Puan K yang cukup sekadar suaminya meletakan tasbih memberitahu dia lebih suka disebat kerana jin2 yang berada dalam badannya akan cedera dan beliau akan rasa lega atleast beberapa hari. Mengikut teori saya Puan K telah lama diganggu, jin menetap dalam tubuhnya secara berlapis-lapis. Setiap kali rawatan dilakukan sejumlah jin pada lapisan berkenaan berjaya dikeluarkan.
Dilihat pada rawatan-rawatan terbaru, jin2 yang dikeluarkan sudah berada ditubuhnya melebihi 10 tahun, yakni sudah sampai ke lapisan-lapisan yang paling bawah.
Saya disarankan oleh Pn. Zaiton untuk membina penjara di lautan antartika yang tidak boleh dikunjungi bagi memenjara jin2 yang jahat dan degil seperti jin saka dan asyik. jin saka walaupun telah dirantai tetapi masih menggagahi untuk mengganggu "tuannya". Begitu juga jin asyik... selalu mungkir janji.
Cadangan ini ada asasnya, cuma saya memikirkan penjara samalah kaedah memasukan jin dalam botol dan mencampaknya ke sungai atau ke laut. Memasukan jin ke dalam botol ditegah oleh guru saya kerana bercanggah dengan amalan RasuluLLAH. Bayangkan macam kena ISA aje. Penjara mungkin ada kemudahan pengawal, ada makan dsb, nampak lebih bermoral berbanding memasukan jin ke dalam botol.
Akhirnya saya memilih membina Pusat Pemulihan. Di sini jin2 yang jahat akan ditahan dan diberi kaunseling dan akan tetap ditahan sehinggalah pihak berkenaan berpuashati jin ini telah berubah.
Semasa merawat puan K seterusnya saya berdoa kepada ALLAH supaya dibina pusat ini bersebelahan Serambi Madinah yang bersifat self-extended. Apabila saya sebat Puan K dengan kain tudung jin2 surrender terus saya suruh masuk ke pusat pemulihan. Jin-jin tidak lagi terus ke Serambi Madinah tetapi mestilah melalui proses penapisan yang dijalankan sendiri oleh komuniti Islam mereka.
Begitulah rawatan seterusnya kepada Puan Zaiton dan Puan R, jin2 akan masuk ke pusat ini samada kerana pemulihan atau sebagai transit bagi jin sihir yang takut diganggu oleh jin2 SB dan tukang sihir.
Kursus Rawatan Islam - Perawat Mantap dan Hebat - Kuala Lumpur
-
Artikel ini memerlukan anda sedikit berfikir dan merenung atau bermuhasabah
diri. Diharap anda bersabar membacanya. Dan semoga Allah s.w.t memberikan
ke...
4 years ago
4 comments:
Sy begitu kagum dengan kebolehan Ust. Moga dipermudahkan Ust. untuk membantu orang2 lain, oleh Allah S.W.T. Insya Allah.
harap ust tak lupa bhw kelebihan / kebolehan itu semua adalah ujian allah... ust byk terdedah kepada risiko 'ujub'.
bak kata aunt marie spiderman:
'with great power comes great responsibility'
salam ;-)
Moga berjaya dalam usaha dan bidang masing-masing.
Tetapi paparan sebegini akan menyebabkan berat sebelah untuk pesakit datang meminta bantuan kerana bimbang ideologi atau pengaruh kepercayaan mereka tidak sama. Tuhan je sama dan Ia juga lebih mengetahui.
Terima kasih atas peringatan semua. Saya hanyalah hamba ALLAH tiada upaya melainkan dengan keizinanNYA.
Post a Comment