Seorang bekas penuntut Akrine melalui sebuah forum/portal mempertikaikan 2 perkara yang melibatkan teknik rawatan saya.
Dia mempertikaikan kewajaran menyembelih atau membunuh jin dan juga apakah perawat benar-benar pasti jin itu mati.
Katanya apabila perompak atau pencuri masuk rumah kita adakah wajar kita bunuh hanya dengan kesalahan merompak atau mencuri sahaja? Begitulah juga dengan jin... kalau dia masuk dan ganggu kita, apakah wajar kita bunuh? Katanya lagi, sebenarnya jin tak mati dia buat-buat mati aje....
Sebagai perawat anda mestilah ada keyakinan dan keyakinan mestilah hasil dari ilmu. Persoalan bolehkah membunuh jin mestilah ada sandarannya.
Mari kita fahami mafhum hadis berikut:
Sabda RasuluLLAH SAW dari Abi Said al-Khudri "Sesungguhnya di Madinah ada golongan jin yang telah menganut agama Islam. Barangsiapa yang melihat sesuatu dari golongan Awamir (jin yang tinggal di rumah) maka hendaklah ia mengarahkannya ia keluar (sebanyak 3 kali). Jika ia enggan keluar bolehlah dibunuh selepas itu kerana ia adalah syaitan"
Berdasarkan hadis di atas ada beberapa iktibar yang boleh kita ambil :
1. Wujudnya jin Islam, maka amat silaplah golongan yang berpegang "sebaik-baik jin sejahat-jahat manusia"
2. Adanya kumpulan jin yang bernama "awamir" yang suka tinggal di rumah manusia
3. Jin boleh dilihat tetapi bukan pada bentuk asal
4. Boleh membunuh jin setelah diberi amaran sebanyak 3 kali
5. Tidak banyak perbezaan dari segi fizikal antara jin dan syaitan, apabila jin engkar ia dikategorikan sebagai syaitan
6. Jika jin masuk rumahpun boleh dibunuh tentulah lebih wajib membunuh jin yang masuk ke badan manusia. Kerana kerosakan apabila jin berada di badan lebih besar dari sekadar berada di dalam rumah.
Saya mengambil hadis ini sebagai sandaran dalam rawatan saya, harus diingat jangan sembrono mahu membunuh jin. Anda mestilah memberi amaran supaya jin berkenaan keluar dari tubuh terlebih dahulu. Amaran sebanyak 3 kali sekurang-kurangnya "keluar kerana ALLAH dengan izin ALLAH" kemudian tarik keluarkan sepertimana yang diajar (dengan serban, botol, direct dsb). Hanya selepas itu barulah jin berkenaan layak dibunuh.
Matikah jin bila disembelih? Soalan ini saya juga boleh tanya secara terbalik, tidak matikah bila disembelih?
Persoalan mati atau tidak bukan hak kita. Ini sama dengan kata-kata sembuhkah rawatannya? kerana yang memati dan menyembuh adalah hak mutlak ALLAH... jangan suka membuat andaian tanpa asas atau sandaran.
Kursus Rawatan Islam - Perawat Mantap dan Hebat - Kuala Lumpur
-
Artikel ini memerlukan anda sedikit berfikir dan merenung atau bermuhasabah
diri. Diharap anda bersabar membacanya. Dan semoga Allah s.w.t memberikan
ke...
4 years ago
10 comments:
Salam,
Sila rujuk semula kuliah Tn. Guru Haron Din berkenaan hakikat makhluk halus. Mana-mana kumpulan topik ini sama kupasannya...dari kumpulan 1 sampailah kumpulan 20 di Darussyifa.
Ada kalangan jin yang berasal daripada perkahwinan antara perempuan jin dan iblis. Yang datang daripada susugalur ini juga mewarisi sifat panjang umur sehingga kiamat oleh iblis.
Al-awamir yang boleh dibunuh ialah apabila ia merupa dalam bentuk haiwan yg mengancam manusia dan tidak berganjak setelah diberi tempoh tiga hari. Ia boleh mati apabila dibunuh dalam keadaan merupa (berjasmani).
Membunuh jin dalam badan, tiada bukti bahawa ianya mati dan sukar dibuktikan.
Jadi tak payahlah nak bergaduh sorang kata mati sorang lagi kata tak mati. Dua-dua pihak dah confirm tak boleh nampak, lepas tu dua-dua berkata macam lebih tahu. Tak ke mana perbahasan macam ni.
Kan baik kalau kata Allahua'lam. itu lebih dekat dengan taqwa.
Allahua'lam
Salam sheik,
Saya tidak meng"confirm"kan mati... saya letakan 2 perkara sebagai hak mutlak ALLAH.
Salam, semuga Allah memberikan kekuatan Kpd ustaz untuk menangani pelbagai kesulitan dan permasalahan.
Sama2lah kita mencari keredhaanNya. Wslm
Asalamualaikum,
Minta pencerahan dari yang arif.
Selain dari teknik "sembelih," pembacaan ayat-ayat azab juga mungkin boleh menyebabkan kematian jin.
Dari apa yang dikatakan oleh Tuan Sheik, Al-awamir yang boleh dibunuh ialah apabila ia merupa dalam bentuk haiwan yg mengancam manusia dan tidak berganjak setelah diberi tempoh tiga hari.
Sekiranya membunuh jin dengan kaedah sembelih adalah tidak dibenarkan, adakah membunuh jin dengan kaedah ayat-ayat azab juga tidak dibenarkan?
Salam.
Hmm...ni kes lawan guru balik. banyak kes macam ni. mereka tak sedar bahawa dengan ilmu gurulah dia pandai, dan syaitanlah yg telah membisikkan keraguan kpd mereka.semoga ustaz diberi kekuatan oleh Allah s.w.t.. Amiiin
Assalamualaikum wbt>>
Bagi ana jgn kita bergaduh dgn hal2 yg furuk sampai tinggal matlamat asal kita iaitu berjuang di jalan Allah.
Adapun mati atau tidak jin jika disembelih terserah kepada Allah. Baca buku Sheikh Wahid "perisai kebal mengatasi jin & syaitan" memang jin akan terbakar ada yg mati jika di ruqiyah .. Wallahualam,tapi hal ini perlu dilakukan oleh org yang mahir dalam perubatan.. Bagi saya jgn kita membunuh jin kerana mereka bersifat pendendam cuma jika kita terus menerus meruqyah jika mereka tak keluar mereka akan hangus itu sebab kedegilan merekan sendiri.
Jgn kita jd tebuan yang belajar dari lebah nak buat madu tapi akhirnya sarang jadi taik.. Maaf saya hanya menegur diri sendiri
Semoga ALlah merahmati kita semuanya.Mari saling mendoakan.Allahumma a'izzal Islam wal muslimeen.
Salam. Siapakah kita jika dibandingkan dengan Sheikh Wahid? Siapakah kita jika dibandingkan dengan perawat2 yang aktif dalam kaedah rawatan islam? Kita hanya banyak memberi komen sepertimana penonton biasanya berlagak lebih "expert" daripada player. Justeru itu, yg kita tak tahu janganlah berlagak tahu bagi mengelakkan kita termasuk dalam golongan Jahil Murakkab, Wallahuaklam.
Akum,
Saya ingin meminta penjelasan dr tuan mengenai ayat tuan didalam rencana ini : Wujudnya jin Islam, maka amat silaplah golongan yang berpegang "sebaik-baik jin sejahat-jahat manusia". oleh tak tuan jelaskan maksuknya secara mendalam.
Terima kasih.
Salam.
Harus Membunuh jika perlu.
Dari web Darussyifa.org
http://www.darussyifa.org/modules.php?name=News&file=print&sid=37
Di dalam membincangkan persoalan merawat sakit akibat gangguan dan rasukan makhluk jin dan syaitan, ulama Islam tersohor Imam Ahmad ibn Taymiyyah telah mengemukakan lapan fatwa penting yang perlu difahami oleh umat Islam, khususnya oleh para pengamal pengubatan Islam iaitu :
[1] menolong seseorang yang teranaiya akibat rasukan jin dan syaitan adalah sesuatu yang disyariatkan oleh Allah sekalipun mungkin proses rawatan yang dilakukan itu akan menyebabkan kematian sekelompok jin.
Imam Ibn Taymiyyah menyatakan, “…..adalah harus, bahkan sunat, dan boleh jadi juga wajib, untuk mempertahankan serta menolong seseorang yang telah dizalimi [oleh makhluk jin dan syaitan yang merasuknya]. Tetapi orang tersebut hendaklah dibantu [dirawat] dengan “cara yang adil”, iaitu berdasarkan apa yang diperintahkan Allah dan RasulNya, seperti membacakan doa-doa dan zikir-zikir yang disyariatkan di dalam Islam [kepada diri pesakit], atau seperti menyuruh jin yang merasuk badan pesakit tersebut [agar segera meninggalkan badan pesakit]…….Maka apabila para pesakit tersebut telah sembuh dan pulih melalui doa, bacaan-bacaan zikir dan pelbagai arahan-arahan dan kecaman keras yang dtujukan kepada jin perasuk tersebut maka telah berhasillah tujuan yang dicari [iaitu kesembuhan diri pesakit]; dan rawatan seumpama ini adalah harus dan dibolehkan sekali pun mungkin akan menyebabkan kesakitan dan penderitaan sekelompok jin atau mungkin juga kematian mereka……. Maka menolak dan menghindarkan apa-apa kezaliman dan pencerobohan yang dilakukan oleh seseorang itu, samada dia [penceroboh tersebut] seorang Muslim ataupun kafir, adalah wajib sebagaimana sabda Nabi saw yang bermaksud,
“Barangsiapa yang terbunuh kerana mempertahankan hartanya maka dia adalah syahid, dan barangsiapa yang terbunuh kerana mempertahankan darahnya maka dia adalah syahid dan barangsiapa yang terbunuh kerana mempertahankan agamanya maka dia adalah syahid” [hadis riwayat Abu Dawud dan al-Tirmidhi].
Maka sekiranya harus bagi seseorang Muslim yang dizalimi itu untuk mempertahankan hartanya walaupun mungkin terpaksa membunuh pencerobohnya maka sudah semestinya harus [menurut hukum syarak] bagi seseorang Muslim itu untuk mempertahankan akalnya, badannya dan kehormatannya [dari pencerobohan makhluk jin dan syaitan]. Maka sesungguhnya syaitan dan jin berupaya untuk merosakkan akal manusia, menyakiti jasadnya dan mungkin juga melakukan perlakuan-perlakuan sumbang terhadap mangsanya [orang yang dirasuk], maka sekiranya perlakuan-perlakuan jahat seperti ini dilakukan sesama manusia di mana adalah harus untuk membunuh pihak yang menceroboh maka begitulah juga adalah harus, sekiranya terpaksa, untuk membunuh pihak jin yang menceroboh”
Post a Comment