Pasangan suami isteri datang semula untuk rawatan seterusnya.
Kali ini mereka datang bersama sebaldi tanah yang dikorek dari kawasan yang ditunjukan oleh jin berkenaan.
Suaminya memaklumkan kepada saya bahawa dia tidak dapat mencari pakaian yang dimaksudkan, yang ditemui hanyalah bungkusan plastik yang tertanam sedalam 2 kaki. Tentunya barang yang telah ditanam selama 20 tahun telahpun lunyai dan menjadi tanah.
Jin pada badan pesakit amat gembira. Mengikut suaminya, jin berkenaan menceritakan bahawa dia hidup dari zaman Luth lagi dan pernah menuntut dengan anak murid Imam Al-Ghazali. Ia berasal dari Palestin. Dia dalam rangka ziarah di Malaysia tetapi akhirnya dia ditipu oleh seseorang yang kini berada di Lipis.... saya kurang ambil pusing cerita ini sekadar mendengar sahaja. Yang pasti bahasa jin ini tak pernah saya dengar dan seperti bahasa kuno. Dia berkomunikasi dengan pesakit secara ilham. Hati saya kurang yakin kerana sedang "abang la" dari bangladesh boleh bertutur dalam bahasa melayu hanya dalam tempoh setahun tinggal di Malaysia kenapa jin ini setelah 20 tahun dalam badan pesakit tak reti pulak? wALLAHu'alam.
Tanah yang dibawa saya tawarkan dan bersama suaminya saya buang dalam satu kawasan air yang mengalir.
Kembali menemui pesakit sayapun bertindak mahu mengeluarkan jin berkenaan dan berhasrat menghantarnya ke Mekah. Tarik melalui kaki...gagal. Gunakan teknik tarik melalui mulut, gagal juga...masyaALLAH. Jin itu menangis kerana tak dapat dikeluarkan walaupun tadi dia begitu ceria sambil memohon maaf serta mengucapkan selamat tinggal kepada kami.
Saya ajak pesakit TKR untuk melihat bahan-bahan sihir seterusnya, ternyata terlalu banyak... saya minta dia ambil satu persatu
Saya juga panggil pakar dari Serambi Madinah untuk berbincang dengan jin berkenaan. Saya biarkan mereka berbincang dan akhirnya bertanya apa pandangan jin Serambi Madinah. Menurutnya jin ini perlukan masa untuk keluar. Ia terlalu tua dan lemah.
Saya akhiri rawatan dengan menidurkan jin berkenaan. Saya dimaklumkan oleh jin itu bahawa masih banyak jin2 lain dalam tubuh wanita berkenaan. Dia tumbang tertidur setelah ditidurkan biizniLLAH
Saya syorkan wanita itu mengamalkan minum air 7 mubin setiap hari.
Malam tadi saya mendapat panggilan dari pesakit memberi khabar gembira bahawa jin berkenaan telah keluar dari tubuh pesakit... alhamduliLLAH, la quwata illa biLLAH
Kursus Rawatan Islam - Perawat Mantap dan Hebat - Kuala Lumpur
-
Artikel ini memerlukan anda sedikit berfikir dan merenung atau bermuhasabah
diri. Diharap anda bersabar membacanya. Dan semoga Allah s.w.t memberikan
ke...
4 years ago
4 comments:
Salam, saya musykil la utz. saya juga pernah mgunakan TKR tp saya masih tertanya2 apakah yg saya lalui itu benar, imiginasi atau sekadar khayalan. Apa bolehkah diguna pakai/dipercayai dlm menyelesaikan masalah. Apa2 pun kita hanya berikhtiar. Harap utz boleh jelaskan. Terima kasih.
salam tn, apa kata tuan masuk kat dalam forum akrine. kat sana leh sembang panjang.
akrine.co.cc
W'salam.. mcmana nak masuk forum. saya bkn tn tp pn. Terima kasih byk2.
kena register dahulu, kemudia tunggu pengesahan dari pihak akrine. bila dah di sahkan sila login.
insyaALlah.
Post a Comment