Pesakit yang saya tidurkan jinnya sebelum ini datang untuk rawatan hari ini. Katanya. bapa mertuanya telah membawa seorang perawat untuk merawatnya kerana saya sibuk dengan kursus dan bilangan pesakit menunggu giliran masih ramai.
Untuk menjemput perawat berkenaan suaminya tidak dibenarkan menaiki kenderaan ie kena berjalan kaki, memberi sedekah kepada 3 kanak-kanak semasa perjalanan balik dan berjalan semula ke rumah perawat.
Maka dilakukan jugalah orang suaminya walaupun nampak janggal dan terhalang pada usaha pertama dan kedua (ribut mengejut) apbila dia nak memulakan perjalanan gila ini.
Perawat berusia 70an ini memagar luar dan dalam rumah pesakit. Dia juga meletakan duri landak pada pintu masuk, siling bilik pesakit dan bilik anak perempuan pesakit. Dia juga membekalkan balutan kain yang katanya ada tulisan Al-Quran untuk diikat pada pergelangan tangan pesakit.
Pesakit mulai syak apabila perawat didapati memegang rokok yang berasap tetapi sekalipun tidak pernah menghisap rokok berkenaan.
Semenjak perawat berkenaan merawat pesakit jatuh sakit, takut bersendirian di rumah dan tidak boleh membaca al-Quran.
Apabila berjumpa saya, saya berdialog dengan jin-jin berkenaan termasuk jin saka pesakit.
Jin-jin itu semuanya mengadu kesakitan kerana terkena duri landak yang di letakan oleh perawat. Masalahnya bukan sahaja jin2 yang sakit, pesakit juga teramatlah sakit.
Apabila berbual dengan jin saka, jin saka itu memberitahu dia menjauhkan diri dari rumah pesakit kerana kawasan rumah pesakit dipenuhi dengan jin2 perawat. Ada jin yang monitor di luar dan dalam rumah. Perawat berkenaan meletakan 3 ekor jin di rumah dan 3 ekor diluar rumah.
Ternyata pesakit terhalang dari mengaji apabila ada tangkal dipakaikan dipergelangannya. Duri landak berkenaan ada jin dan pemberian sedekah kepada 3 kanak2 itu adalah perjanjian supaya jin berkenaan berkhidmat di rumah pesakit.
Saya minta suaminya membuang semua duri landak berkenaan, memagar semula rumahnya dan merenjis perjalanannya ke rumah perawat. Perawat berkenaan sering menelefon bapa mertua pesakit untuk mengetahui keadaan pesakit. Kini rawatan menjadikan semakin rumit apabila bomoh ini pula yang menambahkan jin-jin pada pesakit.
Hentikanlah penggunaan duri landak dalam rawatan kerana ia menyakitkan pesakit, ia juga boleh menggugat kepergantungan kepada ALLAH dan lebih malang lagi jika ia berisi jin.
Perawat juga jangan menelefon pesakit kerana ini mengundang fitnah seakan-akan kita perawat pulus yang mencari pelanggan/mangsa.
Kursus Rawatan Islam - Perawat Mantap dan Hebat - Kuala Lumpur
-
Artikel ini memerlukan anda sedikit berfikir dan merenung atau bermuhasabah
diri. Diharap anda bersabar membacanya. Dan semoga Allah s.w.t memberikan
ke...
4 years ago
1 comment:
salam.
Moga tidak ada fitnah yg bukan2 dlm perubatan Islam.
Post a Comment