









































“Ayah dan ibu Dajjal itu melalui perkahwinan selama tiga puluh tahun tanpa melahirkan seorang anak pun. Kemudian lahirlah dari mereka seorang anak laki-laki yang buta sebelah matanya. Ia menjadi seorang yang paling merbahaya dan paling sedikit manfaatnya, kedua matanya tertidur tetapi hatinya tetap terjaga.”(Riwayat Imam Ahmad)
“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: Sesungguhnya Aku akan menjadikan seorang khalifah di (muka) bumi,”
“Wahai Tuhanku, ampunilah aku, berilah aku kerajaan (kekuasaan) yang tidak layak (dimiliki) seseorang sesudahku …”
Sumber dari :http://azmieyusoff.blogspot.com/2011/04/dajjal-akan-muncul-dari-kerajaan-jin-di.html
Interview dalam IKIM.fm sebentar tadi sangat, sangat superb! Disampaikan oleh Syeikh Dr Mahmoud dari Mesir melalui penterjemahnya. Alhamdulillah, tanpa sengaja terbuka blog orang, dan kebetulan blog itu auto play radio. Berkisar tentang rawatan Islam (sihir, ruqyah dan sebagainya)
1. Syeikh tertanya-tanya mengapa di zaman ini amalan-amalan yang baik, yang sering dilakukan oleh Rasulullah sudah dilupakan tak tidak diturunkan generasi ke generasi. Amalan-amalan berkaitan dgn sakit dan gangguan, masyarakat hari ini lebih suka berjumpa dengan bomoh, minta bantuan dari Jin
Antara amalan lazim yang diajar oleh Rasulullah adalah
a) Sekiranya sakit kepala atau migrain, sebelum tidur atau sewaktu bangun tidur, baca 3 ayat terakhir surah Al Hasy (iaitu ayat Lau Anzalna Hadzal Quran), sambil tangan kanan memegang kepala. Allah berjanji tidak akan didatangkan sebarang mudarat yang berkaitan dengan kepala
b) Wanita-wanita yang mempunyai masalah kewanitaan (hormon, darah dan sebagainya), zaman dahulu amalan ini sangat popular, iaitu menghadap (berada dibawah) sinaran bulan. Bulan sangat rapat dengan manusia, hidupan. Laut tahu akan perkara ini. Bulan dapat mempengaruhi darah. Duduklah selama 15 minit atau lebih, insha Allah wanita akan sihat
c) Untuk orang yang ingin bangun tahajud tetapi sangat payah untuk terjaga, sebelum tidur bacalah Surah Al Qadr. Pada akhir ayatnya ulang 7 kali, sambil berniat pukul berapa mahu bangun.
d) Bagi orang yang disihir, Syeikh mengatakan barang siapa yang membaca Hizb Bahr (agaknya, telinga tak dengar sangat. Mungkin zikir yang dibekalkan oleh Syeikh) dua kali dalam sehari, nescaya dia tidak akan terkena sihir. Siapa yang terkena juga, dengan izin Allah, akan terlepas dari sihir itu.
e) Amalan ini biasa dibuat di Madinah. Bila anak-anak kecil selalu menangis, berbintik-bintik, kurus badannya, maka kita akan tukar nama panggilannya.
2. Berkenaan dengan soalan mengapa kita berzikir, tapi zikir itu tak meresap ke hati, hingga kadang kala berzikir tapi akhirnya mengantuk
a) Syeikh menasihatkan untuk mencari guru yang mursyid, guru yang berhubung terus dengan Allah. Sekiranya guru itu sampai pada Allah, maka insha Allah kita akan sampai padaNya. Syeikh mengumpamakan barang elektrik, yang wajib disambung pada bekalan elektrik untuk berfungsi. Kata Syeikh lagi, 'Jika tidak kerana murabbi, tidak akan aku kenal rabbi'.
Kenapa boleh mengantuk sambil berzikir? Jawapnya zikir itu masih belum sampai ke dalam hati. Sedangkan mengingati Allah menenangkan qulub (hati). Menerangkan hati. Zikr yang membuka hati, melalui lagunya yang indah, ayatnya yang memikat. Dan zikr yang memberi cahaya pada hati adalah maknanya yang sampai kepada AllahKata Syeikh lagi, boleh jadi, zikir yang diamalkan itu tidak patut diamalkan. Contohnya zikir yang dibekalkan oleh syeikh, harus meminta izin dari syeikh untuk mengamalkannya. Adapun zikir-zikir yang umum, seperti di dalam Al Quran adalah tidak mengapa.
Syeikh mengandaikan seperti kita dalam keadaan mengantuk, sudah tidak tidur seharian, kemudian kita bertemu dengan sahabat yang sangat kita cinta, yang sudah lama tidak berjumpa, pasti mengantuk akan hilang, dan kita akan bersembang dengan sahabat itu hingga puas. Begitu juga halnya sekiranya hati kita sudah rapat dengan zikir.
Berkenaan dengan nafsu. Kerana itulah selepas Baginda pulang dari Tabuk, Baginda bersabda 'Kita telah pulang dari jihad kecil, sekarang kita kembali kepada jihad yang besar. Ketahuilah itu adalah nafsu'Sebagaimana ular boleh dilemahkan dengan dingin, nafsu juga boleh dilemahkan dengan zikir.
Pesan terakhir Syeikh ialah, jangan sesekali kita membenarkan orang memutuskan kita dari Rasulullah. Dari ajarannya, dari sunnahnya, dari apa sahaja maklumat tentang Baginda. Tanpa Baginda kita umpama jasad tanpa kepala.
Akhir rancangan Syeikh menutup dengan satu doa yang sangat indah. Lebih kurang begini doanya
"Wahai Allah syafaatkan kami dengan syafaat Nabi Muhammad SAW. Masukkan kami ke dalam syurga tanpa perlu dihisab, tanpa perlu dikomen-komen, tanpa dibuka aib kami, tanpa perlu diazab. Dan kami mohon sangat ya Allah, kau tunjukkan (temukan) kami dengan wajah Mu, penghulu segala kehidupan, penghidup segala kehidupan, Baginda Nabi, dan seluruh keluarganya, sahabat-sahabatnya"
Kalau dapat dengar memang lebih zouk. Apa yg saya sampaikan jauh beza dengan kalimah syeikh, kerana ia keluar dari lidah yang terang bercahaya. Moga ini ada manfaatnya











MENURUT satu pendapat lain daripada Ikrimah, Allah SWT jadikan bagi manusia dan jin itu syaitansyaitan untuk diri masing-masing. Di mana syaitan-syaitan berkenaan akan bertemu antara satu sama lain menceritakan bagaimana cara mereka menyesatkan pengikut-pengikut mereka.
Tidak ada dinamakan syaitan di kalangan jin dan manusia tetapi Allah telah lahirkan bagi mereka syaitan-syaitan yang menggoda dan menyesatkan manusia dan jin.
Mereka saling bantu membantu antara satu sama lain untuk menyesatkan manusia dan jin sebagaimana firman Allah yang bermaksud, “Sebahagian daripada mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain dengan kata-kata dusta yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya.” (Surah al-An’am: 112)
Ikrimah juga dalam menafsirkan ayat ini menjelaskan bahawa syaitan manusia dimaksudkan dengan syaitan yang menyesatkan manusia, sementara syaitan jin dimaksudkan syaitan yang menyesatkan jin. Syaitan- syaitan berkenaan bertemu antara satu sama lain. Berkatalah salah seorang dari mereka kepada rakan-rakannya: “Sesungguh aku telah menyesatkan pengikut-pengikut ku dengan cara demikian, demikian. Manakala engkau pula menyesatkan pengikut engkau dengan cara begini, begini.” Mereka belajar cara menyesatkan pengikut-pengikut mereka antara satu sama lain.
Sementara Ibnu Jarir mengambil kefahaman daripada penjelasan ini dengan menyatakan bahawa, yang dimaksudkan dengan syaitan-syaitan manusia itu sebagaimana dijelaskan oleh Ikrimah dan as-Suddi ialah syaitansyaitan daripada kalangan jin yang menyesatkan manusia bukan yang dimaksudkan syaitan-syaitan manusia yang menyesatkan sesama manusia.
Tidak syak lagi inilah zahir percakapan Ikrimah. Manakala pendapatan As-Suddi pula (pada pandangan Ibnu Jarir) tidak seperti makna yang dimaksudkan itu.
Ertinya manusia dan jin ada syaitan masing-masing. Manusia ada syaitannya yang menyesatkan mereka dan jin pula ada syaitannya yang menyesatkan mereka.
Sesungguhnya telah diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim seumpama itu daripada Ibnu Abbas daripada riwayat ad-Dhohhaq. Berkata Ibnu Abbas, sesungguhnya bagi jin ada syaitan yang menyesatkan mereka daripada kalangan jin, manakala manusia ada syaitan yang menyesatkan mereka daripada kalangan manusia.
Bertemu kedua-dua mereka (syaitan daripada kalangan jin dan manusia) sambil menceritakan cara mereka menyesatkan pengikut-pengikut mereka masing-masing sebagaimana dijelaskan dalam ayat ini yang bermaksud, “Sebahagian daripada mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain dengan kata-kata dusta yang indah-indah susunannya untuk memperdayakan pendengarnya.” (Surah al-An’am: 112)
Apa yang sahihnya ialah apa yang terdahulu disebut daripada hadis Abi Zar bahawa sesungguhnya bagi manusia terdapat syaitan-syaitan terdiri dari kalangan mereka dan begitu juga jin terdapat syaitan-syaitan di kalangan mereka. Sesungguhnya apa yang dimaksudkan dengan syaitan itu ialah setiap sesuatu yang mendurhakai Allah SWT.
Yang demikian itulah telah dinyatakan dalam hadis sohih Muslim yang diriwayatkan dari Abi Zar bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, “Anjing hitam itu adalah syaitan.”
Allah sahaja yang mengetahui maksud sebenar hadis ini. Ertinya ada terdapat syaitan di kalangan anjing. Untuk menjelaskan perkara ini banyak riwayat lain menjelaskan bahawa syaitan akan merupakan dirinya seperti binatang termasuk anjing, ular dan seumpamanya dengan merupakan tubuhnya berwarna hitam terutama di waktu senja.
Oleh sebab itu jika ditemui binatang yang dalam keadaan mencurigakan di waktu senja dan badannya berwarna hitam maka halaulah mereka dan ada ulama menasihatkan supaya jangan membunuh mereka.
Jika ditemui binatang dalam keadaan situasi berkenaan maka berkatalah kepadanya: “Wahai binatang, jika engkau syaitan, pergilah kamu dari kami sejauh-jauhnya dan janganlah kamu mengganggu kami lagi.”
Jika didapati ia masih tidak bergerak, masih berada di situ dan ia boleh mengancam keselamatan nyawa kamu, maka bolehlah ia dibunuh kerana ia bukan syaitan tetapi binatang biasa. Allah sahajalah yang Maha mengetahui segala-galanya.
Sementara itu berkata Mujahid dalam menafsirkan ayat ini, sesungguhnya orang-orang kafir di kalangan jin itu adalah syaitan, mereka membisikkan sesuatu kepada syaitan daripada kalangan manusia yakni orang-orang kafir dari kalangan mereka dengan kata-kata dusta yang indah susunannya untuk memperdayakan pendengarnya.
-------
Harakah Edisi 1652 M/s F10
(Amman, Jordan)
and he travels to other states frequently.
(Agadir, Morocco)
(Jeddah, Saudi Arabia)