Gangguan oleh jin asyik adalah yang terbanyak berbanding dengan jin saka dan sihir. Bezanya jin sihir perlu rawatan berulang sedangkan jin asyik dapat diselesaikan dengan 2-3kali rawatan.
Gangguan jin asyik bermula dari peringkat seseorang itu diperingkat kanak-kanak atau remaja lagi. Apabila jin yang tinggal dirumah pesakit, asrama atau mana-mana tempat yang selalu dikunjungi atau dilalui oleh pesakit, jin berkenaan sentiasa memerhatikan pesakit dalam tempoh yang lama. Dia melihat pesakit sepertimana kita melihat ikan laga dalam botol, ataupun seperti menonton filem hindustan yang mana pesakit adalah tumpuan sebagai hero/heroin filem berkenaan. Dia mendengar pesakit menyanyi, memerhatikannya tidur, mandi, berdiri depan cermin, bersolek, membuka serta memakai pakaian dan sebagainya yang akhirnya menimbulkan bibit-bibit cinta dan sayang jin berkenaan kepada pesakit.
Apabila pesakit semakin dewasa, pesakit seboleh mungkin dihalang dari mempunyai pasangan kekasih mahupun berkahwin. Apabila ada sesiapa yang nak meminang jin ini berusaha keras menggagalkannya dengan menghodohkan wajah pesakit, merosakan kereta rombongan, mempengaruhi pesakit agar menolak pinangan. Jika semua gagal, jin ini berusaha menimbulkan bibit permusuhan antara pesakit dengan pasangannya.
Jin asyik juga boleh berasal dari jin sihir mahupun saka yang telah lama bertapak pada pesakit.
Tanda-tanda gangguan antaranya pesakit sering mengadu sakit kepala, pesakit amat sensitif, suka bersendirian, tak suka bercakap tetapi lebih banyak mendengar dan berkhayal, tidur di siang hari dan berjaga di waktu malam. Terdapat tanda lebam terutama di bahagian peha, betis, tangan, perut dsb. Ketika jaga adakala pesakit merasakan dia diperhatikan dan adakalanya mendengar bisikan atau suara terutamanya ketika berbaring.
Apabila tidur bermimpi melihat seorang pemuda/wanita yang kacak. Dia mengajak berkahwin dan bersama. Pesakit adakalanya bermimpi dalam majlis kenduri, bersanding dan melakukan persetubuhan haram dengan pemuda berkenaan. Selepas itu dia bermimpi bersama-sama anak-anak kecil yang kononnya adalah anak2 hasil perkongsian mereka.
Ada pesakit yang akhirnya boleh melihat pasangannya dan anak-anaknya disekitar katil dan ruang rumahnya. Pesakit pada tahap ini sudah tidak mahu dirawat dan merelakan diri kerana merasa puas dengan "kehidupannya".
Seorang wanita yang saya rawat menceritakan bagaimana dia dirogol, mengandung, keluar darah dan akhirnya perutnya kempis semula. Apabila saya dialog dengan jin asyik ini dia claim sudah ada 10 orang anak dengan wanita berkenaan.
Gangguan jin asyik tidak terhad kepada yang belum berkahwin sahaja. Seorang wanita yang sakit kaki apabila saya rawat dan berdialog ternyata didiami oleh jin betina yang sudah agak lanjut usia. Apabila saya suruh suami pesakit menyentuh tangan isterinya jin berkenaan tersipu-sipu malu. Ternyata dia adalah jin asyik yang menaruh cinta kepada suami pesakit berkenaan. Apabila ia berada ditubuh siisteri dia mempengaruhi siisteri dalam banyak kelakuan bagi membolehkannya bersama dengan sisuami.
Adakah anda berani mengatakan anda tiada jin asyik walaupun simpton2 di atas tidak terdapat pada diri anda? Belum tentu.... ada juga jin yang menjadikan kita sebagai idolanya....ceritanya panjang, nanti saya tulis lagi insyaALLAH.
Kursus Rawatan Islam - Perawat Mantap dan Hebat - Kuala Lumpur
-
Artikel ini memerlukan anda sedikit berfikir dan merenung atau bermuhasabah
diri. Diharap anda bersabar membacanya. Dan semoga Allah s.w.t memberikan
ke...
4 years ago
7 comments:
Ermmm..menarik ni...macam mana nak tau kita ni pembawa jin2 asyik ni? Kalau sakit mungkin bole suspect...kalau takde apa-apa...bole ke kata yg takde...kurang2 kalau ada cara nak test sendiri sebelum jumpa perawat elok jugak...
Salam,
Sdra perhatikan simpton semasa tidur dan jaga,jika ada itu petunjuk awal membolehkan sdra termasuk dalam senarai.
Saya gemar menggunakan teknik scanning cara beri berikut:
1. Baca Yasin ayat 65 berulangkali (5-15x)
2. Baca An-namlu ayat 30-31 (3x) dengan niat menundukan jin asyik
3. Baca Al-Falaq 41x
4. Baca An-Nas 41x
Kalau sdra pening, mengantuk, ada getaran atau amat tak selesa.... cerah masa depan.
Wassalam
Salam,
Kalau sdra pening, mengantuk, ada getaran atau amat tak selesa.... cerah masa depan.
Apa maksud cerah masa depan?
Ada atau tdk jin asyik yg mendampingi kita?
Salam,
Ya, itu tanda2 asas gangguan jin asyik.
Assalamualaikum ustaz,
sy rasa sy mmpunyai hampir 80% tanda2 gangguan,.
yg pling ketara ialah tnda lebam2 sewaktu sy msih d skolah,.
srg sy mglami maslh suka tidur wktu siang n sy juga pnh bmimpi mngandung,.apa kah yg perlu sy lakukn ustaz.,
Menarik skali bila mana saudara Mohd tak faham maksud " cerah masa depan ".
Di Kelantan,
perkataan " cerah masa depan " memang popular digunakan dalam berkias sebagaimana yang ustaz sampaikan tu.
Ustaz ni orang mana ?
Shah said...
Assalamualaikum ustaz..saya harap saya tidak terlambat menanyakan soalan ini...saya ingin minta pandangan ustaz berkaitan isu gay dan lesbian kalau boleh ustaz nukilkan di blog ustaz..rasa ghairah dan punya perasaan kepada kaum sejenis..adakah ini juga ada kaitan dengan jin asyik?..bagaimana kita dapat merawatnya?..bolehkah dirawat sendiri atau perlu juga berjumpa dengan perawat? terima kasih
Post a Comment