Pusat Rawatan Islam Nur Ehsan tetap memberikan perkhidmatan rawatan sepanjang bulan puasa ini. InsyaALLAH rawatan akan dijalankan dari 9.00pagi sehingga 12.00tghari.
Walau bagaimanapun sistem rawatan secara temujanji masih dikekalkan. Setakad hari ini masih terdapat lebih 50 pesakit masih menunggu gilirannya. Saya berharap tuan/puan sabar menunggu dan pihak AKRINE berusaha sedaya mungkin untuk memenuhi permintaan semua.
Angka 50 tidaklah ramai, wbagaimanapun kami juga memberi peluang rawatan ulangan/susulan.
Harap maklom
Kursus Rawatan Islam - Perawat Mantap dan Hebat - Kuala Lumpur
-
Artikel ini memerlukan anda sedikit berfikir dan merenung atau bermuhasabah
diri. Diharap anda bersabar membacanya. Dan semoga Allah s.w.t memberikan
ke...
4 years ago
5 comments:
ust,
bagaimanakah yang dimaksudkan dengan syaitan diikat menjelang ramadhan, tapi gangguan, sihir masih ujud dan menjadi2 di bulan ramadhan.
terima kasih ustaz, saya telah pun membuat temu janji dengan ustaz. saya masih belum diberitahu bila tarikh rawatan saya. saya berharap tarikh rawatan tersebut akan dipercepatkan kerana saya menghadapi masalah yang besar.
Anak murid Ustaz dari kursus ke-7
Sepang, Selangor
Salam,
Syaitan adalah species jin, syaitan spt yahudi di alam manusia.... kumpulan yang dilaknat ALLAH.
Syaitan kafir, tetapi jin ada yang Islam dan yang kafir.
Kajian saya tidak semua jin yang diikat, terutamanya jin Islam.
Jin Islam macam orang melayu juga, w'pun Islam belum tentu baik. Ramai yang jahat dan tidak mengamalkan cara hidup Islam... jin inilah yang mengganas di bulan puasa.
w/apapun saya akan terus mengkaji isu ini di bulan Al-Mubarak ini.
Selamat Berpuasa
Salam,
Ustaz saya adalah slh seorang peserta kursus rawatan siri ke 7, ada beberapa soalan yang tidak sempat saya tanya pada hari tersebut.
1) Apakah hukum merawat / ruqyah org yang bukan beragama Islam?
2) Selain mengeluarkan jin melalui tarikan, pancungan, muntah atau sebagainya adakah ia juga keluar melalui najis, kerana setiap kali saya membaca ayat pancung iaitu ayat 33-34 surah Al-Maidah berulang2 kali saya pasti akan mengalami sakit perut yg teramat sgt.. Alhamdulillah selepas dari itu saya tidak lagi mengalami seperti yang telah saya katakan diatas sewaktu dan selepas membaca ayat dari surah tersebut, adakah benar jin2 ini juga akan keluar melalui najis?
3) Jika tiada perawat lain bersama2 dgn kita bagaimana caranya untuk memulihkan diri sendiri? kerana baru2 ini selepas berlaku peristiwa pada soalan no2, baru2 ini saya bermimpi merawat adik saya yang kerasukan, dalam mimpi tersebut jin tersebut amat takut dan menjerit kesakitan apabila saya membaca ayat dari surah Al-maidah tersebut, tp belum sempat saya menyelesaikan rawatan tersebut, makhluk bersaiz agak besar tersebut keluar lantas mengejar saya, sewaktu melarikan diri saya juga terjumpa dengan susuk mayat yang sudah reput dan dah menampakkan tulang terdampar di atas sebuah jalan, persoalannya adakah ini bermakna secara realitinya saya telah diserang?
ketika menulis komen ini pun saya diganggu dengan dentuman2 seperti ada sesuatu yang terhempas
Mohon jawapan dan pendapat dari ustaz.. terima kasih
wassallam...
Salam,
1. Tidak salah merawat secara ruqyah kepada non-muslim... mereka juga perlukan kesembuhan dan kesembuhan milik ALLAH yang bersifat ArRahman arRahim
2. Tidak terhalang jin keluar melalui najis mahupun air kencing
3. Jika kes saudara berat (boleh terasuk) sdra tidak digalakan meruqyah @ merawat diri secara sembelih. Lakukanlah secara zikir.
Jika boleh control diri barulah boleh ruqyah diri sendiri.
Post a Comment