Ada 2 teknik terbaru yang saya amalkan dalam merawat gangguan; teknik tikam jin dan teknik tidurkan jin.
Teknik tikam jin memudahkan kita scanning dan dialog dengannya, ada pesakit yang tangannya melekat di dada setelahmana jin berkenaan ditikam dan terus dialog. Semasa kursus di Penang, dalam modul simulasi seorang peserta juga mengalami suasana yang sukar setelah menggunakan teknik tikam.
Teknik tidurkan jin pula diilhamkan apabila saya merawat seorang wanita yang apabila disedarkan samada setelah disembelih atau jin dikeluarkan akan kerasukan semula, sehingga nak masuk keretapun dia kerasukan...
Akhirnya saya bertindak menidurkan jin-jin di badannya untuk tempoh 3 bulan. setakad hari ini wanita atau suaminya masih tidak menghubungi saya... mungkin jin2nya masih tidur. Petang tadi seorang wanita saya gunakan teknik yang sama, beliau nampak bantal berbaris sebelum terjaga.
Tujuan teknik tidurkan jin adalah bagi membolehkan pesakit tidak diganggu dalam tempoh yang ditetapkan. Jin ini boleh dikejutkan oleh perawat secara teknik tikaman. Seorang bapa pesakit melarang saya menidurkan jin kerana takut jin2 berkenaan kekal dalam badan anaknya. Apabila saya membaca ruqyah tertentu anaknya bangun berjalan kerana jin2 didalamnya tak mahu ditidurkan... dalam kes ini saya gagal menidurkan jin2 berkenaan.
Kursus Rawatan Islam - Perawat Mantap dan Hebat - Kuala Lumpur
-
Artikel ini memerlukan anda sedikit berfikir dan merenung atau bermuhasabah
diri. Diharap anda bersabar membacanya. Dan semoga Allah s.w.t memberikan
ke...
4 years ago
5 comments:
Salam yang berbahagia Ust, bila agaknya Ust akan ajar teknik terbaru ini pada kami yang bawah2 nie?
Salam,
InsyaALLAH pertengahan bulan Disember.
Tahniah atas blog Ustaz!
Salam,
Syukran jazilan. Memohon doa restu dari ust & rakan2 yang lain.
Salam,
Saya hendak bertanya pada Ustaz, selalu terdapat tanda2 semacam lebam di kaki dan kadang2 di tangan isteri dan anak saya selepas bangun tidur. Perkara ini sudah sekian lama berlaku. Adakah ini salah satu tanda2 gangguan? Mungkin dari saka?
InsyaAllah, saya ingin mengikuti kursus yg ustaz akan buat nanti di pertengahan bulan disember.
salam ustaz
isteri saya sudah lama mengalami sukar tidur,tiap2 hari isteri sy bermimpi,kadang2 menakutkan dan kadang2 mimpi berjalan ditempat yg jauh....menyebabkan ia sentiasa murung...mohon nasihat dari ustaz....
ps:ustaz wan asrul,m'ka tinggal kat mane...
saya dari m'ka
Post a Comment