Perawat mempunyai ramai musuh dikalangan jin dan manusia.
Dikalangan jin tentulah jin-jin yang menyerang pesakit yang dirawat oleh perawat berkenaan. Jin-jin juga ada keakraban, kita belasah kawan baiknya kita akan diserang balik oleh kawannya. Bila kita belasah jin yang diternak oleh tukang sihir, rakan-rakan jin ini akan membalas dendam.
Apabila pesakit membakar batu-bata atau kertas, tukang sihir yang kepanasan akan mengarahkan seluruh bala tenteranya menyerang pesakit dan perawat berkenaan.
Jin saka juga bertindak lebih ganas dari jin sihir... hanya dengan menyatakan rasa benci pemilik saka kepada perawat, jin saka akan bertindak.
Jin pendamping pula akan menunjukan bahawa persahabatan mereka adalah bermakna, menyerang perawat tidak kira masa demi membuktikan kehebatan empunya amalan ayat pendamping
Dikalangan manusia tentulah tukang sihir dan pengupah merupakan musuh utama kepada perawat.
Tukang sihir yang tewas akan merasa aib dan tercabar kehebatannya. Mereka akan menambah pemujaan demi mendapatkan jin-jin yang lebih power. Maka makin ramailah kanak-kanak bawah umur yang hilang, berleluasa penzinaan dan pembunuhan demi memenuhi tuntutan syaitan untuk mendapatkan jin berpangkat sarjan, major, kapten dan seumpamya. Tukang sihir adalah golongan yang pantang tewas... tewas bererti tidak hebat. Bagi mereka ALLAH tidak berkuasa... yang berkuasa adalah JIN dan SYAITAN.
Oleh kerana bomoh sudah tercemar eloklah tiada lagi istilah bomoh... kerana bomoh adalah tukang sihir dan tukang sihir adalah bomoh. Kalau saudara membaca tulisan BOMOH sebutlah TUKANG SIHIR. Bagi saya hanya ada dua jenis rawatan iaitu rawatan fizikal dan kerohanian. Rawatan fizikal adalah seperti allopathy(hospital), homeopathy, penggunaan madu, herba, urut dsb. Rawatan kerohanian pula terbahagi kepada dua iaitu Islamic dan non-islamic... dan bomoh termasuk non-Islamic.
Bilakah pemerintah boleh bertindak menyekat kegiatan mereka... sama2lah kita berdoa dan berusaha. Saya juga amat-amat menanti satu badan induk yang bertindak bagi mengesahkan amalan perawat. Terus-terang saya katakan saya mendapat maklumat beberapa orang pengamal perawat dari pertubuhan terkemuka telah jauh menyeleweng tanpa sebarang tindakan.
Tukang upah adalah manusia yang penuh dengan PHD. Mereka amat kecewa bila melihat mangsa masih berdiri gagah. Dia akan mencari bomoh demi bomoh yang berselindung sebagai bomoh.
Satu lagi musuh perawat yang kurang diberi perhatian tetapi mempunyai impact yang kuat kepada perawat adalah di kalangan perawat sendiri. Perawat yang ada PHD. Jika dalam ilmu gerakan Islam, Fathi Yakan seorang ulamak aktivis Ikwanul Muslimin meletakan bahawa musuh utama gerakan Islam adalah ulamak yang dengki... begitulah juga dalam rawatan Islam, kedapatan mu'allij yang kelihatan tersohor merasa tercabar dengan kemunculan mu'allij2 baru.
Tentunya mu'allij tersohor ini tidak akan menggunakan teknik kotor misalnya menggunakan jin untuk menghentam mu'allij junior. Mu'allij ini menyebarkan fitnah kononnya mu'allij junior sesat, bersahabat, berdamping, bersaka dsb sehingga nama mu'allij junior ini tercemar. Jika mu'allij ini menganggotai pertubuhan yang sama... tentu sekali mu'allij junior ini akan disingkirkan.... Ternyata fitnah begini lebih dahyat dari serangan jin dan tukang sihir.
Sepatutnya kita bersifat syukur melihat kehebatan junior melebihi senior, belajar darinya dan berdoa semoga sama2 dapat membantu sesama insan.
Perawat jangan bersedih! anda masih ada kawan. Kawan anda adalah perawat yang jujur yang mungkin anda kenali ataupun tidak. Anda harus merasakan anda bersama mereka berbakti kerana ALLAH semata.
Perawat juga ada sahabat jin. Jin-jin yang anda telah bebaskan dari perhambaan kepada tukang sihir adalah sahabat anda. Jin-jin yang anda telah Islamkan sentiasa mendoakan kebahagian anda. Jin-jin yang mengganggu anda tetapi anda doakan supaya ALLAH memberinya hidayah dan anda memaafkannya akan sanggup berbuat apa sahaja untuk anda kerana ketulusan hati anda. Cuma anda jangan ambil peluang... yakinlah jin-jin ini ada berkeliaran berhampiran anda, membantu anda disaat anda amat2 memerlukan.
Kalau anda tiada rakan perawat, tiada jin sebagai sahabat yakinlah ALLAH bersama anda. Siapakah yang lebih anda harapkan selain dariNYA?
Kursus Rawatan Islam - Perawat Mantap dan Hebat - Kuala Lumpur
-
Artikel ini memerlukan anda sedikit berfikir dan merenung atau bermuhasabah
diri. Diharap anda bersabar membacanya. Dan semoga Allah s.w.t memberikan
ke...
4 years ago
1 comment:
Assalamu'alaikom Tuan Hj Abdul Majid,
Saya setuju sangat pandangan ini. Ada segelintir perawat2 yang berpuluh2 tahun merawat merasa terancam periuk nasi mereka apabila timbul perawat baru. Apatah lagi perawat baru tu pulak bekas pesakit. Macam2 lah mereka akan kata-kata.
Sebagai perawat Islam, kita perlu ikhlas bahawa niat kita merawat, memberi nasihat adalah semata untuk mengajak manusia ke arah kebaikkan, dan menghindar kejahatan/kesyirikkan.
Sekiranya kita mula rasa periuk nasi kita ditentukan orang lain, maka sebaiknya semak balik kebesaran ALLAH dalam hati kita dan bandingkan dengan kebesaran ALLAH yang ditunjukkan dalam ciptaan2 di langit dan dibumi.
Sekian wassalam dan Selamat Memilih Pemimpin (esok Sabtu) yang dapat memertabatkan lagi amalan agama Islam di negara Malaysa ini. insyALLAH
sekian wassalam
Post a Comment