Pagi ini saya merawat satu kes sahaja. Sepatutnya tiada rawatan kerana isteri saya menjadi perwakilan muslimat di Muktamar Pas di Ipoh. Isteri saya balik awal kerana musibah yang menimpa keluarga salah seorang perwakilan yang pool kereta setelahmana muktamar muslimat selesai. Oleh kerana ada ruang dan atas permintaan saya merawat cik I, adiknya dan ibunya.
Semasa merawat jiran sebelah rumah datang memaklomkan bahawa Ustaz Amir anak kepada tn Hj Mahmud meninggal dunia pagi tadi.
Saya tergamam sebentar dan lantas berkata innaliLLAHi wa inna ilaiHI raji'un.
Ustaz Amir dibawa ibu-bapanya berjumpa saya 2 minggu yang lalu untuk dirawat. Beliau mengadu tegang di bahagian tangan dan muka.
Semasa merawat saya gunakan teknik gerak jari dan mendapati beliau disihir atas sebab-sebab yang diketahui oleh keluarganya sendiri. Setelah dimaklumkan saya pindahkan jin yang mahu keluar dan sembelih mana2 yang degil.
Seminggu selepas itu Ustaz yang berusia 26 tahun dan akan mendirikan rumahtangga akhir tahun ini datang semula ke rumah saya dengan wajah ceria bersama guru besar sekolahnya meminta saya datang ke sekolah untuk memagar sekolah mereka pula. Dia sudah berselera makan dan badannya berisi semula. Saya minta agar pihak sekolah membaca Yasin dahulu dan saya menyusul kemudian.
Hari ini saya menziarahi arwah dan sempat menghadiahkan alfatihah dan Yasin, mendoakan semoga roh beliau di tempatkan bersama para solihin.
Saya diberitahu arwah mula merasai kurang selesa jam 12.00 malam tadi. Dia meminta untuk berbaring di pangkuan kedua orang tuanya dan merasakan mungkin inilah yang terakhir baginya. Dia menceritakan melihat cahaya putih di sekelilingnya. Meminta orang tua memaafkannya dan merelakan pemergiannya.
Jikalah benar kematian kerana angkara sihir... saya amat sedih melihat gelagat manusia yang sanggup melakukan perkara terkutuk ini. Saya berharap telahan saya salah walaupun susah saya nak menafikannya.
Semoga ALLAH menerimanya sebagai hambaNYA yang soleh. Amin!
Kursus Rawatan Islam - Perawat Mantap dan Hebat - Kuala Lumpur
-
Artikel ini memerlukan anda sedikit berfikir dan merenung atau bermuhasabah
diri. Diharap anda bersabar membacanya. Dan semoga Allah s.w.t memberikan
ke...
4 years ago
1 comment:
Assalamualaikum ustaz, saya ingin bertanya. Sy cuba hendak memahami dan betul2 mempercayai bahawa org itu disihir. Saya percaya ttg adanya syaitan iblis dan jin. Bagaimana ustaz dapat membezakan yg tanda2 sakit org itu adalah sihir dan bukannya sakit lain. Contoh dari entri ini, bagaimana ustaz pasti yg sakit ustaz Amir itu bukan stroke? Maaf jika cara saya bertanya soalan ini salah.
Post a Comment