Puan R bersama suami S datang untuk rawatan kali ke2.
Saya fokuskan kepada rawatan berkenaan misteri barang-barang yang dipulangkan semula. Itulah niat saya.
Tetapi saya didorong untuk membaca Al-Baqarah-102 berualangkali. Ayat ini digunakan bila berdepan sihir tafriq/pemisah. Puan R menggeletar tetapi tidak bercakap, diringkaskan cerita jin2 saya arahkan ke pusat pemulihan.
Setelah sedar, puan R menceritakan berkenaan suaminya S atas persetujuan S. Ada 2 perkara utama yang perlu diberi perhatian iaitu S berhasrat kahwin satu lagi dan penglibatan ibu puan R dalam usaha mendamaikan hubungan suami isteri ini.
Saya kurang pasti puan R disihir oleh wanita yang menjadi orang ke3 dalam hubungan mereka. Yang hampir pasti puan R suami isteri disihir untuk dipisahkan. Mudah2an rawatan kali ini menyelesaikan kegiatan penyihiran ini.
Penglibatan ibu mertua S menjadi satu perkara yang saya beri perhatian. S pernah berjumpa dengan seorang perawat yang berdamping dengan jin. Bila S mendesak perawat berkenaan untuk mengetahui siapa yang menyihir, perawat berkenaan menyatakan ibu mertuanya.
Puan R tidak dapat menerima pandangan perawat ini kerana ibunya setiap malam solat tahajjud mana mungkin sanggup melakukan perkara ini. Puan R juga menceritakan ibunya ada memberinya sejadah, tasbih dan surah yasin di mana sejadah ini perlu dibuka dan ditutup. Menurut ibunya sejadah dll ini diberikan oleh seorang perawat. Ibu puan R tidak pernah berjumpa perawat ini hanya meminta ubat melalui kawannya yang pergi berubat dengan perawat berkenaan.
Ibu puan R telah lama melakukan amalan yang disuruh oleh perawat berkenaan di rumahnya, kemudian sejadah dll ini diberikan kepada puan R untuk diteruskan amalan oleh puan R. Saya syak ini kaedah menyeru jin.
Saya merasakan ada kemungkinan jin ini ada disekitar tempat rawatan saya. Saya lakukan penangkapan (dgn izin ALLAH) dan masukan ke badan puan R. Kemudian saya ruqyah sambil puan R memegang logam aluminium sepanjang 1kaki dan saya memegang hujung satu lagi.
Saya baca ruqyah dengan niat untuk membakar tangan jin berkenaan. Dalam masa 5 minit puan R kelihatan gelisah dan berusaha melepaskan pegangannya. Saya katakan kepada jin berkenaan supaya bercakap benar dan jika berhasrat menipu api pada tangannya akan makin membesar dan panas.
Saya tanya adakah dia datang dari perawat sebelum ini, dia mengangguk. Saya tanya lagi adakah sejadah dll itu ada kaitan dengannya dia juga mengangguk.
Bagi saya misteri ini telah berakhir...jin ini saya hantar ke pusat pemulihan.
Apakah benar ibu R yang mengupah penyihir? ini boleh menjadikan perkelahian jika tidak diurus dengan baik. Bagi saya oleh kerana perawat menggunakan pendamping maka saya tidak dapat menerima pandangannya.
Kursus Rawatan Islam - Perawat Mantap dan Hebat - Kuala Lumpur
-
Artikel ini memerlukan anda sedikit berfikir dan merenung atau bermuhasabah
diri. Diharap anda bersabar membacanya. Dan semoga Allah s.w.t memberikan
ke...
4 years ago
No comments:
Post a Comment