Hari ini nisfu sya'ban, ramai pesakit yang dirawat melakukan puasa sunat. AlhamduliLLAH kesedaran sebegini banyak membantu dan memudahkan pertolongan ALLAH.
Seorang wanita dirawat untuk kali kedua setelah rawatan pertama dilakukan sepuluh hari yang lalu. Dia juga berpuasa sunat. Oleh yang demikian saya pastikan dia tidak pengsan semasa rawatan.
Apabila dirawat dia menangis dan terketar-ketar. Saya uji secara TRO siapa dan kenapa dia mengganggu wanita ini. Dalam ketakutan jin pada wanita ini bercakap dalam bahasa yang saya tak faham. Saya tanya pesakit, apakah dia masih sedar? katanya dia sedar dan mengetahui apa yang sedang berlaku.
Oleh kerana bahasanya saya tak faham, saya teruskan rawatan dengan usaha-usaha menarik jin secara serban setelah membuka ikatan. Malangnya jin itu masih ada pada pesakit.
Setelah diberi amaran saya lakukan penyembelihan. Selesai sembelih dia masih terketar, menangis dan bercakap dalam bahasa yang saya tak memahami. Saya perbaiki teknik penyembelihan dengan teknik membuka perisai dan azan, sembelih... masih tak mati!
Saya tingkatkan usaha menyembelih dengan azan 7 kali... sembelih, tapi tak mati.
Setelah 3 kali usaha membunuh jin ini gagal saya ambil kesimpulan ALLAH tidak mengizinkan saya membunuhnya. Jin ini tidak bersalah dan kekhilapan dilakukan oleh orang lain samada pesakit atau lingkuangan sekitarnya.
Apabila saya beritahu sahaja pesakit dan suaminya, jin berkenaan menangis dan mengangguk kuat sambil berkata2 seolah-olah meminta tolong.
Saya minta pesakit memejamkan mata sambil berbicara dengan jin yang mengganggu. Pesakit memberitahu lintasan hatinya bahawa ia ada kena-mengena dengan perkahwinan mereka yang tidak direstui keluarga suami. Lintasan seterusnya membayangkan bahawa teknik yang digunakan adalah dengan menanam pakaian pesakit yang dipakai semasa melahirkan anak yang kedua 20 tahun yang lalu. Pakaian ini ditanam di kawasan tertentu di rumah orang tua suaminya.
Lantas saya bercakap dengan jin berkenaan apakah ini benar, dia mengangguk dan mengiyakan semua pertanyaan saya. Janji saya, saya akan bebaskan dia dan minta suami pesakit mencari pakaian berkenaan.
Perkara ini boleh dilakukan kerana pesakit adalah 2 dalam 1. Jin dibadan boleh trigger apabila diperlukan. Saya arahkan jin ini menunujukan tempat pakaian ditanam dan apabila lokasi yang dikorek ditemui jin ini perlu memberi isyarat. Jin ini bersetuju dan akan melakukan seperti yang saya suruh....
Kita tunggu perkembangan selanjutnya...
Kursus Rawatan Islam - Perawat Mantap dan Hebat - Kuala Lumpur
-
Artikel ini memerlukan anda sedikit berfikir dan merenung atau bermuhasabah
diri. Diharap anda bersabar membacanya. Dan semoga Allah s.w.t memberikan
ke...
4 years ago
2 comments:
nak tanyejelah kan nabi sulaiman ada doa supaya umat selepasnya tiada kelebihan sepertinya adakah doa nabi sulaiman itu tidak dimakbulkan dan saya ada terbaca hadis (mafhumnya saya ni bkn org pandai jika tersalah tlg betulkan)ketika nabi sedang solat,ada shaitan ganggu lalu nabi tangkap shaitan itu,kemudian nabi Muhammad nak ikat kat tiang masjid,tapi nabi teringat doa nabi sulaiman lalu tak ikat shaitan itu, kalau tak caye cuba cari kat buku hadis shahih bukhari ataupun muslim.
Salam ustaz merangkap guruku saya bermimpi teknik sembelih tak tau baru ke lama....fairus said
Post a Comment