Cuba anda perhatikan imej dalam botol ini, apa yang anda nampak? Sila komen nanti saya ceritakan kisah rwtnnya... insyaALLAH
Ok ini cerita rawatan dan kaitan dengan 2 gambar di atas:
Seorang wanita yang telah saya rawat sebelum ini mengadu sakit pinggang melampau sehingga sukar untuk bergerak. Semasa urusan temu-janji rawatannya saya juga sedang sakit pinggang tahap dua... hampir saja saya menyimpulkan bahawa serangan ke atas saya adalah juga bersumber dari serangan terhadap wanita ini.
Sebagai perawat saya berikhtiar untuk merawat diri sendiri sambil dibantu oleh rakan-rakan seperjuangan. Saya niat hukum qisas yakni pulangkan kesakitan ini kepada yang buat angkara.
Apabila rawatan dilakukan kepada wanita ini saya fokuskan kepada pinggang kanan dan kiri. Menggunakan buluh betong saya tekan pinggang kiri sambil wanita berkenaan melakukan TKR. Saya berdialog dengan jin yang mengganggu, ia jin betina yang sudah tua. Katanya tuan dia marah kerana wanita ini membantu seorang wanita yang diserangnya sebelum ini. Saya tanya apa bantuan yang diberikan, katanya wanita ini telah mencadangkan jirannya untuk dirawat secara rawatan Islam.
Setelah ditenyeh akhirnya dia setuju keluar. Oleh kerana dia sudah tua saya tarik dengan botol lalu dihantar ke SM dan gambarnya diabadikan pada gambar di bawah.
Apabila rawatan disebelah kanan dilakukan keluar suara garau jin lelaki. Saya tanya adakah dia yang menyakitkan pinggang wanita ini? Dia mengaku dialah yang berbuat demikian atas arahan sepertimana jin betina berkenaan. Saya tanya adakah kumpulannya yang menyerang saya... jin ini menafikan.
Setelah perundingan dijalankan dia setuju keluar dan penghantaran secara transit botol dilakukan biizniLLAH. Gambarnya dirakam pada gambar di atas.
Oleh kerana wanita ini melakukan TKR dia melihat jin lelaki dan betina dalam kembaranya. Jin jantan berkepala yang amat besar, mata terjojol keluar dan saiz badan yang kecil. Sementara jin betina pula sudah kurus, putih dan tua.
Gambaran ini bertepatan denga gambar yang saya rakam. Gambar2 ini bukan super-impossed kerana saya bukanlah ada kemahiran bab-bab ini.
wALLAHu'alam
Kursus Rawatan Islam - Perawat Mantap dan Hebat - Kuala Lumpur
-
Artikel ini memerlukan anda sedikit berfikir dan merenung atau bermuhasabah
diri. Diharap anda bersabar membacanya. Dan semoga Allah s.w.t memberikan
ke...
4 years ago
17 comments:
Salam,
Maaf pd Sy yg kat botoL atas tu, nampak mcm tengkorak jer...
yg BotoL bwh tu nampak mcm asap pulak.. Tak tau ler jk botol yg same (",)
jin pocong
Salam, Saya nampak seperti monyet atau beruk... dan seperti nampak kepala harimau...
Salam, saya nampak seperti monyet atau beruk... gambar yang kat bawah tu pun mcm nampak beruk juga tapi kecil skit, satu lagi sy nampak mcm kepala harimau je... Yang ni kes santau ke ustaz?
no 1 macam jenazah no2 cuma nampak asap
salam ustaz,,mcm gambo perempuan je dalam botol tu
apabila di tegakkan botol tersebut seperti muka sesuatu.....
nampak perempuan tua rambut putih
assalamualaikom ustaz ....
gambar botol no 1 ,nampak macam orang bersandar.....tapi tak tahu la ,gambar no 2 ,tak nampak ape2 pun...hihihi
Botol pertama
Mcm wajah perempuan rambut pjg,matanya bulat besar.Rambut warna putih
Botl kedua
Saya cuma nampak asap.
botol 1 tuh nmpk mcm muke org~
botol 2 tuh, x clear sgt lar ust~ tp sye agak, muke org jugak~
Salam Ustaz , Gambar botol 1 nampak macam monyet dan botol 2 nampak perempuan tua.
salam...dari pandangan mata yang lemah ni, dalam botol no 1 nampak seperti muka makhluk.
botol 2 nampak asap...
ALLAH yang Maha Mengetahui...
x nampak papepun
Tak nampak apa2 pun
Salam,
Nak try jugak la..hehe. Yang botol kat atas tu, nampak macam wajah perempuan tua, rambut mengerbang panjang...pastu mulutnya jugak terbuka luas. Mata bulat. Semuanya kaler putih.
Yang botol kedua tu...nampak mcm kepulan asap..x berapa jelas sebab corak dinding kat belakang tu. Ntah la..
Salam,
Kalau ikut pandangan mata saya yang dah ngantuk nie tuan.. Botol atas tu Banyak betul species makhluk kecil kepala besar, (ala2 toyol gitu) dalam tengah posing nak kena gambar. yang Bawah tu, segan kot nampak putih cam kapas je nampaknya...
man791404@yahoo.com
Post a Comment