Semasa mengikuti program motivasi dan ditanya apakah cita2nya seorang wanita menulis bahawa cita2nya adalah untuk menjadi isteri RasuluLLAH.
Perkara ini terjadi di zaman remajanya tanpa menyedari natijah dari kenyataan sebegini.
Wanita ini telah menjalani beberapa siri rawatan dengan saya, selapis demi selapis gangguan alhamduliLLAH berjaya dibongkar dan diselesaikan.
Rawatan kali ini dia mengadu sentiasa merasa sedih. Perasaan ini makin menekan apabila dia teringat kepada seorang yang ada menaruh minat kepadanya. Ini ditambah pula apabila dia berpesan kepada adiknya yang mengerjakan umrah supaya mendoakannya di taman Raudhah agar membuka hatinya untuk berkahwin.
Saya fokuskan rawatan dengan mengarahkan tangan dan bacaan ke arah hatinya.
Muncullah jin yang mengganggu sambil menangis... saya tanya siapa dia. Katanya dia telah mengambil kesempatan apabila wanita ini menyatakan bahawa dia mahu menjadi isteri RasuluLLAH SAW untuk masuk dan tinggal dihatinya. Dia tahu bahawa wanita ini tidak mungkin berkahwin kerana cita2nya sedemikian rupa maka dialah sebagai kekasihnya... ooh jin asyik rupanya!
Saya tanya agamanya dan apakah dia telah "bersama" dengan wanita ini. Dia mengatakan dia beragama Islam dan tidak melakukan sesuatu yang terkutuk terhadap wanita ini. Seperti biasa saya tawarkan dia pengganti dengan berdoa kepada ALLAH agar memberi pasangan jin yang sekufu dengannya. Jin ini melihat ke depan dan bersetuju dengan cadangan saya dan berjanji kerana ALLAH untuk tidak lagi mengganggu wanita ini.
Pengajaran dari siri rawatan ini adalah jangan bermain-main dengan sesuatu yang diluar jangkauan dan kenyataan, perkara sebegini mengundang kemasukan jin.
Kursus Rawatan Islam - Perawat Mantap dan Hebat - Kuala Lumpur
-
Artikel ini memerlukan anda sedikit berfikir dan merenung atau bermuhasabah
diri. Diharap anda bersabar membacanya. Dan semoga Allah s.w.t memberikan
ke...
4 years ago
No comments:
Post a Comment