Sekadar untuk rekod: saya dikejutkan oleh isteri saya jam 4.00 pagi kerana ada orang datang minta dirawat.
Dalam terkebil-kebil, hati saya berkata ikhlaskah aku untuk merawatni? Apakah berat sangat kes ini sehingga ke emergency case dan aku pula sudah bersifat doctor on-call?
Saya memang berniat nak bangun awal untuk taqarrub ilALLAH. Saya pujuk hati saya supaya mengikhlaskan diri merawat tetamu 4.00 pagi ini dengan kata-kata ALLAH menguji saya untuk memberi ilmu rawatan...
Saya pendekan cerita pesakit ini bukanlah serious sangat, dia dah tak tidur 4 malam dan sakit dibahagian tulang belikat sebelah kiri. Bila diruqyah dia menggigil, beri amaran then pancung. Tak mati! Ruqyah lagi... menggigil, pancung...Tak Mati!!!
Then saya siasat... dia kata dia ikut seorang ustaz memagar rumah dan ada saudara mereka yang bermasalah gangguan menumpang di rumah mereka sebelum ini.
Saya katakan itu semua bukan puncanya... tetapi dia sendiri yang panggil makhluk itu masuk... biasalah, dia menafikan.
Selesai rawatan (tanpa kejayaan memancung) ibunya menunjukan kepada saya sebotol air aura yang dihasilkan oleh ustaz berkenaan. Ibunya memberitahu bahawa anaknya menjual air aura berkenaan dan bertanya kepada saya apakah ini puncanya. saya scan dan mendapati ada cas elektrik yang kuat pada air berkenaan... itulah kesimpulannya....BERHATI2 DENGAN AIR JENAMA AURA!
Kursus Rawatan Islam - Perawat Mantap dan Hebat - Kuala Lumpur
-
Artikel ini memerlukan anda sedikit berfikir dan merenung atau bermuhasabah
diri. Diharap anda bersabar membacanya. Dan semoga Allah s.w.t memberikan
ke...
4 years ago
7 comments:
salam ustaz..
saya ada soalan.percaya kpd tarikh kelahiran sebagai peribadi seseorang,diyakini sebagai kajian,dan of course sbagai kuasa ALlah,adakah boleh menjejaskan akidah ustaz?
Salam,
Nombor memang ada kekuatan, wirid 33x, nama ALLAH 99, angka 19 dikaitkan dengan kod 19 kerana bis...Rahim ada 19 huruf dsb (akhirnya Rashad khalifa, yg mencipta kod 19 mengaku Nabi!)
Terus terang saya katakan saya tidak arif dengan tafsiran tarikh kelahiran (kejahilan saya)... lebih2 lagi apb. seseorang yg menafsirkan secara mendatar tanpa nas dan hadis. Oleh yg demikian saya bersikap tidak percaya kerana ia lebih kurang ramalan bintang saja!
Ustaz, saya mungkin diserang lemah semangat lantaran beberapa insiden yang cukup menjadikan saya terasa anxiety dan lemah badan.
apakah ayat-ayat alquran khusus yang dapat saya amalkan untuk menangani masalah ini.
sekarang saya cuma mandi limau atas sifat asidik limau tersebut dan selawat atas nabi yang memungkin serangan lemah semangat bersabit makhluk halus.
mohon bantuan.
Ustaz,
saya ada membaca bismilah 6, tetapi perlu diijazahkan pula, dapatkan ustaz memberi penerangan mengenai bismillah 6
Assalamualaikum wbt>>
Ustaz, alhamdulillah saya telah mengikuti kursus ustaz pulau Pinang baru2 ni. Cuma yang saya nak buat cadangan mungkin mewakili mualij2 baru. antaranya:
1. Bagi zon utara kalau boleh kita wujudkan usrah di bawah mana2 mualij yang senior. Mungkin di Pulau Pinang dengan ust Nasrul.
2. Mungkin pihak AKRINE wujudkan forum khas untuk mualij2 untuk berkongsi pengalan dan masalah. kerana liku2 jadi mualij kita perlukan jemaah.
Salam,
Maaf Yg Berbahagia Ust, izinkan sy menjawab persoalan Amir s.
Saudara Amir boleh rujuk di www.terapi-alfatah.blogspot.com.
Disana ada diletakkan Bismillah 6 bersama khasiatnya.
WALLAHUALAM.
Terima kasih saudara asrul.
Post a Comment