Patient saya hari ini claim ada masalah saka. Saya tanya dia macammana dia kata dia ada saka. Dia beritahu saya bahawa dia boleh merawat orang walaupun tak ada asas perawatan. Patient ini bernama Manaf dari Taman Tun.
Manaf mendapat tahu pusat rawatan saya dari adik iparnya yang berkahwin dengan adik perempuannya, Madiah. Madiah sebelum ini saya rawat kerana belum mendapat cahaya mata dan edaran haid yang tidak teratur. AlhamduliLLah Madiah kini agak selesa dan mudah2an akn dikurniakan anak dengan izin ALLah.
Isteri Manaf pula bermasalah badan lebam2, sukar nak tidur. Saya juga diberitahu bahawa dia merasakan ada bayang2 dalam bilik dan kadang2 terdengar bunyi nafas dikiri atau kanan beliau. Saya merawat isteri Manaf dan mengambil kesimpulan ia diganggu oleh jin asyik.
Apabila merawat Manaf, saya baca selawat tafrijiah dan beberapa ayat lain dan terus berkomunikasi dgn saka beliau, jin Islam bernama Ali berusia 800 tahun. Saya minta dia keluar dan tinggal ditempat yangdipersetujuinya.
Ali sudah tua dan tak dapat keluar, saya bantu mengeluarkannya dengan izin ALLAh.
Saya menjangka Manaf akan sedar selepas Ali keluar tetapi selepas itu jin silat cekak, jin sihir, jin yang mengganggu Madiah dll keluar satu persatu. Oleh kerana masih banyak yang nak keluar sedangkan jam sudah pukol 12 saya hentikan kerana hari ini hari Jumaat.
Persoalannya kepada Manaf banyak menampung jin... ternyata dia ada menuntut ilmu yang kurang tepat.
Kenapa mudah sangat nak keluar, jin-jin ini mengatakan badan Manaf panas! Manaf beritahu saya dia berazam untuk mengeluarkan kesemua jin dan mula mengamalkan zikir yang diperolehinya dari http://www.rawatansihir.com/
Saya pun melayari web ini dan kini menjadi member. anda digalakan untuk joint sama!
Kursus Rawatan Islam - Perawat Mantap dan Hebat - Kuala Lumpur
-
Artikel ini memerlukan anda sedikit berfikir dan merenung atau bermuhasabah
diri. Diharap anda bersabar membacanya. Dan semoga Allah s.w.t memberikan
ke...
4 years ago
2 comments:
Macam2 ada
apakah kaedah membakar dan memyembelih jin?
- pelajar kump. 19 -
Post a Comment