Dua hari yang lepas saya merawat seorang wanita yang datang pertama kalinya ke Akrine. Suaminya pernah datang membawa ibunya 2 minggu yang lalu.
Suaminya memberitahu saya bahawa ibunya telah pulang ke rahmatuLLAH seminggu selepas dirawat di Akrine. Dia membakar batu-bata selama 3 hari berturut2 dan sepanjang pembakaran almarhumah dalam kepanasan. Takdir ALLAH dia menghembuskan nafas beberapa hari selepas itu.
Saya tanya kenapa tak bawa isteri semasa rawatan ke atas ibunya, katanya sebelum ini dia tak tahu isterinya ada masalah. Dia hanya mengetahui apabila dia membawa ibunya berserta isterinya di rawat di sebuah pusat rawatan di Lembah Kelang. Tujuan asal hanyalah untuk merawat ibunya dan isterinya hanya menemani sahaja. Tetapi apabila ibunya dirawat isterinya kerasukan.
Dan inilah nasib malang yang dimaklumkan kepada saya:
Isterinya telah dirawat secara berkumpulan, dipicit dan ditekan hampir seluruh badannya. Mentelahan pula badan isterinya agak besar maka bertarunglah dia dengan perawat-perawat berkenaan.
Natijahnya,
tengkuknya biru dan sakit kerana ditekan oleh perawat2.
Apa yang lebih malang?
Telinganya kurang pendengaran kerana diazankan dengan sekuat2 suara oleh perawat2 dekat dengan cuping telinganya....
Saya hormat semua perawat, itu hak anda melakukan teknik rawatan anda dan anda bertanggungjawab di depan ALLAH terhadap apa yang anda lakukan.
Sekadar mengingatkan kembali pesanan guru saya, "apabila anda merawat, pastikan pesakit pulang samada sama seperti dia berjumpa anda atau lebih pulih dari itu... jangan pesakit balik dari rawatan lebih teruk sebelum dirawat" pesanan TGHD
Kita tidak bercakap dari segi kesembuhan, itu hak ALLAH tetapi mari berbincang dari segi teknik rawatan.
Kenapa perawat azan kuat2 di telinga pesakit hingga pesakit pecah gegendang telinga? Adakah anda beranggapan bahawa azan itu menyakitkan jin yang mengganggu?
Jika itu anggapan perawat, anda silap dan anda hilang pergantungan dengan ALLAH...
Pelatih Akrine saya peringatkan bahawa mana2 bacaan ruqyah tidak memberi sebarang kesan... tetapi itu adalah sunnah. Jika anda beranggapan ayat2 tertentu mempunyai "power" tertentu anda hampir sahaja menduakan ALLAH, na'uzubiLLAH...
Mana2 ayat yang kita baca ia lebih merupakan doa memohon pertolongan ALLAH, saya amat takut kalau ada di antara kita beranggapan ayat itulah yang mesti dibaca. Sebagai contoh kita menggunakan Al-Fathi 1-3 bagi tujuan membuka ikatan. Bila anda baca ayat tersebut apakah yang ada pada hati anda? Bagi saya, saya katakan ya ALLAH aku memohon agar ikatannya dibuka lantas membaca ayat berkenaan sebagai pelengkap permohonan doa itu.
Kenapa perawat berkenaan azan senyaring2nya di cuping telinga pesakit. Jika dia beranggapan azan berkenaanlah yang ada "power" maka dia tersasar dari bantuan ALLAH. Sunnahnya azan, bukan azan dengan kuat... anda azan sahaja dalam keadaan tenang dan berdoalah dengan keyakinan mafhum hadis bahawa syaitan takut mendengar azan, ya ALLAH gementarkanlah musuhku ini dengan kalimah2 yang mulia ini...
Kenapa masih ada perawat masih berperang dengan pesakit... anda tekan dia, anda picit dia, anda rotan kakinya? Hentikanlah...
Anda tekan dia dengan hasrat biar jin itu sakit dengan tekanan anda, apakah anda meletakan kekuatan fizikal anda berdepan dengan makhluk halus.... masihkah ada pergantungan dengan ALLAH bila anda memicit atau menekan pesakit? jika ada alhamduliLLAH jika tiada saya amat takut anda berubah niat... anda seorang lelaki memicit seorang wanita? Mana batas auratnya? Bagaimana panjangpun janggut anda... awas! Saya maafkan jika keadaan terdesak seperti anda diserang pesakit atau pesakit melarikan diri sepertimana pengalaman di Jerantut.
Sebenarnya andalah yang menentukan teknik rawatan anda... jika anda berlembut dengan jin, jin hormat anda walaupun dia jahat. Samalah kaedahnya anda berdepan dengan orang yang bengis....Sibengis akan tercabar bila anda juga menunjukan kebengisan anda... jika anda menunjukan keegoaan anda, membalasah jin sampai nak rak apakah tindakbalas yang akan anda terima.... sudahkah anda berdoa sebelum melakukan rawatan memohon ALLAH memudahkan rawatan? sudahkah anda meletakan diri anda sebagai perawat dai'e atau perawat samsing?
Tulisan ini saya tujukan kepada semua perawat, dengan harapan agar kerja2 rawatan ini benar2 dilandasan yang diredhai ALLAH. Saya juga mengharapkan teguran anda kerana saya juga insan yang lemah.
Ikhlas dari saya..
Kursus Rawatan Islam - Perawat Mantap dan Hebat - Kuala Lumpur
-
Artikel ini memerlukan anda sedikit berfikir dan merenung atau bermuhasabah
diri. Diharap anda bersabar membacanya. Dan semoga Allah s.w.t memberikan
ke...
4 years ago
9 comments:
Salam utz...Baru baru ni saya ke Cheras dan saya telah melihat sekumpulan perawat merawat pesakit juga secara berkumpulan dengan membaca ruqyah menggunakan mikropon...kuat amat amat utz...mana mana pesakit yang ada jin..satu satu tumbang...lepas tu perawat tanya pesakit..hang nak keluaq tak keluaq..berulang ulang tanya soalan sama..jin buat dek je...he he..jemu saya tengok utz...saya pun blah...x tau apa jadi lepas tu...Saya bagi tau orang umah..Ni lah dia..kalau gi salah tempat..perawat yang salah..merana le pesakit..
Salam Ust
Cerita dari waris pesakit&pesakit kita boleh dengar dulu,kemudian selidik, analyse dan buat perbandingan terlebih dahulu sebelum kita jump to conclusion.....tapi
takan dok azan dekat telinga sampai pecah gendang telinga ....doktor dah sahkan kee ....tak boleh dok nak kata kerana azan kat telinga yg menyebabkan jadi pekak ..... mungkin gegendang telinga jin tu yg rosak dan selalunya ini yg terjadi ...tapi natijahnya pesakit pun turut menjadi pekak sebab jin tu masih lagi belum berambus betul2. Claim2 mcm nilah yg menimbulkan byk fitnah. Inilah kali pertama saya dengar pesakit jadi pekak....tapi saya merasa pelik bin ajaib sebab dlm ramai2 pesakit yg diazan, dia shj yg jadi pekak ....tinggi sgt ka nada suara perawat tu. Atau pun yg dok complain tu "org lain".
Buat pesakit & waris.
Pesakit pula jgn harap 2 /3 kali pergi rawat dah nak OK ...kena beristiqamah, kalu sakit dah lama bukan setakat sekali 2 pergi naak terus sembuh ... Allah beri dulu sedikit kesembuhan, ada hikmahnya tuu disebalik penyakit tuu lambat sembuh.
Samalah mcm org2 dok komplen cara Ust Jahid ....pegi shj lebam2 seluruh badan .....tapi ketuk tak tera mana pun ...sakit nak mampuih , tobat aih tak pi dah (komen2 bekas pesakit)..... tapi dia org tak fikir balik pasai pa rasa sakit sgt ...tentu ada PASAIkan .....KALU tadak pasai, takan lebam2. Kalu tak tahan carilaa kaedah yg kita rasa tahan ( kita rasa ka jin yg rasa ni hehehehe ).
Tapi ambo kalu bg nasihat ambo suruh pegi jua buat rawatan kat Ust Jahid.... leh bg bukti... InsyaAllah....kat kawasan mana jin tu bertapak/ dok lepak. Kalu takat kita tepuk2 belakang kata situ jin dok lepak depa tak caya (bagi pesakit & waris pesakit yg tak caya laa)atau bila baca rukyah pun tk ada reaksi.
Bab2 pegang/ picit/tepuk ni bg saya kena tengok situasi & keadaan. Kaedah tercipta/terjumpa dari pengalaman guru2 terdahulu & dengan izin Allah berjaya.
Bagi saya, kaedah berlembut (tolak ansur) ada masa & ketikanya .....dan bukanlah kita ego jika kita menunjukkan kebengisan kita (tapi kalu setakat membaca rukyah shj....bagi saya itu bukannya bengis tapi tak taulah pendapat jin kalu tanya depa memang sah2 kata kita bengis)....itu adalah ketegasan kita untuk tak berkompromi langsung dgn jin yg terang2an melanggar perintah Allah & melanggar perjanjian Nabi Allah Sulaiman a.s.
Kerja merawat gangguan jin ni merupakan perjuangan Fisabillah bg saya laa (pendapat org lain saya tak tau)...iaitu berjuang sampai mati atau musuh totally surrender. Kalu ada serangan balas tak kirala kat pesakit , keluarga pesakit , perawat @ keluarga perawat )tu bermaksud musuh tak mengaku kalah lagi. Kalau dah mengaku kalah barulah kita berlembut.
Bab2 doa , niat ikhlas perawat dan ikhtiqat pergantungan semata2 kepada Allah jgnlah dilupa.
Salam
Kalau pesakit buat cerita,itu pd pandangan saya si pesakit dah buat dosa fitnah dan menipu.
Azan dengan suara yang nyaring dekat dgn telinga memang boleh menyebabkan pekak, pasal gegendang bergetar dengan kuat lalu pecah.Seperti yg kita sedia maklum,gegendang ni satu lapisan yang nipis,mcm org terdgr bunyi bom meletup dlm jarak yg dekat, boleh pekak dibuatnya.
Saya khuatir jugak bila tengok ada sstgah perawat merawat dgn agresif,pukl sana, picit sini dll.Khuatir jugak jd fitnah kpd agama lain.
Saya pernah tengok Kristian Katolik punya exorcism, takde pulak main pukul2.Kalau diorang tengok style Islamic exorcism yg main pukul-pukul, tentu diorang hairan dan berfikir " Mak aii,ganasnya org Islam ni."
Saya setuju kalau merawat dengan azan,tak perlulah dgn suara yg nyaring.
Bab sentuh,picit dan pukul pun, saya berpendapat kita pukul jin,bukan jasad pesakit. Tapak tangan yg dah dibacakan Quran insya Allah boleh menyakitkan jin dalam jasad.Maknanya, bila kita pukul dengan tapak tangan yg dh diruqyah,walaupun perlahan,boleh menyakitkan jin dalam bdn pesakit dgn izin Allah.
Tentu org bertanya,mcm mana tapak tangan yg diruqyah boleh menyakitkan jin dlm jasad kalau pukul tak kuat?Mcm tak logik.
Saya tanya balik,apesal Rasulullah suruh baca ayatul Kursi dan 3 qul lepas tu hembus kat tapak tangan dan usap seluruh badan sebelum tidur jadi pendinding dan mengelakkan dari gangguan jin masa tidur?Mcm mana dgn cara usap badan saja boleh jd pendinding? Logik ke hembus ayat Quran kat tapak tangan pastu usap kat bdn dpt jd pendinding?
Dua keadaan yang berbeza tetapi serupa.
Lagi satu,berdasarkan hadis yang saya faham ttg teknik pukul, Rasulullah pakai serban dan tapak tangan.'Pukul' di sini saya rasa 'tepuk', mksdnya Baginda tepuk belakang pesakit yg kerasukan dan jin keluar kerana kesan tepukan tangan Baginda yg mulia, bukan kerana Baginda tepuk dgn keras dan kuat.
Jin segan pasal kena tepuk oleh Baginda, dan yang menepuk tu Junjungan Mulia, pasal tu dia keluar.:-)
Kita bersalam dengan Menteri pun kdg2 segan,pasal kedudukan dan pangkat kita kecik, inikan pulak Rasul.
Sekadar pendapat dr saya yg masih sedikit ilmu dan dhaif.Maaf kalau saya tkasar bahasa. Kpd Allah saya mohon ampun.
Wallahu 'alam.
Dr Jahid zikir dalam hati... jerit2 jin2 kena ketuk..
Dr Haron Din & Ust Ismail Kamus ruqyah, mcm pesakit dan dia je dengar..
Kelebihan masing2 yg Allah beri..
Subhanallah
Salam, perkara ini tjd kpd saya. Krn sukar nk dpt appointment Utz "M" jd atas nsihat sorg kwn sy bawa staff ke tempat rawt yg lain. Almaklum lah saya ni br meneroka alam ghaib ni. Slain mencr dan membandingkan teknik rawatan saya juga nk tgk cr apa yg berkesan. Ingat nak bw 2 staff tp ktnya bw semua yg perlu dirawat jd sy bw 7 org yg dirasakan mempunyai simptom2Slps isi borang (bagus gak isi kdungan brg dia ada mgandungi survey simptom2 gangguan). Jd dipilih mana yg agak serius. Dipendekkan 2 org staff kerasukkan. Fulamak! terduduk saya tgk dlm hati kata ganasnya ckp lah baik2. Setelah terok dikerjakan staff 1, jinnya kata ok nk keluar lepas muntah darah dia sedar. Yg lg satu dah lah jin tak nk keluar dia tk blh disedarkan. 2 org Azan tp nasib bkn kat gegendg tlinga. Tak jln dgn pelbgai cr, akhirnya mrk pasang ayat2 dr laptop. Tk salah 4 perawat lelaki, 2 perawat wanita & 4 staff saya yg tlg. Hebat blt. Akhirnya saya pergi ke staff sy dan bisikkan saya mtk maaf bw dia kesana dan janji tk akan bw dia ke tempat tu. Plahan2 dia sedar. Slps tu badan2 dia lebam, perut bengkak, kakitangan jgn cerita sakitnya. Kesian!!! Apa lg staff yg lain KAPOK! takan ikut saya kesana. Itulah kali pertama & terkhir saya kesana. Saya sdiri menjlni rawatan ttp scr diplomasi alhamdullilah satu persatu selesai dan masih mjlni rawatan. TQVM Allah & Utz "M".
to abe odit...
hang tak kena, hang x tau, apa yang ustaz majid bagitahu dan luahkan pendapat ada betulnya. sekarang banyak perawat Islam, cara berbeza. sesetengahnya x layak pun jd perawat Islam... kena ada kelembutan dalam merawat ni, bukan main tenyeh je...
Tak perlu tenyeh-tenyeh. letak saja tapak tangan atas kepala pesakit. Baca ruqyah sekadarnya tak perlu suara kuat-kuat. Allah tak suka orang yang berlebih-lebihan.
Jikalau pesakit sembuh alhamdulillah tak ada kena mengena dengan kita. Jika tak sembuh tetap dapat pahala sunnah.
Ikhtiar milik manusia. Kesembuhan milik Allah. Jangan sibuk balun pesakit kerana melayan ego kita terhadap jin. Ya kita memang khalifah di muka bumi tetapi khalifah itu maknanya "wakil" tuhan, bukan ganti tuhan. Perasaan kehambaan dan tawadduk mesti ada. Yang akan menumbangkan jin dan syaitan ialah ikhlas, bukan kaedah yang berbagai sampai penyet dan lunyai si pesakit.
Kalau belum masanya Allah kata nak sembuh tetap tak sembuh.
Jalan kesembuhan sepertimana yg diterangkan oleh TGHD ialah dengan cara:
1. Berdoa
2. Berubat dengan kaedah Nabawi - Ruqyah
3. Bertaubat
4. Bersedekah
5. Bernazar
6. Redha - last sekali kalau tak sembuh, ia redha dan sesungguhnya redha itu juga satu bentuk kesembuhan. Jiwa telah berubah menjadi lebih baik.
Allahu'alam.
Alhamdulillah, terima kasih kepada ustaz majid kerana memberi info yang sangat berguna kepada perawat2 &pesakit2. Pada pendapat saya, kalau ada cara lembut,buat apa guna cara kasar. Kalau tak tahu, buatlah kajian agar anda menjumpai cara yang lebih baik dan bertepatan dengan kehendak Islam dan menurut sunnah Rasulullah s.a.w. Jangan dok pegang cara yang anda mula2 belajar dari guru anda sejak dulu lagi, para perawat diharpkan mencari ilmu dan penemuan semasa daripada perawat yang dikira boleh diikuti,spt ustaz majid,ustaz HDin dan ust.Ismail Kamus. Dalam merawat pesakit,adab dan aurat mesti kena jaga, kecuali dalam keadaan2 tertentu.
Wallahualam...
Saya setuju dengan pendapat dan nasihat Ustaz Majid... Rawatan yang sangat menarik .. BarakaLLAHu fiik ya Ustaz..
Post a Comment