Seperkara mengenai puan zaiton adalah kebolehannya melihat jin. Dia juga boleh melihat pagar rumah saya, katanya pagar rumah saya teramat tebal dan kukuh...saya sendiri tak tahu akan kekukuhan dan ketebalan pagar rumah saya, saya cuma yakin rumah saya ada pagar yang tak dapat dilihat oleh mata...insyaALLAH, pengunjung blog akan saya ajar bagaimana nak pagar.
Puan Zaiton melihat tentera jin Islam dikeliling rumah saya, lengkap bersenjata, ada yang menaikki kuda dan lain-lain kenderaan. Semua jin ini berpakaian putih.
Semasa saya menyembelih jin (dengan izin ALLAH), puan zaiton nampak jin mati, ada unit jin yang cepat2 mengkafan dan memanam. kain kafan berlainan ada yang putih dan ada yang hitam, semua kerja dilakukan dengan tertib dan pantas...kadang2 terasa juga saya nak tengok...tapi tak payahlah
Pengalaman dengan Khalid mengajar saya untuk tidak sekali2 mahu merapatkan diri dengan jin, terlalu bahaya berkawan dengan yang tak nampak... walaupun saya yakin saya tidak bersahabat secara salah, kerana saya tidak pernah ada perjanjian dengan Khalid tetapi biarlah kita dengan ALLAH sahaja.
Bolehkah tangkap, kurung jin...jangan? kalau saudara boleh pun tolong jangan lakukan kerana saudara tidak ikut sunnah, buat dosa aje....bolehkah sembelih jin? yang ni kalau ada yang nak beri pendapat, saya alu-alukan, ...
Puan Zaiton melihat tentera Islam berperang apabila jin2yang saya arahkan keluar tadi cuba masuk semula (cepat betul lupa janji). Jin-jin ini berkata "awak dah janji dengan Ustaz Majid kan?" tentera Islam berjaya membunuh jin2 jahat ini. Bagi saya kalau jin Islam nak bantu, aku tak panggilpun itu hak mereka...mungkin dalam organisasi mereka memang ada unit bantuan, saya tak tahu...saya hanya bersyukur kepada ALLAH atas bantuan ini dan mendoakan kejayaan tentera Islam dalam ammar makruf nahi mungkar. Yang jelas, selain kita ada makhluk lain yang berakal, mukallaf dan dijadikan ALLAH tidak dapat dilihat oleh mata kasar manusia. Makhluk ini terlalu dekat dengan manusia... Manusia kena berwaspada dengannya...dia boleh jatuh cinta, dia boleh diupah dan berbagai lagi. Ibnu Taimiyah dalam tulisan anak muridnya pernah berkata lebih kurang begini " Jika ada 10 orang, 3 darinya ada gangguan" bahasa modern 30 peratus populasi dunia diganggu makhluk halus. Itu dizaman ibnu Taimiyah, tidak ada akademi fantasia, ASTRO, internet dsb... bagaimana sekarang? bagaimana anda...mudah2an blog ini membantu kita berdepan dengan hal2 yang seperti ini.
Kursus Rawatan Islam - Perawat Mantap dan Hebat - Kuala Lumpur
-
Artikel ini memerlukan anda sedikit berfikir dan merenung atau bermuhasabah
diri. Diharap anda bersabar membacanya. Dan semoga Allah s.w.t memberikan
ke...
4 years ago
2 comments:
Assalamualaikum Ustaz Majid...
Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Saya baru diperkenalkan kpd blog ustaz dlm 2 minggu oleh salah sorang forumer di salah satu forum yg saya ikuti.
Saya tak tahu sama ada ustaz blh tlg bgtau saya ke tidak apa sebenarnya yg mengekori saya.
Saya penah try cek dgn salah seorg pengamal pasal diri saya, dia kata, saya ada saka, bersarang kt kawasan perut dan pasal tu saya selalu sakit berpunca dr kawasan yg sama. Tp mcm tk masuk akal sikit sbb saya nie anak ke 2 dlm keluarga, ada lagi adik beradik saya yg lain yg lbh beramal dri saya. Kalau betul bagai dikata, kenapa benda tu mengikut saya?
Saya nie, mcm ada satu deria yg blh menangkap kehadiran benda2 yg tk diundang nie....selalunya kalau hati saya dh terdetik berkata, sesuatu perkara tu pasti akan jadik kenyataan. Selalunya, hati saya yg mcm memberitahu yg sesuatu situasi itu tidak selamat utk saya. Saya selalu juga nampak mcm ada bebayang hitam/putih melintas di rumah saya, semasa saya memandu dan apabila saya berada diantara 2 alam, lena dan jaga.
Semoga ustaz blh membantu saya dlm hal ini.
Assalamualaikum.
Salam, cerita sdri menunjukan simptom saka... saya cadangkan sdra perbanyakan solat hajat dan zikrullah. Tlg beri email sdri supaya saya boleh hantarkan asas tahsen.
Post a Comment