Bermula tahun 2008 dan bersempena bulan Muharram 1429 saya melakukan R&D berkenaan kesan makanan kepada gangguan Jin.
Sepertimana yang dimaklumi diantara tanda seseorang itu mengalami gangguan makhluk halus dapat dikenalpasti melalui tebiat makanannya. Orang yang kemaruk makan berkemungkinan besar pada batang tubuhnya ada jin khususnya jin saka.
Orang ini makan dengan banyak, kurang sopan dan pantang jumpa.
Sebenarnya pada batang tubuhnya tinggal sejumlah besar makhluk halus bernama jin saka.
Pada tubuh saya terdapat 2 jin saka yang dah terok saya belasah dengan rukyah. Apabila saya merawat seseorang yang bersaka saya akan merasa denyutan di bahagian bahu saya pada 2 kedudukan. Apabila berdenyut saya secara fostulat menjangka pesakit saya ada bersaka... adakalanya saya beritahu kemungkinan ini dan adakalanya tidak.
Tahun ini saya mulakan dengan berhenti memakan segala jenis makanan yang berdaging dan bertelur. Saya memang penggemar ayam dan daging tetapi selaku mengikut sunnah saya tidaklah kemaruk. Cuma perasaan agak terganggu kalau tak jumpa benda2 ni. Kerana selalu sangat makan ayam goreng saya dapati kaki saya berkudis air sedikit dan akan pulih semula bila saya berhenti makan daging ayam. Keadaan ini berterusan sehinggalah saya menjadi perawat. Dua orang anak saya juga mengalami masalah yang sama. Saya jangkakan ia adalah berpunca dari saka.
Saya betul-betul menjadi vegeterian. Memang menyakitkan terutamanya apabila menghadiri majlis makan kenduri. Terliur dibuatnya. Tetapi saya mesti melakukannya walaupun isteri saya kadang-kadang menasihatkan saya untuk makan sedikit... saya tak makan walaupun ikan bilis!
Dalam tempoh ini saya dapati belakang saya memang senyap tak ada denyutan langsung. Mati ke? fikir saya. Saya juga mudah merawat... banyak kes-kes sukar dipermudahkan oleh ALLAH SWT.
Minggu pertama saya merasakan berat dibahagian kepala. Minggu kedua saya lebih fokus. Pada minggu ketiga hinggalah ke empat daya ingatan saya semakin kuat sehingga saya berjaya menghafal satu surah alquran.
Pada 30hb. Januari 2008 yang lalu genaplah sebulan saya mengawal makanan. Badan saya susut, pipi saya kempis sedikit dan ternyata pernafasan dan denyutan jantung saya macam lepas overhaul. Suara saya bertenaga, bacaan taranum saya bolehlah setakad imam surau sebelah rumah.
Saya mulakan perasmian dengan makan roti telur di kedai mamak di Tesco Shah Alam sementara menunggu isteri saya bermesyuarat. Nothing happen.
Besok pagi sebelum ke bilik air saya terlihat ikan yang telah dimasak oleh isteri saya malam tadi, saya ngap. Then... belakang saya berdenyut rancak.... waduh ada lagi puak ni!
Malam tadi saya merawat pn. Zainon. Jin Islam yang selalu membantu Pn. Zainon (sila baca kisah beliau sebelum ini) kelihatan sakit. Jin ini bertarung melawan jin2 sihir yang menggangu pn Zainon. Saya merawat jin ini dan dia kelihatan pulih. Agaknya atas rasa terhutang budi jin itu berkata "ustaz sakit ke?" saya kata tidak. Dia kata di belakang saya ada gangguan dan dia nak menangkapnya. Saya membenarkan. Jin2 di belakang saya ini akhirnya ditamatkan riwayatnya. AlhamduliLLAH setakad masa menulis ini saya tidak lagi merasai denyutan walaupun selepas memakan masakan berlauk ikan kegemaran saya.
Mungkin pembaca blog beranggapan saya bertuah kerana adanya bantuan jin pada puan Zainon. Saya rasa itu bukan isunya. Tetapi ternyata ada yang lebih perlu ditekankan di sini.
Jin saka yang tinggal di badan kita memakan apa yang kita makan. Kita boleh tenyeh dia dengan berhenti makan apa-apa makanan kegemaran kita.
Pn. Zainon juga telah berhenti makan ayam. Kesannya semasa dirasuk, Pn. Zainon ie jin saka dll dalam badannya merayu-rayu nak makan ayam. Apabila dirawat kami berjaya mengeluarkan jin yang sudah menetap dibadannya lebih 10 tahun.
Pn. K (kes perut bergoyang) juga saya minta untuk berhenti makan ayam goreng KFC kegemarannya. Apabila dirawat jin2 dalam badannya mengadu kelaparan dan sudah tidak suka tinggal di badan K. Sebelum ini kami jangkakan puan K sudah pulih sepenuhnya.
Puan L apabila keluar sahaja dari hospital kerana serangan asma juga saya suruh menjadi vegeterian. Hingga saat ini beliau tidak perlu menyedut gas lagi...
Cubalah... tapi jangan pula meninggalkan zikir bila melakukan amalan di atas. Selamat mencuba.
Kursus Rawatan Islam - Perawat Mantap dan Hebat - Kuala Lumpur
-
Artikel ini memerlukan anda sedikit berfikir dan merenung atau bermuhasabah
diri. Diharap anda bersabar membacanya. Dan semoga Allah s.w.t memberikan
ke...
4 years ago
5 comments:
setahu saya jin makan asap tak makan ayam
ASM
Saya nak tambah satu. Sebenarnya setiap kali makan dan minum, bukan hanya makan nasik atau ayam atau daging, bahkan apa shj yg dimasukkan ke dlm mulut hendaklah disebut nama Allah hendaklah dgn "Bismillah" paling kurang, atau dibaca dgn lengkap. Bunyi senang dan semua org tahu TAPI banyak yg ambil mudah. InsyaAllah jin² tak boleh menyertai makan dan minum kita.
Jika terlupa dipermulaan hendaklah dibaca bismillah bila teringat. Sila rujuk bacaan bismillah utk dibaca bila terlupa.
Bila sudah habis makan, baru teringat, hendaklah dibaca Al-Ikhlas 3x.
p/s: Cuba sdr buat kaji selidik adakah org yg kena rasuk jin, saka sihir etcme membaca bismillah setiap kali makan dan minum tanpa lupa ?
Saya pernah tanya jin, eh tuan badan bukankah dah baca bismiLLAH bila nak makan tadi? Dia jawab "kami tutup telinga @ kami jin Islam"
serangan sihir atau gangguan lain boleh terkena sesiapa sahaja wpun seorang tahfiz... RasuluLLAH SAW pun kena sihir, siapalah kita. Bersyukurlah kalau anda dihindari dari perkara ini oleh ALLAH SWT
Jin memang makan apa sahaja yang kita makan. Terutamanya makanan kegemaran mereka telur dan ayam. Terutamanya Jin Saka. Disebabkan mereka inilah seseorang yang ada jin dalam badan selalu kelaparan walaupun baru 10 minit makan. Bacaan Bismillah, doa makan dan surah tidak pernah ditinggal before makan. Tetapi selagi jin2 berleluasa dalam badan memang tak dapat dielak keadaan ini. melainkan kita berpuasa dan berpuasa makan makanan berdarah. Disebabkan itulah sesetengah tahfiz atau ustaz yang menghafal Al-Quran menjalankan satu kaedah dipanggil "memutih". "Makan garam dgn nasi" sahaja selama 60 hari. Bagi mengelakkan keadaan ini. bagi yang tidak mengalami adanya jin dalam badan boleh lah menggangap benda ini remeh tapi tidak semudah yang disangkakan.
puasa memutih ke?macam mana nak amalkan/lakukan.
puasa memutih ni bukan ke 40 hari je(apa yang saya tau).Apa yang saya baca ianya sebagai pagar badan.
Kalau salah tolong betulkan.Nak belajar.
Post a Comment