Followers

kursus

Kursus Rawatan Islam Terbaru

Tahap 1 : akan diadakan pada 19 - 20hb. September 2015 di Akrine Kuang

Kursus ini akan menekankan kepada perkara-perkara asas dalam rawatan Islam. Kursus ini sesuai bagi pelatih baru dan juga kepada pesakit yang mahu merawat dirinya sendiri.

Pada tahap ini, peserta akan diajar antaranya:

* Bagaimana alam jin
* Kaedah membenteng diri
* Teknik mengesan kehadiran jin
* Teknik racun
* Teknik dialog
* Teknik mengeluar jin (tarik guna serban / botol)
* Teknik mandian pesakit
* Teknik bakar batu-bata
* Akrionics
* Garis panduan merawat
* Latihan rawatan
Yuran adalah RM250.00 sahaja. Tempat adalah terhad. Hanya peserta Tahap 1 yang layak untuk mengikuti kursus Tahap 2

SMS butiran anda nama, alamat, pekerjaan kepada 019 758 4801

Tahap 2 : akan dimaklomkan

Pada tahap ini hanya bagi mereka yang telah mengikut kursus tahap 1 dan perawat-perawat (bekas pelatih Akrine) yang ingin mengulangkaji / mendalami teknik rawatan. Ia lebih menekankan kepada mereka yang benar-benar mahu menjadi seorang perawat.

Antara kandungan kursus adalah:

* Persiapan diri seorang perawat
* Keperluan bilik rawatan
* Teknik tikam
* Teknik baling
* Teknik tidurkan jin
* Teknik Kembara dan Rawat (TKR)
* Teknik Rotan Objek (TRO)
* Teknik ambil barang sihir
* Teknik Rawat Tanpa Sentuh Pesakit (RENTAP)
* Teknik Serkupan Azab (TSA)
* Keberkesan Rawatan
* Latihan

Yuran adalah RM250.00 sahaja (sila bank in ke Maybank Islamic 562740110528 Pusat Rawatan Islam Nur Ehsan)

Kursus bermula 8.30 pagi sehingga 5.00ptg

Sila sms nama, tempat tinggal, pekerjan dan tahap kursus yang dipohon ke 019-7584801

Tarikh tutup permohonan adalah seminggu sebelum tarikh kursus


Penginapan di tempat kursus bagi peserta lelaki (percuma) dan sesiapa yang memerlukan Homestay sila membuat tempahan( Homestay 1: Tn. Hj. Saad 0126794304 Homestay 2 : En. Majid 0136051892 Homestay 3: Tok 4 Taufik 0122670577) dengan kadar yang segera.

Hotel yang terdekat terdapat di TSB BBaru Sg. Buluh

Kusus Pengukuhan Tahap 3

Tarikh : 15hb. November 2014

Tempat : Dewan Burhanuddin Helmy, Kuang

Masa : 8.30 pagi hingga 5.00 petang

Yuran : RM100.00

Friday, January 30, 2009

Pengalaman Merawat 9 - Menutup Pandangan

Syasha baru berumur 5 tahun. Jarak antara Syasha dan adiknya Syamim adalah 4 tahun. Selama tempoh tersebut Syasha tak pernah bosan krn dia sering ditemani oleh Afif, teman lelaki sebaya yg tidak dapat dilihat oleh org lain.

Ibubapa Syasha begitu bimbang dgn tingkah laku Syasha yg pelik dan tidak normal seperti kebanyakan kanak2 yg lain. Syasha kelihatan sering bercakap dan bermain sendirian. Perlakuan Syasha disedari oleh hampir kesemua ahli keluarga serta sanak saudara yg lain.

Ibubapa Syasha telah cuba berubat di merata tempat krn risaukan masa depan anaknya. Malangnya tidak ada sebarang perubahan dlm kehidupan seharian Syasha. Malahan ada dikalangan perawat yg ditemui menghalalkan persahabatan tersebut.

Pada hari Khamis yg lepas sy menemui ibubapa Syasha di rumahnya. Syasha kelihatan seperti kanak2 yg lain. Dia agak malu2 dan takut terutamanya apabila berhadapan dgn ‘stranger’ seperti sy. Setelah berbincang dgn ibubapanya, sy membuat keputusan supaya tidak melakukan apa2 rawatan terhadap Syasha. Malahan sy mengajarkan ‘ayat2 tutup pandangan’ supaya dapat diamalkan oleh ibubapanya terhadap Syasha.

Sy meluangkan masa sy di rumah itu dgn melakukan rawatan terhadap kedua ibubapanya. Sy juga ambil kesempatan merawat Syasha apabila beliau tertidur kepenatan sementara menunggu ibubapanya selesai dirawat.

Pada hari Sabtu lepas, seperti biasa sy merawat seorg pesakit lain (Puan F) yg menjalani rawatan secara berkala. Puan F mengadu ada kesan lebam di peha kirinya sebesar duit syiling 50 sen. Semasa berdialog dgn jin yg berada di jantung Puan F, kaki beliau bergerak2. Setelah jin tersebut dihantar ke Serambi Madinah(SM), Afif muncul memperkenalkan diri. Afif memarahi sy krn Syasha tidak lagi berupaya melihatnya. Dia telah melebamkan peha Puan F sbg tanda kemarahannya dan sbg signal utk berdialog dgn sy.

Afif seperti kanak2 yg lain tidak sikit pun bertindak agresif sepanjang sesi rawatan. Pada awalnya Afif hanya menggunakan ‘sign language’ dan tidak mahu berkata2. Bila sy menyampaikan dakwah pdnya beliau mula memberi sepenuh perhatian, mendengar dgn teliti dan mula mengeluarkan suara utk berbicara. Afif memberi kerjasama sepenuhnya apabila diminta masuk sendiri ke dlm botol, sebelum dihantar ke SM. Malahan mendesak2 supaya segera dihantar ke SM dgn kata2, “Cepat la, cepat la, nak main…”.

Sy hubungi bapa Syasha bg mengetahui statusnya. Kata bapanya, Syasha sudah berubah sepenuhnya. Sy kemudian minta bapanya supaya meneruskan amalan membaca ‘ayat tutup pandangan’ pd Syasha agar Syasha terhindar dr jin2 lain yg mungkin ambil kesempatan atas kesunyian dan kerinduannya terhadap Afif.


*Semua yang berlaku adalah dengan izin Allah swt*

Tuesday, January 27, 2009

Thursday, January 22, 2009

Hukum Sentuhan Kulit / Jabat Tangan

I. Hukum Asal

Hukum bersentuhan kulit antara laki-laki dan wanita yang bukan mahram itu termasuk berjabat tangan hukumnya haram. Paling tidak itulah yang sering kita dengar dan itulah yang sekarang ini cukup popular di kalangan ummat Islam dan juga di kalangan aktivis dakwah.

Sehingga pemahaman seperti itulah yang selama ini dipegang dan dianggap satu-satunya hukum yang bersifat mutlak, jelas dan tidak ada dalil lainnya yang berbeda atau berlawanan. Sehingga umumnya mereka yang faham dan menjalankan syariah tidak akan mau berjabatan tangan dengan wanita yang bukan mahramnya. Mereka seboleh mungkin menghindari sentuhan kulit dengan wanita. Bahkan dalam banyak kesempatan, dengan cara yang halus mereka menolak ajakan untuk menjabat tangan wanita. Sehingga ketika ada seorang aktivis yang kelihatan bersalaman dengan wanita non mahramnya, akan menimbulkan pertanyaan kritis dan perasaan aneh di kalangan pendukungnya.

II. Kajian Mendalam

Tapi sebagai sebuah kajian perbandingan dari sisi syariah dan fiqih muqaranah (perbandingan), tidak ada salahnya bila kita meneliti tentang sejauhmana kekuatan dalil pengharamannya ? Dan lebih jauh, apakah keharaman sentuhan kulit itu berlaku mutlak atau ada juga dalil sahih lain yang membolehkan ? Bagaimana kajian fiqh yang kritis dalam masalah ini ? Lalu apa pandangan dan pendapat para ulama salafus-shalih tentang masalah ini ? Adakah riwayat dari Rasulullah SAW tentang sentuhan kulit non mahram ini ? Benarkah Rasulullah SAW pernah menyentuh kulit wanita non mahram ?
Mari kita kupas masalah ini dengan mengutip dalil hadits dan kajian-kajian fiqih para ulama :

1. Yang mengharamkan secara Mutlak

Para ulama Jumhur termasuk keempat imam mazhab umumnya mengatakan bahwa sentuhan kulit antara laki-laki dan wanita yang bukan mahram hukumnya haram. Mereka mendasarkan pendapatnya itu pada banyak dalil yang berserak disana sini. Baik yang bersifat naqli atau pun yang aqli. Diantaranya yang sering dikemukakan antara lain adalah dalil-dalil berikut ini


a. Menutup Pintu Fitnah (saddudz-dzari`ah)


Dalil yang terkuat dalam pengharaman sentuhan kulit antara laki-laki dan wanita yang bukan mahram adalah menutup pintu fitnah (saddudz-dzari`ah), dan alasan ini dapat diterima tanpa ragu-ragu lagi ketika syahwat tergerak, atau karena takut fitnah bila telah tampak tanda-tandanya.

b. Hadits Rasulullah SAW


Lebih Baik Ditusuk Jarum Besi Dari Pada Menyentuh Wanita

`Dari Ma`qil bin Yasar dari Nabi saw., beliau bersabda: Sesungguhnya ditusuknya kepala salah seorang diantara kamu dengan jarum besi itu lebih baik daripada ia menyentuh wanita yang tidak halal baginya.`(HR. Thabrani dan Baihaqi)

c. Rasulullah SAW tidak menjabat tangan perempuan ketika bai`at

Dari asy-Sya`bi bahwa Nabi saw. ketika membai`at kaum wanita beliau membawa kain selimut bergaris dari Qatar lalu beliau meletakkannya di atas tangan beliau, seraya berkata, `Aku tidak berjabat dengan wanita.` (HR Abu Daud dalam al-Marasil)

Aisyah berkata, `Maka barangsiapa diantara wanita-wanita beriman itu yang menerima syarat tersebut, Rasulullah saw. berkata kepadanya, `Aku telah membai`atmu - dengan perkataan saja - dan demi Allah tangan beliau sama sekali tidak menyentuh tangan wanita dalam bai`at itu; beliau tidak membai`at mereka melainkan dengan mengucapkan, `Aku telah membai`atmu tentang hal itu.`

2. Yang Membolehkan

Namun jika kita halusi, ternyata tidak semua ulama sepakat mengharamkan hal itu. Ada juga beberapa hujjah yang terkadang muncul untuk tidak memutlakkan keharaman sentuhan kulit antara laki-laki dan wanita yang bukan mahram. Misalnya bila wanitanya adalah orang yang lanjut usia, tua atau sudah uzur.

Di luar itu, meski umumnya dalil-dalil yang kita kenal umumnya mengaharamkan, namun kita harus jujur bahwa ternyata ada juga hujjah yang dikemukakan untuk membolehkan hal itu. Sehingga meski bukan pendapat yang popular, paling tidak perlu kita fahami adanya wacana lain yang -sebenarnya- juga tetap berdasarkan nas-nas yang sarih dan sahih. Hanya saja pendapat ini kurang popular di kalangan ulama Islam.

Diantaranya dalil-dalil yang bisa dikemukakan untuk mendukung pendapat ini adalah :

a. Hadits Ummu Athiyyah Tentang Rasulullah SAW Menjabat Tangan Wanita Ketika Bai`at

“Dari Ismail bin Abdurrahman dari neneknya, Ummu Athiyah, mengenai kisah bai`at, Ummu Athiyah berkata: Lalu Rasulullah saw. mengulurkan tangannya dari luar rumah dan kami mengulurkan tangan kami dari dalam rumah, kemudian beliau berucap, `Ya Allah, saksikanlah.“(Ibnu Hibban, al-Bazzar, ath-Thabari, dan Ibnu Mardawaih

2. Hadits bahwa Budak Wanita Memegang Tangan Rasulullah SAW

“Dari Anas bin Malik r.a., ia berkata: `Sesungguhnya seorang budak wanita diantara budak-budak penduduk Madinah memegang tangan Rasulullah saw., lalu membawanya pergi ke mana ia suka.` (HR. Bukhari dalam Shahih-nya pada `Kitab al-Adab`)

Dalam riwayat lainnya juga ada hadits senada yaitu :

“Dari Anas juga, ia berkata:`Sesungguhnya seorang budak perempuan dari budak-budak penduduk Madinah datang, lalu ia memegang tangan Rasulullah saw., maka beliau tidak melepaskan tangan beliau dari tangannya sehingga dia membawanya perg ke mana ia suka.` (HR. Imam Ahmad)
Ibnu Majah juga meriwayatkan hal demikian.

Kalau kita perhatikan riwayat yang sahih dari Rasulullah saw., niscaya kita jumpai sesuatu yang menunjukkan bahwa semata-mata bersentuhan tangan antara laki-laki dengan perempuan tanpa disertai syahwat dan tidak dikhawatirkan terjadinya fitnah tidaklah terlarang, bahkan pernah dilakukan oleh Rasulullah saw., sedangkan pada dasarnya perbuatan Nabi saw. itu adalah tasyri` dan untuk diteladani:

3. Hadits Bahwa Rasulullah SAW Tidur Di Pangkuan Ummu Haram

Dari Anas bahwa Nabi saw. masuk ke rumah Ummu Haram binti Milhan dan beliau diberi makan. Ummu Haram adalah isteri Ubadah bin Shamit, dan Ummu Haram membersihkan kepala beliau (dari kutu) lalu Rasulullah SAW tertidur …` (HR Bukhari dalam Kitabul jihad Was-Sair bab Ad-du`au biljihadi Wasysyahadatu lirrijali wannisa` no. 2580 dan Kitabul Isithsan no. 5810).

Dari Anas dari ibu saudaranya Ummu Haram binti Milhan, Ummu Haram berkata,`Rasulullah SAW tidur di dekat aku lalu bangun dan tersenyum …(HR Bukhari dalam Kitab Al-Jihadu Wassair bab Fadhlu Man Yusri`u Fi sabilillah… no. 2590).

Oleh Ibnu Abdil Barr, hadits ini dikomentari bahwa Ummu Haram itu saudara sesusuan Rasulullah SAW. Dia juga meriwayatkan bahwa Rasulullah SAW itu ma`shum dan tidak punya syahwat sehingga boleh bersentuhan dengan non mahram. Sehingga hal itu merupakan kekhususan pada diri Rasulullah SAW saja.

Tetapi pendapat ini disangkal oleh al-Qadhi `Iyadh dengan bantahannya bahwa kekhususan itu tidak dapat ditetapkan dengan sesuatu yang bersifat kemungkinan. Tetapnya kemaksuman beliau memang dapat diterima, tetapi pada dasarnya tidak ada kekhususan dan boleh meneladani beliau dalam semua tindakan beliau, sehingga ada dalil yang menunjukkan kekhususannya.

Al-Hafizh ad-Dimyati mengemukakan sanggahan yang lebih keras lagi terhadap orang yang mengatakan kemungkinan pertama, yaitu anggapan tentang adanya hubungan kemahraman antara Nabi saw. dengan Ummu Haram.

Beliau berkata: `Mengigau orang yang menganggap Ummu Haram sebagai salah seorang emak saudara Nabi saw., baik ibu susuan maupun ibu nasab. Sudah dimaklumi, orang-orang yang menyusukan beliau tidak ada seorang pun di antara mereka yang berasal dari wanita Anshar selain Ummu Abdil Muthalib, yaitu Salma binti Amr bin Zaid bin Lubaid bin Hirasy bin Amir bin Ghanam bin Adi bin an-Najjar; dan Ummu Haram adalah binti Milhan bin Khalid bin Zaid bin Haram bin Jundub bin Amir tersebut. Maka nasab Ummu Haram tidak bertemu dengan nasab Salma kecuali pada Amir bin Ghanam, kakak mereka yang sudah jauh ke atas. Dan hubungan ibu saudara (yang jauh) ini tidak menetapkan kemahraman, sebab ini adalah majazi, seperti perkataan Nabi saw. terhadap Sa`ad bin Abi Waqash, `Ini pakcikku` karena Sa`ad dari Bani Zahrah, kerabat ibu beliau Aminah, sedangkan Sa`ad bukan saudara Aminah, baik nasab maupun susuan.`

4. Hadits Rasulullah SAW yang masuk ke tempat Ummu Sulaim.

Diceritakan bahwa Nabi saw. tidak pernah masuk ke tempat wanita selain isteri-isteri beliau, kecuali kepada Ummu Sulaim. Lalu beliau ditanya mengenai masalah itu, dan beliau menjawab, `Saya kasihan kepadanya, saudaranya terbunuh dalam peperangan bersama saya.` Yakni Haram bin Milhan, yang terbunuh pada waktu peperangan Bi`r Ma`unah.` (Lihat kitab Shahih Bukhari)

5. Makna `Menyentuh` Bukan Sekedar Bersentuhan

Kalimat `menyentuh kulit wanita yang tidak halal baginya` itu tidak dimaksudkan semata-mata bersentuhan kulit dengan kulit tanpa syahwat, sebagaimana yang biasa terjadi dalam berjabat tangan. Bahkan kata-kata al-mass (massa - yamassu - mass: menyentuh) cukup digunakan dalam nash-nash syar`iyah seperti Al-Qur`an dan As-Sunnah dengan salah satu dari dua pengertian, yaitu:

Bahwa ia merupakan kinayah (kiasan) dari hubungan kelamin (jima`) sebagaimana diriwayatkan Ibnu Abbas dalam menafsirkan firman Allah: `Laamastum an-Nisat` (Kamu menyentuh wanita). Ibnu Abbas berkata, `Lafal al-lams, al-mulaamasah, dan al-mass dalam Al-Qur`an dipakai sebagai kiasan untuk jima` (hubungan seksual).

Secara umum, ayat-ayat Al-Qur`an yang menggunakan kata `al-mass` menunjukkan arti jima` bukan sekedar bersentuhan kulit saja. Seperti firman Allah yang diucapkan Maryam: `Betapa mungkin aku akan mempunyai anak padahal aku belum pemah disentuh oleh seorang laki-laki pun …` (Ali Imran: 47) `Jika kamu menceraikan isteri-isterimu sebelum kamu menyentuh mereka…` (al-Baqarah: 237).

Para ulama salaf juga tidak memandang bahwa `al-mass` itu sebagai sentuhan kulit belaka, tapi dengan syahwat. Seperti mazhab Maliki dan mazhab Ahmad berpendapat bahwa menyentuh wanita yang membatalkan wudhu itu ialah yang disertai dengan syahwat. Begitu juga dengan Syekhul Islam Ibnu Taimiyah dalam Fatawa-nya melemahkan pendapat orang yang menafsirkan lafal `mulaamasah` atau `al-lams` dalam ayat tersebut dengan semata-mata bersentuhan kulit walaupun tanpa syahwat.

Sedangkan Ibnu Abbas dan segolongan sahabat berpendapat bahwa yang dimaksud dengan `al-mass` itu adalah jima`. Bangsa Arab juga mengatakan, yang dimaksud dengan `al-mass` adalah jima`. Sedangkan Mawali (bekas hamba yang telah dimerdekakan) berkata: yang dimaksud ialah tindakan di bawah jima` (pra-hubungan kelamin). Lalu mereka meminta keputusan kepada Ibnu Abbas, lantas Ibnu Abbas membenarkan bangsa Arab dan menyalahkan Mawali.

Sanggahan Dari Kelompok Pertama (Yang Mengharamkan) Atas Dalil Dari Kelompok Kedua (Yang Membolehkan):

1. Al-Hafizh Ibnu Hajar mengatakan dalam Fathul Bari mengatakan hadits yang digunakan kelompok kedua yang bunyinya sbb :

`Sesungguhnya seorang budak wanita diantara budak-budak penduduk Madinah memegang tangan Rasulullah saw., lalu membawanya pergi ke mana ia suka.`

Bahwa yang dimaksud dengan memegang tangan disini ialah kelazimannya, yaitu kasih sayang dan ketundukan, dan ini meliputi bermacam-macam kesungguhan dalam tawadhu`, karena disebutkannya perempuan bukan laki-laki, dan disebutkannya budak bukan orang merdeka, digunakannya kata-kata umum dengan lafal al-imaa` (budak-budak perempuan), yakni budak perempuan yang mana pun, dan dengan perkataan haitsu syaa`at (kemana saja ia suka), yakni ke tempat mana saja. Dan ungkapan dengan `mengambil/memegang tangannya` itu menunjukkan apa saja yang dilakukannya, sehingga meskipun si budak perempuan itu ingin pergi ke luar kota Madinah dan dia meminta kepada beliau untuk membantu memenuhi keperluannya itu niscaya beliau akan membantunya. Ini merupakan dalil yang menunjukkan betapa tawadhu`nya Rasulullah saw. dan betapa bersihnya beliau dari sikap sombong.`

2. Ibnu Hajar dalam menjelaskan hadits ini mengatakan bahwa hadits tentang Rasulullah SAW tidur siang hari di rumah emak saudara Anas yang bernama Ummu Haram binti Milhan istri Ubadah bin Shamit, dan beliau tidur di sisi Ummu Haram dengan meletakkan kepala beliau di pangkuan Ummu Haram, dan Ummu Haram membersihkan kepala beliau dari kutu …`

Bahwa hadits ini memperbolehkan tamu tidur siang di rumah orang lain (yakni tuan rumah) dengan memenuhi persyaratannya, seperti dengan adanya izin dan aman dari fitnah, dan bolehnya wanita asing (bukan isteri) melayani tamu dengan menghidangkan makanan, menyediakan keperluannya, dan sebagainya.

Hadits ini juga memperbolehkan wanita melayani tamunya dengan membersihkan kutu kepalanya.

Bahkan Ibnu Abdil Barr mengatakan bahwa Ummu Haram itu adalah saudara sesusuan Rasulullah SAW, `Saya kira Ummu Haram itu dahulunya menyusui Rasulullah saw. (waktu kecil), atau saudaranya yaitu Ummu Sulaim, sehingga masing-masing berkedudukan `sebagai ibu susuan` atau emak saudara susuan bagi Rasulullah saw.. Karena itu, beliau tidur di sisinya, dan dia lakukan terhadap Rasulullah apa yang layak dilakukan oleh mahram.` Selanjutnya Ibnu Abdil Barr membawakan riwayat dengan sanadnya yang menunjukkan bahwa Ummu Haram mempunyai hubungan mahram dengan Rasul dari jurusan saudara ibunya, sebab ibu Abdul Muthalib, datuk Nabi, adalah dari Bani Najjar …

Yang lain lagi berkata, `Nabi saw. itu maksum (terpelihara dari dosa dan kesalahan). Beliau mampu mengendalikan hasratnya terhadap isterinya, maka betapa lagi terhadap wanita lain mengenai hal-hal yang beliau disucikan daripadanya? Beliau suci dari perbuatan-perbuatan buruk dan perkataan-perkataan kotor, dan ini termasuk kekhususan beliau.`

3. Sanggahan atas maksud hadits yang menjadi dalil kelompok kedua yaitu `Dari Anas bin Malik r.a., ia berkata: `Sesungguhnya seorang budak wanita diantara budak-budak penduduk Madinah memegang tangan Rasulullah saw., lalu membawanya pergi ke mana ia suka.` (HR. Bukhari dalam Shahih-nya pada `Kitab al-Adab`)

Ibnu Hajar mengatakan bahwa maksud hadits itu bahwa (budak-budak penduduk Madinah memegang tangan Rasulullah saw., lalu membawanya pergi ke mana ia suka ) itu semata-mata menunjukkan bahwa Rasulullah SAW itu orang yang tawadhdhu`, kasih sayang dan ketundukan.

Namun meski apa yang dikemukakan oleh Ibnu Hajar itu secara garis besar dapat diterima, tetapi beliau memalingkan makna memegang tangan dari makna lahiriahnya kepada kelazimannya yang berupa kasih sayang dan ketundukan, tidak dapat diterima, karena makna lahir dan kelaziman itu adalah dua hal yang dimaksudkan secara bersama-sama, dan pada asalnya perkataan itu harus diertikan menurut lahirnya, kecuali jika ada dalil atau petunjuk tertentu yang memalingkannya dari makna lahir. Sedangkan dalam hal ini saya tidak menjumpai faktor yang mencegah atau melarang diguna makna lahir itu, bahkan riwayat Imam Ahmad yang menyebutkan `maka beliau tidak melepaskan tangan beliau dari tangannya sehingga ia membawa beliau pergi kemana saja ia suka` menunjukkan dengan jelas bahwa makna lahir itulah yang dimaksudkan. Sungguh termasuk memberat-beratkan diri dan perbuatan serampangan jika keluar dari makna lahir ini.

Sanggahan Dari Kelompok Kedua atas dalil kelompok pertama

1. Bahwa masalah Nabi saw. tidak berjabat tangan dengan kaum wanita pada waktu bai`at itu belum disepakati, karena menurut riwayat Ummu Athiyah al-Anshariyah r.a. bahwa Nabi saw. pernah berjabat tangan dengan wanita pada waktu bai`at.

2. Ada ketetapan bahwa apabila Nabi saw. meninggalkan suatu urusan, maka hal itu tidak menunjukkan - secara pasti - akan keharamannya. Adakalanya beliau meninggalkan sesuatu karena haram, adakalanya karena makruh, adakalanya hal itu kurang utama, dan adakalanya hanya semata-mata karena beliau tidak berhasrat kepadanya, seperti beliau tidak memakan daging biawak padahal daging itu mubah.

Kalau begitu, sikap Nabi saw. tidak berjabat tangan dengan wanita itu tidak dapat dijadikan dalil untuk menetapkan keharamannya, oleh karena itu harus ada dalil lain bagi orang yang berpendapat demikian.

3. Bahawa imam-imam ahli hadits tidak menyatakan secara jelas akan kesahihan hadits Aisyah yang mengatakan bahwa Rasulullah SAW tidak menjabat tangan wanita saat bai`at. Hanya dikatakan bawa `perawi-perawinya adalah perawi-perawi kepercayaan atau perawi-perawi sahih`. Perkataan seperti ini saja tidak cukup untuk menetapkan kesahihan hadits tersebut, karena masih ada kemungkinan terputus jalan periwayatannya (inqitha`) atau terdapat `illat (cacat) yang samar. Karena itu, hadits ini tidak diriwayatkan oleh seorang pun dari penyusun kitab-kitab yang masyhur, sebagaimana tidak ada seorang pun fuqaha terdahulu yang menjadikannya sebagai dasar untuk mengharamkan berjabat tangan antara laki-laki dengan perempuan dan sebagainya.

Fuqaha Hanafiyah dan sebagian fuqaha Malikiyah mengatakan bahwa pengharaman itu tidak dapat ditetapkan kecuali dengan dalil qath`i yang tidak ada kesamaran padanya, seperti Al-Qur`anul Karim serta hadits-hadits mutawatir dan masyhur. Adapun jika ketetapan atau kesahihannya sendiri masih ada kesamaran, maka hal itu tidak lain hanyalah menunjukkan hukum makruh, seperti hadits-hadits ahad yang sahih. Maka bagaimana lagi dengan hadits yang diragukan kesahihannya?

4. Dalil yang terkuat dalam pengharaman setuhan kulit antara laki-laki dan wanita yang bukan mahram adalah menutup pintu fitnah (saddudz-dzari`ah), Tetapi dalam suasana aman - dan ini sering terjadi - maka dimanakah letak keharamannya?

Pendapat Dr. Yusuf Al-Qaradhawi dalam Fatawa Mu`ashirah : `

…Setelah memperhatikan riwayat-riwayat tersebut, maka yang mantap dalam hati saya (AL-qaradawi) adalah bahwa semata-mata bersentuhan kulit tidaklah haram. Apabila didapati sebab-sebab yang menjadikan percampuran (pergaulan) seperti yang terjadi antara Nabi saw. dengan Ummu Haram dan Ummu Sulaim serta aman dari fitnah bagi kedua belah pihak, maka tidak mengapalah berjabat tangan antara laki-laki dengan perempuan ketika diperlukan, seperti ketika datang dari perjalanan jauh, seorang kerabat laki-laki berkunjung kepada kerabat wanita yang bukan mahramnya atau sebaliknya, seperti anak perempuan bapa saudara atau anak perempuan ibu saudara baik dari pihak ibu maupun dari pihak ayah, atau istri bapa saudara, dan sebagainya, lebih-lebih jika pertemuan itu setelah lama tidak berjumpa.

Dalam menutup pembahasan ini ada dua hal yang perlu ditekankan:

Pertama, Bahwa berjabat tangan antara laki-laki dan perempuan itu hanya diperbolehkan apabila tidak disertai dengan syahwat serta aman dari fitnah. Apabila dikhawatirkan terjadi fitnah terhadap salah satunya, atau disertai syahwat dan taladzdzudz (berlezat-lezat) maka keharaman berjabat tangan tidak diragukan lagi.

Bahkan seandainya kedua syarat ini tidak terpenuhi - yaitu tiadanya syahwat dan aman dari fitnah - meskipun jabatan tangan itu antara seseorang dengan mahramnya seperti ibu saudaranya, saudara sesusuan, anak tirinya, ibu tirinya, mertuanya, atau lainnya, maka berjabat tangan pada kondisi seperti itu adalah haram. Bahkan berjabat tangan dengan anak yang masih kecil pun haram hukumnya jika kedua syarat itu tidak terpenuhi.

Kedua, Hendaklah berjabat tangan itu terhad kepada keperluan saja, seperti yang disebutkan dalam pertanyaan di atas, yaitu dengan kerabat atau besan yang terjadi hubungan yang erat dan akrab diantara mereka; dan tidak baik hal ini diperluas kepada orang lain, demi membendung pintu kerusakan, menjauhi syubhat, mengambil sikap hati-hati, dan meneladani Nabi saw. - tidak ada riwayat kuat yang menyebutkan bahwa beliau pernah berjabat tangan dengan wanita lain (bukan kerabat atau tidak mempunyai hubungan yang erat).

Dan yang lebih utama bagi seorang muslim atau muslimah - yang komitmen pada agamanya - ialah tidak memulai berjabat tangan dengan lain jenis. Tetapi, apabila diajak berjabat tangan barulah ia menjabat tangannya.

Perhatian

Apa yang kami sampaikan disini hanyalah amanah ilmiah yang bersifat dokumentasi pendapat para ulama dan wacana-wacananya, sama sekali tidak dimaksudkan untuk menghalalkan yang haram dan sebaliknya. Juga bukan untuk menimbulkan kekecohan, kegemparan atau perbezaan pendapat di kalangan ummat Islam. Karena khilaf diantara sekian pendapat dalam ilmu fiqh adalah sebuah hal yang tidak mungkin dihindari. Dan seseorang tetap akan mendapat pahala atas ijtihadnya meskipun nantinya terbukti salah. Sedangkan yang benar akan mendapatkan dua pahala. Dan untuk itu kita tetap wajib untuk berpegang kepada pendapat yang lebih rajih dan aman dari resiko, tanpa menafikan adanya kenyataan perbedaan interpretasi di kalangan ulama

Bagaimanapula kedudukan perawat yang menyentuh pesakit dalam rawatan gangguan makhluk halus? Berdasarkan fakta ilmiah di atas ternyata perbuatan berkenaan sebaik mungkin dielakan. Jika sentuh atau berjabatpun terlarang tindakan memicit lebih jauh terlarang dan tidak ada sokongan sunnah bahawa RasuluLLAH SAW merawat dengan menyentuh pesakit wanita berkenaan.

Ditulis oleh : Ust. ELFA ADHI PRABOWO

Tuesday, January 20, 2009

Sunday, January 18, 2009

Saturday, January 17, 2009

Wednesday, January 14, 2009

Saturday, January 10, 2009

Rehat sebentar

Letih merawat hari ni...

Jom rehat sekejap, pekena kopi Radix mai secawan sambil menonton rakaman ini.




ingat jangan anda leka dengan bilangan yang ramai... yang penting pertolongan dari ALLAH.

Selamat mengundi...bismiLLAH, pilihan yang tepat.



Anda yang tak kempen @ tak ngundi... smslah pada kenalan anda diKT, tolong kempen jarak jauh...

Thursday, January 8, 2009

Berdepan dengan teknik imbasan "touch n go"

Pesakit datang mengadu ada gangguan.

Bila masuk ke bilik rawatan dia kata dia sudah pulih dan tidak lagi merasakan ada gangguan.

Sebelum ini dia sakit perut, sesak nafas dan mendengar bisikan supaya meninggalkan suaminya serta mengikuti bisikan berkenaan.

Saya guna teknik memanggil jin yang saya pelajari dari seorang muallij, iaitu dengan membaca beberapa ayat pilihan sebanyak 3 kali.

Pesakit tidak menunujukan apa2 reaksi kecuali mengantuk. Saya hentikan rawatan.

Saya pesan kepada suaminya sekiranya pesakit merasai ada gangguan letakan tangannya di atas kepala pesakit dan baca Yasiin sebanyak 3x dan tiup. Niatkan untuk "trap" jin itu supaya dia tak boleh keluar.

Masuk sahaja kereta, pesakit merasai ada gangguan. Saya suruh suaminya melakukan sptmana yang saya ajar. Jin berkenaan terperangkap dan tak boleh keluar, dia mengamuk dalam kereta.

Pesakit terus kerasukan dan keluar dari kereta. Dia ajak suaminya bergaduh sambil membuka langkah silatnya. Saya halang suaminya kerana yang dihadapnya ialah isterinya bukan sipenghantar yang menggunakan lidah isterinya.

Kami arahkan tangan kepadanya sambil membaca Yasin berterusan, dia tersungkur jatuh dan kesempatan ini suaminya melakukan penyembelihan.

Pesanan saya kepada mereka yang diganggu secara imbasan, sebelum anda berjumpa perawat, trap dulu jin itu sptmana kes di atas.

Bagaimana Berdepan Dengan Tukang Sihir

Seorang sahabat perawat sms saya apa yang perlu dilakukan kepada tukang sihir setelahmana dikenalpasti. Saya minta pesakit berhati-hati berurusan dengannya.

Hal ini juga berlaku kepada saya, anak bongsu saya menjerit ketakutan 2 malam berturut-turut dan diikuti dengan demam panas. Dia menangis tanpa henti.

Semasa merawat seorang pesakit, saya tarik jin yang mengganggu anak saya ke dalam botol. Jenglot dari Indonesia. Saya juga tarik dari pinggang saya, jenglot dari Indonesia. Jenglot ini dibawa ke Malaysia oleh tukang sihir. Tukang sihir marah dengan saya kerana "business"nya tergugat!

Persoalannya apa yang saya nak buat pada tukang sihir berkenaan? Berhati2 berurusan? Saya tak pernah berurusan dengannya walaupun saya kenal orangnya...

Langkah pertama saya ialah saya pindahkan jin-jin belaannya ke Bermuda Triangle, kemudian saya pagar kawasannya supaya dia tak boleh menyeru jin2 baru dan akhir sekali saya pagar rumah saya dari CCTVnya.

Saya seterusnya menarik jin2 pada anak saya... alhamduliLLAH anak saya berhenti menangis dan kini sihat semula.

Monday, January 5, 2009

Pulangkan Rumahku

Pulangkan rumahku, kata jin saka selepas saya menyelesaikan 3 kumpulan jin siam.

Katanya dia mahu penghuni rumah yang didiami oleh keluarga pesakit ini mengosongkan rumahnya di Terengganu. Saya syorkan mereka pindah sambil berdoa kepada ALLAH agar ditunjukan rumah baru mereka. Jin itu memandang rumah berkenaan dan berkata tak mahu rumah yang saya cadangkan dan nak rumah dia juga. Saya syorkan kongsi, dia tetap berdegil.

Saya tanya kenapa masuk ke dalam badan pesakit ini kerana bukan dia yang tinggal di sana. Katanya cucu dia ni sakit jadi dia tolong belasah jin2 yang berada di badannya. Saya katakan jin2 siam ini diikat dia tak boleh keluarkan. Katanya dia hisap darah jin2 berkenaan supaya mereka mahu keluar.

Suami pesakit berjanji akan memaklomkan permintaan jin ini. Jin itu memberi tempoh setahun, jika tidak dia akan mengganas. Sebagai abang ipar, suami pesakit hanya boleh memaklomkan tetapi tidak berhasrat untuk masuk campur masalah keluarga isterinya. Berulangkali dia memberi tempoh setahun.

Jin saka ini menangis mengenangkan nasib malang nenek pesakit, dimana arwah telah dilayan dengan teruk semasa hari tuanya dan apabila meninggal rumah ini sepatutnya diserahkan secara faraid kepada ahli keluarga... tetapi itu tidak dilakukan.

Lama kemudian dia keluar. Saya terus merawat kumpulan jin tok siam yang ke 4. Jin ini merasa sakit kerana dihisap oleh jin polong. Maka saya tahu bahawa jin saka tadi ada meninggalkan anak buahnya pada badan pesakit. saya keluarkan kumpulan jin siam ini.

Saya fokus pada kawasan yang sakit. Pesakit mula melolong... sah jin polong. Saya tanya kenapa tak keluar bersama ketuanya. Katanya, ketuanya suruh tinggal kat badan kerana kurang percaya dengan janji kami. Saya peringatkan perjanjian adalah setahun dan mereka semua mestilah keluar. Mereka tak mahu keluar, saya sembelih biizniLLAH... maka terpekik pesakit saya.

Muncul pula yang baru, ia menghisap tangan pesakit. Saya ambil minyak atar yang dibekalkan oleh ust. Wan Asrul dan menyapukan pada tangan pesakit. Dia berhenti menghisap. saya beri minum air yang dibacakan ayat pembuka kunci dan memberi minum pesakit. Kali ini saya tarik dengan serban dan alhamduliLLAH berjaya mengeluarkannya

Sunday, January 4, 2009

Menghantar Tentera Islam Ke Palestin

Selepas mengimami solat Isyak saya mendoakan kemenangan Hamas di Palestin mengalahkan Israel yahudi laknatuLLAH... saya amat sayu sehingga tidak dapat menahan air mata dari membasahi pipi... mudah2an ALLAH memperkenankan doa kami. Amin!

Balik dari surau saya terus merawat kes emergency seorang wanita yang diganggu oleh jin tok sami dan jin saka.

Jin tok sami tidak ganas sesuai dengan gaya hidup tok sami yang sederhana. Kumpulan pertama makan babi, kumpulan kedua makan kerbau, ketiga makan sayuran dan yang keempat makan semua.

Semasa berdepan jin tok sami makan babi saya memanggil semua tentera Islam di Serambi Madinah kerana saya ada pesanan penting. Saya katakan saya mahu mereka pergi ke Tebing Gaza untuk berjuang bersama Hamas. Saya mahu mereka membuat keputusan sesiapa yang mahu berjuang di sana dan siapa yang perlu tinggal. Saya katakan, kumpulan yang nak pergi berkumpul di sebelah kanan dan yang mahu tinggal di sebelah kiri.

Melalui jin tok sami saya tanya nama ketua-ketua batalion dan bilangan askar setiap kumpulan. Jin tok sami menyebutkan nama ketua2 berkenaan dan setiap kumpulan disertai 20,000 tentera Islam. Bila sampai 6 ketua, jin tok sami tak dapat mendengar nama ketua seterusnya kerana kedudukannya yang terlalu jauh.

Saya hantar 6 batalion ini terlebih dahulu. Kemudian 5 batalion lagi muncul dengan kekuatan yang sama. Saya pesan supaya mereka melemahkan tentera Israel dan membantu Hamas. Kumpulan ini juga saya hantar dengan izin ALLAH.

Nama ketua2 batalion saya catatkan kerana saya berjanji, jika diizinkan ALLAH saya akan bawa mereka pulang ke Serambi Madinah selepas tugasan selesai. Walau bagaimanapun saya minta mereka memilih syahid.

Cerita saya ini mungkin mengundang fitnah, tetapi itulah ikhtiar yang saya ada demi membantu saudara seagama...mudah2an usaha ini suatu kenyataan bukan khayalan dan saya serahkan kepada ALLAH menentukan segalanya.

Saturday, January 3, 2009

Permohonan maaf ketua agensi pekerjaan

Jin yang mengganggu telinga seorang wanita menyatakan dia hanya bekerja. Dia tidak berhasrat menyusahkan manusia! Saya terangkan pekerjaannya salah dan menyakitkan manusia... setelah dialog yang panjang diapun faham dan setuju untuk keluar.

Kemudian saya fokuskan permohonan saya kepada ALLAH untuk memanggil ketua agensi pekerjaan. Saya baca "Ar-Rahman" berulangkali.

Wanita yang tadi berlunjur di depan saya duduk bersila sambil berkata "cepat sikit bacatu, I sibukni!"

Dia memperkenalkan dirinya sebagai empunya agensi pekerjaan yang berpusat di Perlis. Katanya dia menolong jin2 yang menganggur dengan pekerjaan "mencuci saluran darah manusia" katanya. Mencuci saluran darah ke menyumbat saluran darah bentak saya. Dia masih mengatakan bahawa dia diminta oleh pelanggannya untuk menghantar seramai jin yang boleh untuk mencuci darah orang yang diminta oleh pelanggannya. Upahnya mahal katanya.

Saya terangkan bahawa kehadiran ke dalam tubuh manusia menyakitkan fizikal manusia dan dia telah menipu pekerjanya dan ditipu oleh pelanggannya. Dia bermati2an mengatakan tidak. Katanya dia menolong jin2 yang susah mendapatkan pekerjaan.

Saya panggil pakar motivasi dari Serambi Madinah untuk meyakinkannya. Saya mendengar mereka berinteraksi... akhirnya dia tetap mempertahankan hujjahnya.

Saya katakan kepadanya saya nak anda lihat apa yang ALLAH izinkan anda melihat, saya menggerakan tangan saya seolah-olah membuat "screen" sambil membaca Al-'am 103 berulangkali.

Kemudian dia berkata "salamuka ya RasuluLLAH, sadaqa ya RasuluLLAH". Dia menangis sungguh-sungguh dan katanya dia akan berhenti dari kerja-kerja sekarang. Dia mengajak semua anak buahnya agar keluar dan berpesan kepada saya untuk menyampaikan permohonan maafnya kepada semua mangsanya sebelum ini. Saya berjanji menulis permohonan maaf dalam blog saya.

Maka inilah permohonan maaf kepada sesiapa yang pernah diganggu oleh jin Perlis ini.

Adakalanya mereka tidak sedar bahawa mereka melakukan sesuatu yang salah itu salah. Ini samalah manusia yang mendermakan pendapatan haramnya untuk membantu si miskin, lalu berkata salahkah kami berbuat kebaikan dari wang yang kami perolehi. Atau jika kita lihat kenyataan sebuah parti yang bertanding di K.Terengganu salahkan memilih parti kami kerana kamilah yang mendirikan mesjid, sekolah dan menolong orang miskin. Seolah-olah itulah keutamaan sedangkan keutamaan adalah meletakan sesuatu yang hak kepada tempatnya dan hak yang paling utama adalah menjadikan Islam yang memerintah bukan Islam yang diperintah.

Persoalan yang bermain dikepala saya apakah benar dia melihat RasuluLLAH? Bolehkah hal sebegini terjadi.... ini diluar kemampuan saya. Cuma saya berpendapat dia bukan RasuluLLAH kerana setakad ini ulamak hanya menyatakan kita boleh berjumpa dengan RasuluLLAH dalam mimpi. Kemungkinan seorang ulamak jin muncul lantas membacakan hadis2 yang berkaitan maka dia berkata demikian. wALLAHu'alam.

Cita2ku menjadi isteri RasuluLLAH SAW

Semasa mengikuti program motivasi dan ditanya apakah cita2nya seorang wanita menulis bahawa cita2nya adalah untuk menjadi isteri RasuluLLAH.

Perkara ini terjadi di zaman remajanya tanpa menyedari natijah dari kenyataan sebegini.

Wanita ini telah menjalani beberapa siri rawatan dengan saya, selapis demi selapis gangguan alhamduliLLAH berjaya dibongkar dan diselesaikan.

Rawatan kali ini dia mengadu sentiasa merasa sedih. Perasaan ini makin menekan apabila dia teringat kepada seorang yang ada menaruh minat kepadanya. Ini ditambah pula apabila dia berpesan kepada adiknya yang mengerjakan umrah supaya mendoakannya di taman Raudhah agar membuka hatinya untuk berkahwin.

Saya fokuskan rawatan dengan mengarahkan tangan dan bacaan ke arah hatinya.

Muncullah jin yang mengganggu sambil menangis... saya tanya siapa dia. Katanya dia telah mengambil kesempatan apabila wanita ini menyatakan bahawa dia mahu menjadi isteri RasuluLLAH SAW untuk masuk dan tinggal dihatinya. Dia tahu bahawa wanita ini tidak mungkin berkahwin kerana cita2nya sedemikian rupa maka dialah sebagai kekasihnya... ooh jin asyik rupanya!

Saya tanya agamanya dan apakah dia telah "bersama" dengan wanita ini. Dia mengatakan dia beragama Islam dan tidak melakukan sesuatu yang terkutuk terhadap wanita ini. Seperti biasa saya tawarkan dia pengganti dengan berdoa kepada ALLAH agar memberi pasangan jin yang sekufu dengannya. Jin ini melihat ke depan dan bersetuju dengan cadangan saya dan berjanji kerana ALLAH untuk tidak lagi mengganggu wanita ini.

Pengajaran dari siri rawatan ini adalah jangan bermain-main dengan sesuatu yang diluar jangkauan dan kenyataan, perkara sebegini mengundang kemasukan jin.

Blog/web Rawatan

My Favourite

Expose Mistik part-1

Expose Mistik Part 2

Expose Mistik Part 3

Teknik Tidurkan Jin



Senarai Perawat Luar Negeri

KLINIK RUQYAH DI LUAR NEGERI





  • Jordan
  • "Ayesh Quran: Cell: 00962795576723, ayeshquran@yahoo.com (Taibeh, Irbed, Jordan)
  • UK
    • Abu Junaid: 07834326225 (Birmingham and surrounding areas, UK)
    • Abdul Jabbaar: 07976918576 (Huddersfield and surrounding areas, UK)
    • Abu Abdullah As-Salafi: 07737557330 (Birmingham, UK)
    • Abu Abdullah: Ruqyashariyah@yahoo.co.uk, http://groups.yahoo.com/group/RuqyaShariyah/
    • Zaid : 07985667618 (Leicester, UK)
    • Sheikh Abu Hanifah (appears on the Islam Channel Q&A): 0208 471 5766 (London, UK)
    • Ibrahim At-turki: 07719380579 (Hertfordshire, North London)
  • USA
    • Abdulhakim Alhiyafi: (615) 668-2522 (Dallas, Tx 76107), the sheikh works in Sharia Academy and he travels to other states frequently.
    • Ahmad Al-Jabry: (313) 384-4509 (Dearborn, Mi 48126)
  • Germany
    • Abu Sufian: 01625365432 (Bonn)
  • Bosnia and Herzegovina
  • Morocco
  • Pakistan
    • Iqbal Salafi: TEL: 0092 51 5537998 (7AM-3PM PST), Mobile:0092 3335115646, Kashmiri Bazaar near masjid Darus Salaam, Ahl Hadith (RAWALPINDI-PAKISTAN)
  • Egypt
    • Waheed Abdul-Salam Balo: 0020105061850 (Egypt)
  • Yemen
    • Muhammad Al-Imam center (Ma'bar, Yemen)
    • Abdul-Qadir Al-Qudsy center (Al-Qadisiyah, San'a', Yemen)
  • Saudi Arabia
    • Abdul-Azeez Abu Djeen: phone: 4265211, cell: 055415020 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Muhammed Al-Subai'y: 055216484 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abdul-Azeez bin Jdeed: 055425132 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abu Abdullah: 054264125 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abdullah As-Sadhan: 055261525 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Nasir Armeeh: phone: 055425132, cell: 055212184 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abdullah Fahd Arsheedy: 0557556976 , 0557992665 (Al-Kharj, Saudi Arabia)
    • Khalid Al-habashy: the imam of Masjid Al-Sulayman (Jeddah, Saudi Arabia)
    • Munair Arab: (+966) 555708580, www.alroqia.com (Jeddah, Saudi Arabia)
    • Abdul-Azeez Muhammed Al-Kharmy: cell: 055663850, aziz1123@hotmail.com (Jeddah, Saudi Arabia)
    • Saleh An-Nah-Has: 0506575057 (At-Ta'ef, Saudi Arabia)
    • Ahmed Ard-dady: office: 048229319, cell: 0505302026 (Al-Madinah Al-Munawwarah, Saudi Arabia)
    • 'a'edh Al-Sharary: cell: 053650839 (Tabarjal, Saudi Arabia)
    • Sa'eed Al-Qahtany: 055759590 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abu Mohammed Arsainy: 055143121 (Buraydah, Saudi Arabia)
    • Khalaf Aal-Baker: 054407544, (Al-aziziyah, Saudi Arabia)
    • Muhammed Al-ataiby: 052388818, 054449429 (Al-Khalidiyah, Saudi Arabia)
  • Kuwait
    • Abdullah Al-hadad: 3842452 (Al-Green, Kuwait)
    • Faysal Al-'anzy: 9279496 (As-Sableekhat, Kuwait)
    • Hady Al-'anzy: 9009019 (Al-Jahra', Kuwait)
    • Mohammed Al-Qaysi: 7989066 (Great Mubarak, Kuwait)
    • Abu Osamah: 7040056 (Kuwait)
  • UAE
    • Salah Abdul-Qader: 050/6111706 (Abu Dhabi, UAE)