Sy dipertemukan dgn satu jin lelaki yg agak sombong. Beliau akan melakukan sesuatu yg menyakitkan hati spt memejamkan mata, menutup telinga dan menunjukkan memek mukanya bila sy mula berbicara. Sy tiada cara lain melainkan menggunakan cara berikut:
Sy: "Hidup kamu ni sebenarnya sia2 semata. Dahlah pemalas. Pastu duduk tinggal dalam badan perempuan ni tak buat apa pun. Hari2 makan darah percuma. Hidup dlm maksiat, semua ibadat kamu pasti Allah tak terima. Kalau mati confirm masuk neraka."
Jin: (Mencebik bibir dan geleng kepala tanda kurang setuju)
Sy: "Cuba kamu ingat, dulu sy ada hantar satu kumpulan jin lelaki dari badan ni ke Palestin. Sy yakin mereka adalah golongan yg berjaya. Allah janji dua kejayaan yg pasti utk org yg berjihad di jalan Allah iaitu 1)berjaya mengalahkan org kafir; atau 2)syahid di jalan Allah."
Jin: (Mula tunjuk minat)
Sy: "Sebenarnya mudah bg kamu utk berjihad. Allah dah sediakan jalan yg mudah utk golongan jin spt kamu. Ayuh, apa tunggu lagi. Tinggalkan maksiat, bangkit dan tuju kepada rahmat Allah.
Jin: (Menangis)
Sy: "Kenapa kamu menangis?"
Jin: (Menangis)
Sy: "Oklah. Nampaknya kamu insaf."
Jin: (Mengangguk/menangis)."Sy nak tebus dosa, sy nak pergi jihad."
Sy: "Ok. Kalau begitu kumpulkan rakan2 yg lain dan lantik seorang ketua."
Setelah menunggu utk beberapa ketika, muncul seorg ketua bernama Umar.
Sy: "Berapa bilangan rombongan ini Umar?"
Umar: "12."
Sy: "Sudahkah kamu semua memakai pakaian putih, berserban hitam dan memegang pedang."
Umar: (Menangis)
Sy: "Sy faham. Jgn sedih ya Umar. Ayuh kita sama2 doa pada Allah."
Doa kami: "Ya Allah, ampunilah dosa2 kami yg lalu dan yg akan dtg. Pilihlah kami utk jihad ini ya Allah. Terimalah kami seadanya ya Allah. Jgnlah kau kembalikan kami ke kampung halaman kami, melainkan kami syahid di jalanMu ya Allah. Jika Islam telah menang, Engkau jadikanlah kami golongan yg memberi sepenuh masa berkhidmat utk agamaMu ya Allah."
Umar: (Mengangguk)-tanda mereka mendapat pakaian lengkap jihad.
Umar: "Kuda hitam sudah menunggu dari tadi lagi."
Sy: "Kuda hitam?(terkejut)"
Umar: (Tidak mempedulikan sy) "Fisabilillah...fisabilillah...fisabilillah..."
Umar: "Allahuakbar...Allahuakbar...Allahuakbar..."
Ucapan tersebut diulang banyak kali. Pesakit kemudiannya sedar dalam keadaan basah dilinangi air mata.
*Semua yang berlaku adalah dengan izin Allah swt*
Kursus Rawatan Islam - Perawat Mantap dan Hebat - Kuala Lumpur
-
Artikel ini memerlukan anda sedikit berfikir dan merenung atau bermuhasabah
diri. Diharap anda bersabar membacanya. Dan semoga Allah s.w.t memberikan
ke...
4 years ago
2 comments:
salam ustaz ... saya betul terharu dengan kisah ini..... kisah seperti ini memberikan saya satu pandangan baru dalam memahami dunia jin ini......salam....
allah maha besar teruskan usaha ustaz
Post a Comment