang dibenarkan di dalam Islam. Mudah-mudahan apabila kaedah yang dilakukan diredhai Allah SWT, insyaAllah kelak Allah pulangkan semula anak ini ke pangkuan keluarganya.
Dengan membenarkan bomoh-bomoh sesat ini terlibat dalam usaha mencari adik Sharlinie, apakah ini akan mendapat redha Allah SWT??? Tidak cukup dengan 100 bomoh, datang satu lagi agen syaitan memujuk bapa adik Sharlinie untuk menggunakan satu lagi jenis bomoh sesat iaitu bomoh hipnosis. Bacalah lampiran berita tersebut yang saya sertakan di bawah bertajuk “Bapa Yin cadang jumpa pakar hipnosis”.
Melalui usaha ramai pihak melibatkan begitu ramai sekali bomoh sesat dalam mencari adik Sharlinie, saya menjangka bahawa ini hanya bakal mengundang kemarahan Allah SWT. Mungkin kejadian kepada adik Nurin sedikit masa lalu bakal berulang lagi.
Kalau dengan usaha melalui bomoh-bomoh sesat ini dapat menemukan semula adik Sharlinie, bagi saya ini bakal mengundang lebih banyak kerugian kepada keluarga adik Sharlinie dan orang ramai sekelian. InsyaAllah berbagai musibah yang lebih berat bakal menimpa keluarga ini kerana pastinya rahmat dari Allah akan semakin jauh kerana kebergantungan keluarga ini kepada bomoh yang syirik. Analogi mudah bagi saya bagi situasi ini ialah sekiranya orang berdoa menang loteri. Sekiranya Allah tidak memenangkan orang ini, ia adalah sebenarnya satu rahmat besar dari Allah namun sekiranya Allah memberikan kemenangan kepada orang yang membeli tiket loteri tersebut maka ini sebenarnya permulaan dunia penuh musibah bagi penjudi ini. Mungkin dengan kemenangan ini akan menjadikan penjudi ini kaki judi sampai tua. Bayangkanlah apa yang bakal dilalui oleh kaki judi????
Nasihat saya kepada ibu bapa Sharlinie Suraya Ahmad dan Mohd. Nashar Mat Hussein, bertaubatlah. Di dalam Islam yang haram adalah tetap haram. Kalau makan babi itu ada juga maafnya apabila dimakan waktu darurat namun bagi berurusan dengan bomoh sesat ia tetap haram dan menyebabkan syirik serta tiada kes daruratnya dan berkenaan perkara ini, bacalah hukum berurusan dengan bomoh di dalam banyak artikel-artikel saya di Laman Emjay ini.
Harapan saya kepada para mufti di Malaysia, bilalah nak menembak bomoh-bomoh sesat seperti ini. Nak harapkan mufti Perak tu, sekadar menambah kacau bilau, sekadar menggalakkan air Musoffa dan air An Nusyhrah bolehlah!!
Berikut ini saya lampirkan beberapa keratan akhbar yang telah diterbitkan semalam dan beberapa hari lalu berhubung pelbagai bomoh yang terlibat dalam urusan mencari adik Sharlinie. Untungnya bomoh sesat ini dapat promosi iklan percuma dari pelbagai akhbar utama di Malaysia.
Sekian wassalam wallahuaqlam
Monday, February 4, 2008
Cukup sekadar meletakan tasbih pada pesakit
Mulut Puan Zaiton saya ikat dengan ayat kerana bahasanya korang sopan dan menganggu saya meruqyah. Saya kata awak hanya boleh berkata perkara yang benar sahaja, minta maaf, nak masuk Islam atau nak keluar. Perkataan maki-hamun mulutmu aku kunci dengan ayat ALLAH. Maka senyaplah Pn. Zaiton.
Tergerak hati saya nak memukul jin pada pada tubuh Pn. Zaiton dengan tasbih. Saya ambil dua tasbih, saya letakan di depan saya dan saya membaca surah As-Sajadah. Kemudian saya tiup tasbih2 berkenaan. Tasbih ini 1 saya serahkan kepada suami Pn. Zaiton dan 1 lagi untuk saya. Untuk makluman pembaca blog, tasbih ini dari kayu biasa, bukan koka jauh sekali nona.
Kamipun menyebat Pn. Zaiton dengan kadar yang minimum pada seluroh tubuhnya. Selepas 5 minit kamipun berhenti. Tentunya tak ada kesan lebam dsb sebab Pn. Zaiton kami selimutkan dengan selimut tebal dan pukulan sekadar ayun-ayun tangan saja.
Kemudian jin2 dalam tubuh Zaiton mula bercakap. "Saya nak masuk Islam" dan "saya nak ke Mekah" . Kamipun secara bergilir mengIslamkan jin2 berkenaan. Sayapun berdoa kepada ALLAH supaya niat jin2 ini nak ke Mekah dimakbulkan. Saya berdoa agar disediakan kenderaan kepada mereka.
Dalam banyak-banyak jin berkenaan, seorang jin masuk Islam dan nak ke Mekah. Dia tanya kat Mekah ada ayam tak? Saya syak inilah jin yang selalu memprotes nak makan ayam (Pn. Zaiton berpantang makan ayam, akibatnya dia akan meminta-minta ayam goreng semasa kerasukan). Dia mengiyakan dan mengakui kelaparan kerana tak dapat makanan sejak seminggu yang lalu. Jin ini melihat keluar, dia nampak jin2 yang dalam flight nak ke mekah di luar rumah saya sedang dihidangkan makanan lauk ayam... apa lagi diapun tak sempat memberi salam terus keluar dari batang tubuh Pn. Zaiton...
Suami Pn. Zaiton berkata, "malamni rekod baru, tak sembelih satupun jin"
Pagi Ahad Pn. R pula datang untuk dirawat. Saya merawat bersama Ust. Zed. Saya baca ayat pukul pada tasbih2 dan kain tudung wanita. Tasbih saya serahkan kepada suami Pn. R dan Ust. Zed. Saya menggunakan kain tudung.
Seperti Pn. Zaiton, saya ikat mulut Pn. R... then kami buat pukulan ringan, lebih kurang 10 mint.
Kami berehat. Saya bacakan surah As-Sajadah. Puan R menangis..
Akhirnya jin itu berkata, "sudahlah jangan pukul lagi, aku sakit!". Dia menceritakan serba-salahnya kerana wanita yang diganggu ini baik sedangkan dia akan dipukul oleh tuannya jika tidak mengganggu wanita ini. (Pn. R sebelum ini saya suruh berdoa supaya ALLAH memberi hidayah kepada jin2 yang mengganggunya dan memaafkan jin2 berkenaan---teknik diplomasi)
Dia memberitahu kepalanya dipegang oleh tukang sihir dan akan dipukul jika berhenti mengganggu. Saya ajak dia masuk Islam dan saya berjanji untuk membantu mengembalikan kepalanya. Saya juga beritahu bahawa anda akan syahid jika mempertahankan kebenaran di dalam Islam. Dia minta segera diIslamkan. Selesai mengucap dia memilih nama Muhammad dan kemudian dia mati....
Muncul jin yang kedua, juga teresak. "Saya kawan Muhammad, Muhammad telah disembelih oleh Mak Yeh" kata jin itu hampir meraung. Diapun masuk Islam, kemudian diapun mati disembelih oleh Mek Yeh.
Kami bertiga bersedih dengan peristiwa ini, Ust. Zed saya lihat begitu pilu sekali....kejamnya Mak Yeh.
Muncul jin ketiga. garang sekali dan mengatakan dialah Mak Yeh. Dia kata dia akan bunuh sesiapa sahaja yang bersimpati dengan wanita ini dan Mak Yeh tak pernah kalah katanya.
Saya pukul dia dengan kain tudung. Dia kesakitan dan minta jangan dipukul lagi. Dia jin Hindu . Dia juga akhirnya akur bahawa wanita ini baik dan tak mahu lagi mengganggu wanita ini. Jin ini saya hantar ke gunung ... di Johor.
Pn. R saya sedarkan... Pn. R diserang di bahagian tangan kanan. Saya bekalkan Pn. R dengan Penawar Nur Ehsan dan minta beliau membuat mandian 7 petang.
Malam tadi saya merawat Pn. K (yang juga berpantang makan ayam). Saya bacakan surah As-Sajadah pada tasbih2 yang saya gunakan sebelum ini. Saya serahkan 1 tasbih berkenaan kepada suami Pn. K.
Saya minta suami Pn. K meletakan tasbih pada tubuh Pn. K. Setiap kali diletakan, Jin pada puan K merayu supaya tasbih itu diangkat darinya. Suami Pn. K bertindak seolah-olah seorang perawat professional, bertanya jin apa. bila masuk, kenapa dan menyuruh keluar. Bagi jin yang tak mahu keluar, diletaknya tasbih berkenaan ke badan Pn. K, menjerit jin berkenaan. Suami Pn. K berkata kalau awak tak mahu keluar... ust pulak letak tasbih dia. jin berkenaan ketakuatan dan keluar.
Suami Pn. K mengeluarkan jin2 sihir dan saka di perut, bahagian kemaluan, dada dan kepala Puan K. Setelah sedar Pn. K merasa amat ringan dan pandangannya kabur selama ini menjadi jelas. AlhamduliLLAH.
Saya pula benar-benar relax dalam sesi rawatan ini.... apakah teknik tasbih ini boleh digunakan kepada pesakit yang lain...wALLAHu 'aklam
Friday, February 1, 2008
Melawan Jin Saka
Sepertimana yang dimaklumi diantara tanda seseorang itu mengalami gangguan makhluk halus dapat dikenalpasti melalui tebiat makanannya. Orang yang kemaruk makan berkemungkinan besar pada batang tubuhnya ada jin khususnya jin saka.
Orang ini makan dengan banyak, kurang sopan dan pantang jumpa.
Sebenarnya pada batang tubuhnya tinggal sejumlah besar makhluk halus bernama jin saka.
Pada tubuh saya terdapat 2 jin saka yang dah terok saya belasah dengan rukyah. Apabila saya merawat seseorang yang bersaka saya akan merasa denyutan di bahagian bahu saya pada 2 kedudukan. Apabila berdenyut saya secara fostulat menjangka pesakit saya ada bersaka... adakalanya saya beritahu kemungkinan ini dan adakalanya tidak.
Tahun ini saya mulakan dengan berhenti memakan segala jenis makanan yang berdaging dan bertelur. Saya memang penggemar ayam dan daging tetapi selaku mengikut sunnah saya tidaklah kemaruk. Cuma perasaan agak terganggu kalau tak jumpa benda2 ni. Kerana selalu sangat makan ayam goreng saya dapati kaki saya berkudis air sedikit dan akan pulih semula bila saya berhenti makan daging ayam. Keadaan ini berterusan sehinggalah saya menjadi perawat. Dua orang anak saya juga mengalami masalah yang sama. Saya jangkakan ia adalah berpunca dari saka.
Saya betul-betul menjadi vegeterian. Memang menyakitkan terutamanya apabila menghadiri majlis makan kenduri. Terliur dibuatnya. Tetapi saya mesti melakukannya walaupun isteri saya kadang-kadang menasihatkan saya untuk makan sedikit... saya tak makan walaupun ikan bilis!
Dalam tempoh ini saya dapati belakang saya memang senyap tak ada denyutan langsung. Mati ke? fikir saya. Saya juga mudah merawat... banyak kes-kes sukar dipermudahkan oleh ALLAH SWT.
Minggu pertama saya merasakan berat dibahagian kepala. Minggu kedua saya lebih fokus. Pada minggu ketiga hinggalah ke empat daya ingatan saya semakin kuat sehingga saya berjaya menghafal satu surah alquran.
Pada 30hb. Januari 2008 yang lalu genaplah sebulan saya mengawal makanan. Badan saya susut, pipi saya kempis sedikit dan ternyata pernafasan dan denyutan jantung saya macam lepas overhaul. Suara saya bertenaga, bacaan taranum saya bolehlah setakad imam surau sebelah rumah.
Saya mulakan perasmian dengan makan roti telur di kedai mamak di Tesco Shah Alam sementara menunggu isteri saya bermesyuarat. Nothing happen.
Besok pagi sebelum ke bilik air saya terlihat ikan yang telah dimasak oleh isteri saya malam tadi, saya ngap. Then... belakang saya berdenyut rancak.... waduh ada lagi puak ni!
Malam tadi saya merawat pn. Zainon. Jin Islam yang selalu membantu Pn. Zainon (sila baca kisah beliau sebelum ini) kelihatan sakit. Jin ini bertarung melawan jin2 sihir yang menggangu pn Zainon. Saya merawat jin ini dan dia kelihatan pulih. Agaknya atas rasa terhutang budi jin itu berkata "ustaz sakit ke?" saya kata tidak. Dia kata di belakang saya ada gangguan dan dia nak menangkapnya. Saya membenarkan. Jin2 di belakang saya ini akhirnya ditamatkan riwayatnya. AlhamduliLLAH setakad masa menulis ini saya tidak lagi merasai denyutan walaupun selepas memakan masakan berlauk ikan kegemaran saya.
Mungkin pembaca blog beranggapan saya bertuah kerana adanya bantuan jin pada puan Zainon. Saya rasa itu bukan isunya. Tetapi ternyata ada yang lebih perlu ditekankan di sini.
Jin saka yang tinggal di badan kita memakan apa yang kita makan. Kita boleh tenyeh dia dengan berhenti makan apa-apa makanan kegemaran kita.
Pn. Zainon juga telah berhenti makan ayam. Kesannya semasa dirasuk, Pn. Zainon ie jin saka dll dalam badannya merayu-rayu nak makan ayam. Apabila dirawat kami berjaya mengeluarkan jin yang sudah menetap dibadannya lebih 10 tahun.
Pn. K (kes perut bergoyang) juga saya minta untuk berhenti makan ayam goreng KFC kegemarannya. Apabila dirawat jin2 dalam badannya mengadu kelaparan dan sudah tidak suka tinggal di badan K. Sebelum ini kami jangkakan puan K sudah pulih sepenuhnya.
Puan L apabila keluar sahaja dari hospital kerana serangan asma juga saya suruh menjadi vegeterian. Hingga saat ini beliau tidak perlu menyedut gas lagi...
Cubalah... tapi jangan pula meninggalkan zikir bila melakukan amalan di atas. Selamat mencuba.
Blog/web Rawatan
-
Kursus Rawatan Islam - Perawat Mantap dan Hebat - Kuala Lumpur - Artikel ini memerlukan anda sedikit berfikir dan merenung atau bermuhasabah diri. Diharap anda bersabar membacanya. Dan semoga Allah s.w.t memberikan ke...4 years ago
-
Info RCT (Rawatan Cara Tidur) - Kaedah rawatan RCT adalah kaedah diagnos (mengesan punca penyakit) yang dilakukan secara kebatinan. Penglibatan kaedah ini semestinya memerlukan kondi...5 years ago
-
TUANKU, SYED, WAN, SHARIFAH.. - SEKILAS SEJARAH MASUKNYA SEBAHAGIAN ALAWIYYIN DI TANAH MELAYU DAN KEPULAUAN BORNEO (Siri Akhir) MASYARAKAT ARAB HADRAMI DI SARAWAK: TINJAUAN TERHADAP SE...5 years ago
-
-
3 Doa Mudah Membasmi Masalah Gangguan Makhluk Halus - Amalan berikut saya ajarkan kepada pesakit-pesakit saya yang ada masalah gangguan makhluk halus. Amalan ini merupakan penambahan ataupun 'add-on' kepada ...7 years ago
-
SENARAI GRADUAN SESI 2016 - *SENARAI PELAJAR YANG AKAN DIIJAZAHKAN DI MAJLIS PENGIJAZAHAN DARUSSYIFA' PADA 25-DIS-2016 (AHAD).* Kepada pelajar Pengubatan Islam Darussyifa' Bangi Kumpu...8 years ago
-
Tips apabila mengalami mimpi buruk - Mimpi adalah mainan tidur. Namun ada juga mimpi yang benar seperti mimpi para nabi dan rasul, dan juga orang-orang soleh. Mimpi yang buruk pula datang dari...8 years ago
-
Ciri-ciri gangguan jin - * Di antara ciri-ciri yang bisa diketahui dari orang yang terkena gangguan jin atau syaithan itu adalah:* *Gangguan terhadap pikiran:* - Menjadi s...8 years ago
-
Rawatan salah bantal. macam -macam dah ikhtiar, alhamdulillah menjadi. - *Assalamulaikum WRBKT, Hari ini penulis ingin berkongsi teknik rawatan (yang menjadi sahaja) untuk masalah seliuh leher atau lebih popular dengan panggilan...9 years ago
-
Hari-Hari Terakhir Ramadhan - Dalam masa tak sampai beberapa hari penghujung Ramadhan Masa nak renung kembali. Baik buruk tindakan selama setahun ni Apa tambah baiknya ? apa yang makin ...9 years ago
-
REPORTASE PEMBANGUNAN PONDOK REHABILITASI QHI - Abu Qhois Sidomulyo Alhamdulillah kemarin sore tepat nya Hari Kamis Tgl 28 Pukul 17.00 wib Peletakan batu pertama Pondok Pesantren Rehabilitasi Qur;anic he...10 years ago
-
Hidup Bersama Mayat - Blog ni menerima macam-macam gambar yang pelik, misteri dan kadang-kala tidak dapat dijelaskan. Seperti gambar misteri ini, yang langsung takde penjelasan m...10 years ago
-
KULIYYAH DARUL ANSAR - *Assalamualaikum WBT* Kemasukan penuntut baru bagi pengambilan 2014 kali ke-6 untuk pengajian Pengubatan Islam anjuran PERSATUAN PENGUBATAN ISLAM DARUL ...10 years ago
-
-
Kesibukan Dunia VS Bekalan Akhirat.. - Assalammualaikum wbt.. Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana memberi satu lagi kesempatan terhadap hamba yang lemah ini untuk menambah perkongsian di da...12 years ago
-
AGM AKRINE dan Jamuan Eidulfitri AKRINE 2011 - *AGENDA :* 1- AGM AKRINE kali pertama 2- Jamuan Eidulfitri 1432H 3- Pendaftaran Perawat AKRINE dengan TCM 4- Pendaftaran Keahlian AKRINE13 years ago
-
Biar Orang Cina Pimpin Islam - [image: biarcina] *Biar Orang Cina Pimpin Islam* oleh * Ann Wan Seng* ISBN 978-967-361-015-0 Tarikh Terbit: April 2011 Jumlah Muka Surat: 130 Harga...13 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
My Favourite
-
Tentera AS tersilap tembak jet sendiri - KOSMO!Gambar fail sebuah jet F/A-18 Super Hornet berlepas dari kapal USS Harry S. Truman pada bulan ini. - Tentera Laut AS/Task&PurposeWASHINGTON – Dua jur...34 minutes ago
-
Mazhab (Sosiologi) Pendidikan: Punca Kita Sukar Sependapat - Pendahuluan Mengapa perbincangan tentang pendidikan sering kali menimbulkan perbezaan pendapat? Sudah tentu, ini bermula daripada perbezaan di antara penda...2 days ago
-
-
Cerita di sebalik penjualan Pusat Pendidikan Al-Barakah - KERAJAAN negeri bersikap terbuka untuk mengadakan perbincangan pada bila-bila masa dengan pengurusan Pusat Pendidikan Al-Barakah jika mereka memerlukan ban...6 years ago
-
Flybar Aztech - More stable than my previous Oxelo Yamba Wood 27". Heavier and tougher. Love it!6 years ago
-
Jual Saham Proton : Bisnes atau Politik? - Saya agak terkejut apabila berita penjualan keseluruhan saham Proton kepada pelabur luar diwar-warkan di media pada minggu lalu. Adakah ini sebahagian s...8 years ago
-
Alahai Pramugari MAS, Penerbangan Haji Bertudung, Penerbangan Biasa Buang Tudun - Mengapa penerbangan Haji, pramugari MAS memakai tudung, tetapi penerbangan biasa pramugari buang tudung? Ini satu lagi sikap yang mempersendakan dan mereme...8 years ago
-
Dr Mahathir berbohong tentang Kassim Ahmad, kata bekas ketua Persatuan Ulama - Ahmad Awang meneliti dokumen tentang Kassim Ahmad sebelum diserahkan kepada The Malaysian Insider. – Gambar The Malaysian Insider, 19 Februari, 2014. Be...10 years ago
-
menawan puncak kinabalu 1 (politik) - (Ulasan terhadap komentar di FB saya) Menawan puncak Kinabalu 1 1) Terima kasih. Tulisan saya, ‘Rebah di kaki gunung Kinabalu’ mengundang kritikan yang beg...11 years ago
-
Matahari & Bulan sebenarnya mengelilingi Bumi - Oleh : Syaikh Muhammad bin Shaleh Al-Utsaimin Dalil-dalil syariat secara lahir mengatakan bahwa matahari mengelilingi bumi, sehingga perputarannya itu meny...12 years ago
-
Roboh gerai tanpa notis - Roboh gerai tanpa notis Oleh : NURULFATIHA MUAH Tarikh : December 25, 2011 [image: Roboh gerai tanpa notis] SELAYANG BARU – Seorang peniaga kerugian kira-...12 years ago
-
Terkini .............. - Sila tukar link di blog anda ke sana, tuan pondok sudah pindah. Terima kasih. Sana mana? http://www.arabmykrk.com. Kalau nak belajar Bahasa Arab sahaja:......15 years ago
-
-
-
-
Expose Mistik part-1
Expose Mistik Part 2
Expose Mistik Part 3
Teknik Tidurkan Jin
Senarai Perawat Luar Negeri
- Jordan
- "Ayesh Quran: Cell: 00962795576723, ayeshquran@yahoo.com (Taibeh, Irbed, Jordan)
-
- Osamah Yasin Al-M'any: Home: 0096265605022, Cell: 00962777970590, info@ruqya.net, www.ruqya.net (Amman, Jordan)
- UK
- Abu Junaid: 07834326225 (Birmingham and surrounding areas, UK)
- Abdul Jabbaar: 07976918576 (Huddersfield and surrounding areas, UK)
- Abu Abdullah As-Salafi: 07737557330 (Birmingham, UK)
- Abu Abdullah: Ruqyashariyah@yahoo.co.uk, http://groups.yahoo.com/group/RuqyaShariyah/
- Zaid : 07985667618 (Leicester, UK)
- Sheikh Abu Hanifah (appears on the Islam Channel Q&A): 0208 471 5766 (London, UK)
- Ibrahim At-turki: 07719380579 (Hertfordshire, North London)
- USA
- Abdulhakim Alhiyafi: (615) 668-2522 (Dallas, Tx 76107), the sheikh works in Sharia Academy and he travels to other states frequently.
- Ahmad Al-Jabry: (313) 384-4509 (Dearborn, Mi 48126)
- Germany
- Abu Sufian: 01625365432 (Bonn)
- Bosnia and Herzegovina
- Enes Beganović Mećevići BB Zavidovići +387 61 757 819, enes@lijecenje-kuranom.com, www.lijecenje-kuranom.com
- Morocco
- Abdul-Hameed Abu Abdul-Wadood: office: (+212) 048 82 26 26 , cell: (+212) 062 12 01 81 , arroqia@hotmail.com, www.roqia.free.fr (Agadir, Morocco)
- Yusuf Shabany: (+212) 069 60 56 43, aroqya@hotmail.com (Ad Dar al Bayda', Morocco)
- Pakistan
- Iqbal Salafi: TEL: 0092 51 5537998 (7AM-3PM PST), Mobile:0092 3335115646, Kashmiri Bazaar near masjid Darus Salaam, Ahl Hadith (RAWALPINDI-PAKISTAN)
- Egypt
- Waheed Abdul-Salam Balo: 0020105061850 (Egypt)
- Yemen
- Muhammad Al-Imam center (Ma'bar, Yemen)
- Abdul-Qadir Al-Qudsy center (Al-Qadisiyah, San'a', Yemen)
- Saudi Arabia
- Abdul-Azeez Abu Djeen: phone: 4265211, cell: 055415020 (Riyadh, Saudi Arabia)
- Muhammed Al-Subai'y: 055216484 (Riyadh, Saudi Arabia)
- Abdul-Azeez bin Jdeed: 055425132 (Riyadh, Saudi Arabia)
- Abu Abdullah: 054264125 (Riyadh, Saudi Arabia)
- Abdullah As-Sadhan: 055261525 (Riyadh, Saudi Arabia)
- Nasir Armeeh: phone: 055425132, cell: 055212184 (Riyadh, Saudi Arabia)
- Abdullah Fahd Arsheedy: 0557556976 , 0557992665 (Al-Kharj, Saudi Arabia)
- Khalid Al-habashy: the imam of Masjid Al-Sulayman (Jeddah, Saudi Arabia)
- Munair Arab: (+966) 555708580, www.alroqia.com (Jeddah, Saudi Arabia)
- Abdul-Azeez Muhammed Al-Kharmy: cell: 055663850, aziz1123@hotmail.com (Jeddah, Saudi Arabia)
- Saleh An-Nah-Has: 0506575057 (At-Ta'ef, Saudi Arabia)
- Ahmed Ard-dady: office: 048229319, cell: 0505302026 (Al-Madinah Al-Munawwarah, Saudi Arabia)
- 'a'edh Al-Sharary: cell: 053650839 (Tabarjal, Saudi Arabia)
- Sa'eed Al-Qahtany: 055759590 (Riyadh, Saudi Arabia)
- Abu Mohammed Arsainy: 055143121 (Buraydah, Saudi Arabia)
- Khalaf Aal-Baker: 054407544, (Al-aziziyah, Saudi Arabia)
- Muhammed Al-ataiby: 052388818, 054449429 (Al-Khalidiyah, Saudi Arabia)
- Kuwait
- Abdullah Al-hadad: 3842452 (Al-Green, Kuwait)
- Faysal Al-'anzy: 9279496 (As-Sableekhat, Kuwait)
- Hady Al-'anzy: 9009019 (Al-Jahra', Kuwait)
- Mohammed Al-Qaysi: 7989066 (Great Mubarak, Kuwait)
- Abu Osamah: 7040056 (Kuwait)
- UAE
- Salah Abdul-Qader: 050/6111706 (Abu Dhabi, UAE)