Saya berdepan dengan beberapa kes yang pada mulanya sukar diselesaikan.
En. H dari Mersing yang dipaksa datang oleh keluarganya bagi membuang gangguan padanya. Semasa menyediakan air untuk diruqyah, H meluru meminum air dan memarahi saya kerana cuba mengikatnya. Ia bercakap dalam loghat Indon. Dia keluar dari bilik rawatan terus ke surau dan solat zuhor. H sebenarnya telah dirasuk oleh jin2 Islam dari Indonesia. Saya dimaklom pada badan H ada 4 jin.
Kami cuba menangkap H disurau, kami bersilat tetapi tiada kesudahan. Saya dapat ilham dan meminta ust. Zed azan. Bila azan, H terpacak tidak bergerak kerana menghormati azan, saat inilah kami gunakan untuk mengikat tangan dan kaki H.
Bila berdialog ternyata jin-jin ini baik. Salah satu merenung saya dan bertanya siapa guru saya. Bila saya sebut nama guru saya dia kata dia tak kenal. Dia tanya saya kenapa tidak menuntut dengan TG Nik Aziz, dia kenal TGni. Saya kata diapun guru saya. Dia amat girang dan bila diberitahu tuan badan minta dia tidak lagi tinggal dibadannya dia bersetuju.
Selepas berjaya mengeluarkan 3 jin, kami solat zohor kerana jam sudah 3ptg. Isteri saya yang berada disurau menceritakan jin pada H memberitahu beberapa "TG jin" datang menziarahi saya dan H memaklomkan TG2 ini kami sedang solat. H yang masih belum sedar mengambil kesempatan menyampu sampah2 di surau dan bergerak ke bilik rawatan@markas.
Rawatan seterusnya menjadi sukar, H melompat tinggi dan memanjat kerusi-kerusi yang disusun tinggi. Keluarga H menceritakan peristiwa H pernah melompat dan memanjat pokok dan bumbung rumah. Apabila dia sedar dia tak tahu nak turun.
Oleh kerana kami tidak dapat menghampirinya rawatan kami hentikan dengan menyedarkannya.
Kursus Rawatan Islam - Perawat Mantap dan Hebat - Kuala Lumpur
-
Artikel ini memerlukan anda sedikit berfikir dan merenung atau bermuhasabah
diri. Diharap anda bersabar membacanya. Dan semoga Allah s.w.t memberikan
ke...
4 years ago
No comments:
Post a Comment