Pulangkan rumahku, kata jin saka selepas saya menyelesaikan 3 kumpulan jin siam.
Katanya dia mahu penghuni rumah yang didiami oleh keluarga pesakit ini mengosongkan rumahnya di Terengganu. Saya syorkan mereka pindah sambil berdoa kepada ALLAH agar ditunjukan rumah baru mereka. Jin itu memandang rumah berkenaan dan berkata tak mahu rumah yang saya cadangkan dan nak rumah dia juga. Saya syorkan kongsi, dia tetap berdegil.
Saya tanya kenapa masuk ke dalam badan pesakit ini kerana bukan dia yang tinggal di sana. Katanya cucu dia ni sakit jadi dia tolong belasah jin2 yang berada di badannya. Saya katakan jin2 siam ini diikat dia tak boleh keluarkan. Katanya dia hisap darah jin2 berkenaan supaya mereka mahu keluar.
Suami pesakit berjanji akan memaklomkan permintaan jin ini. Jin itu memberi tempoh setahun, jika tidak dia akan mengganas. Sebagai abang ipar, suami pesakit hanya boleh memaklomkan tetapi tidak berhasrat untuk masuk campur masalah keluarga isterinya. Berulangkali dia memberi tempoh setahun.
Jin saka ini menangis mengenangkan nasib malang nenek pesakit, dimana arwah telah dilayan dengan teruk semasa hari tuanya dan apabila meninggal rumah ini sepatutnya diserahkan secara faraid kepada ahli keluarga... tetapi itu tidak dilakukan.
Lama kemudian dia keluar. Saya terus merawat kumpulan jin tok siam yang ke 4. Jin ini merasa sakit kerana dihisap oleh jin polong. Maka saya tahu bahawa jin saka tadi ada meninggalkan anak buahnya pada badan pesakit. saya keluarkan kumpulan jin siam ini.
Saya fokus pada kawasan yang sakit. Pesakit mula melolong... sah jin polong. Saya tanya kenapa tak keluar bersama ketuanya. Katanya, ketuanya suruh tinggal kat badan kerana kurang percaya dengan janji kami. Saya peringatkan perjanjian adalah setahun dan mereka semua mestilah keluar. Mereka tak mahu keluar, saya sembelih biizniLLAH... maka terpekik pesakit saya.
Muncul pula yang baru, ia menghisap tangan pesakit. Saya ambil minyak atar yang dibekalkan oleh ust. Wan Asrul dan menyapukan pada tangan pesakit. Dia berhenti menghisap. saya beri minum air yang dibacakan ayat pembuka kunci dan memberi minum pesakit. Kali ini saya tarik dengan serban dan alhamduliLLAH berjaya mengeluarkannya
Kursus Rawatan Islam - Perawat Mantap dan Hebat - Kuala Lumpur
-
Artikel ini memerlukan anda sedikit berfikir dan merenung atau bermuhasabah
diri. Diharap anda bersabar membacanya. Dan semoga Allah s.w.t memberikan
ke...
4 years ago
No comments:
Post a Comment