Followers

kursus

Kursus Rawatan Islam Terbaru

Tahap 1 : akan diadakan pada 19 - 20hb. September 2015 di Akrine Kuang

Kursus ini akan menekankan kepada perkara-perkara asas dalam rawatan Islam. Kursus ini sesuai bagi pelatih baru dan juga kepada pesakit yang mahu merawat dirinya sendiri.

Pada tahap ini, peserta akan diajar antaranya:

* Bagaimana alam jin
* Kaedah membenteng diri
* Teknik mengesan kehadiran jin
* Teknik racun
* Teknik dialog
* Teknik mengeluar jin (tarik guna serban / botol)
* Teknik mandian pesakit
* Teknik bakar batu-bata
* Akrionics
* Garis panduan merawat
* Latihan rawatan
Yuran adalah RM250.00 sahaja. Tempat adalah terhad. Hanya peserta Tahap 1 yang layak untuk mengikuti kursus Tahap 2

SMS butiran anda nama, alamat, pekerjaan kepada 019 758 4801

Tahap 2 : akan dimaklomkan

Pada tahap ini hanya bagi mereka yang telah mengikut kursus tahap 1 dan perawat-perawat (bekas pelatih Akrine) yang ingin mengulangkaji / mendalami teknik rawatan. Ia lebih menekankan kepada mereka yang benar-benar mahu menjadi seorang perawat.

Antara kandungan kursus adalah:

* Persiapan diri seorang perawat
* Keperluan bilik rawatan
* Teknik tikam
* Teknik baling
* Teknik tidurkan jin
* Teknik Kembara dan Rawat (TKR)
* Teknik Rotan Objek (TRO)
* Teknik ambil barang sihir
* Teknik Rawat Tanpa Sentuh Pesakit (RENTAP)
* Teknik Serkupan Azab (TSA)
* Keberkesan Rawatan
* Latihan

Yuran adalah RM250.00 sahaja (sila bank in ke Maybank Islamic 562740110528 Pusat Rawatan Islam Nur Ehsan)

Kursus bermula 8.30 pagi sehingga 5.00ptg

Sila sms nama, tempat tinggal, pekerjan dan tahap kursus yang dipohon ke 019-7584801

Tarikh tutup permohonan adalah seminggu sebelum tarikh kursus


Penginapan di tempat kursus bagi peserta lelaki (percuma) dan sesiapa yang memerlukan Homestay sila membuat tempahan( Homestay 1: Tn. Hj. Saad 0126794304 Homestay 2 : En. Majid 0136051892 Homestay 3: Tok 4 Taufik 0122670577) dengan kadar yang segera.

Hotel yang terdekat terdapat di TSB BBaru Sg. Buluh

Kusus Pengukuhan Tahap 3

Tarikh : 15hb. November 2014

Tempat : Dewan Burhanuddin Helmy, Kuang

Masa : 8.30 pagi hingga 5.00 petang

Yuran : RM100.00

Thursday, December 29, 2011

Dajjal Akan Muncul Dari Kerajaan Jin di Segitiga Bermuda



Lokasi segitiga bermuda
Dalam buku tulisan Muhammad Isa Dawud (MID) yang bertajuk Dajjal Akan Muncul Dari Kerajaan Jin di Segitiga Bermuda, perihal Dajjal atau Samirah telah dikemukakan dengan hujah yang begitu dramatik sekali. Huraian, fakta dan hujah MID dalam bahagian asal usul Dajjal amat baik sekali dan terdapat banyak fakta-fakta terbaru yang dikemukakan. Antara fakta yang paling besar hikmahnya ialah cerita Samiri membina patung anak lembu. Dahulunya kita semua kurang ambil kisah tentang kisah Samiri, kita cuba mengetahuinya sebagai penyesat Bani Israel. Tetapi kini, rahsia penonjolan nama Samiri dalam Al-Quran sudah TERBONGKAR, Samiri adalah ad-Dajjal dan Dajjal adalah Samiri. Cuma nama Dajjal adalah sebagai gelaran dan Samiri adalah nama sebenar.

Download e-book dari karya Muhammad Isa Dawud

Pada Bab 1, buku ini menampilkan tajuk Dajjal : Kelahiran, Pertumbuhan dan Kehidupan Khasnya Yang Membentang Luas. MID semasa memulakan bab ini berkali-kali memperingati para pembaca akan kesan pendedahannya itu.

Beliau sedar bahawa apa yang didedahkan akan memporak-perandakan pemikiran-pemikiran jumud sesetengah umat Islam tentang Dajjal. Beliau juga sedar bahawa pendedahan yang bakal dilakukan akan menimbulkan kesangsian yang mendalam. Namun semua penjelasan itu mungkin sedikit mententeramkan keadaan apabila ada bukti-bukti bertulis dari manuskrip-manuskrip kuno yang telah dibuat kajian.

Bab ini mendedahkan sejarah jelas akan hadith yang bermaksud berikut:

“Ayah dan ibu Dajjal itu melalui perkahwinan selama tiga puluh tahun tanpa melahirkan seorang anak pun. Kemudian lahirlah dari mereka seorang anak laki-laki yang buta sebelah matanya. Ia menjadi seorang yang paling merbahaya dan paling sedikit manfaatnya, kedua matanya tertidur tetapi hatinya tetap terjaga.”
(Riwayat Imam Ahmad)
Daripada hadith di atas Muhammad Isa Dawud (MID) menjelaskan secara terperinci akan keluarga Dajjal yang berasal dari kampung bernama Samirah di Palestin. Kampung ini kemudian harinya akan menjadi pusat pemerintahan empayar Islam pada zaman Nabi Daud dan Nabi Sulaiman a.s.

Dalam pendedahan itu, MID mengisahkan kelahiran Dajjal bermula dari bagaimana benih ibu dan bapanya bercantum. Menurut MID, ibu bapa Dajjal adalah dari baka anak luar nikah yang lahir dari kesedudukan haram sesama mahram.
Mereka berdua juga penyembah patung lembu yang ketika itu agama berhala bagi bangsa Yahudi di Palestin sebelum kelahiran Musa. Ibu bapa Dajjal telah melakukan penyembahan dan berdoa kepada patung lembu mereka untuk mendapatkan anak.

Setelah 30 tahun maka lahirlah seorang anak yang diberi nama Samiri. Nama itu diberi sempena nama kotaSamirah tempat tinggal mereka.

Setelah sampai beberapa ketika, Allah menurunkan bala ke atas penduduk kampung itu. Semua penduduknya yang engkar ajaran Nabi Ibrahim telah dimusnahkan oleh para malaikat.

Namun demikian, Allah mengarahkan Jibril a.s. menyelamatkan anak kecil bernama Samiri dan diletakkannya di sebuah pulau terpencil di laut Syam. Di pulau itu, seekor binatang besar bernama Al-Jasasah bersama Jibril memelihara Samiri atas arahan Allah SWT. Samiri tinggal di pulau itu dan belajar ilmu-ilmu Tauhid dari AL-Jasasah. Kisah binatang itu ada dijelaskan dalam sebuah hadith yang mengisahkan Tamim Ad-Dhari terdampar di sebuah pulau dan berjumpa binatang berbulu.

Sehingga suatu waktu, Samiri keluar merantau ke luar dari pulau dengan menumpang sebuah kapal yang kebetulan berlabuh di pulau itu. Maka sejak itu, Samiri mula mengenal masyarakat dunia.

Seratus tahun selepas itu, maka lahirlah Nabi Musa di Mesir. Samiri berangkat ke Mesir kerana terdengar kehebatan Firaun dan dakwah Nabi Musa. Samiri yang buta sebelah itu bekerja sebagai khadam di sana. Dia melihat segala perkara yang berlaku di Mesir.
Hatta dia juga mengikut bersama pengikut-pengikut Nabi Musa lari ke Laut Nil untuk menyelamatkan diri dari kejaran tentera Firaun. Nabi Musa juga tidak tahu bahawa salah seorang pengikut yang menyertai rombongan mereka itu ialah Samiri.

Semasa Nabi Musa meninggalkan Bani Israel bersama Nabi Harun, maka disitulah terjadinya suatu peristiwa berpaling tadah kaum Bani Israel. Samiri telah mempengaruhi Bani Israel agar kembali menyembah berhala dengan membina patung lembu betina. Kisah ini telah pun dicatatkan dalam al-Quran surah Ibrahim.


Menurut Muhammad Isa Dawud, Dajjal melewati pelbagai negeri yang mempunyai sempadan pantai dan laut. Perjalanan Dajjal merentasi pelbagai negeri ini adalah untuk mencari penduduk-penduduk yang dirasakan boleh menerimanya sebagai Tuhan atau setidak-tidaknya Anak Tuhan. Itulah nafsu tertinggi bagi dirinya dalam mencari kepuasan di dunia yang telah ia kembarai sejak sekian lama.

Bab 3 dalam buku ini juga menyentuh mengenai Dajjal yang telah menemui suatu kaum yang dirasakan nya mampu bagi ia menyamar diri sebagai tuhan mereka. Kaum ini ditemui olehnya di sebuah daerah di Amerika Selatan.
Namun begitu, ia masih tidak puas. Dajjal mahu kekuasaannya dianggap sebagai tuhan lebih hebat dari Firaun yang pernah dilihatnya. Maka Dajjal meneruskan perlajanan ke seluruh kawasan khususnya di pantai Miami sekitar abad ke-8 M. Ideologi penyembahan dirinya sebagai tuhan disebar seluas-luasnya. Penduduk amat percaya kerana kebijaksanaan dan ilmu yang dimilikinya.

Salah satu perkara penting dalam bab ini ialah ia menjelaskan tentang berlakunya penemuan Dajjal terhadap kawasan Segitiga Bermuda yang didiami oleh Iblis. Menurut Muhammad Isa Dawud, di sinilah bermulanya semua perencanaan konspirasi seluruh dunia.

Dalam Bab 3 yang bertajuk Benteng Dajjal Di Segitiga Bermuda Dan Masalah Mesir, MID memulakan penulisannya dengan al-Baqarah, yang bermaksud; bicaranya dengan memetik ayat 30 dari surah
“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: Sesungguhnya Aku akan menjadikan seorang khalifah di (muka) bumi,”
Muhammad Isa Dawud cuba menyimpulkan mengapa Dajjal memilih Segitiga Bermuda?. Pada penyelidikan beliau, Dajjal memilih menetap di air kerana Dajjal sudah mahir akan selok-belok air sejak sekian lamanya. Tambahan pula, si laknat itu memang tinggal dan membesar di pulau kecil yang jauh terpencil dari tanah besar.

Dajjal dilihat berjaya membina satu penempatan khusus olehnya walaupun tempat yang dipilih itu sudah pun dipelopori oleh Iblis laknatullah. Muhammad Isa Dawud percaya Dajjal membina penempatan yang penuh saintifik diluar jangkaan kemampuan pemikiran manusia. Proses pembinaan itu menurutnya telah dibantu oleh jin dan syaitan sendiri. Menurut beberapa manuskrip kuno Yahudi, yang masih disimpan terun-temurun oleh beberapa buah keluarga Yahudi, ketika berlakunya kejaran Firaun dan tenteranya keatas pengikut-pengikut Nabi Musa as, Samiri yang turut sama berada dalam kumpulan itu telah terlihat 'lukisan-lukisan aneh' yang berada didalam Laut Nil. Lukisan-lukisan aneh itu dipercayai sebagai lukisan peninggalan bangsa-bangsa jin yang telah dimusnahkan sebelum wujudnya manusia di muka bumi ini. Bermula dari situlah, Dajjal sudah mengenali suatu bangsa yang mampu memberinya bantuan yang tidak mampu diberi oleh manusia biasa.

Namun ada sesuatu yang menarik tentang pandangan MID mengenai proses bantuan dari jin dan syaitan ini. Menurutnya, sejauh mana pun pertolongan yang diberi oleh syaitan dan jin, ‘pertolongan’ itu tidak mungkin ‘melampaui’ permohonan Nabi Sulaiman a.s. Apakah permohonan Nabi Sulaiman a.s. itu?

Permohonan baginda dinyatakan secara jelas dalam al-Quran surah as-Shod, ayat 35.
“Wahai Tuhanku, ampunilah aku, berilah aku kerajaan (kekuasaan) yang tidak layak (dimiliki) seseorang sesudahku …”

Sumber dari :http://azmieyusoff.blogspot.com/2011/04/dajjal-akan-muncul-dari-kerajaan-jin-di.html

Sunday, December 25, 2011

Pemberitahuan

Assalamualaikum wbt.

Adalah dimaklumkan bahawa rawatan terbuka setiap hari Ahad jam 2.30 petangndi Akrine Kuang ditangguhkan buat sementara waktu dan akan disambung semula pada 8hb. Januari 2012.

Harap maklum.

TKasih. Wassalam

Tuesday, December 20, 2011

Teknik Musnah Jin Guna Cermin

Teknik Musnah Jin Guna Cermin (TMJC):

1. Sediakan cermin yang boleh memuatkan muka anda

2. Celup tangan anda pada air rukyah dan tulis sambil baca kaaf ha ya aiin shood ha miim aiin siin qaaf pada cermin berkenaan

3. Lihat muka anda cermin pada jarak 10cm

4. Fokus penglihatan anda pada dahi fathul Jamal iaitu di bahagian antara dua kening

5. Baca شَاهَتِ اْلوُجُوْهُ (syaahatil wujuuh - Seburuk wajah) berulang kali sambil anda memokuskan penglihatan ke fathul Jamal

6. Anda akan nampak pengganggu anda

7. Teruskan baca syaahatil ujuuh hingga jin itu lenyap

Untuk merawat pesakit pula kaedahnya sama sahaja: suruh pesakit pegang cermin pada jarak yang sama, perawat membaca syaahatil ujuuh berulangkali

Dah buat baru cerita kat saya... selamat mencuba

Sunday, December 18, 2011

Sakit Fizikal dan Gangguan Jin - Komen Pengunjung

assalamualaikum..

Saya tertarik dgn tajuk ni..saya juga adalah mangsa gangguan jin asyik,jin sihir dan macam2 jin lagi.jin yg ada ni slalu ckp diorg duduk dalam badan saya semenjak saya kecil, dlm umur 6-7 tahun sehingga sekarang (saya 32 tahun) dan baru saja dapat tahu pada bulan 6 yg lepas, secara tak sengaja.

Saya boleh bersembang dgn2 jin2 ni,dan jin2 ni akan menjerit2 kesakitan & kadang2 menangis bila saya sapu minyak kasturi di semua tempat terutamanya sendi2..suara mereka pun beruah2 mengikut tempat yg terkena myk kasturi.dan saya akan merasa sesak nafas bila sapa letak minyak kasturi di kawasan jantung..jin kata semua jin kena sebab diorang duduk dalam darah.
saya tidak belajar dgn mana2 guru secara direct(niat tu mmg ada nak berguru tp keadaan x menizinkan lg).Apa2 ilmu yg saya dpt dlm merawat diri saya adalah berdasarkan ilham dari Allah.(Semoga Allah memelihara saya daripada perbuatan syirik)

Jin2 dalam saya akan berkata2 bila ada jin2 lain yg dia nampak.cthnya jin akan ckp 'syaitan' refer to jin2 yg dibela dan 'hantu' pada jin2 yg menghuni tempat tu..
baru2 ni,abah saya masuk wad dan sebulan lebih menghhuni di hospital,skt darah tinggi,kencing manis,saluaran jantung tersumbat..sewaktu di wad ccu,saya ada bacakan ayat2 ruqyah, terutama ayat 'lau anzalna hazal quran...' utk pecahkan kolestrol..3-4 hari lps tu abah ok sikit dan boleh berbual2..

Apa yg saya nak ceritakan di sini,dalam masa yg sama, saya secara tak sengaja memakan garam buluh.masuk hari ketiga saya makan garam buluh,saya kerasukan..jin kate diorang boleh mati kalau saya makan garam..dalam masa kerasaukan tu (saya sedar spenuhnya cuma tak boleh control mulut je)jin cakap kat abah saya byk sgt syaitan (abah mmg disihir) kat jantung,kepala n perut..jin kate 'bapak kau kalau bagi makan garam baiklah,semua setan mati'byk kali juga dia ulang ni..pada pengalaman saya,jin2 ni kalau diorg tengah sakit, habis semua rahsia2 jin dia akan bgtau..

Saya terfikir juga, patutla bila saya bagi abah saya makan madu dan kurma ajwa 7 bj sehari,bacaan gula abah saya akan naik tinggi, dan jin kata diorang punya kerjalah sebab benda2 tu semuanya adalah ubat,Nabi s.a.w yg ajar..Segala ajaran Nabi s.a.w mmg tak pernah sia2.sebab tu org darah tinggi x bleh mkn garam..nanti bacaan akan naik tinggi..
lg satu, semalam saya ada berjumpa saudara saya yg mempunyai sindrom down..jin pun cakap yg sindrom down pun diorg punye kerja juga..

Byk lg cerita2 jin ni yg terbongkar bila diorg sakit,tapi takut org tak percaya..tapi bila saya baca pendapat2 ust majid ni, saya mula confident yg saya x gila..sbb bila saya cerita dgn sesetengah perawat, diorg membuat andaian yg berbagai..Saya benar2 teringin menjadi salah seorang pelajar ust majid ni, sbb ust lain dr yg lain dr segi pandangan dan cara ustaz itu sendiri..insyaAllah andai Allah izinkan..Amiin..

Zikir, Rawatan Islam, dan Sunnah Baginda

Interview dalam IKIM.fm sebentar tadi sangat, sangat superb! Disampaikan oleh Syeikh Dr Mahmoud dari Mesir melalui penterjemahnya. Alhamdulillah, tanpa sengaja terbuka blog orang, dan kebetulan blog itu auto play radio. Berkisar tentang rawatan Islam (sihir, ruqyah dan sebagainya)

1. Syeikh tertanya-tanya mengapa di zaman ini amalan-amalan yang baik, yang sering dilakukan oleh Rasulullah sudah dilupakan tak tidak diturunkan generasi ke generasi. Amalan-amalan berkaitan dgn sakit dan gangguan, masyarakat hari ini lebih suka berjumpa dengan bomoh, minta bantuan dari Jin

Antara amalan lazim yang diajar oleh Rasulullah adalah

a) Sekiranya sakit kepala atau migrain, sebelum tidur atau sewaktu bangun tidur, baca 3 ayat terakhir surah Al Hasy (iaitu ayat Lau Anzalna Hadzal Quran), sambil tangan kanan memegang kepala. Allah berjanji tidak akan didatangkan sebarang mudarat yang berkaitan dengan kepala

b) Wanita-wanita yang mempunyai masalah kewanitaan (hormon, darah dan sebagainya), zaman dahulu amalan ini sangat popular, iaitu menghadap (berada dibawah) sinaran bulan. Bulan sangat rapat dengan manusia, hidupan. Laut tahu akan perkara ini. Bulan dapat mempengaruhi darah. Duduklah selama 15 minit atau lebih, insha Allah wanita akan sihat

c) Untuk orang yang ingin bangun tahajud tetapi sangat payah untuk terjaga, sebelum tidur bacalah Surah Al Qadr. Pada akhir ayatnya ulang 7 kali, sambil berniat pukul berapa mahu bangun.

d) Bagi orang yang disihir, Syeikh mengatakan barang siapa yang membaca Hizb Bahr (agaknya, telinga tak dengar sangat. Mungkin zikir yang dibekalkan oleh Syeikh) dua kali dalam sehari, nescaya dia tidak akan terkena sihir. Siapa yang terkena juga, dengan izin Allah, akan terlepas dari sihir itu.

e) Amalan ini biasa dibuat di Madinah. Bila anak-anak kecil selalu menangis, berbintik-bintik, kurus badannya, maka kita akan tukar nama panggilannya.

2. Berkenaan dengan soalan mengapa kita berzikir, tapi zikir itu tak meresap ke hati, hingga kadang kala berzikir tapi akhirnya mengantuk

a) Syeikh menasihatkan untuk mencari guru yang mursyid, guru yang berhubung terus dengan Allah. Sekiranya guru itu sampai pada Allah, maka insha Allah kita akan sampai padaNya. Syeikh mengumpamakan barang elektrik, yang wajib disambung pada bekalan elektrik untuk berfungsi. Kata Syeikh lagi, 'Jika tidak kerana murabbi, tidak akan aku kenal rabbi'.

Kenapa boleh mengantuk sambil berzikir? Jawapnya zikir itu masih belum sampai ke dalam hati. Sedangkan mengingati Allah menenangkan qulub (hati). Menerangkan hati. Zikr yang membuka hati, melalui lagunya yang indah, ayatnya yang memikat. Dan zikr yang memberi cahaya pada hati adalah maknanya yang sampai kepada AllahKata Syeikh lagi, boleh jadi, zikir yang diamalkan itu tidak patut diamalkan. Contohnya zikir yang dibekalkan oleh syeikh, harus meminta izin dari syeikh untuk mengamalkannya. Adapun zikir-zikir yang umum, seperti di dalam Al Quran adalah tidak mengapa.

Syeikh mengandaikan seperti kita dalam keadaan mengantuk, sudah tidak tidur seharian, kemudian kita bertemu dengan sahabat yang sangat kita cinta, yang sudah lama tidak berjumpa, pasti mengantuk akan hilang, dan kita akan bersembang dengan sahabat itu hingga puas. Begitu juga halnya sekiranya hati kita sudah rapat dengan zikir.

Berkenaan dengan nafsu. Kerana itulah selepas Baginda pulang dari Tabuk, Baginda bersabda 'Kita telah pulang dari jihad kecil, sekarang kita kembali kepada jihad yang besar. Ketahuilah itu adalah nafsu'Sebagaimana ular boleh dilemahkan dengan dingin, nafsu juga boleh dilemahkan dengan zikir.

Pesan terakhir Syeikh ialah, jangan sesekali kita membenarkan orang memutuskan kita dari Rasulullah. Dari ajarannya, dari sunnahnya, dari apa sahaja maklumat tentang Baginda. Tanpa Baginda kita umpama jasad tanpa kepala.

Akhir rancangan Syeikh menutup dengan satu doa yang sangat indah. Lebih kurang begini doanya

"Wahai Allah syafaatkan kami dengan syafaat Nabi Muhammad SAW. Masukkan kami ke dalam syurga tanpa perlu dihisab, tanpa perlu dikomen-komen, tanpa dibuka aib kami, tanpa perlu diazab. Dan kami mohon sangat ya Allah, kau tunjukkan (temukan) kami dengan wajah Mu, penghulu segala kehidupan, penghidup segala kehidupan, Baginda Nabi, dan seluruh keluarganya, sahabat-sahabatnya"

Kalau dapat dengar memang lebih zouk. Apa yg saya sampaikan jauh beza dengan kalimah syeikh, kerana ia keluar dari lidah yang terang bercahaya. Moga ini ada manfaatnya

Sunday, December 11, 2011

Penampilan Jin


Gambar dirakam pada 6hb. Disember 2011, jam 12.30 malam di sebuah kedai makan di Kuang

Monday, December 5, 2011

Gambar2 KIRI Tahap 2


Bantal masih tersembunyi di bawah meja...


Peniaga tanpa permit


Bacaan zikir di awal pagi


Air yang dirukyah kenalah dibuka tutupnya


Tikam, jangan tak tikam!


Turun... turun... turun dengan izin ALLAH


Berhati2, ada pelakon tambahan di belakang anda


Teknik TRO


Teknik RENTAP... tikam


RENTAP ... sembelih pada bantal


RENTAP.... copy and paste pada tapak tangan


RENTAP.... keluarkan dari tapak tangan



OK.... kita take five..

Saturday, December 3, 2011

Syaitan Manusia dan Syaitan Jin -Tafsir Surah Al-An'am ayat 112

Jin, manusia, masing-masing dibayangi syaitan - Tafsir Surah Al-An'am ayat 112

MENURUT satu pendapat lain daripada Ikrimah, Allah SWT jadikan bagi manusia dan jin itu syaitansyaitan untuk diri masing-masing. Di mana syaitan-syaitan berkenaan akan bertemu antara satu sama lain menceritakan bagaimana cara mereka menyesatkan pengikut-pengikut mereka.

Tidak ada dinamakan syaitan di kalangan jin dan manusia tetapi Allah telah lahirkan bagi mereka syaitan-syaitan yang menggoda dan menyesatkan manusia dan jin.

Mereka saling bantu membantu antara satu sama lain untuk menyesatkan manusia dan jin sebagaimana firman Allah yang bermaksud, “Sebahagian daripada mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain dengan kata-kata dusta yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya.” (Surah al-An’am: 112)

Ikrimah juga dalam menafsirkan ayat ini menjelaskan bahawa syaitan manusia dimaksudkan dengan syaitan yang menyesatkan manusia, sementara syaitan jin dimaksudkan syaitan yang menyesatkan jin. Syaitan- syaitan berkenaan bertemu antara satu sama lain. Berkatalah salah seorang dari mereka kepada rakan-rakannya: “Sesungguh aku telah menyesatkan pengikut-pengikut ku dengan cara demikian, demikian. Manakala engkau pula menyesatkan pengikut engkau dengan cara begini, begini.” Mereka belajar cara menyesatkan pengikut-pengikut mereka antara satu sama lain.

Sementara Ibnu Jarir mengambil kefahaman daripada penjelasan ini dengan menyatakan bahawa, yang dimaksudkan dengan syaitan-syaitan manusia itu sebagaimana dijelaskan oleh Ikrimah dan as-Suddi ialah syaitansyaitan daripada kalangan jin yang menyesatkan manusia bukan yang dimaksudkan syaitan-syaitan manusia yang menyesatkan sesama manusia.

Tidak syak lagi inilah zahir percakapan Ikrimah. Manakala pendapatan As-Suddi pula (pada pandangan Ibnu Jarir) tidak seperti makna yang dimaksudkan itu.

Ertinya manusia dan jin ada syaitan masing-masing. Manusia ada syaitannya yang menyesatkan mereka dan jin pula ada syaitannya yang menyesatkan mereka.

Sesungguhnya telah diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim seumpama itu daripada Ibnu Abbas daripada riwayat ad-Dhohhaq. Berkata Ibnu Abbas, sesungguhnya bagi jin ada syaitan yang menyesatkan mereka daripada kalangan jin, manakala manusia ada syaitan yang menyesatkan mereka daripada kalangan manusia.

Bertemu kedua-dua mereka (syaitan daripada kalangan jin dan manusia) sambil menceritakan cara mereka menyesatkan pengikut-pengikut mereka masing-masing sebagaimana dijelaskan dalam ayat ini yang bermaksud, “Sebahagian daripada mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain dengan kata-kata dusta yang indah-indah susunannya untuk memperdayakan pendengarnya.” (Surah al-An’am: 112)

Apa yang sahihnya ialah apa yang terdahulu disebut daripada hadis Abi Zar bahawa sesungguhnya bagi manusia terdapat syaitan-syaitan terdiri dari kalangan mereka dan begitu juga jin terdapat syaitan-syaitan di kalangan mereka. Sesungguhnya apa yang dimaksudkan dengan syaitan itu ialah setiap sesuatu yang mendurhakai Allah SWT.

Yang demikian itulah telah dinyatakan dalam hadis sohih Muslim yang diriwayatkan dari Abi Zar bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, “Anjing hitam itu adalah syaitan.”

Allah sahaja yang mengetahui maksud sebenar hadis ini. Ertinya ada terdapat syaitan di kalangan anjing. Untuk menjelaskan perkara ini banyak riwayat lain menjelaskan bahawa syaitan akan merupakan dirinya seperti binatang termasuk anjing, ular dan seumpamanya dengan merupakan tubuhnya berwarna hitam terutama di waktu senja.

Oleh sebab itu jika ditemui binatang yang dalam keadaan mencurigakan di waktu senja dan badannya berwarna hitam maka halaulah mereka dan ada ulama menasihatkan supaya jangan membunuh mereka.

Jika ditemui binatang dalam keadaan situasi berkenaan maka berkatalah kepadanya: “Wahai binatang, jika engkau syaitan, pergilah kamu dari kami sejauh-jauhnya dan janganlah kamu mengganggu kami lagi.”

Jika didapati ia masih tidak bergerak, masih berada di situ dan ia boleh mengancam keselamatan nyawa kamu, maka bolehlah ia dibunuh kerana ia bukan syaitan tetapi binatang biasa. Allah sahajalah yang Maha mengetahui segala-galanya.

Sementara itu berkata Mujahid dalam menafsirkan ayat ini, sesungguhnya orang-orang kafir di kalangan jin itu adalah syaitan, mereka membisikkan sesuatu kepada syaitan daripada kalangan manusia yakni orang-orang kafir dari kalangan mereka dengan kata-kata dusta yang indah susunannya untuk memperdayakan pendengarnya.

-------

Harakah Edisi 1652 M/s F10

Wednesday, November 23, 2011

Awas, santau sedang menyerang!


Sekarang musim batuk....

Mungkin kerana musim tengkujuh yang menukarkan suhu panas kepada sejuk silih ganti menyebabkan antara tubuh kita yang tak mampu menerima keadaan begini. Mahu saja, cuaca yang lembab memudahkan pergerakan virus batuk kering. Mungkin juga ramai yang terlebih makan buah rambutan kerana buahnya yang bersepah di masa ini.

Di mana-mana saja sekarang ramai yang demam panas, pening kepala, selsema dan batuk.

Ujian saya..... saya simpulkan jin-jin santau sedang dilepaskan oleh para penternak ie tukang sihir.

Sesiapa yang rajin mencerap dan menguji sila lakukan langkah-langkah ini:

1. Dapatkan bebrapa orang yang sedang mengalami penyakit batuk
2. Beritahu dia yang saudara nak uji ini sakit biasa atau ada kena mengena dengan gangguan.
3. Baca AlFatihah, ayat kursi dan 3 qul sambil berniat mohon ALLAH beri petunjuk
4. Sebut perkataan "santau" berulangkali
5. Jika pesakit batuk anda berhenti menyebutnya sehingga ia tenang dan tidak batuk lagi
6. Setelah dia agak lega, ulang semula dengan menyebut perkatan "santau" berulangkali.
7. Perhatikan adakah dia batuk semula?
8. Jika semasa anda membuat kajian, dia batuk adakah orang lain yang batuk?
9. Jika ada yang batuk, jalankan ujian kepadanya pula....

Untuk makluman jin santau amat sensitif kepada perkataan santau itu sendiri. Dia akan trigger dan begitu juga jika ada yang batuk santau... jin-jin santau yang lain juga trigger. Jin santau samalah seperti ayam jagoan yang pantang ada yang berkokok....

Bagaimana nak merawat....

Oleh kerana penyebaran sekarang tidak secara fokus, hanya pelepasan menyelerak kerana kandang dah penuh, rawatannya akan mudah biizniLLAH.

Belilah kelapa muda. Bacakan Alfatihah, ayat kursi, 3qul lalu ditiup sambil berdoa mohon kesembuhan. Minumlah sebiji sehari selama 3hari berturut-turut.

Selamat berjuang!
7

Friday, November 18, 2011

Rawatan Hujung Minggu


Meja Pendaftaran


Ruang Menunggu


Partition


Bilik Rawatan


Tempat Pelatih


Rawatan dijalankan

Setiap ahad dari jam 2.30ptg hingga 5.00ptg

Sunday, November 13, 2011

Patung sihir pesaing

Patung sihir pesaing

KESAL...Ahmad menunjukkan patung sihir yang ditemui di tepi pintu masuk kedainya.
KESAL...Ahmad menunjukkan patung sihir yang ditemui di tepi pintu masuk kedainya.

JOHOR BAHRU: Dengan matlamat mahu menewaskan saingan dalam perniagaan, ada usahawan bertaraf VIP menggadai akidah apabila menggunakan ilmu sihir ‘bersenjatakan’ patung diperbuat daripada tanah kubur yang dibeli daripada bomoh dengan harga RM1,000 hingga RM2,000.

Patung sihir yang dikafan dan diikat dengan benang itu dikatakan mempunyai kuasa untuk ‘menghilangkan’ sesebuah premis daripada pandangan orang ramai jika objek terbabit diletak atau ditanam di dalam kawasan premis.

Taktik kotor dalam perniagaan itu didedahkan seorang usahawan yang hanya mahu dikenali sebagai Datuk Ahmad, 55, selepas dia menjadi mangsa pesaingnya yang menggunakan patung sihir terbabit.

Ahmad yang terbabit perniagaan herba sejak 20 tahun lalu berkata, dia tidak menyangka pesaingnya yang turut bergelar Datuk bertindak sejauh itu hanya kerana ingin menjatuhkan perniagaannya.


“Segala-galanya bermula apabila saya mahu mengembangkan perniagaan dengan menyewa sebuah premis di bandar raya ini sejak sebulan lalu.

“Pada jam 4.30 petang kelmarin, seorang rakan usahawan bergelar Datuk menghubungi saya dan memberitahu ada kejutan menanti saya di depan pintu kedai sebelum dia memutuskan panggilan secara tiba-tiba,” katanya.

Saturday, November 5, 2011

Rawatan Islam dan Isu Syirik


AlhamduliLLAH dan tahniah kepada JAIS yang telah berjaya mengumpulkan para pengamal rawatan Islam pada 3hb. Nov. yang lalu.

Pembentang kertas kerja yang pertama alFadhil Ust. Dr. Zulkifli memberikan garis panduan berkenaan rawatan Islam yang berkisar dari definasi, keperluan menuntut, isu sihir serta tangkal/azimat dan sebagainya.

TG Harun Din mencadangkan pengharaman penggunaan tangkal kerana mudah sangat untuk terjatuh kepada syirik, namun Dr. Zul menegaskan apabila Islam mengatakan harus maka hukumnya tetap harus dan bersetuju supaya seboleh mungkin tangkal yang harus ini tidak digunakan.

AlFadhil Ust. Dato' Ismail Kamus walaupun kelihatan uzur dengan masalah buah pinggangnya tetap ingin menyumbang sebagai pembentang kertas kerja yang kedua. Dalam keadaan payah ust. menerangkan beberapa penyelewengan dalam rawatan seperti pembedahan batin, ancak, makyong dan sebagainya. Beliau juga menceritakan kisah seorang pengembara yang membakar jin dengan menggunakan ayat kursi.

Seorang peserta mencadangkan agar perawat tidak mengaitkan gangguan dengan saka kerana ini adalah fitnah kepada orang yang telah meninggal. Beliau juga mencadangkan perawat Islam menggalakan penggunaan dirham dan dinar sebagai bayaran imbuhan merawat.

Saya ingin tegaskan pendirian saya dalam hal-hal di atas. Yang pertama kaitan ayat dengan khafiat seperti penggunaan ayat kursi untuk membakar jin. Lebih mudah bagaimana sesuatu surah atau ayat al-Quran mempunyai "kuasa" untuk tujuan tertentu seperti membakar, memecah dsb.

Dalam sebuah kitab yang menyelidik bagaimana bacaan Al-Quran boleh menyembuhkan penyakit dinyatakan keberkesanan mendengar bacaan Al-Quran dalam menyembuh penyakit.

Sebagai perawat kita diajar dengan pendapat Ibnu Taimiyah yang juga dipertegaskan oleh Imam AsShafie bahawa para perawat hendaklah beriktikad bahawa ayat-ayat Al-Quran tidak akan memberi apa-apa kesan kecuali dengan izin ALLAH. Barang siapa yang beriktikad ayat-ayat Al-Quran memberi kesan tanpa menghubung-kaitkan dengan izin ALLAH ia telah melakukan "penduaan" dalam tauhid uluhiahnya yang boleh menjatuhkannya kepada syirik.

Di sinilah titik tolak mudahnya seorang perawat mensyirikkan Allah secara khafi.

Bagaimana pula dengan penegasan ALLAH yang selalu dibaca oleh perawat tentang "Kami turunkan daripada Al-Quran itu, penyembuhan dan rahmat bagi orang mukmin...". Bukankah ALLAH sendiri menegaskan pada ayat-ayat Al-Quran itu ada "ayat-ayat" yang boleh dibaca untuk penyembuhan?

Bagaimana pula tentang penegasan berkenaan madu, bekam, habbatus sauda yang diulas oleh TH Harun Din bahawa para perawat jangan asyik merawat secara rukyah tetapi rawatan itu luas termasuklah penggunaan bahan dan juga berbekam.

Pegangan kita sebagai perawat ialah apabila sesuatu itu ditegaskan berdasarkan Al-Quran dan Hadis, ia adalah benar dan mesti diimani. Bezanya keimanan dan keyakinan bahawa ayat Al-Quran atau bahan bahan-bahan rawatan boleh digunakan sebagai syifa tersangkut kepada IZIN ALLAH. Meletakan kesembuhan kepada ayat mahupun bahan semata-mata seperti kata-kata jika anda sakit batu karang bacalah ayat pemecah boleh menjerumus kepada mensyirikan ALLAH, na'uzubiLLAH.

Bagaimana pandangan peserta tentang menyatakan kepada pesakit yang dia ada saka?

Perawat yang berpengalaman, sepertimana seorang doktor mestilah mendiagnos pesakit terlebih dahulu. Kondisi pesakit, simptom semasa jaga, semasa tidur, perangai dsb mestilah dicerap sebelum melakukan rawatan. Sekiranya pesakit seorang yang "panas baran", suka makin daging kambing, bermimpi didampingi harimau putih... seorang perawat boleh menyimpulkan bahawa pesakit "mungkin" berSAKA harimau. Perawat seterusnya mendiagnos dengan teknik-teknik lain seperti teknik 18-81 dsb bagi menajamkan diagnosnya.

Setelah diyakini maka perawat memaklomkan bahawa dia "mungkin" bersaka. Rawatan saka tak sama dengan sihir, mahupun jin kubur, jin rumah, jin asyik, jin tasik dsb.

Pesakit misalnya didiagnos makanan kegemaran saka, maka pesakit sebagai tanda protes tak mahu bersaka perlu diajar supaya menjauhi makanan berkenaan. Pesakit juga perlu diajar menjadi vegeterian dalam suatu tempoh masa dan kesan dari aktiviti vegeterian ini berlaku provokasi dsb.

Menyatakan bahawa pesakit "mungkin" bersaka, kena sihir, asyik, jin kubur dsb tidak salah. Yang salah adalah mengatakan secara pasti anda bersaka, anda kena sihir, dalam badan anda ada 35 ekor jin dsb. Ini perbuatan menilik! Jauhilah dari menjadi kahin yang amalannya tidak diterima oleh ALLAH SWT.

Menyentuh penggunaan dinar dan dirham sebagai imbuhan merawat dengan alasan untuk mengajak masyarakat kepada sistem kewangan Islam adalah suatu yang tidak praktikal. Bayangkan 1 dinar @ dirham sekarang bernilai RM800.00! kita tidak perlu menyusahkan pesakit yang sudah sakit....

Pengumuman:

Tahap 1 akan diadakan pada 22-23hb. Januari 2012 bertempat di Akrine Kuang.

Untuk tahap ini kursus akan memfokuskan kepada perkara-perkara asas dalam rawatan Islam. Kursus ini adalah bagi pelatih baru dan juga kepada pesakit yang mahu merawat dirinya sendiri.

Pada tahap ini, peserta akan diajar antaranya:

* Pengenalan kepada makhluk halus
* Kaedah membenteng diri
* Teknik mengesan
* Teknik racun
* Teknik dialog
* Teknik mengeluar (tarik guna serban / botol) atau membunuh
* Teknik mandian
* Teknik bakar batu-bata
* Akrionics
* Garis panduan merawat
* Latihan rawatan

Tuesday, November 1, 2011

Gambar2 KIRI Tahap 1


Peserta over flow... maaf le yg xnampak


Kursus kali ni xde yang "menumpang" gambar ye


The most ceria picture


Lama xmasuk kelas.... macam kuliah kat U pulak


Jauh teringat kampung halaman ... Batu Gajah


Ini macam jiran sebelah rumah aje!


do not "kurung" pls!


Kali pertama menyembelih isteri sendiri....


Bila nak habis tahsin ni?


Kalau boleh air penawar tu nak ambil semua...

Thursday, October 27, 2011

Mengislamkan jin


Sudah lama saya tidak mengIslamkan jin.

Peluang ALLAH berikan apabila seorang pesakit wanita yang sudah menderita gangguan sihir lebih 8 tahun datang untuk rawatan. Gangguan ini jenis sihir tafriq, sehingga berlaku penceraian.

Pesakit mengadu kepada saya sudah berjumpa pelbagai perawat tetapi belum diberi kesembuhan.

Apabila saya berdialog dengan jin di tubuhnya jin ini menyatakan hasratnya untuk keluar tetapi keadaannya yang terikat dan kebolehan tok bomoh untuk memanggilnya semula masuk ke dalam tubuh pesakit menghalangnya dari keluar.

Saya minta jin menghulurkan tangannya lalu membekalkannya dengan ayat2 seperti penghulu syifa, penunduk, penutup pandangan, pencari barang dan ayat pembakar. Kemudian saya arahkan tangannya untuk bergerak ke tempat di mana ia dipasak.

Jin membawa tangannya ke dada pesakit, saya arahkannya untuk mencabut pasak berkenaan. Jin menggenggam tangannya (ie tangan pesakit) lalu melakukan 3 kali cabutan. Setiap selesai mencabut saya arahkannya untuk membakar pasak berkenaan. Setelah 3 pasak dicabut jin itu lemah longlai keletihan.

Saya cuba tarik keluar menggunakan serban tetapi masih tersekat. Jin itu memaklumkan yang dia masih terikat dengan tali. Saya arahkan agar tali itu diputuskan. Dia cuba membuka dengan tangannya tetapi gagal.

Saya minta dia hulurkan tangannya supaya saya bekalkan dengan ayat pencair. Setelah saya tiup tangannya dia merasakan tangannya teramat panas. Saya suruh segera pegang tali yang mengikatnya... tali putus lalu saya memohon kepada ALLAH agar tangannya disejukkan semula.

Jin terpinga-pinga dengan apa yang dia alami. Saya katakan inilah janji ALLAH menolong hambaNYA yang ikhlas. Lalu saya mengajaknya masuk Islam. Dia bersetuju dan mengucap kalimah tasyahud. Dia di keluarkan menggunakan teknik botol dengan izin ALLAH

Sunday, October 16, 2011

Istiqamah Asas Kecemerlangan


Kursus untuk petugas PRU 13 muslimat Selangor

Scanning


Assalamu’alaikum wbt.

Semenjak menjadi mualij, mengikut rekod saya telah mengendalikan kursus-kursus rawatan kepada lebih 2,000 peserta kursus.

Memang diakui kursus selama 2 hari bagi sesetengah peserta tidak meyakinkan dirinya untuk menjadi seorang mualij. Ada juga yang hadir hanya sekadar ingin tahu, ingin mencuba, ingin merawat diri dan keluarga malah ada yang juga mahu kendalikan kursus setelah ilmu-ilmu rawatan diperolehi.

Bagi mereka yang mula-mula bersemangat berkobar-kobar adakala mengikuti pelbagai kursus yang ditawarkan. Merawat dan membuka blog rawatan dengan pelbagai pengalaman yang dilalui.

Tidak lebih dari 6 bulan, mualij ini hilang dari dunia rawatan dan blog sudah tidak dikemaskini lagi....

Kenapa terjadi demikian?

Perlu saya tegaskan di sini, dalam apa sahaja yang anda ceburi anda pasti di UJI. Ujian merupakan janji ALLAH kepada seorang yang mengaku beriman. Begitulah juga sebagai mualij.

Kita akan diuji dari pelbagai aspek, gangguan terhadap diri, keluarga, pekerjaan, harta benda akan kita lalui. Sesiapa yang tidak diuji.... itu bukan sunnatuLLAH dan sila semak kaedah anda kerana hanya yang terpesong dan salah sahaja yang terus sesat dibawah naungan syaitan.

Jika itulah sunnatuLLAH, jika itulah fitrah... apakah perlu kita lari dari ujian. Lari bererti berhenti dari menjadi mualij. Lari dari ujian bukan setakad gagal tetapi pengecut yang kehilangan wibawa.

Saya percaya ada perkara-perkara tertentu yang menyebabkan seseorang berhenti dari menjadi mualij seprti bebanan kerja, masalah sumber kewangan dan sebagainya... bagi saya jika ini sebagai penyebab maka haruslah diberikan laluan kerana kerja-kerja sebagai mualij adalah kerja-kerja kebajikan yang meminta komitment dan kesungguhan.

Bagi mereka yang masih kekal sebagai mualij istiqamahlah, kerana istiqamah dan iltizam merupakan syarat dalam kecemerlangan kehidupan. Hanya mereka yang memiliki sifat ini akan membuahkan kejayaan.

Lihatlah para peniaga kaum cina, jika mereka membuka kedai basikal mereka akan kekal sebagai penjual basikal sehingga ia diwarisi oleh anak cucunya. Apabila mereka telah menguasai perniagaan ini agak sukar orang lain nak masuk bidang berkenaan.

Bila kita telah menjadi mualij, apakah perkara ini juga akan diwarisi oleh anak kita atau cucu kita.... tidak! Kerana kita tak pernah ada wawasan sampai ke situ.... anak-anak melihat betapa sukarnya kita merawat dan mengambil kesimpulan tak mahu menjadi seperti ayahnya.

Tetapi sekurang-kurangnya teruslah menjadi mualij kerana mualij bukan boleh dicipta dalam tempoh 2 hari kursus.... guru-guru kita akan pergi menemui ILAHI, kita mesti bangun meneruskan kaedah rawatan Islam supaya masyarakat tidak pergi berjumpa bomoh yang sesat lagi menyesatkan

Saturday, October 1, 2011

Kursus Rawatan Islam Terbaru

InsyaALLAH pihak kami akan menganjurkan kursus rawatan Islam bagi bulan Oktober dan Disember.

Kursus kali ini dibahagikan kepada tahap 1 dan 2.

Tahap 1 akan diadakan pada 29 -30 Okt. 2011 bertempat di Akrine Kuang.

Untuk tahap ini kursus akan memfokuskan kepada perkara-perkara asas dalam rawatan Islam. Kursus ini adalah bagi pelatih baru dan juga kepada pesakit yang mahu merawat dirinya sendiri.

Pada tahap ini, peserta akan diajar antaranya:

* Pengenalan kepada makhluk halus
* Kaedah membenteng diri
* Teknik mengesan
* Teknik racun
* Teknik dialog
* Teknik mengeluar (tarik guna serban / botol) atau membunuh
* Teknik mandian
* Teknik bakar batu-bata
* Akrionics
* Garis panduan merawat
* Latihan rawatan

Tahap 2 pula akan diadakan pada 10-11 Mac 2012 di tempat yang sama

Pada tahap ini hanya bagi mereka yang telah mengikut kursus tahap 1 dan perawat-perawat (bekas pelatih Akrine) yang ingin mengulangkaji / mendalami teknik rawatan. Ia lebih memokus kepada mereka yang benar-benar mahu menjadi seorang perawat.

Antara kandungan kursus adalah:

* Persiapan diri seorang perawat
* Keperluan bilik rawatan
* Teknik tikam
* Teknik baling
* Teknik tidurkan jin
* Teknik Kembara dan Rawat (TKR)
* Teknik Rotan Objek (TRO)
* Teknik ambil barang sihir
* Teknik Rawat Tanpa Sentuh Pesakit (RENTAP) dll
* Keberkesan Rawatan
* Latihan


Yuran bagi setiap tahap adalah RM250.00 sahaja (sila bank in ke Maybank Islamic 562740110528 Pusat Rawatan Islam Nur Ehsan)

Kursus bermula 8.30 pagi sehingga 5.00ptg

Sila sms nama, tempat tinggal, pekerjan dan tahap kursus yang dipohon ke 019-7584801

Penginapan di tempat kursus bagi peserta lelaki (percuma) dan sesiapa yang memerlukan Homestay sila membuat tempahan( Homestay 1: Tn. Hj. Saad 0126794304 Homestay 2 : En. Majid 0136051892 Homestay 3: Tok 4 Taufik 0122670577) dengan kadar yang segera.

Thursday, September 29, 2011

Gambar-gambar AGM


Pendaftaran


Sesi Taklimat oleh TCM


Dr. Shamsaini dari TCM


Pendaftaran e-Pengamal


Ucapan Perasmian


Mesyuarat Agong AKRINE


Kudapan


Antara perawat muslimat

Blog/web Rawatan

My Favourite

Expose Mistik part-1

Expose Mistik Part 2

Expose Mistik Part 3

Teknik Tidurkan Jin

Senarai Perawat Luar Negeri

KLINIK RUQYAH DI LUAR NEGERI





  • Jordan
  • "Ayesh Quran: Cell: 00962795576723, ayeshquran@yahoo.com (Taibeh, Irbed, Jordan)
  • UK
    • Abu Junaid: 07834326225 (Birmingham and surrounding areas, UK)
    • Abdul Jabbaar: 07976918576 (Huddersfield and surrounding areas, UK)
    • Abu Abdullah As-Salafi: 07737557330 (Birmingham, UK)
    • Abu Abdullah: Ruqyashariyah@yahoo.co.uk, http://groups.yahoo.com/group/RuqyaShariyah/
    • Zaid : 07985667618 (Leicester, UK)
    • Sheikh Abu Hanifah (appears on the Islam Channel Q&A): 0208 471 5766 (London, UK)
    • Ibrahim At-turki: 07719380579 (Hertfordshire, North London)
  • USA
    • Abdulhakim Alhiyafi: (615) 668-2522 (Dallas, Tx 76107), the sheikh works in Sharia Academy and he travels to other states frequently.
    • Ahmad Al-Jabry: (313) 384-4509 (Dearborn, Mi 48126)
  • Germany
    • Abu Sufian: 01625365432 (Bonn)
  • Bosnia and Herzegovina
  • Morocco
  • Pakistan
    • Iqbal Salafi: TEL: 0092 51 5537998 (7AM-3PM PST), Mobile:0092 3335115646, Kashmiri Bazaar near masjid Darus Salaam, Ahl Hadith (RAWALPINDI-PAKISTAN)
  • Egypt
    • Waheed Abdul-Salam Balo: 0020105061850 (Egypt)
  • Yemen
    • Muhammad Al-Imam center (Ma'bar, Yemen)
    • Abdul-Qadir Al-Qudsy center (Al-Qadisiyah, San'a', Yemen)
  • Saudi Arabia
    • Abdul-Azeez Abu Djeen: phone: 4265211, cell: 055415020 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Muhammed Al-Subai'y: 055216484 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abdul-Azeez bin Jdeed: 055425132 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abu Abdullah: 054264125 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abdullah As-Sadhan: 055261525 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Nasir Armeeh: phone: 055425132, cell: 055212184 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abdullah Fahd Arsheedy: 0557556976 , 0557992665 (Al-Kharj, Saudi Arabia)
    • Khalid Al-habashy: the imam of Masjid Al-Sulayman (Jeddah, Saudi Arabia)
    • Munair Arab: (+966) 555708580, www.alroqia.com (Jeddah, Saudi Arabia)
    • Abdul-Azeez Muhammed Al-Kharmy: cell: 055663850, aziz1123@hotmail.com (Jeddah, Saudi Arabia)
    • Saleh An-Nah-Has: 0506575057 (At-Ta'ef, Saudi Arabia)
    • Ahmed Ard-dady: office: 048229319, cell: 0505302026 (Al-Madinah Al-Munawwarah, Saudi Arabia)
    • 'a'edh Al-Sharary: cell: 053650839 (Tabarjal, Saudi Arabia)
    • Sa'eed Al-Qahtany: 055759590 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abu Mohammed Arsainy: 055143121 (Buraydah, Saudi Arabia)
    • Khalaf Aal-Baker: 054407544, (Al-aziziyah, Saudi Arabia)
    • Muhammed Al-ataiby: 052388818, 054449429 (Al-Khalidiyah, Saudi Arabia)
  • Kuwait
    • Abdullah Al-hadad: 3842452 (Al-Green, Kuwait)
    • Faysal Al-'anzy: 9279496 (As-Sableekhat, Kuwait)
    • Hady Al-'anzy: 9009019 (Al-Jahra', Kuwait)
    • Mohammed Al-Qaysi: 7989066 (Great Mubarak, Kuwait)
    • Abu Osamah: 7040056 (Kuwait)
  • UAE
    • Salah Abdul-Qader: 050/6111706 (Abu Dhabi, UAE)