Followers

kursus

Kursus Rawatan Islam Terbaru

Tahap 1 : akan diadakan pada 19 - 20hb. September 2015 di Akrine Kuang

Kursus ini akan menekankan kepada perkara-perkara asas dalam rawatan Islam. Kursus ini sesuai bagi pelatih baru dan juga kepada pesakit yang mahu merawat dirinya sendiri.

Pada tahap ini, peserta akan diajar antaranya:

* Bagaimana alam jin
* Kaedah membenteng diri
* Teknik mengesan kehadiran jin
* Teknik racun
* Teknik dialog
* Teknik mengeluar jin (tarik guna serban / botol)
* Teknik mandian pesakit
* Teknik bakar batu-bata
* Akrionics
* Garis panduan merawat
* Latihan rawatan
Yuran adalah RM250.00 sahaja. Tempat adalah terhad. Hanya peserta Tahap 1 yang layak untuk mengikuti kursus Tahap 2

SMS butiran anda nama, alamat, pekerjaan kepada 019 758 4801

Tahap 2 : akan dimaklomkan

Pada tahap ini hanya bagi mereka yang telah mengikut kursus tahap 1 dan perawat-perawat (bekas pelatih Akrine) yang ingin mengulangkaji / mendalami teknik rawatan. Ia lebih menekankan kepada mereka yang benar-benar mahu menjadi seorang perawat.

Antara kandungan kursus adalah:

* Persiapan diri seorang perawat
* Keperluan bilik rawatan
* Teknik tikam
* Teknik baling
* Teknik tidurkan jin
* Teknik Kembara dan Rawat (TKR)
* Teknik Rotan Objek (TRO)
* Teknik ambil barang sihir
* Teknik Rawat Tanpa Sentuh Pesakit (RENTAP)
* Teknik Serkupan Azab (TSA)
* Keberkesan Rawatan
* Latihan

Yuran adalah RM250.00 sahaja (sila bank in ke Maybank Islamic 562740110528 Pusat Rawatan Islam Nur Ehsan)

Kursus bermula 8.30 pagi sehingga 5.00ptg

Sila sms nama, tempat tinggal, pekerjan dan tahap kursus yang dipohon ke 019-7584801

Tarikh tutup permohonan adalah seminggu sebelum tarikh kursus


Penginapan di tempat kursus bagi peserta lelaki (percuma) dan sesiapa yang memerlukan Homestay sila membuat tempahan( Homestay 1: Tn. Hj. Saad 0126794304 Homestay 2 : En. Majid 0136051892 Homestay 3: Tok 4 Taufik 0122670577) dengan kadar yang segera.

Hotel yang terdekat terdapat di TSB BBaru Sg. Buluh

Kusus Pengukuhan Tahap 3

Tarikh : 15hb. November 2014

Tempat : Dewan Burhanuddin Helmy, Kuang

Masa : 8.30 pagi hingga 5.00 petang

Yuran : RM100.00

Thursday, December 27, 2007

Gambar2 Kursus


Ucapan Aluan


Peserta Tekun Berkursus


Serious matter...

Diskusi sambil makan murtabak


Teknik Pukul!

sms aje...jangan dok call, ok?


Promosi Barang Tok Guru... habis dibeli

Monday, December 17, 2007

Senarai Peserta Kursus Merawat AKRINE

InsyaALLAH kursus merawat akan diadakan sepertimana yang diatur iaitu pada 25hb. Disember 2007 ini. Berikut adalah senarai nama peserta kursus yang telah mendaftar:

1. Ahmad Khatijah Alip Husin
2. Zed Zakri Abdul Haid
3. Schanizan Shamsuddin
4. Mohd Saad Hamid
5. Zailan Ibrahim
6. Ariffin Suratman
7. Nasrul Sapar
8. Mohammad Fairuz Mohsin
9. Fathul Hakim Ismail
10. Mohd. Jamil Tauhid
11. Mohd Zaironizam daud
12. Samsor Ismail
13. Tengku Mohd Hanafiah Tuan Mat
14. Sabarudin Mohamed Said
15. Wan Zawawi Wan Mahmood
16. Mohammad Shukri Sahmat
17. Md. Asroid Jailani
18. M. Alizan ab. Rahman
19. Mohd Fairulnizal Md. Noh
20. Mas Ilmi Masri
21. Ahmed Niza Yacob
22. Rizaludin Kaspin
23. Zainuddin Omar
24. Abdul Ghani Ahmad Zaighu
25. Hamidi
26. Megat
27. Ashaari (Ipoh)
28. Norhayati
29. Norlaili
30. Norain
31. Hj. Maarof
32. Azmi (Kajang)

Saya harap penama-penama di atas dapatlah SMS saya 017-3623934 untuk mengesahkan kehadiran anda selewat2nya 23hb. Disember ini. Pendaftaran bermula jam 8,30pagi dan kursus akan bermula jam 9.00pagi- 5.00ptg.

Mana-mana nama yang tercicir sila maklumkan dengan kadar yang segera ke 017-3646461.

Selamat Berkursus Mudah2an Dipermudahkan ALLAH.

Saturday, December 15, 2007

Kaedah Mudah Mengesan dan Merawat Gangguan

Terdapat banyak kaedah bagi mengesan dan merawat gangguan. Tentunya yang terbaik adalah yang datangnya dari RasuluLLAH SAW dan penggunaan ayat2 AL-Quranul Karim. Ada juga perawat yang menjalankan try & error dalam usaha mengesan gangguan. Ini juga tidak salah selagimana cubaan2 berkenaan dari kaedah2 yang dibenarkan oleh Islam.

Sebelum ini saya telah perturunkan tanda2 fizikal dan keadaan ketika jaga dan tidur dalam mengkaji simptom gangguan.

Bagi mereka yang simptom terlalu banyak yang menepati diri anda cepatlah melakukan sesuatu terutamanya membaca dzikir2 ma'thurat dan Al-Quran. Di antara surah yang baik dalam merawat diri dari gangguan adalah seperti surah Yasin, Al-Mulk, Al-waqiah, Al-Jin, Ar-Rahman, As-Sajadah, Al-ma'arij, As-Soffat dsb.

Pilihlah surah yang anda ingin jadikannya sebagai dzikir harian anda dan istiqamahlah dengan dzikir berkenaan.

Saya tegaskan bahawa jangan membaca dzikir dengan meletakan tujuan membenteng diri, nanti anda akan rasa tertekan dan tidak mampu bertahan lama. Tetapi jika anda niat sebagai dzikir anda akan lebih tenang dan merasa rindu jika anda tidak dapat melakukannya sepertimana anda melakukan selalu.

Untuk mengelakan dari terjebak dengan khadam ayat, sebelum berdzikir mestilah memulakan dengan Al-Fatihah, selawat, istighfar, syahadatain dan ta'awuz (a'uzubiLLAH...). Kemudian barulah berdzikir.

Bagi mereka yang ada simptom tetapi agak kurang yakin samada benar atau tidak anda mengalami gangguan kaedah untuk mengesan yang mudah adalah seperti berikut: Baca surah Al-Falaq (41kali) dan An-Nas (41kali). Sebelum berdzikir lakukanlah perkara yang sama sepertimana di atas.

Carilah satu masa yang anda amat selesa, tiada gangguan, bersendirian dan bacalah secara berterusan 41x dan 41x

Apabila anda mengamalkan bacaan ini, jika anda ada gangguan, anda akan dapat merasakan paling tidak denyutan berulang2 kali pada anggota badan anda. Adakalanya denyutan ini akan berubah2 tempat.

Untuk gangguan yang melibatkan sihir anda akan amat mengantuk sehingga tertidur dan gagal menyempurnakan bacaaan 41x berkenaan.

Jika sihir berkenaan dari serangan yang kuat anda akan sakit di bahagian2 tempat serangan bertapak.

Jika anda mendapati tanda-tanda di atas, anda tidak perlu tergesa2 untuk mencari perawat. Cubalah merawat diri anda sendiri terlebih dahulu. Caranya adalah dengan terus mengamalkan membaca Al-Falaq 41x dan An-Nas 41x. Berdzikirlah secara istiqamah mengharapkan bantuan ALLAH... insyaALLAH dalam tempoh tertentu denyutan, rasa sakit, rasa mengantuk dsb akan hilang. Jika tiada lagi tanda2 ini bermakna anda berjaya merawat diri anda dengan izin ALLAH.

Tetapi sekiranya semakin dirawat, semakin mengganas, berbulan2 masih tiada perubahan maka saya syorkan anda berjumpalah dengan perawat yang anda yakini mengikut sunnah.

Selamat mengesan dan merawat diri anda sendiri. Mudah2an anda tiada gangguan dan jika ada mudah2an anda berjaya merawat diri anda.

Selamat menyambut 'Aidil Akbar.

Saturday, December 8, 2007

PETUNJUK GANGGUAN JIN



A. TANDA-TANDA KETIKA JAGA

· Bercakap seorang diri dan ketawa tanpa sebab.
· Suara berubah ketika marah.
· Mudah hilang akal, kurang memahami sesuatu dan lemah ingatan adakala ia
mengigit lidahnya.
· Berjalan terhoyong-hayang.
· Cara makannya menjijikkan.
· Berpaling daripada membaca Al -Quran,tidak memerhati maksud-maksudnya, tidak
berzikir dan tidak bersolat.Apabila ia hendak membaca Al Quran,berzikir atau
bersolat seolah-olah ada sesuatu yang menghalang untuk berbuat demikian.
· Benci kepada bau-bauan wangi terutamanya kasturi dan za' faran
· Pening yang tidak dapat diubati oleh ubat-ubatan (biasa)
· Bencikan rumahnya atau isteri atau suami atau ahli keluarganya.
· Kelupaan atau sakit kep'ala ketika solat.
· Tidak menumpukan fikiran kepada sesuatu.
· Malas dan lemah badan (tanpa sebab).
· Merasai sesuatu yang ganjil seperti gambar yang seolah-olah bergerak-gerak.
· Denyutan jantung bertambah cepat tanpa sebab.
· Selalu bermimpi.
· Bercakap tidak keruan, tidak tersusun, bercakap yang bukan -bukan dan
bertindak tidak tentu hala. Apabila syaitan berpaling daripadanya, anda dapati
ia akan meminta maaf terhadap percakapannya atau tingkah lakunya.
· Sedih tanpa sebab atau kerana alasan yang remeh.
· Suka memisahkan diri daripada orang ramai kerana ia merasa seolah-olah semua
orang memusuhinya dan anda dapati ia akan hilang kepercayaannya terhadap orang
lain.
· Mengabaikan kerjanya, rumah, suami atau isteri dan sekolah atau universiti.
· Sakit tulang belakang ketika bangun dari tidur tanpasebab-sebab kesihatan
seperti influenza atau pusingandarah haid.
· Beberapa anggota badannya kebas tanpa sebab dan ia susah digerakkan kecuali
dengan kepayahan yang amat sangat.
· Perjalanan haid wanita tidak teratur- Ada kalanya darah haidnya terhenti sama
sekali sedangkan ia masih muda atau haidnya tidak teratur seperti pada waktu
yang tertentu darahnya keluar banyak dan pada masa yang lain pula ia akan
keluar sedikit.
· Suka berada lama di dalam tandas atau bilik air.
· Waswas
· Lekas marah dan mudah melakukan kesilapan.
· Didorong oleh suara hasutan syaitan untuk melakukan maksiat seperti membunuh
atau berzina.
· Lenguh-lenguh seluruh badan berserta dengan malas yang bersangatan dan tidak
berdaya.
· Semut-semut badan atau lenguh dengan cara luar biasa.
· Merasa seolah-olah ada sesuatu yang mengikutnya
· Pening yang berterusan dengan syarat ia bukan berpunca daripada sakit mata,
telinga, hidung, gigi, kerongkong atau pun perut.

Mengikut Hamdy Ad Damardasy, "Apabila terhimpun 3 tanda pada waktu tidur dan 2 tanda pada waktu jaga maka kita mungkin sahaja dapat mengatakan yang seseorang itu telah di ganggu oleh jin atau syaitan .

B. TANDA-TANDA DI WAKTU TIDUR

· Mimpi yang menakutkan dalam pelbagai rupa atau mimpi yang menyedihkan .
· Bercakap-cakap ketika tidur atau keluar suara yang tertentu seperti suara yang
tidak jelas misalnya yang sedang marah-marah atau suara mengeluh
· la bermimpi berjalan di atas air atau darah.
· Mimpi yang berulang-ulang sehingga ia merasakan kesempitan jiwa atau seram
atau takut atau ia bermimpi dengan mimpi yang kemudiannya benar -benar berlaku
dan ini memberi kesan negetif terhaadap jiwanya. seperti ia bermimpi suatu
kejadian, kemudian ia benar -benar berlaku atau ia bermimpi seseorang itu
sakit atau mati dan kemudiannya benar- benar berlaku
· Susah hendak tidur malam kecuali setelah lama berbaring.
· Kerap terjaga tidur di waktu malam.
· Mimpi berjumpa haiwan -haiwan seperti kucing, anjing, unta, ular, singa,
serigala dan tikus
· Berdiri dan berjalan ketika tidur tanpa sedar.
· Bermimpi seolah-olahnya ia jatuh dari tempat yang tinggi.
· Bermimpi ia berada di kawasan perkuburan atau kawasan sampah atau jalan yang
sunyi ( lagi menakutkan).
· Mimpi melihat manusia yang bersifat pelik seperti terlalu tinggi atau tinggi
atau terlalu rendah atau melihat manusia hitam

PETUJUK TERKENA SIHIR

Sokongan orang yang terdekat perlu dalam kes sihir, kerana rawatan ini mengambil masa yang panjang.

Antaranya tanda-tanda terkena sihir ialah:

· Ketika rawatan dijalankan, pesakit menangis tetapi ia bukanlah dengan kehendak
dirinya sendiri.
· Melalui peroses rawatan, didapati pesakit sukar disembuhkan ataupun ia lambat
sembuh dan memerlukan rawatan yang berulang-kali
· Pesakit berasa sakit perut apabila dibaca ruqyah padanya atau diberikan
kepadanya minuman berjampi.
· Tanda-tanda gangguan sihir juga banyak menyamai atau menyerupai tanda-tanda
gangguan jin dan syaitan sepertimana yang dinyatakan dalam bab sebelum ini.
· Kebanyakkan pesakit sihir berasa kesempitan dada pada waktu - waktu yang
tertentu terutamanya pada waktu asar dan pada malam hari.

Friday, December 7, 2007

Testimoni Untuk Penawar Nur ehsan

Salah seorang pembaca blog saya meminta saya menyatakan testimoni minyak serbaguna yang saya iklankan. Minyak ini kini saya namakan "Penawar Nur Ehsan (PNE)".

Sebenarnya saya keberatan untuk memberi sebarang kredit kepada PNE bukan kerana ia tak berkhasiat, tetapi mahu pengguna minyak ini meletakan keyakinan bahawa bukanlah minyak ini yang menjadi penyembuh tetapi ALLAHlah yang maha penyembuh. Minyak ini hanyalah kaedah atau media dalam mendapatkan penyembuhan berkenaan.

Saya teringat dalam mensyuarat tahunan sebuah badan perubatan Islam yang saya pernah sertai dahulu, ada lapuran berkenaan usaha-usaha kajian sedang dijalankan untuk melihat keberkesanan daun bidara dalam merawat sihir.Memang ada sirah penggunaan 6 helai daun bidara yang ditumbuk dengan batu digunakan untuk merawat gangguan sihir. Daun bidara ini dicampur dengan air yang dibacakan Al-Fatihah, Ayat Kursi dan 4Qul, lalu diminum tiga teguk dan bakinya dibuat mandian. Kaedah ini dilakukan selama 3-7 hari.

Persoalannya untuk mencari daun bidara sekarang agak sukar. Setahu saya ada sepohon pokok bidara di Taman Melewar berdekatan dengan sebuah surau. Pokoknya sudah tinggi dan sukar untuk mengambil daunnya. Untuk mandian selama 7 hari kenalah disediakan 42 helai daun bidara, kalau ada 10 orang maka 420 helai daun bidara diperlukan. Ini tentunya tidak praktikal.

Saya teringat kisah Nabi Musa Alaihissalam apabila didatangi seorang berpenyakit sopak. Nabi Musa telah ditunjukkan oleh ALLAH SWT dengan sejenis tumbuhan. Nabi Musa merawat orang berkenaan dengan daun tumbuhan berkenaan dan diapun sembuh. Maka masyhurlah Musa dengan kebolehan merawat penyakit sopak. Setahun kemudian datang seorang yang juga berpenyakit sopak. Musa merawat menggunakan daun yang sama tetapi tidak sembuh. Musa bertanya kepada ALLAH kenapa tidak sembuh, ALLAH menjawab bukan tumbuhan berkenaan yang menyembuhkan tetapi ALLAH yang menyembuh secara mutlak.

Berdasarkan kefahaman di atas, saya berkeyakinan bahawa apapun bahan boleh dijadikan media rawatan. Kerana itulah ada mu'allij yang menggunakan minyak zaitun, habbatus sauda' dsb sebagai bahan yang dibacakan ruqyah, samada untuk tujuan sapuan, minuman dsb.

Begitulah juga PNE, ia telah diruqyah. Ia berguna untuk tujuan mandian dan juga disapu pada kapas dan diletakan di bahagian atas cuping telinga.Dengan izin ALLAH ramai yang telah mengguna dan mendapati kekuatannya sebagai media penyembuh yang berkesan.

Sebagai catatan saya turunkan beberapa kejadian:

1. 2 orang pesakit yang kena sihir, apabila diserang semula dapat mengatasinya dengan mandi menggunakan PNE

2. Seorang pengamal rawatan alternatif telah membeli sebanyak 40 botol PNE dan menggunakannya bagi kebanyakan pesakitnya

3. Seorang pesakit yang kena gangguan, apabila diberi minum setitik PNE yang dicampur dengan air, jin2 di badannya secepat itu mengaku kalah.

Tetapi kalau pembaca blog menggunakan PNE mendapti tiada kesan, ingatlah kisah Nabi Musa di atas. Kita hanyalah berikhtiar tetapi milik kesembuhan adalah dari ALLAH

Tuesday, December 4, 2007

Punca-punca Gangguan

Terdapat banyak sebab mengapa manusia dikacau dan diganggu oleh syaitan dan jin, antaranya ialah;

1.Jin mencintai manusia

Samaada jin jantan mencintai manusia wanita atau jin betina mencintai seseorang lelaki.

2. Manusia menyakiti jin

Dengan mencurahkan air panas ke atasnya ( tanpa kita ketahui bahawa ia ada di situ), atau seorang terjatuh keatasnya dari tempat yang tinggi atau kencing ke atasnya dan lain -lain lagi.

3. Jin sengaja menzalimi manusia

Tanpa sebarang sebab seperti menyampuknya dan ini tidak akan berlaku kecuali melalui salah satu dari empat keadaan berikut;

· Ketika manusia sedang dikuasai oleh oleh perasaan terlalu marah.
· Ketika seorang itu terlalu takutkan sesuatu.
· Ketika terlalu leka (lalai) dari mengerjakan ibadat.
· Ketika lalai dari mengingati Allah

5. Mensyirikan Allah.
6. Melakukan pelbagai maksiat.
7. Diganggu sihir
8. Lemah pegangan agama, tawakkal dan tauhid
9. Terdapat anjing atau gambar gambar yang tidak dibenarkan oleh syarak di dalam rumah.
10. Ada loceng di dalam rumah kerana Nabitelah bersabda "Malaikat tidak akan bersama dengan kumpulan yang ada padanya anjing atau loceng " (Riwayat Muslim )
11. Memasuki tempat-tempat jin tanpa membaca doa perlindungan seperti tandas, tempat-tempat pembuangan sampah dan lain-lain.
12. Kanak-kanak keluar bermain waktu Maghrib.
13. Tidak melaungkan azan di telinga anak sesudahdilahirkan.

Daripada Abu Hurairah katahya, telah bersabda Rasullah SAW, "Tiada sesorang pun dari anak -anak Adam (manusia) itu dilahirkan melainkan akan diganggu oleh syaitan ketika lahirnya, sebab itulah ia menjerit menangis-nangis kerana ganguan syaitan itu kecuali Maryam dan anaknya (Isa ) sahaja "(Riwayat Bukhari dan Muslim ) .

Daripada Abu Hurairah katanya.telah bersabda Rasullah SAW, "Setiap anak Adam dicucuk oleh syaitan pada lambungnya dengan mengunakan jari ketika dilahirkan kecuali Isa bin Maryam" (Riwayat Bukhari).

Imam Nawawi dalam kitab Syarah Muslim, menyebut, "Telah bercerita kepada kami oleh Qadi Iyad bahawa semua Nabi sama seperti Nabi Isa dalam keistimewaan ini. "

Sunday, December 2, 2007

Orang Melayu dan Saka

Gejala Saka

Jin saka adalah jin yang diwarisi dari samada ibu atau bapa pewaris berkenaan. Mangsa saka biasanya adalah anak sulong atau anak bungsu atau mana-mana anak yang amat disayangi oleh ibu atau bapa yang bersaka. Ibu atau bapa ini pula sebenarnya mewarisi saka dari generasi sebelumnya sehinggalah sukar untuk mengetahui bilakah starting point kehadiran saka berkenaan.

Melalui pengalaman merawat saya mendapati jin-jin saka kebanyakan telah tua, ini kerana generasi saka sekarang berada pada generasi ke-6 dan ke-7 jika dikira dari generasi pertama.

Umur jin panjang, ia mula bersekolah menengah diusia 80 tahun, berkahwin seusia 200 tahun dan gagah perkasa diketika umur 200-500 tahun. Ketika berumur 500 tahun ke atas jin mula dizaman manepouse dan sudah tidak bergigi, rabun dan bongkok apabila berumur 700 tahun ke atas.

Bagi mereka yang mewarsi sejenis sahaja (lelaki atau perempuan) jin2 ternyata semakin tua berusia 700 tahun ke atas. Gejala kepada pewaris saka adalah mudah pelupa dan penyakit-penyakit yang sukar sembuh seperti asthma, resdung, kurap, kudis dsb. Jika pewaris saka ini mewariskan saka kepada generasi seterusnya kemungkinan anak ini kurang siuman, gila, sindrom down, cacat anggota.

Gejala saka ini sukar dikesan kecuali ada kesungguhan dan melalui proses rawatan ataupun apabila sipewaris diganggu secara jin sihir. Apabila seseorang yang bersaka disihir, jin2 saka ini menjelmakan dirinya pada pewaris seolah-olah mahu membantu anak buah jagaannya… dengan kata lain jin saka tidak semestinya berada pada batang tubuh pewaris berkenaan… mereka keluar masuk kecuali jika jin2 ini telah tua, buta dsb.

Secara umum saya berpendapat majoriti orang melayu ada jin saka, termasuklah para perawat Islam itu sendiri. Adakalanya bilangan jin saka menjangkau angka 1,000 ekor dan akan diwarisi sehingga 7 generasi akan datang.

Kenapa orang melayu bersaka?

Sejarah mencatitkan bahawa orang melayu adalah berasal dari rumpun melayu kepulauan Indonesia samada dari kepulauan Sumatra, Jawa ataupun Banjarmasin/Kalimantan. Atok-nenek kita membuka tanah di Tanah Melayu. Sejarah menyatakan kekuatan atok-nenek kita membuka berpuloh ekar tanah hutan-belantara secara solo. Secara logiknya mana mampu tulang empat-kerat manusia ini melakukan kerja sukar ini. Kajian mendapati adanya permohonan pertolongan kepada jin2 dalam kerja2 begini.

Apabila mahu meninggalkan keluarga bagi membuka kawasan yang baru… jin2 juga dipanggil untuk menjaga rumah, keluarga dan kebun. Begitulah kepergantungan generasi dahulu kepada makhluk bernama jin.

Umur manusia pendik, paling lama 100 tahun. Tetapi jin2 yang berkhidmat dengannya masih muda belia. Jin2 ini telah sebati hidup dengan manusia. Kematian rakan kongsi menyebabkan jin ini berkhidmat dengan anak2 orang berkenaan seterusnya dan seterusnya.

Tanda-tanda saka

Tidak ada tanda khusus tetapi secara umumnya orang yang diganggu saka dapat dikenalpasti seperti berikut:

1. Sukar menghafal ayat-ayat Al-Quran
2. Malas berzikir
3. Berpenyakit yang sukar diubati seperti asthma, resdung, stroke, gatal2, kudis dsb
4. Terasa kejadian hari ini pernah diilhamkan dalam fikirannya sebelum ini
5. Ada bahagian-bahagian tertentu pada tubuh yang sakit dalam tempoh yang lama
6. Jika dia berzikir secara berterusan ada gerakan seperti denyutan pada bahagian2 tertentu tubuh.
7. Ada dikalangan keluarga yang gila, sindrom down dan cacat
8. Sukar tidur malam
9. Tidak kemas dan tidak berdisiplin
10. Tidak ada keazaman atau tidak bercita2
11. Lambat kahwin
12. Sukar mendapat anak
13. Berfikir secara dua perkara dalam satu masa
14. Boleh merawat atau mengurut yang luar biasa
15. Boleh melihat perkara2 yang diluar penglihatan umum seperti melihat jin, mengetahui kemalangan di tempat yang jauh, perlakuan curang orang yang tersayang dsb


Kesimpulannya keujudan jin saka adalah memudaratkan kehidupan manusia dan perlulah dibenteras kerana pengaruhnya dalam kehidupan yang turun-temurun.

Rawatan Jin saka.

Secara peribadi saya belum menemui satu kaedah rawatan yang boleh diguna-pakai khusus bagi merawat jin saka. Usaha yang bersungguh mestilah dilakukan melalui doa, zikruLLAH dan berjumpa dengan perawat. Secara kronologi saya mencadangkan kaedah berikut:

1. Sentiasa menjaga solat (seboleh mungkin solat berjemaah)
2. Sentiasa membanyakan zikir seperti berikut : Al-fatihah, ayat qursi. Amanarrasul, 4 qul serta tahlil
3. Membanyakan membaca surah Al-Waqi’ah (subuh), Al-Mulk(zohor), Yasin(Asar) dan Sajadah (sebelum tidur)
4. Membaca Ma’thurat pagi dan petang
5. Meninggalkan perkara-perkara yang melalaikan seperti menonton tv, konsert dsb
6. Tidak menuntut ilmu-ilmu yang diragui seperti reiki, kuasa minda, cakera alam, nasrulhaq, tarekat sesat, silat dsb
7. Berkawan dengan orang-orang soleh
9. Berjumpa dengan perawat Islam

Perawat boleh merawat secara:

1. Pembacaan rukyah
2.Teknik pukul ie. serban, sejadah, rotan, kayu nona, daun nangka even tali pinggang
3.Teknik mandi ie mandi ais, mandi limau purut, mandian garam
4.Teknik bakar batu-bata

Semua teknik ini tidak boleh dilakukan oleh pesakit sebelum mendapat penjelasan dari perawat.

Friday, November 30, 2007

Kaedah Mengesan Gangguan Pada Kanak2

Kanak2 kecil agak sukar untur dibacakan rukyah, berikut adalah panduan bagi mengesan samada anak anda yang berusia di bawah umur 7 tahun mengalami gangguan atau tidak.

Ketika anak anda tidur lakukan langkah-langkah berikut:

1. Ambil wudhuk
2. Letakan tangan anda di bahagian kepala anak berkenaan
3. Baca : Al-fatihah (1x), Ayat kursi (7x), Al-ikhlas, Al-Falaq, An-Nas (3x)
4. Perhatikan tangan & kaki anak anda, adakah bergerak2 semasa bacaan di lakukan.
5. Jika ada... berkemungkinan ada gangguan.

Rawatan:

1. Azankan 7x di telinga anak berkenaan atau
2. Mandikan dengan air yang dibacakan Al-Fatihah, Ayat Qursi, 4Qul

Bila telah di rawat, scan semula... dan ulangi rawatan jika masih ada gangguan.... jika dilakukan berulangkali tetapi masih berlaku... jumpalah dengan mu'allij yang anda yakini.

Selamat mencuba.

Sunday, November 25, 2007

Kisah Duka Seorang Pesakit

Ini bukan cerita baru, tetapi berlaku sebelum bulan Puasa. Saya catatkan (sepertimana yang diceritakan oleh perawat zzz) kerana kisah ini ada hikmah di setiap kejadian dan iktibar kepada kita semua.

Seorang pesakit perempuan bernama Puan S telah sarat mengandung. Dia mudah dimasuki jin sehinggakan terpaksa dikurung di rumah yang telah dipagar dengan ayat2 Al-Quran. Adakalanya jin masuk juga walaupun jin2 ini cedera ketika menembusi pagar berkenaan. Dia dirawat oleh zzz seorang perawat lepasan xxx.

Oleh kerana sudah sebulan dirawat, keluarga berkenaan berhasrat membawa S berjumpa seorang tokoh rawatan Islam di YYY. Mereka bertolak jam 2 pagi dan setelah bersusah payah mereka mendapat nombor giliran 350. Mereka diberitahu tokoh berkenaan hanya merawat sehingga bilangan tertentu sahaja. Oleh kerana telah telah berada di YYY mereka meneruskan juga cita2 untuk mendapatkan rawatan. Mentelahan pula Puan S makin teruk sehingga tak boleh berdiri kerana dimasuki jin sepanjang perjalanan pagi tadi.

Pihak pusat rawatan berkenaan menyediakan kerusi roda dan memberikan laluan kepada S untuk masuk awal kerana keadaannya yang separuh sedar berjumpa dengan perawat bernama K****.

Bila masuk sahaja ke bilik rawatan ia terus disembur air. Ibu-bapa serta mak mertua S terpinga2 melihat keadaan itu. Perawat tak tanya sakit apa? detik hati mereka. Kertas rawatan langsung tidak di baca. Mak mertua S cuba menceritakan bahawa menantunya dirawat oleh zzz seorang perawat dari xxx juga. Perawat berkenaan terus mengatakan orang yang berkenaan bukan perawat xxx dan ia hanya menyamar sahaja.

Tidak berpuashati dengan kata2 perawat ini, ibu mertua S pergi ke pejabat dan menyemak nama perawat zzz. Ternyata nama zzz ada dalam senarai ahli perawat xxx. Ibu mertua S memberitahu perawat berkenaan, perawat dengan angkuh berkata" oooh itu perawat junior!"

Perawat seterusnya memicit perut Puan S, ini ditegur oleh bapa S kerana S sedang sarat mengandung. Kemudian perawat berhenti memicit perut. Dia berkata "kalau awak dirawat di luar awak kena bayar RM3,000.00" S sekeluarga tak faham apa maksud perawat.

Seterusnya perawat mengatakan punca dia sakit ialah kerana dia derhaka kepada ibu-bapa, suami dan mertua. Bapa S sudah menggenggam tangan mahu sahaja menumbuk perawat kerana dia lebih mengetahui tentang anaknya. Walau bagaimanpun dia bertahan serta bersabar. Mereka kembali ke rumah dengan penuh kehampaan. S berpesan kepada keluarganya supaya jangan sekali2 menceritakan apa yang berlaku kepada perawat zzz.

Petang itu ibu-bapa S terpaksa memanggil perawat zzz kerana keadaan puan S teramat menyiksakan. Perawat zzz merawat seperti biasa. Apabila dirukyah jin2 di dalam badan membocorkan rahsia rawatan di YYY dengan perawat berkenaan.

Perawat zzz meminta maaf terhadap apa yang berlaku dan menegaskan tidak semua perawat di YYY adalah demikian... mungkin ada hal2 tertentu menjadikan perawat bersifat demikian.

Rawatan malam itu berjaya memulihkan terus puan S... dia dirawat oleh zzz. zzz berkata sebenarnya syarat penyembuhan adalah kena ke YYY dahulu, tidak kira apa yang terjadi... ini sebagai menghilangkan kisah duka pesakit berkenaan.

Demikianlah kisah benar yang diceritakan oleh zzz kepada saya. Pesanan saya kepada perawat... tindakan anda boleh merendahkan kaedah rawatan Islam, sekiranya anda ada masalah jangan terbawa2 dalam merawat. Jangan kerana terlalu ramai pesakit anda bersifat kurang cermat dalam melakukan rawatan. Kepada pesakit pula, ingatlah bahawa bukan perawat yang menyembuhkan anda tetapi ALLAHlah yang berhak selaku penyembuh. Jangan dirawat berdasarkan kesohoran perawat... betulkan niat anda.

Mengesan Gangguan Melalui Gambar

Pembaca blog mungkin pernah membaca kisah persahabatan manusia dengan jin dalam buku yang dikarang oleh Muhammad Isa Dawud berjodol "Pengalaman Rohaniah Dialog Dengan Jin Islam". Saudara Muhammad Isa Dawud adalah seorang wartawan Mesir yang aktif sebagai dai'e menganggotai ikhwanul muslimin. Jin yang menjadi sahabatnya adalah Jin Islam (yang kafir pada awalnya), berasal dari India dan berusia 180 tahun.

Saudara Muhammad bertanya banyak perkara mengenai kehidupan jin. Bagaimana kehidupan jin, tempat tinggal, perkahwinan jin, jenis2 jin, kejadian sihir dan kaedah2 pencegahan.

Apa yang saya ingin tegaskan bahawa tidak salah bersahabat dengan jin. Yang salah adalah berkhadam dengan jin. Bersahabat tidak meminta sebarang ikatan tetapi berkhadam lebih bersifat perkongsian pintar.

Pihak2 yang menghalang persahabatan dengan jin adalah kerana antaranya menganggap semua jin adalah jahat. Mereka juga berhujjah jin adalah penipu dan mana kita tahu dia jin Islam atau jin kafir.

Sebenarnya inilah juga sifat jin kafir kepada jin Islam. Jin kafir kata jin Islam jahat dan penipu. Samalah seperti manusia kafir yang mengatakan orang Islam terorist dan tak boleh berkawan dengannya. Tidak ada bezanya. Kita telah ditanam dengan perangkap musuh supaya membenci kebenaran dan rakan seagama dengan kita.

Yang jelas... tidak salah berkawan/bersahabat dengan jin. Tidak semua orang perlu bersahabat dengan jin dan ulamak meletakan syarat orang yang mahu bersahabat dengan jin mestilah memiliki akidah yang mantap. Bersahabat dengan jin bukanlah keperluan kerana dalam sejarah Islam kita amat jarang mendengar kisah-kisah persahabatan kecuali di zaman pemerintahan Nabi ALLAH Sulaiman Alaihissalam.

Bagi anda yang tidak ada keperluan, saya nasihatkan jangan bersahabat dengan jin. Cuma hormatilah mereka, jangan peleceh dengan kata2 sebaik2 jin sejahat2 manusia! ini absolutely wrong!. Bila kita berdoa "Allahumaqfirli... wal muslimin wal muslimat.." qasadkan dalam hati seluruh umat Islam tak kira siapa, parti apa, bangsa apa... termasuk kalangan jin. Saya mahu sifat ukhuwah Islam tidak dibatasi mana2 sempadan, kerana sempadan inilah yang memecah-belahkan kekuatan kita.

Apa yang saya nak ceritakan?

Pembaca mungkin masih ingat Pn. zaiton yang diberi kebolehan melihat Jin. Sebenarnya ada jin pada badan Pn. Zainon dan dia beragama Islam.

Baru2 ini saya bawa gambar foto bagi 2 kes anak yang tak balik ke rumah sebaik sahaja mendirikan rumah tangga kepada Puan Zaiton. Ibu-bapa bagi anak2 ini mengsyakki anak2 mereka telah disihir.

Saya minta Zaiton lihat gambar2 berkenaan. Apabila dilihatnya beliau (jin pada zaiton) mengatakan salah satu ada ikatan sihir dan yang satu lagi adalah krisis keluarga.

Saya kata kepadanya supaya memanggil jin yang mengganggu pemuda berkenaan. Jin pengganggu datang, saya kata saya nak bercakap dengan ketua dia. Ketua jin itupun datang dengan lagak yang marah.

Dia memangil dirinya Embah, bercakap loghat Indonesia. Saya minta supaya tidak mengganggu pemuda ini lagi... katanya agak sukar kerana kaedah pemisah yang digunakan adalah dengan menanam benda yang diikat ditanah perkuburan. Saya tanya kenapa dia mahu bekerjasama dengan saya? katanya dia telah tidak bayar upah oleh ??? . Dia mengajar saya bagaimana nak menghapuskan ikatan berkenaan. Saya uji samada dia bercakap benar atau tidak, ternyata dia bercakap benar.

Diakhir pertemuan dengan jin Islam pada Pn. Zaiton dia menasihatkan saya beberapa perkara yang rasa tidaklah perkara baru dan memang telah saya amalkan.

Pada pandangan saya Jin Islam pada Pn zaiton boleh dimanafaatkan. Kita boleh scan samada kita diganggu oleh makhluk halus ataupun tidak, samada sihir, saka, asyik dsb secara memberi jin ini melihat gambar orang berkenaan.

Kaedah melihat gambar adalah kaedah yang digunakan oleh tukang2 sihir untuk menyuruh jin2 jahat menyerang magsanya. Jin2 jahat ini mengenal mangsa melalui gambar yang ditunjukan oleh tukang sihir... kekuatan pengecaman jin adalah 99% lebih baik dari deria pengecaman anjing.

Tukang sihir juga adakalanya menggunakan pakaian mangsa yang berbau peluh untuk dicam oleh jin jahat. Oleh yang demikian jangan biarkan baju kerja anda yang belum berbasuh tersidai diluar rumah... kita tak tahu mungkin kita ada musuh yang mengintai peluang.

Kita bukan tukang sihir, kita gunakan gambar untuk scanning... kepercayaan kita adalah hanya jin yang boleh nampak jin.

Saya teringat pengalaman saya dengan Puan Es yang juga boleh melihat Jin. Apabila dia melihat iklan celcom gambar Maya Karin, Es nampak jin penuh di muka artis ini.... begitu juga Azean Erdawaty yang berlakon jadi Tok Bomoh, Es kata Azean sebenarnya diganggu oleh jin hingga membawa kepada kanser payu dara.... Jin tidak boleh diseru samada main2 atau berlakon. Mereka akan datang, seruan adalah panggilan yang membolehkan jin masuk kepada orang yang menyeru.

Kes di atas juga adalah kes gambar...

Saya tak pasti Pn. Zaiton berminat untuk membantu pembaca blog untuk mentafsirkan gambar2... tetapi jika ada keperluan, pembaca blog boleh email kepada saya gambar berkenaan. Saya akan foward/serahkan kepada Pn. Zaiton dan keputusannya saya akan maklomkan kepada penghantar berkenaan. Ini bisa diatur... Percuma? ini kenalah bincang dengan Pn. Zaiton. Saya rasa Pn Zaiton ikhlas mahu membantu, tetapi harus diingat, Pn. Zaiton mungkin dibelasah oleh jin yang rahsianya telah terbocor... appreciate lah risiko yang Pn. zaiton terpaksa hadapi. Biar saya bincang dulu dengan Pn. zaiton suami-isteri terlebih dahulu.

Saturday, November 24, 2007

Serambi Madinah






Wanita yang diganggu oleh jin kemudian saya doakan supaya didirikan rumah di Tasik Biru menelefon isteri saya memberitahu badannya bergerak-gerak agak luar biasa dan meminta saya merawatnya hari ini juga.

Saya berpendapat ini mesti ada jin-jin lain yang masuk dan nak minta saya doakan untuk kediaman mereka. Keadaan begini boleh terjadi jika pada badan wanita berkenaan ada bersaka... jin saka adakalanya membuka pintu2 bagi kemasukan jin2 lain ke batang tubuh berpu"saka". Saya bersetuju untuk merawat, walaupun jadual rawatan saya sudah penuh hari ini.

Saya solat maghrib berjemaah bersama keluarga saya dan suami wanita ini. Saya ada berhajat besar, maka selepas solat fardhu saya solat hajat. Hajat saya ialah untuk membina sebuah perkampungan jin moden sepertimana Mesjid Nabawi di Madinah, saya mohon jin2 Islam menghuninya dengan pengurusan yang sistematik lengkap dengan majlis ilmunya.

Selesai solat saya mulakan rawatan. Seperti yang dijangkakan pada badan wanita ini banyak jin saka. Saya bercakap dengan ketua saka... dia muncul, malangnya dia jin kafir. Saya terfikir juga untuk menyediakan tempat bagi jin2 kafir ini. Saya tawarkan dia tempat tinggal berdekatan dengan jin Islam, dia menolak. Kami berbincang tempat yang sesuai... akhirnya kami bersetuju untuk membinanya di sebuah gunung di negeri Johor.

Saya tanya jin ini berapa ramai jin saka berumah di badan wanita ini. Katanya lebih kurang 1,000 jin. Ramainya! kata saya.... dia kata mereka dah lama menetap di sini dan proses kelahiran mereka secepat kilat bukan macam manusia.

Saya tawarkan rumah 2,000 pintu kepada jin dengan syarat mereka semua berpindah ke tempat berkenaan. Mereka bersetuju. Sayapun berdoa kepada ALLAH untuk perkara ini.

Sekali lagi keajaiban berlaku... sebuah bangunan bertaraf hotel 5 bintang terbina di atas sebuah sungai di gunung berkenaan. Jin-jin kafir ini pun berpindah ke sana. SubhanALLAH...

Saya scan lagi, muncul satu jin. Saya kata saya nak bercakap dengan ketuanya. Ketua jin ini muncul dan saya ajak dia masuk Islam. Selepas dialog yang panjang diapun bersetuju dan saya namakan dia Abu Bakar Assidiq. Saya beritahu hasrat saya untuk membina perkampungan Islam kepadanya, tetapi oleh kerana dia baru saja masuk Islam saya kurang berkeyakinan dia boleh mengurus perkampungan berkenaan. Saya minta dia melihat di luar rumah saya kalau2 ada tentera Islam. Katanya ada, saya minta panggil ketuanya kerana saya nak berbincang dengannya.

Ketua tentera Islam memberi salam kepada saya dan memperkenalkan dirinya sebagai Hj. Karim. Saya berbincang dengannya tempat yang sesuai untuk didirikan kompleks Islam untuk jin2 Islam beribadat, mengaji dan tinggal. Akhirnya kami bersetuju memilih satu tempat di negeri Selangor.

Sayapun berdoa, saya nampak Hj. Karim (melalui gaya wanita ini) menadahkan tangan mengaminkan doa saya. Saya tiup ke arah lokasi yang dicadangkan. MasyaALLAH.... kata tuan Hj. Karim cantiknya... saya namakan kompleks ini sebagai Serambi Madinah kerana imej yang ada dalam ilham saya semasa berdoa adalah Mesjid Madinah. Saya minta Tn. Hj. Karim menguruskannya bersama Abu Bakar Assidiq.

Saya scan wanita ini seterusnya, kini muncul jin dari perkampungan Islam. Saya tanya berapa ramai jin Islam dalam perkampungannya. Katanya ada 5 jin sahaja. Saya suruh mereka melihat Serambi Madinah. Katanya terlalu indah dan cahaya bergemerlapan.... mereka terlalu gembira untuk ke sana.

Ceritanya panjang lagi tetapi cukuplah setakad ini sebagai catatan.

Jika ada di kalangan perawat yang telah mengislamkan jin dan jin ini tiada tempat tinggal, bolehlah dihantar ke Serambi Madinah. Suruh jin ini berjumpa dengan Abu Bakar Assidiq atau Tn. Hj. Karim

Friday, November 23, 2007

Berdoa Untuk Jin

Saya perturunkan beberapa peristiwa di bawah ini terhadap apa yang berlaku dalam siri dialog saya dengan jin... tentunya bukan untuk bermegah tetapi sebagai ingatan dan renungan terhadap kebesaran ALLAH.

Kes 1 : Jin berkenaan mengadu resdung, ini menjadi punca kepada pesakit (manusia yang diganggu oleh jin ini) resdung. Saya doakan dan dia pulih serta-merta dengan izin ALLAH, pesakit resdung itupun tidak resdung lagi.

Kes 2 : Satu jin Mat Rempit yang patah kaki dan tangan. Ia masuk kepada seorang pesakit yang ada saka, saya doakan dan jin ini bangun berdiri terpinga2 apabila patahnya sembuh. Dia masuk Islam kerana terpegun dengan kejadian berkenaan dan berhenti merempit. Saya cadangkan dia jadi mat despatch dan dia bersetuju.

Kes 3 : Satu jin yang patah pinggang jatuh dari pokok durian, menderita lebih 100 tahun. saya doakan dan alhamduliLLAH dia juga tegak berdiri. Katanya" saya patut jumpa awak 100 tahun yang lalu" diapun masuk Islam.

Kes 4 : Sekumpulan jin mengikuti putera/puteri Umno berkelilingi kampung sempena sambutan 50 tahun merdeka menaiki motor kapcai. Mereka masuk ke badan seorang wanita dan tak mahu keluar selagi motor2 mereka yang mereka bawa masuk ke dalam badan wanita tidak dikeluarkan bersama. Saya tanya jin2 ini bagaimana kalau saya ganti motor yang lebih power? mereka ketawakan saya, mana awak boleh katanya... saya kata semuanya dengan izin ALLAH. Kemudian saya doakan dan minta mereka melihat keluar bangunan. Terbeliak mata mereka... eh ini motor jin kata mereka! Merekapun teruja dan mengucapkan terimakasih kepada saya lalu keluar dengan segera.

Kes 5 : Satu jin yang menjadi ketua keluarga mendiami perut seorang pesakit wanita. Saya minta dia bawa familinya keluar dari perut wanita ini. saya kata perut wanita ini gelap. Dia kata dia tak kisah gelap sebab dia rabun. Saya tawarkan untuk mendoakan matanya dengan syarat kalau pulih dia kena keluar dari badan wanita ini. Dia bersetuju. Saya doakan dan alhamduliLLAH dia pulih. Dia amat terkedu dan bersetuju masuk Islam.

Kes 6 : Pada badan wanita yang sama tinggal juga satu keluarga jin. Katanya dia ada 12 ahli keluarga. Saya tawarkan dia rumah 24 bilik di Tasik Biru Kundang dengan syarat dia tidak lagi menghuni badan wanita ini. Dia bersetuju dan sayapun berdoa baginya. Alangkah terperanjatnya ketua jin ini melihat bangunan terbina bertingkat2 di tasik berkenaan. Akhirnya bukan sahaja 12 ahli keluarga yang pindah yang lainpun ikut serta.

Kes 7 : Saya panggil tentera jin Islam yang berkawal di rumah seorang pesakit di Kg. Melayu Sg. Buloh untuk berkumpul di depan saya. Saya ucapkan jazakALLAHu khairan jazak kepada mereka kerana sanggup mewakafkan diri sebagai tentera Islam secara sukarela tanpa sebarang perjanjian dengan saya. Saya doakan agar mereka dibekalkan senjata yang bersesuaian dengan bidang tugasan mereka. Kemudian saya tanya wanita ber"saka" berkenaan apa yang dia nampak. Katanya dia nampak jin2 berkenaan memegang senjata-senjata yang canggih seperti rifel dsb.

Mungkin catatan ini boleh ditertawakan apalagi saya sendiri tidak melihat kecuali apa yang diceritakan oleh pesakit2 saya. Keyakinan saya adalah maha benar janji Allah " 'ud'uni pastajiblakum" dan itulah sebenarnya yang berlaku. WaALLAHu 'aklam.

November 20, 2007 ...Hari Pengisytiharan

Pada 20hb. November 2007 yang lalu saya telah dipanggil oleh beberapa AJK sebuah badan pengubatan Islam yang saya anggotai sebelum ini. Saya tak akan sebut badan ini walaupun mungkin pembaca blog boleh meneka sendiri.

Saya dipanggil untuk mengsahihkan teknik rawatan saya, hadir sama beberapa orang bekas guru saya dan rakan-rakan perawat yang rapat dengan saya.

Saya gembira bila teknik rawatan saya ingin diteliti oleh bekas guru2 saya sendiri.... ternyata mereka berpuashati bahawa teknik2 berkenaan tidak bercanggah dengan syara'....alhamduliLLAH.

Oleh kerana kebanyakan teknik saya bukanlah diajar oleh TG saya, ditambah pula saya menulis pada blog saya, AJK2 berkenaan bimbang bahawa tulisan2 saya serta teknik rawatan saya dikatakan sebagai kaedah rawatan badan ini.

Kenapa perlu bimbang selagimana kita dijalan benar? Mereka menjelaskan bagaimana usha2 pihak2 tertentu untuk menutup badan perubatan ini... tuduhan demi tuduhan dilemparkan, TG bela jin, jual air jampi dsb. Oleh yang demikian badan ini amat bimbang dengan penemuan-penemuan serta penulisan saya.

Badan ini menghentikan teknik bakar batu-bata.... bukan kerana teknik ini salah, tetapi fitnah boleh dilemparkan seolah-olah kerja2 penyihiran.

Badan ini tidak membenarkan ahli2nya menjual air yang dirukyah di pusat rawatan, bukan salah menjual air rukyah, tetapi fitnah kepada TG yang kononnya kaya kerana air jampi...

Setelah perbincangan panjang, saya sendiri yang mencadangkan untuk menarik diri dari menganggotai pertubuhan ini. Biarlah saya seorang sahaja yang menanggung fitnah. Saya sayangkan TG, guru2, AJK2, lebih2 lagi rakan2 perawat seperjuangan. Mereka bersetuju dan kami berikrar untuk sebaik mungkin menjaga nama baik TG dan keluarnya saya dari badan ini tidak bererti putusnya hubungan peribadi antara murid dan guru serta rakan2...

Yang paling utama apa tujuan kita.... saya telah letakan niat dari awal lagi bahawa saya mahu merawat masyarakat kerana ALLAH... jika ada pahala saya merawat saya hadiahkan kepada kedua ibu-bapa saya yang telah pergi bertemu Ilahi.

Oleh yang demikian, saya kini bersendirian, saya bukan lagi anggota badan berkenaan.... saya adalah AKRINE... panggillah saya Akrine dan bukan selain dari itu.

Wednesday, November 21, 2007

Tulisan En. Sumiejapan

Pengertian Tok Bomoh.

Tok Bomoh menurut Kamus Dewan ialah tabib kampung yang mengubati orang sakit dengan menggunakan ubat tradisional atau cara kampung dan jampi-jampi yang tertentu dan sebagainya. Termasuk juga dalam istilah ini ialah Tok Pawang dan dukun Tok Bomoh yang Makan Upah.

Terdapat sejenis Tok Bomoh lagi yang amat bahaya dalam masyarakat Melayu, yang kerjanya hanyalah untuk menimbulkan kesusahan dan huru hara kepada orang lain. Tok Bomoh jenis ini lebih di kenali sebagai Tok Bomoh yang makan upah. Tok Bomoh jenis ini kebiasaannya mempunyai khadam daripada golongan Jin Islam yang fasik dan Jin Kafir serta kuncu-kuncu mereka.Mereka menggunakan perkhidmatan Jin-Jin tersebut untuk menganiayai manusia lain atas sebab-sebab tertentu, antaranya seperti iri hati, hasad dengki atau cemburu atas kejayaan orang lain samada dalam bidang perniagaan, pekerjaan, persekolahan atau marah kepada orang atasan kerana tidak terpilih untuk kenaikan pangkat atau tidak memenangi tender dan sebagainya.

Terdapat juga mereka yang menggunakan Tok Bomoh jenis ini bagi membalas dendam sebab sakit hati kerana di hina, di kutuk atau kerana senda gurau yang berlebihan.Terdapat juga sesetengah orang yang menggunakan perkhidmatan Tok Bomoh ini semata-mata kerana marah atau benci kepada orang lain di sebabkan kekayaan orang tersebut atau iri hati melihat orang tersebut lebih berada daripadanya atau marah kerana kesombongan orang lain terhadapnya dan lain-lain lagi, kebanyakan kes yang dijadikan alasan oleh sesetengah orang yang mendapatkan perkhidmatan Tok Bomoh jenis ini kebiasaanya berhubung dengan masalah rumah tangga contohnya seperti untuk menundukkan suami atau isteri yang terlalu garang, meruntuhkan rumah tangga orang lain, supaya dirinya nampak cantik dan di sayangi oleh suami ( dalam kes si suami yang berpoligami ), kerana pinangannya di tolak oleh pihak keluarga wanita atau kekasihnya di rampas oleh lelaki lain dan sebagainya
__________________

Pecahan-pecahan Tok Bomoh.

Tok Bomoh dalam masyarakat Melayu secara ringkasnya boleh dibahagikan kepada beberapa pecahan dan bidang mengikut kepakaran masing-masing. Antara yang terkenal ialah :-

a. Tok Bomoh Kayap

Tok Bomoh Kayap biasanya mengubati pesakitnya dengan menggunakan jampian yang di ambil daripada ayat-ayat Al-Quran dan mentera-mentera tertentu. Manakala peralatan yang digunakan ialah seperti daun sireh, kapur makan, pinang dan sebagainya.

b. Tok Bomoh Santau

Tok Bomoh Santau biasanya mengubati pesakitnya dengan menggunakan jampian yang di ambil daripada ayat-ayat Al-Quran dan mentera-mentera tertentu. Manakala peralatan yang digunakan ialah seperti tanah liat, bawang merah, sireh pinang dan sebagainya.

c. Tok Bomoh Barah

Tok Bomoh Barah biasanya mengubati pesakitnya dengan menggunakan jampian yang di ambil daripada ayat-ayat Al-Quran dan mentera-mentera tertentu. Manakala peralatan yang digunakan ialah seperti telur ayam, akar lalang, sireh pinang dan sebagainya.

d. Tok Bomoh Patah

Tok Bomoh Patah biasanya mengubati pesakitnya dengan menggunakan jampian yang di ambil daripada ayat-ayat Al-Quran dan mentera-mentera tertentu. Manakala peralatan yang digunakan ialah seperti minyak, daun mengkuang, air telaga dan sebagainya.

f. Tok Bomoh Ekor

Tok Bomoh Ekor biasanya menggunakan jampian yang di ambil daripada ayat-ayat Al-Quran dan mentera-mentera tertentu dan jampi serapah menyeru Jin dalam usaha untuk menghadirkan nombor ekor yang diingininya. Manakala peralatan yang sering digunakan ialah seperti telur ular tedung, cawat besi, keris atau senjata lama dan sebagainya.

g. Tok Bomoh Harta Karun/Tarik Duit.

Tok Bomoh Harta Karun/Tarik Duit menggunakan jampian yang di ambil daripada ayat-ayat Al-Quran dan mentera-mentera tertentu dalam usaha mereka menarik duit atau mencari harta karun yang tersembunyi di mana-mana. Manakala peralatan yang digunakan ialah seperti stareka cap kepala ayam, talam tembaga, batu delima merah, lesong batu berlubang, keris samar kucing dan sebagainya.

h. Tok Bomoh Urat/urut

Tok Bomoh Urat dan urut mengubati pesakitnya dengan menggunakan jampian yang di ambil daripada ayat-ayat Al-Quran dan mentera-mentera tertentu. Manakala peralatan yang digunakan ialah seperti minyak angin, air telaga dan sebagainya.

i. Tok Bomoh Budak, Tok Bomoh kecil dan sebagainya

Tok Bomoh budak, Tok Bomoh kecil yang boleh berubat berbagai-bagai jenis penyakit yang pelik-pelik tanpa belajar dari mana-mana, walaupun beliau masih kecil dan belum akhil baligh.Senarai di atas adalah merupakan sebahagian daripada pecahan-pecahan Tok Bomoh dalam istilah masyarakat Melayu. Walaupun begitu masih banyak lagi pecahan Tok Bomoh yang tak dapat di terangkan dan dimasukan dalam tulisan ini kerana terlalu banyaknya pecahan tersebut
__________________

Cara-cara menjadi Tok Bomoh dan seumpamanya.

Untuk menjadi Tok Bomoh dan sumpamanya, adalah melalui berbagai jalan dan caranya yang tertentu. Antaranya :-

a. Melalui warisan dari keturunan datuk neneknya atau melalui saka-baka

Di mana datuk nenek atau keturunanya yang terdahulu pernah menjadi Tok Bomoh yang terkenal dan apabila mereka meninggal dunia maka ilmu perbomohan itu menurun atau mengalir terus ke dalam tubuh anak-cucu mereka pula.

b. Mereka didatangi oleh Khadam

Yang menyerupai datuk neneknya dalam mimpi yang memberitahunya supaya membaca ayat-ayat, jampi -jampi atau mentera-mentera tertentu. Setelah diamalkan ayat-ayat atau jampi tersebut maka datanglah khadam-khadam tertentu untuk memberi pertolongan.

c. Melalui bacaan wirid, ayat, jampi, serapah atau doa-doa tertentu yang diamalkanya.

d. Melalui amalan-amalan latihan pertahanan diri tertentu, ataupun daripada ilmu perlatihan pertahanan dirian yang dituntutnya.

e. Melalui pertapaan atau uzlah di tempat-tempat tertentu seperti di dalam gua, di muka kuala, di dalam hutan dan sebagainya sehingga dikunjungi oleh khadam-khadam yang bersyarat bagi menghasilkan hajatnya.

f. Melalui pembelajaran dan penerimaan daripada guru-guru yang mempunyai khadam atau yang diamalkanya melalui kitab-kitab tertentu secara bersendirian.g. Meniru tanpa berguru iaitu samada belajar dari kitab atau melihat cara orang lain berubat lalu di tirunya

_________________________

KESESATAN DALAM PERUBATAN

Kebanyakan kesesatan yang boleh membawa kepada syirik dan menyebabkan seseorang itu menjadi kafir kebiasaannya berlaku dalam bidang perubatan yang dilakukan Tok Bomoh dan seumpamanya. Kesesatan tersebut bolehlah dibahagikan kepada tiga bahagian yang utama antaranya :-

1. Sesat Tok Bomoh, Tok Dukun, Tok Pawang, Mak Bidan dan Mak Andam dan seumpamanya Kesesatan yang sering berlaku pada golongan ini, ialah melalui proses mengubati pesakit atau dalam melakukan pekerjaan mereka, mereka mempunyai hubungan dan meminta pertolongan dengan khadam-khadam yang terdiri samada daripada Jin Islam alam rendah atau yang terdiri daripada Jin-Jin kafir. Mereka menjadi sesat melalui berbagai cara antaranya :-

a. Melalui Jampi, mentera dan serapah.Kebanyakan daripada Tok Bomoh dan seumpamanya menggunakan jampi atau mentera yang menyeru khadam-khadam untuk meminta pertolongan bagi membantu mereka memberi rawatan kepada pesakit-pesakit yang mengunjungi mereka. Biasanya jampi mentera itu dimulai dengan bacaan Basmallah …………. Dan di sudahi dengan selawat ke atas Nabi atau dengan menyebut Lailahailll Allah Muhammadar Rasulullah ". Tetapi di tengah-tengah jampi mentera mereka terdapat seruan-seruan kepada Jin bagi meminta pertolongan mereka dalam mengubati pesakit atau mendapatkan sesuatu. Contohnya seperti :-Amalan Batin." Bismillahirrahmanirrahim." Kuliat kulit banyu, sufaat daging banyu, rai ro ra inson, rogo iro rogo inson, aku bali gowo cohyo, cohyo maskinang kining, sang yang tunggang gerono anci-ancik kendali puro, berkat bulan kembang bintang dengan berkat Lailahaillah Muhammadurrasulullah.Serapah lekat Tulang." Bismillahirrahmanirrahim." Hei ! kerancang tulang dalam buluh, melela makan buat daku, kalau kau hendak ke dalam, ke dalam tulang, kalau kau nak keluar, keluar tulang, kalau tidak aku sumpah kata Allah berkat Lailahaillah Muhammadurrasulullah.

Serapah menepung Tawar" Bismillahirrahmanirrahim." Hai Jin Tanah Jembalang Bumi, Hai Jin Hitam serangkap rang bumi, pelesit di bumi, putar tanggah di bumi, puak juak mu, aku nak minta tolong jaga, tempat yang aku buat ni, aku menanggung baik di atas aku, dan jahat di atas mu, dengan berkat kata Lailahaillah Muhammadurrasulullah.

Mentera Menepung Tawar." Bismillahirrahmanirrahim." Hai ya sema yang semung, ya sema tiga terkendong, kembang wadi kembang wada cat udi nyunyi, batang wong batang wang batang terkendong, ribut salah musim, kiong kemaling cendi seruka, dalam usul punya melepas, siapa yang melepas, dalam asal punya melepas, siapa punya melepas, kedi bunuh punya melepas, siapa punya melepas, sema putih punya melepas, siapa punya melepas, sema hitam punya melepas, Pelepas di padang luas, melepas mak inang kurang sa empat puluh, pelepas kata dengan berkat Lailahaillah Muhammadurrasulullah.

Kesesatan yang telah dilakukan oleh Tok Bomoh yang menggunakan kaedah ini adalah terhadap dirinya sendiri, kerana jampi mentera yang digunakan itu mengandungi permintaan pertolongan kepada kuasa khadam dampingannya di samping meminta pertolongan daripada Allah, ini menunjukkan seolah-olah terdapat dua pihak yang berkuasa dan dapat memberi pertolongan kepada mereka, iaitu Allah s.w.t dan Khadam-khadam mereka. Perbuatan tersebut dengan terang-terang telah melakukan perbuatan syirik kerana menyama-tarafkan Allah s.w.t dengan mahkluk lain dan meminta pertolongan kepada mahkluk lain selain daripada Allah.


b.Melalui Perbuatan / Kelakuan Kesesatan Tok Bomoh.

Kesesatan seseorang Tok Bomoh dan seumpamanya boleh berlaku pada perbuatan dan kelakuan Tok Bomoh tersebut melalui penjelmaan Jin ke dalam tubuh badan mereka yang di panggil " Tanasakhul Arwah " semasa mereka melakukan perubatan. " Menurun " yang dilakukan untuk mengubati itu, adalah dengan bergantung kepada pertolongan dan kuasa Jin bagi membantu merawat pesakit tersebut. Bercakaplah Jin itu menggantikan Tok Bomoh atau Tok Pawang dengan mengkhabarkan berita-berita atau masalah-masalah yang dihadapi oleh pesakit tersebut. Pada hakikatnya yang sedang mengubati itu adalah Jin dan bukannya Tok Bomoh atau Tok Pawang tersebut, kerana tiada nas dan dalil dalam Al-Quran, hadis, ijmak ulama ataupun qias dan lain-lain pendapat yang muktabar yang boleh di pakai dalam Islam, yang menyatakan bahawa arwah Jin dan wali-wali boleh menjelma dan masuk ke dalam diri seseorang serta memperkenalkan dirinya dengan nama yang dijelmakan.

Demikian juga yang dilakukan oleh Mak Bidan ketika menyambut kelahiran bayi. Ada yang tidak sedarkan diri ketika menyambut bayi, namun mereka dapat melaksanakan tugas tersebut hingga selesai walaupun mereka tidak sedarkan diri. Persoalannya, siapakah sebenarnya yang memainkan peranannya ketika Mak Bidan tersebut tidak sedarkan diri.

Mak Andam juga memainkan peranan penting dalam menghidupkan suasana persandingan ala Hindu dengan adat istiadat pelamin dan pengantinnya. Bermula dari berinai , masuk pelamin sehinggalah selesai majlis persandingan tersebut di penuhi dengan suasana dan perkara-perkara Khurafat yang berhubung rapat dengan majlis pemujaan Dewa Rama dan Dewi Sita. Sedangkan sebagaimana yang telah kita ketahui bahawa upacara persandingan tidak pernah ujud dalam tamadun Islam, tambahan lagi mempertontonkan aurat wanita di khayalak ramai itu hukumnya haram dan persandingan pula bukanlah merupakan Sunnah Nabi s.a.w.

ii. Kesesatan Tok Guru Latihan Pertahanan Diri.

Kesesatan boleh berlaku ke atas tok guru latihan pertahanan diri atau pendekar seni pertahanan diri jika mereka melakukan salah satu daripada perkara yang diharamkan oleh syarak. Antaranya :-

a. Melalui kaedah " Mubai’at yang disertakan dengan kalimah Qasam atau sumpah-sumpah yang bertujuan kepada hikmah dan perkara-perkara luar biasa yang mencarik adat.

b. Melalui petua-petua atau kaedah yang ada pantang larang yang menepati hukum syarak.

c. Melalui petua-petua atau kaedah marah atau dimarahi bagi menzahirkan perkara-perkara luar biasa yang mencarik adat.

d. Melalui petua-petua atau kaedah yang berpegang kepada kebesaran ayat, wirid, jampi atau doa semata-mata tanpa mengharapkan pertolongan daripada Allah.

e. Tidak tahu asal usul ilmu yang dipelajarinya itu dan yang diajarinya kepada orang lain.

Kebiasaanya tok guru latihan pertahanan diri juga merupakan Tok Bomoh kerana di samping beliau mampu berlatihan pertahanan diri beliau juga biasanya mampu mengubati orang sakit.

Kesalahan besar yang telah dilakukan oleh tok guru latihan pertahanan diri yang sesat ini ialah sudahlah diri mereka sendiri telah tersesat melalui amalan-amalan yang sesat itu, kemudian mereka mengajarkan pula ilmu sesat itu kepada anak-anak muridnya, yang bukan saja mengamalkan ilmu tersebut, malahan juga akan turut tersesat sama. Jika kumpulan ini terus mengembangkan ilmu tersebut maka akan bertambah ramai lagilah orang yang akan tersesat.

Kesalahan yang sering mereka lakukan ialah dari segi penggunaan jampi dan mentera yang digunakan dalam kebanyakan latihan pertahanan diri terdapat seruan-seruan terhadap bantuan Jin bagi memulakan latihan. Berbagai-bagai bentuk mentera dan jampi digunakan dalam pelbagai jenis latihan pertahanan diri, antaranya menyeru roh Panglima Hitam, atau roh-roh panglima-panglima yang lain samada Hang Tuah atau Hang Jebat dan sebagainya.

Kesesatan dalam perbuatan dan permainan latihan diri pula ialah, terdapat sesetengah latihan pertahanan diri itu yang mensyaratkan pelatih pertahanan diri mestilah tidak sedarkan diri terlebih dahulu sebelum boleh menzahirkan perkara-perkara yang luar biasa, seperti melayang diatas pucuk pokok kayu, boleh melekat di dinding seperti cicak, boleh bertenggek di atas pucuk pisang seperti katak dan sebagainya. Perbuatan seperti itu sebenarnya menyalahi syarak kerana rohani Jin telah masuk kedalam tubuh pelatih pertahanan diri tersebut sehingga menyebabkan dia tidak sedarkan diri. Pemulihan pula dilakukan dengan membaca jampi dan mentera tertentu oleh tok guru latihan pertahanan diri tersebut. Setelah sedar pelatih itu tidak ingat apa-apa dan merasa letih yang amat sangat.

iii. Kesesatan Ulama.

Ulama boleh menjadi sesat sekiranya mereka berhubung dengan khadam-khadam tumpangan yang terdiri daripada rohani Jin Islam atau Jin kafir alam rendah yang datang mengikut perjanjian penerimaan persahabatan, samada melalui mimpi atau jaga, melalui wirid, jampi, doa dan seumpamanya.

Bermula dari situ ulama tersebut menjadi popular dan akan di kunjungi oleh orang ramai bagi meminta pertolongan seperti sembahyang hajat, mengubati penyakit, memberi kuliah-kuliah agama dan sebagainya.Lazimnya ulama-ulama yang terjebak dalam persahabatan dengan Khadam-khadam ini, sebenarnya mereka tertipu dan di tipu dengan syarat-syarat yang menepati hukum syarak yang didatangkan oleh khadam-khadam tersebut atau terpedaya dengan ketinggian ilmu, kealiman, kewarakan, kesolehan, ketinggian kelulusan atau pangkat kebesaran. Mereka hanya meniru sahabat-sahabatnya yang ahli dalam babnya. Dimana mereka sebenarnya tidak sedar bahawa mereka hanya alim dalam ilmu zahir dan ilmu-ilmu tertentu sahaja, tapi pada pandangan umum keilmuan mereka sudah lengkap dan mengcakupi dalam semua segi.

Mereka harus sedar bahawa dalam diri mereka masih ada lagi sifat-sifat mazmumah. Dari satu segi perbuatan tersebut memang kelihatan baik dan tidak terdapat apa-apa kesalahan, tetapi yang menjadi kesalahan dan menyesatkan pula ialah cara ulama tersebut menerima amalan dan pertolongan tersebut. Mereka menerima pertolongan daripada khadam Jin dan mereka pula memberi pertolongan kepada orang lain melalui bantuan khadam-khadam mereka.

Ulama-ulama jenis ini berselindung di sebalik keulamakan yang ada pada mereka, kerana kepentingan dan keegoan diri serta mempunyai sikap yang buruk. Kadang-kala mereka menggunakan kedudukan mereka untuk cuba menyebarkan fahaman dan kaedah perubatan mereka itu, sedangkan mereka tidak sedar yang mereka telah diperbudak-budakkan oleh puak-puak Jin yang pintar menipu manusia itu.

______________________

Kesesatan Yang Dilakukan Oleh Orang Yang Berubat.

i. Memuja Kubur-kubur yang di anggap Keramat.

Terdapat sesetengah daripada orang Melayu memuja kubur-kubur yang di anggap keramat dalam usaha meminta pertolongan bagi mengubati penyakit yang di alaminya. Sebenarnya kubur tersebut tidak dapat memberi apa-apa pertolongan dan kesan kepada penyakit mereka. Perbuatan tersebut amat bertentangan dengan ajaran Islam yang menyuruh umatnya meminta pertolongan hanya kepada Allah.

Di samping perbuatan mereka itu juga tidak ada bezanya dengan amalan orang-orang Hindu dan Buddha.Menziarahi kubur sebenarnya tidaklah salah atau menjadi satu kesalahan, bahkan sunat bagi umat Islam menziarahi kubur kedua ibu bapa , sanak saudara, keluarga, sahabat handai, tok-tok guru, alim ulama, para syuhadak dan orang-orang saleh, tetapi mengadakan pemujaan atas kubur tersebut, dengan mengadakan sesuatu upacara tertentu atau khusus di luar batasan syarak, itulah yang menjadi kesalahan dan kadang-kala boleh menyebabkan seseorang itu menjadi murtad dengan tidak disedari. Waliyazubillahi min zalik.

Antara contoh perbuatan memuja kubur yang dianggap kubur Tok Keramat yang berlaku dalam masyarakat kita ialah seperti memuja kubur Mak Bidan Tetek Lanjut di Taiping, memuja kubur Tok Temong di Temong, Kati, Kuala Kangsar, Memuja kubur-kubur di Pulau Besar, Melaka.

Mak Bidan Tetek Lanjut yang di puja itu tidak siapa pun yang mengetahui asal usul dan kesolehannya. Jadi mengunjungi kuburnya dengan sesuatu tujuan, membayar nazar dan niat adalah merupakan perbuatan bidaah dholalah yang haram semata-mata, kerana menganggapnya keramat dengan membawa pisang, pulut kuning dan sebagainya dengan tujuan untuk mendapat berkat dan sebagainya.

Manakala pemuja Kubur Tok Temong di Kati pula, pengunjung-pengunjung mengunjunginya dengan tujuan untuk menunaikan hajat dengan membawa pulut kuning, ancak, kemian, serta mengadakan tahlil di kubur tersebut bagi mendapatkan sesuatu hajat. Ada juga pengunjungnya yang menyembelih ayam dan di niatkan darah dan tulang ayam itu adalah untuk makanan Jin penunggu Tok Temong. Tidak ketinggalan kubur tersebut juga di kunjungi oleh sesetengah guru-guru latihan pertahanan diri dan pengikut mereka untuk mengambil berkat dan lain-lain yang seumpamanya. Mengikut sejarah Tok Temong hanyalah merupakan pemerintah asal kawasan tersebut sebelum kedatangan Sultan ke Kuala Kangsar sahaja.

Pemuja-pemuja kubur di Pulau Besar di Melaka pula menganggap kebanyakan kubur-kubur di Pulau tersebut adalah kubur wali-wali Allah yang keramat. Sebenarnya kubur-kubur di pulau tersebut banyak yang kosong tanpa penghuni. Hanya orang yang tidak tahu menilai kebenaran sahaja yang mahu mengunjunginya. Mereka di tipu oleh kumpulan-kumpulan Jin yang mendiami pulau tersebut dan memberitahu mereka melalui mimpi supaya dibangunkan kubur-kubur untuk pemujaan.

ii. Pengeras / Upah.

Kebiasaan pengeras yang ditetapkan oleh sesetengah Tok Bomoh adalah berlainan. Ada yang menetapkan seperti lima ringgit suku dengan jarum tiga batang dan garam setahil. Sesetengah pengeras pula dengan membawa sireh bertemu urat sebanyak tujuh helai, kapur dan pinang.

Ada juga yang menetapkan pengerasnya dengan buah kelapa masak, beras secupak dan minyak kelapa. Jika membuang barang hikmat yang tertanam upahnya adalah sekali ganda dari upah yang dikenakan oleh orang yang menanamnya, contohnya kalau RM 100.00 jadi RM 200.00 dan sebagainya. Ada juga yang mengenakan pengeras atau upah sampai beribu ringgit mengikut kemampuan dan kemampuan pesakit.

Terdapat juga Tok Bomoh yang menetapkan upah sekadar ikhlas pesakit sahaja.

Kesalahan dan kesesesatan yang berlaku dalam keadaan ini ialah apabila pesakit tersebut percaya jika tidak menyediakan pengeras seperti yang di minta oleh Tok Bomoh itu maka penyakitnya tidak akan sembuh atau sukar untuk disembuhkan atau menganggap pengeras yang disediakan itulah yang menyebabkan penyakitnya sembuh.

Sebenarnya mengambil upah berubat dan menjampi dengan ayat-ayat Al-Quran , Selawat-selawat Nabi dan susunan ayat-ayat yang baik adalah diharuskan oleh syarak, berdasarkan suatu Hadis yang diriwayatkan oleh Saad bin Abi Waqas.

iii. Pemutus Ubat.

Pemutus ubat bermakna menamatkan rawatan dengan Tok Bomoh tersebut setelah pesakit sembuh dari penyakit yang di alaminya. Kononnya kalau tidak " putus ubat " penyakit itu akan kembali semula. Berbagai jenis dan syarat amalan pemutus ubat diminta dan dikenakan oleh Tok Bomoh, antaranya seperti :-

a. Pesakit mesti menyembelih seekor ayam hitam, sepinggan pulut putih atau kuning dan sebiji telur dadar yang diletakkan di atas pulut tersebut.

b. Melepaskan ayam hitam di tepi hutan dengan niat tertentu

c. Mandi di kolah masjid tertentu sebanyak 3 atau 7 kali

d. Membuat kenduri arwah dan di antara persiapannya ialah kemian yang di bakar, pulut kuning dan lain-lain kuih muih dan sebagainya.

Apabila seseorang itu yakin dan mempercayai serta beri'tikad bahawa tok-tok Bomoh atau doktor-doktor itulah yang menyembuhkan penyakit dengan ikhtiar dan usaha mereka atau melalui ubat-ubatan dan jampi-jampian mereka yang memberi bekas dalam menyembuhkan penyakit itu, ini bererti dia telah menyediakan dirinya jatuh kedalam murtad, kerana ia telah berpegang teguh dengan keyakinan tersebut sehingga menjadi satu ittikad bahawa sebab beradat yang Allah telah datangkan itu memberi bekas dalam menghasiklan sesuatu

________________
TANDA-TANDA TOK BOMOH YANG MENGGUNAKAN KHADAM/JIN DALAM PERUBATAN

Kebanyakan daripada orang-orang Melayu sangat mempercayai Tok Bomoh sehingga mereka tidak dapat membezakan di antara Tok Bomoh yang hak dan yang batil ( yang menggunakan pertolongan Khadam dalam pengubatan mereka ). Keadaan ini berlaku kerana mereka jahil tentang ajaran Islam yang sebenarnya, oleh itu mereka mudah di tipu oleh lakunan yang dimainkan oleh Tok Bomoh palsu ini. Sebagai panduan diperturunkan serba ringkas contoh-contoh Tok Bomoh yang menggunakan pertolongan khadam dalam pengubatan mereka. Antara tanda-tanda tersebut dapat kita lihat melalui salah satu dari perkara-perkara berikut, antaranya :-

a. Cara berpakaian semasa mereka berjampi

Biasanya semasa berjampi Tok Bomoh atau Tok Pawang yang bersahabat dengan khadam ini memakai pakaian khas, antaranya seperti :-

i. Memakai baju dan seluar yang bewarna hitam dengan melilit kain hitam di kepala atau memakai tengkolok bewarna hitam dan sebagainya.

ii. Memakai jubah. Kadangkala bewarna putih dan kebiasaanya bewarna kuning, kononnya dia dari keturunan raja. Terdapat juga yang memakai jubah hijau kononnya beliau bersahabat dengan Jin Islam.

iii. Terdapat juga yang berpakaian baju Melayu, berkain pelikat dan bersongkok atau berketayap.

iv. Ada juga yang berambut panjang, yang kononnya beliau berketurunan dari Jawa, Sumatera dan sebagainya.

b. Mengubat Pesakit dengan Cara Menurun/Menyelap.

Sebelum menurun biasanya Tok Bomoh akan membaca beberapa serapah, jampi atau mentera tertentu dan ada kalanya membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Terdapat juga yang memegang keris dan mengasapkanya pada asap kemian. Dalam beberapa saat sahaja masuklah Jin ke dalam tubuh Tok Bomoh tersebut. Ada yang mengeletar, ada yang berguling-guling dan sebagainya, ketika di masuki oleh Jin khadam mereka itu.Suara dan raut wajah mereka juga akan bertukar. Sesetengahnya kelihatan sangat tua dan berkedut, manakala suara mereka juga terketar-ketar dan sangat perlahan dan adakalanya susah untuk di fahami, ini kerana Jin sahabat mereka itu sudah tua. Matanya kadang-kala pejam dan suka tunduk ke bawah. Suara juga sudah berubah dan mengikut jenis dan dari tempat mana Jin itu berasal. Kalau Indonesia, ia akan bercakap bahasa Indonesia atau bahasa Jawa, begitulah seterusnya. Biasanya ucapan Jin tersebut di mulai dengan katanya " Assalamualaikum, apa hajat cucu ku datang ke mari / memanggil ku ? "

c. Tanpa Menurun / Menyelap

Terdapat juga Tok Bomoh yang mempunyai khadam daripada gulungan Jin yang memanggil Jin khadam mereka tanpa menurun. Cara rawatan tersebut dapat dilakukan dengan berbagai cara antaranya :-

i. Dengan meletakkan air, limau dan sintuk atau barang-barang lain yang difikirkan perlu di hadapannya.

ii. Terdapat juga Tok Bomoh jenis ini yang menilik terlebih dahulu, seperti dengan menggunakan limau dan menggolekkanya atau membelahnya kemudian dilepaskan kedalam air dan melihat limau tersebut samada terbalik atau tertiarap.

Mereka juga kadangkala menggunakan mangkuk putih yang diisikan dengan air sambil menilik dan membuat ramalan. Terdapat juga Tok Bomoh yang menggunakan jarum yang diletakkan di atas air dan jarum tersebut akan berpusing dan sebagainya.

d. Membelah Batin.

Pertolongan daripada khadam juga digunakan oleh Tok Bomoh-Tok Bomoh yang dapat membelah batin pesakitnya tanpa menggunakan sebarang alatan pembedahan seperti pisau dan sebagainya. Walaupun kadang-kala Tok Bomoh jenis ini juga menggunakan pisau tetapi tiada kesan luka yang dapat di lihat di badan pesakit. Pesakit akan merasai seolah-olah seperti di bedah dan dapat merasai kesan darah dan sebagainya. Setelah selesai melakukan pembedahan batin ini, Tok Bomoh tersebut biasanya akan menggunakan daun sireh atau limau nipis untuk menyempurnakan pembedahan ghaibnya.

Sebenarnya kita boleh menggunakan Khadam dalam melakukan pekerjaan kita dengan syarat-syarat berikut, antaranya :-

1. Tidak terikat dengan mana-mana syarat daripada Khadam

2. Tidak menggunakan Tanasukh Aruah ( Menurun )
3. Kelakuan yang tidak menyalahi syarak ketika melakukan rawatan
4. Perawat telah mantap pegangan dan kefahaman Akidah, Akhlak dan Syariat.

Sebenarnya tidaklah salah jika kita ingin menjadi Tok Bomoh, tok dukun atau Mak Bidan, malahan Islam juga menggalakkan umatnya menceburi Bidang tersebut, kerana Bidang tersebut merupakan salah satu daripada Fardhu Kifayah tetapi biarlah cara dan amalan serta kaedahnya itu merupakan sesuatu yang diharuskan oleh syarak dengan mengikuti contoh yang telah ditunjukkan oleh Nabi Muhammad s.a.w, bukannya yang di terima melalui mimpi, menggunakan pertolongan khadam yang terdiri daripada para Jin dan sebagainya.
__________________

Cara-cara Untuk Melakukan Penganiyaan.

Terdapat berbagai cara yang di lakukan oleh orang-orang yang dengki tersebut, supaya matlamat yang mereka impikan tercapai, walaupun terpaksa mengeluarkan belanja yang banyak serta bersusah payah memenuhi syarat-syarat yang dikenakan oleh Tok Bomoh tersebut untuk menjayakan penganiayaan mereka. Antaranya :-

a. Menanam barang-barang Hikmat

Setelah mendapatkan perkhidmatan Tok Bomoh jenis ini orang tersebut mestilah menanam barang-barang tertentu yang telah di puja dan di jampi oleh Tok Bomoh, seperti minyak dagu, minyak berpuja ( minyak orang mati di bunuh ) telur ayam, kulit kerbau balau yang mati di panah petir, tulang orang mati, tulang babi, tulang kongkang, kulit babi, besi bath siam, tahi besi, paku, rambut, gigi, patung siam, tanah kubur, tengkorak, batu tokong siam atau tokong Hindu, serpihan batu asah dan sebagainya di tempat-tempat yang biasa di duduki dan dilalui oleh orang yang di sakitinya itu seperti di rumah, di dalam pasu bunga, depan pintu, dekat pagar, kepala simpang jalan, di selit di tempat-tempat sulit samada di rumah, di pejabat, di kedai, di dinding, bawah rumah, dalam kenderaan atau jika barang tersebut jenis debu seperti abu orang mati, maka ia di tabur di sekeliling rumah orang tersebut dan sebagainya. Jika barang hikmat itu berupa minyak berpuja kebiasaannya di sapu di tiang rumah, kedai, kenderaan, pakaian dan sebagainya.

b. Memuja gambar

Terdapat juga cara untuk menganiayai orang lain dengan cara memuja gambar orang yang ingin di khianati seperti gambar tersebut di seru dan di jampi serta di cucuk-cucuk dengan jarum atau di gantung di sesuatu tempat yang berangin supaya sentiasa berbuai.

Selain gambar, alat-alat badan seperti pakaian, baju dalam atau seluar dalam seseorang juga boleh digunakan sebagai alat untuk memuja dan menganiayai seseorang terutamanya dalam penganiayaan yang berkaitan dengan masalah cinta , rumah tangga dan kasih sayang.

c. Tuju melalui angin/makanan

Pengkhianatan juga boleh dilakukan dengan cara membuat tuju kepada orang yang di sakiti dan di hantar melalui angin contohnya seperti santau angin atau dengan memuja tengkorak orang mati di rumah Tok Bomoh dengan di tuju dan di kasadkan kepada orang yang dihajatinya.

Penganiayaan juga boleh dilakukan dengan memasukkan sesuatu hikmat ke dalam makanan dan minuman seseorang.

d. Memuja Patung sebagai penganti orang yang di aniayai

Pemujaan patung yang di puja dan dikasadkan kepada orang yang dihajati juga kerap dilakukan oleh orang-orang yang dengki dengan tujuan untuk memporak perandakan kehidupan orang tersebut. Patung-patung tersebut di cucuk dengan jarum atau duri nibung dang sebagainya dengan tujuan supaya orang yang dihajati akan merasa sakit dan mati secara perlahan-lahan.

_____________

Kesan dan Akibat ke atas diri mangsa.

Setelah syarat-syarat yang di minta oleh Tok Bomoh makan upah ini di penuhi dan semua peraturannya diikuti maka akan berlaku sesuatu keatas orang yang dihajati oleh si pengupah tersebut. Antara kesan dan tanda-tanda bahawa seseorang tersebut telah menjadi mangsa Tok Bomoh makan upah ini ialah antaranya :-

a. Badan sentiasa sakit menyucuk-nyucuk, anggota terasa panas, bisa seluruh badan atau sebahagian daripada badan, badan terasa kebas dan sebagainya.

b. Perasaan menjadi resah dan gelisah, tidak boleh tidur malam, sering bermimpi yang buruk dan mengerikan, terdapat lebam-lebam bewarna biru seperti kena tokok ditempat-tempat tertentu pada badan.

c. Orang yang dianiayai akan menjadi gila, hilang ingatan, tidak siuman, mereng dan seumpamanya.

d. Sering meracau-racau, ketawa mengilai-gilai atau bercakap seorang diri.

e. Mengalami sakit kepala sebelah samada di sebelah kanan atau kiri.

f. Rahim terasa sakit dan kadang-kala terasa seperti hendak jatuh

g. Badan terasa berat seperti ada benda di atas belakangnya dan kadang-kala terasa seperti ada sesuatu yang mencakar-cakar belakangnya.

h. Sentiasa terkenang atau teringat seseorang dan terasa hendak lari dari rumah.

i. Tidak boleh duduk dalam rumah, dalam kedai atau di pejabat sebab terasa panas dan serabut.

j. Selalu tidak sedarkan diri dan pengsan.

k. Kadang-kala si mangsa berbau busuk di merata-rata tempat.

l. Perut mangsa menjadi buncit tanpa apa-apa penyakit. ( kata orang busung )

m. Kadang-kala kemaluan dirasakan telah berpindah ketempat lain seperti berada di dahi, sedangkan orang lain tidak dapat melihatnya.

n. Terdengar suara atau bisikan yang memanggil atau menyuruhnya melakukan sesuatu seperti memukul seseorang, membunuh orang, membunuh diri sendiri atau bisikan yang mengatakan " kamu akan mati tidak lama lagi dan sebagainya.

o. Rumah tangga sentiasa bergelora dan perkelahian antara suami isteri sentiasa berlaku.

p. Sentiasa menolak pinangan yang datang meminang jika mangsa tersebut anak gadis, jika anak teruna mereka enggan berkahwin sampai ke tua.

Saturday, November 17, 2007

Syasya & Atika

Setibanya di rumah dari Kuantan seorang lelaki sudah tercegat di depan rumah saya dan kelihatan amat resah. Hati saya berkata "alamak, ada kes lagi... aku letihni", Isteri saya kata orangni tak ada temujanji, nasib baik kita dah sampai ke rumah!



Lelaki berkenaan memperkenalkan dirinya sebagai En. Abu dari S College yang terletak di Kota Damansara....penghuni asrama pelajar perempuan di serang hesteria dari tengahari tadi katanya, dah 10 pelajar yang tak dapat ditenteramkan. Saya minta mereka dibawa ke tempat saya kerana saya letih dan lebih mudah merawat kes hesteria jika mereka diasingkan dari asrama mereka. En. Abu menghubungi HEP kolej dan berjanji akan datang semula... saya ambil kesempatan untuk tidur kerana terasa amat letih.



Jam 6ptg mereka datang semula, saya minta mereka masuk ke bilik rawatan seorang demi seorang. Dalam banyak2 pelajar ada dua pelajar yang sukar saya pulihkan... dipancungpun tak mati...bila sedar saya scan semula ternyata dia masih berada di badan pelajar berkenaan. Pada pelajar ini ada jin bernama Syasa, mengikut kata warden asrama berkenaan. Mengikut warden berkenaan Syasya ketawa sahaja bila dibacakan ayat kursi semasa di asrama. Saya rawat, sedarkan dan minta dia masuk ke rumah saya.

Kemudian saya rawat pelajar yang diganggu oleh jin bernama Atika (mengikut warden perempuan). Warden ini juga memberitahu saya bahawa Atika bergaduh dengan Syasya...mereka tak boleh bertemu. Saya tanya Atika kenapa ganggu pelajar ini, dia kata dia cuma ajak kawan2 dia balik tapi kawan2nya degil...jadi diapun joint sekali. Saya suruh dia keluar, kalau tidak saya pancung. Dia degil maka sayapun pancung dia dengan izin ALLAH...

Selepas solat maghrib di surau saya dimaklomkan pelajar yang diganggu Syasya tidak menyelesaikan solat maghribnya... dia membuka telekungnya semula. Kali ini saya tikam perutnya kerana dia terlalu aggresif, akhirnya kami beri dia minum minyak serbaguna beberapa titik, barulah dia setuju untuk keluar...

Saya tanya dia beragama apa,dia kata dia dah murtad. Dari gerak-gerinya saya jangkakan jin ini sudah tua... dia mengelatar dan mulutnya senget. Saya minta dia mendengar ayat2 yang menceritakan perihal neraka dan syurga....bila dibaca ayat neraka dia berkerut dan menahan kesakitan. Bila dibaca ayat syurga dia tersenyum. Saya kata inilah sebenarnya kenapa ALLAH tak izinkan saya pancung dia, ALLAH mahu memberi hidayah kepadanya. Akhirnya dia memperbaharui syahadahnya semula...

Saya tanya Syasya kenapa ganggu pelajar kolej? Dia kata dia dan keluarganya telah lama tinggal di rumah berkenaan sebelum pelajar2 ini menghuni rumah berkenaan. Saya minta mereka pindah kerana rumah itu rumah manusia dan mereka tak berhak tinggal disitu. Dia bersetuju untuk pindah.

Saya dapati kebanyakan pelajar ini tidak menutup aurat dengan sempurna, mengikut etika rawatan mereka tidak boleh saya rawat, tetapi oleh kerana kes kecemasan saya lakukan juga. harapan saya mereka menjadi muslimah yang sejati serta mengambil iktibar dari peristiwa ini.

Pulanglah Anakku

Mingguni saya ke Kuantan untuk mengambil barang-barang anak saya yang akan bercuti semester tidak lama lagi.

Dikesempatan ke Kuantan beberapa temujanji rawatan telah diatur di tempat penginapan saya, walaubagaimanapun beberapa rawatan terpaksa dibatalkan kerana kami tiba agak lewat malam.

Saya cuma sempat merawat 3 pesakit malam berkenaan. Yang agak mencemaskan adalah rawatan untuk Puan Hasmah. Puan Hasmah apabila diruqyah, dia kadang2 sedar dan adakalanya lupa diri...ini yang menyusahkan, anda tak tahu berbual dengan siapa. Saya hanya dapat mengenalpasti melalui matanya yang kadangkala merah menyala...

Setelah disiasat ternyata Puan Hasmah dihuni jin saka yang dah tua-tua dan uzur belaka. Ini dilihat dari perwatakannya yang terketar2 dan bercakap stail orang tua. satu dari jin berkenaan bila menjelma, puan Hasmah tunduk sampai ke lantai, menggambarkan usianya yang amat lanjut....mereka juga sudah pelupa.

Perkara yang paling rumit adalah untuk mengeluarkan dari batang tubuh Puan Hasmah, saya pancung tapi tak mati (maknanya ALLAH tidak izinkan saya bunuh mereka). Saya motivasi mereka supaya buat haji di Mekah, mereka setuju tapi tak larat nak keluar dan macamana nak ke sana.

Saya amat tidak gemar untuk meminta khidmat jin kenalan saya, jin Khalid saya dah hantar ke Mekah kerana tidak jujur.... tetapi untuk ini saya tidak ada pilihan...saya panggil jin Abdul Rahman "electricman" jin sihir (dulu) yang mempunyai kepakaran dalam hal-hal elektrik. Pernah suatu hari semasa dia saya belasah di rumah saya, dia padamkan api rumah saya....saya dakwah dan masuk Islam.....Apabila dia datang ke rumah saya, mana2 jin yang merasuk akan kesilauan kerana pancaran cahaya "electrictman". Bila dipanggil saya tak tahu dia datang atau tidak, cuma nenek2 jin saja yang kata ada nampak cahaya, tetapi kecil saja...kemudian nenek2 pun menghilang.... saya rasa "electricman"pun tahu saya tak mahu bantuannya lagi kerana itu dia berada agak jauh dari tempat saya merawat.

Selepas merawat saya didatangi oleh Abg Mat sekeluarga dari Raub yang menceritakan kisah anaknya Iz yang tidak pernah menjengok mereka selepas berkahwin dengan seorang wanita. Iz anak sulong Bg mat dan tidak pernah bertemu sudah 10 tahun. satu tempoh yang terlalu lama....sekiranya Iz adalah antara pengunjung blog saya, saya merayu dengan penuh harapan agar pulanglah kepangkuan keluarga, jengoklah mereka, doakanlah mereka. Walau apapun kesalahan mereka (jika ada) sebagai anak , anda tidak boleh menghukum mereka. Pulanglah anakku.... itulah kata2 ibu Iz sambil airmatanya menitis hiba.

Wednesday, November 14, 2007

Rawatan Ruqyah Menurut Pandangan Syara'

Jampi disebut dalam bahasa Arab dengan nama ruqyah, bukan ruqayyah. Kata Syeikh Mubarak bin Muhammad Al Mili dalam bukunya Asy Syraq Wa Mazahiru, ruqyah ialah:" Bacaan perlindungan yang dibaca dengan beberapa kalimat ke atas pesakit kerana mengharapkan kesembuhan."

Kita juga biasa mendengar perkataan nusyrah, bukannya nasyrah yang juga bererti jampi tetapi mengkhusus kepada rawatan sihir. Kata Al Baihaqi dalam kitab sunannya, "Abu Sulaiman menyatakan bahawa nusyrah adalah sejenis ruqyah." Yakni nusyrah itu tergolong dari jenis ruqyah."

Imam Ibnu Qayyim pula berkata, nusyrah itu adalah,"Meleraikan sihir dari orang-orang yang terkena sihir." Oleh yang demikian nusyrah sifatnya lebih khusus daripada ruqyah.

Ibnu Hajar dalam Fath Al Bari menyatakan bahawa para ulama telah bersependapat mengenai keharusan menggunakan sesuatu ruqyah jika mencukupi 3 syarat berikut:

1. la terdiri dari ayat-ayat Allah atau nama-namaNya atau sifat-sifatNya.
2.Diketahui maknanya.
3.Beriktiqad bahawa ruqyah tidak boleh memberi kesan tetapi Allahlah yang berkuasa memberi kesan.

Syeikh Ibrahim Ibnu Zuhrah dalam kitabnya As Sihir Bi Al Quran, telah menghuraikan dengan panjang lebar mengenai syarat - syarat ruqyah, secara ringkas ruqyah itu mestilah:

1. Bukan ruqyah yang mengandungi unsur-unsur syirik. Daripada Auf bin Malik Al Asyja' iy katanya, “Adalah kami di zaman jahilliah membaca ruqyah, lalu kami pun bertanya," Wahai Rasul Allah! Bagaimana pendapat anda tentang hal ini?” Jawab baginda: "Tunjukkan kepadaku ruqyah-ruqyah kamu, tidak mengapa (membaca) ruqyah selagi mana ia tidak mengandungi kesyirikkan."(Riwayat Muslim).
2. Bukan ruqyah sihir kerana Allah Azza Wajallah telah mengharamkan sihir.
3. Ruqyah tersebut bukan diambil dari Arraf atau kahin sekalipun ruqyah tersebut bukan sihir. Seorang itu tidak dibenarkan mendatangi mereka atau membenarkan perkataan atau cakap-cakap mereka. Meminta ruqyah daripada Arraf atau kahin akan membuka pintu kepada orang ramai mendatangi atau mengharapkan ruqyah daripada mereka. Ini bertentangan dengan maksud Rasullullah yang memberi amaran kepada orang ramai agar jangan mengunjungi mereka, sebagaimana sabda baginda: "Barangsiapayang mendatangi Arraf atau kahin dan membenarkan apa yang diperkatakan olehnya. maka sesungguhnya dia telah kufur dengan apa yang diturunkan kepada Muhammad”.
4. Ruqyah itu mestilah dengan ungkapan - ungkapan dan makna - makna yang dapat difahami kerana sesuatu yang tidak dapat diketahui dan difahami maknanya. tidak selamat daripada kesyirikan. Perkara yang disangka ada padanya kesyirikan tidak boleh diambil.
5. Ruqyah bukan dalam rupa yang haram misalnya membaca ruqyah mestilah dalam keadaan junub, dibaca di tanah perkuburan, dalam tandas, ia ditulis huruf atau sambil memerhatikan bintang-bintang dan seumpamanya seperti melumurnya dengan najis atau membuka aurat.
6. Ruqyah tersebut bukan merupakan ungkapan-ungkapan yang diharamkan seperti mencela, mencaci, dan melaknat kerana Allah tidak menjadikan ubat itu dari perkara-perkara yang haram.
7. Perawat dan pesakit tidak boleh beranggapan atau menyangka bahawa ruqyah itu sendiri yang melakukan penyembuhan atau ia dapat menolak perkara-perkara yang tidak diingini (tetapi sebenarnya Allahlah yang maha berkuasa yang melakukan semua itu).

Tersebut dalam kitab sahih Muslim daripada Jabir: Rasullullah telah melarang ruqyah lalu datang keluarga Amru bin Hazam dan bertanya,"Wahai Rasulullah, sesungguhnya dahulunya pada kami ada ruqyah yang kami jampi untuk gigitan kalajengking, "Kata Jabir lagi, mereka pun mengemukakan kepada banginda berkenaan ruqyah mereka, kemudian baginda bersabda," Aku berpendapat ia tidak mengapa, oleh itu jika seseorang itu mampu memberi manfaat kepada saudaranya, maka hendaklah ia melakukannya."(Riwayat Muslim).

Tersebut dalam kitab Fath Al Bari oleh Ibnu Hajar, Ibnu At-Tin pernah berkata, " Ruqyah dengan mauwwizat - yakni surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas dan lain -lain yang berupa nama-nama Allah adalah merupakan perubatan kerohanian - Apabila ia berada diatas lidah orang - orang yang baik nescaya akan terhasil kesembuhan dengan izin Allah",

Imam Syafie r.h pernah ditanya mengenai ruqyah lalu beliau menjawab,"Tidak mengapa jika ruqyah itu dengan menggunakan ayat-ayat Allah dan apa yang diketahuinya berupa zikrullah."

Kitab Imam Al Qurtubi pula, ruqyah itu ada 3 jenis:

1. Ruqyah dimasa Jahiliah, iaitu yang tidak diketahui maknanya. Ini wajib dijauhi agar tidak berlaku padanya kesyirikan atau membawa kepada syirik.
2. Ruqyah dengan ayat Allah atau nama-namanya. la boleh diamalkan jika ia ma’ thur (mempunyai sandaran sunnah) malah disunatkan pula.
3. Ruqyah dengan selain daripada nama-nama Allah seperti nama malaikat atau orang salih atau sebahagian besar makhluk yang lain. Ini wajib dijauhi dan tidak pula disyarakkan lantaran ia mengandungi erti pergantungan tidak kepada Allah dan mengambil berkat dengan nama - namanya oleh itu lebih baik ruqyah ini ditinggalkan.

Adapun cara ruqyah itu, menurut syeikh Abu Bakar Muhammad Al Hambali dalam kitabnya Ilaj Al Umar As Sihriyyah Min Asy Syariah Al Islamiyyah, ialah ruqyah itu dibacakan oleh si pejampi ke atas tempat yang sakit atau perawat membacanya pada dua-dua belah tangannya sendiri lalu disapukan ( ke bahagian yang sakit) atau dibaca kedalam air dan yang seumpamanya. Kemudian ia menghembus selepas membaca ruqyah iaitu hembusan yang tanpa diikuti dengan lidah. Ia hanyalah hembusan nafas yang ada bersamanya kelembapan air liur.

Tuesday, November 13, 2007

Kesan Bakar Batu-Bata (3)

Seperti yang saya tuliskan sebelum ini saya telah membakar batu-bata untuk keluarga saya sendiri. Berikut adalah beberapa kejadian/cerapan semasa dan selepas pembakaran batu-bata berkenaan.

a. Isteri saya mendapat panggilan telefon dari "isteri" orang yang disyakki (ODS) pada hari kedua, wanita ini akhirnya dikenalpasti sebagai ODS yang meletakan bahan sihir di klinik saya di Damansara Damai dahulu.

b. Muka anak saya yang ke-5 telah tidak berkudis lagi, di mana sebelum ini mukanya dipenuhi tompok-tompok kudis di sekitar mulut selepas sahaja Raya Puasa.

c. Jin penyihir kedua dari Cheras mengerang kesakitan. Katanya dia diupah oleh ODS dan tuannya bernama Ust. R pengamal c***alam.

d. Malik yang kononnya tidak mengenali ODS akhirnya mengaku pertalian saudara dengan ODS. Dia sudah terlantar dan sakit dengan teruk sekali. Dia tuntut saya memenuhi janji kerana semua jin2nya pada Mustafa telahdikeluarkannya. Saya kata berilah alamat supaya saya rawat. Dia kata dia jual ayam di ......., boleh tanya orang di sana. saya tanya lagi tentang isterinya. Dia enggan memberitahu... saya kata saya tak dapat merawatnya tanpa data yang lengkap

e. ODS yang mengupah orang menyihir Mustafa juga menjelma. Suaranya memang amat-amat saya kenali, tetapi dia sombong serta angkuh, walaupun kakinya kini sakit sebelah dan jalan terhencot-hencot. Saya kata saya boleh bantu dia dengan syarat dia bayar ganti-rugi klinik saya dan lain-lain kesusahan saya sekeluarga telah lalui selama 3 tahun. Saya minta tak banyak RM0.5 juta saja....dia marah saya dan bersumpah utk meneruskan gangguan.

f. Sebanyak 3 ekor jin telah dimusnahkan yang menyerang isteri saya kerana hasad dengki seorang wanita.. Wanita ini telah mengupah tukang sihir dari Sabak Bernam dan Hulu Langat. Jin Saka suaminya juga menyerang isteri saya.

g. 2 ekor jin saka yang mengganggu isteri saya telah menerima ajalnya. Setakad ini sudah 5 ekor jin saka berumah pada badan isteri saya.

h. 2 ekor jin yang diupah oleh 2 pemuda yang cintanya tidak dibalas oleh isteri saya semasa belajar dulu juga menerima ajalnya. Isteri saya tak tahupun ada secret admirers...

i. 2 jin asyik pada isteri saya, 2 jin yang nak berkahwan dengan anak saya yang ke-5 dan 2 jin yang kononnya nak berkawan dengan Mustafa telah dimusnahkan biizniLLAH.

j. Saya ada 3 ekor jin saka, seekor sudah berpindah kepada anak saya (kena sembelih), seekor ditangkap dari belakang saya (kena sembelih) dan seekor lagi masih berada di belakang saya. Jin2 saka di warisi dari atok sebelah abah saya. Saya sempat bertanya tentang adik-beradik saya, katanya hampir semua berpu"saka". Saya sedang menyepak2 jin seekor di belakang saya...saya yakin dia akan musnah, kerana sebelum ini dia berada di bawah berbanding 2 ekor yang telah dimusnahkan. Belakang saya amat sakit sekarang, saya beri dia mencium attar ros dan kasturi.

Semua keterangan di atas kecuali a dan b adalah dialog melalui Pn. Zaiton. Mingkin benar mungkin tidak,....

Tidak terdapat maklumat dari 4 orang anak saya yang belajar di universiti dan kolej... mungkin ada perkembangan yang mereka/kami tidak sedari.

Kesimpulannya pembakaran batu-bata mempunyai impact yang kuat biizniLLAH. Hampir semua kami (mungkin juga anda) ada hubung-kait dengan gangguan jin sama ada dari sihir, saka, asyik dsb. Jangan buntu, ALLAH maha adil lagi bijaksana bagi tidak menampakan makhluk ini kepada kita, kalau tidak.....tak ada kerja lainlah kita asyik berperang dengan mereka. Marilah berusaha melepaskan @ mengurangkan campur-tangan mereka dalam kehidupan kita....saya sembelih semua jin2 di atas beralaskan hujjah mereka telah lama menyakiti saya sekeluarga dan apa yang muncul adalah atas doa saya untuk memusnahkan mereka. Moga2 ALLAH sentiasa menunjukan kita semua hidayah dan petunjukNya.

Saturday, November 10, 2007

Friday, November 9, 2007

Catatan Rawatan Bulan Oktober

Saya berharap blog saya akan dibaca oleh generasi mendatang termasuk cucu-cicit saya sendiri. Mudah2an mereka mendapat manafaat melalui perjalanan saya sebagai penuntut/perawat Islam secara syifa dan ruqyah.

Selain kes Zaiton saya juga merawat kes2 lain antaranya;

Kes seorang anak tunggal yang nakal dari Putrajaya. Saya amat perihatin kerana saya juga seorang ayah. Ibunya telah melakukan pelbagai ikhtiar, tetapi anaknya tidak juga berubah. Bila berjumpa saya, saya scan dan mendapati gelombang yang banyak pada bahagian kaki. Selepas rawatan pertama dia berubah tetapi tidak lama...Saya rawat lagi, dia berubah tetapi tidak lama cuma bertahan 2 minggu sahaja...then ibu-bapanya sekali lagi berjumpa saya...saya consult anaknya dan ternyata ada dua faktor yang menyebabkan dia sukar berubah. Pertama kerana pengaruh kawan dan kedua kerana ibunya selalu membebel... baginya apa saja yang dikatakan oleh ibunya lebih merupakan kata2 berulang yang sudah basi. Saya minta ibunya ubah approach... Memang diperingkat awal anak ini ada gangguan, tetapi anak manja ini tidak pernah merasa susah dan tak mengerti erti kepayahan... inilah yang berlaku kepada generasi sekarang.

Kes kedua seorang isteri yang tidak dapat bersama suaminya selama 4 tahun... berubat ke sana kemari tetapi belum diberi kesembuhan. Saya dapat rasakan penderitaan dan kesabaran mereka. Bila datang untuk rawatan dia datang dengan kawannya Puan Sri, katanya suaminya mengizinkan dan tak ikut serta kerana sudah biasa di rawat begini... saya rasa suaminya seorang yang sabar tetapi tidak menaruh harapan kepada rawatan saya. Saya ruqyah tetapi tidak ada apa2 petunjuk gangguan. Saya suruh dia berzikir dan lakukan mandian dengan minyak pati bunga saya selama 7 hari. Kemudian dia datang lagi, kali ini bersama suaminya dan apabila diruqyah dia merasa amat sakit terutamanya di bahagian pinggang. Saya baca pada tapak tangan saya ayat petunjuk dan suruh dia lihat tapak tangan saya. Dia nampak dengan jelas wajah seseorang pada tapak tangan saya. Saya kata jangan beritahu orang lain siapa yang dia nampak tetapi berhati2 bila berjumpa orang berkenaan. Saya suruh dia meneruskan zikir dan mandian. 3 hari kemudian dia telefon saya mengatakan dia sudah sembuh dan sudah boleh bersama suaminya...saya kata puan tak perlu berjumpa saya tetapi dekatkanlah dengan ALLAH SWT.

Kes ketiga melibat seorang wanita bermadu. Suaminya sudah berbulan tidak balik ke rumah. Apabila suaminya balik dia rimas, panas dan tidak mahu disentuh...dia juga datang bersama Puan Sri suami-isteri. Saya ruqyah dan dia amat sakit di bahu dan pinggang. Saya minta dia mengamalkan zikir dan mandian minyak saya. Selepas beberapa hari dia telefon saya mengatakan dia amat sakit bila melakukan mandian, hari berikutnya dia sakit, rebah selepas mandi. Saya minta supaya memberhentikan mandian dan datang berjumpa saya semula. Kali ini saya fokus membaca ayat 102 surah Al-Baqarah sebanyak 7kali. Selesai membaca saya dapati dia menggenggam erat kedua tangannya... lama baru saya tahu rupanya dia sudah dirasuk dan tak sedar diri. Saya baca ayat sembelih kerana dia tak mahu bercakap walau sepatahpun. Dia tumbang tetapi genggaman tidak terlepas, saya tahu jin itu tidak mati... saya sedarkan dia. Dia sedar tetapi hanya untuk beberapa minit, then dirasuk semula...saya sembelih lagi dengan kaedah sembelih ramai2... dia tetap tak sedar. Saya ambil lada hitam dan garam dan kenakan pada badannya... dia melarikan diri dari saya, saya ikat dengan ayat kursi tangan dan kakinya dia meronta minta dilepaskan. Saya ambil serban dan tarik jin2 itu keluar...kini barulah dia menangis dan sedar. Saya suruh bawa balik secepat mungkin kerana potensi tak sedar masih ada. Malam itu dia tidur di rumah puan Sri dan suaminya telah menelefon dan mengizinkan dia tidur di sana. saya diberitahu dia pengsan selama satu hari. Hari berikutnya dia datang bersama suaminya. Bila diruqyah perkara yang sama berlaku, dia tak mahu bercakap. Apabila saya tarik dengan kain serban dia menangis dan memberitahu dia sedang dibelasah seluruh badan. Saya pukul dengan serban berkenaan dan minta dia pegang buah limau purut. Suaminya cuba menyentuhnya, dia menolak dan mengatakan sakit bila disentuh. saya ruqyah suaminya dan tepuk tangannya. kali ini suaminya sudah boleh menyentuhnya. Dia beritahu saya semasa pengsan di rumah Puan Sri dia bermimpi sesat di suatu tempat, di kelilingi ramai makhluk halus dan kakinya terbenam di lumpur. Saya datang dalam mimpinya dan cuba membantu kemudian saya hilang... ini satu lagi kes saya datang dalam mimpi... waduh. Rawatan masih diteruskan...doakan kesembuhan wanita ini.

Menjawab Abglonely

Seorang forumer rawatan sihir komen blog saya.

Katanya "Dan yg ganjil bagi saya, adalah pula poll berkenaan Rawatan Penyakit Terbaik Adalah: diberi pilihan undi--solat, zikrullah, ruqayah, hospital klinik, homeopathy, syifak, bomoh.

Benar2 ganjil poll ini. Kalau nak dibincangkan nanti berjela2 jadinya.

Cth: Solat. Solat tujuannya lillhita'ala. Kerana menunaikan perintah Allah. Menjadi kewajiban ke atas hamba.

Siapa yg bersolat kerana utk rawatan bukan kerana Allah solatnya tak sah.

Mungkin faedah/kesan sampingan kpd solat adalah memberi kesan kesihatan kpd jasmani dan rohani tapi itu bukan tujuna solat. Kalau itu tujuannya solat tak sah.

Ada pula pilihan: zikrullah. Solat termasuk dlm zikrullah. Mafhum firman Allah, dirikan solat utk mengingati aku. Jadi agak ganjil pilihan2 ini.

ada pilihan rawatan hospital/klinik ada terbaik atau tidak jika di compare dgn solat dll. Ini betul2 ganjil. Solat tu ibadat khusus. Bukan teknik rawatan.

Nabi saw menyuruh pergi berubat, makan ubat dll bila sakit. Selain berdoa kpd Allah.

adala pula: syifak. Apa maksudnya tu? Ruaqayah pun syifak juga. Pergi hospital pun syifak juga. Hospital cakap arab apa? Jadi apa yg dimaksudkan dgn syifak di situ?

Jadi pilihan poll itu adalah ganjil dan akan mengelirukan org yg join poll yg dangkal fahaman agama.

Blog boleh dilariskan dgn dimuatkan cerita2 pengkhususan kemahiran perawat. Bab keagamaan dll sila rujuk kpd ulamak yg berotoriti."

p/s: Anggap aje ini kritikan membina. Mudah2an pusat rawatan ini maju"


Ini berkaitan poll saya, saya jamin saya sanggup ditegur dan sanggup berubah jika yang dikatakan adalah kebenaran.

Soalan pertama mengenai solat sebagai penyembuh penyakit, bukankah solat adalah zikruLLAH dan liLLAHi Ta'ala?

Semua amalan mestilah liLLAHi Ta'ala...mana ada amalan yang tak liLLAH kerana kejadian kita adalah ubudiah liLLAH... jadi tak timbullah solat,zikruLLAH, ruqyah, syifa dsb kecuali bomoh... maksud bomoh disini adalah bomoh sesat, mungkin ada bomoh yang tak sesat sebab itulah saya cadangkan ada lembaga yg memastikan semua perawat2 ini disiasat teknik dan taktiknya tidak sesat dan menyesatkan.

Solat dan penyembuhan... bolehkan solat digunakan sebagai proses penyembuhan penyakit? Pembaca blog boleh membaca kita "al-Tibb al-Rauhi as-Saufi" karangan sheikh Hakim Miunuddin Chisti, seorang sheikh tarekat al-Chishtiyyah, al-Sabiriyah, al-Naqsyabandiyyah, al-Qadiriyyah, al-Rizaqiyah...antara kata2nya "bagi sesiapa yang ingin menikmati kesihatan yang tinggi mertabatnya, ingin mengharmonikan fizikal, mental dan kerohanian, maka segeralah mengerjakan solat (ms 114)"

Orang sufi mengkaji makna2 bacaan (hembusan), erti pergerakan dan menyimpulkan syarat "sihat" mestilah solat.

Seterusnya kata beliau "adala pula: syifak. Apa maksudnya tu? Ruaqayah pun syifak juga. Pergi hospital pun syifak juga. Hospital cakap arab apa? Jadi apa yg dimaksudkan dgn syifak di situ?"

Hospital dalam bahasa arab adalah "mustasyifa" mim didepan syifa bererti tempat, ini seperti musolla tempat solat, mesjid tempat sujud. Dari segi bahasa loghat betullah hospital itu adalah tempat syifa

Di dalam al-Quran terdapat enam ayat yang menyentuh penggunaan perkataan ash-sifa yang membawa makna kesembuhan. Ayat-ayat itu dikenali sebagai " Ayat Ash-Syifa' ". (Sila rujuk al-Quran, At-Taubah:14, Yunus:57, Al-Nahl:69, Al-Israa':82, Asy-Syu'araa':80 dan Fussilat:44)....

Apa beza syifa, ruqyah dan nusyrah? Nusyrah adalah penggunaan jampi mentera bagi mengatasi sihir, ruqyah adalah penggunaan ayat2 al-quraan bagi semua penyakit, syifa pula penggunaan ayat-ayat al-Quran, hadis2 Nabi serta bahan sebagai bahan rawatan. sebab itulah kita ada Darussyifa, TG mengajar ayat apa, hadis apa dan bahan apa untuk penyakit2 berlainan.
Ruqyah bukan ruaqayah.

Kesimpulannya nusyrah adalah sebahagian ruqyah, ruqyah pula adalah sebahagian syifa.

Mungkin benar kata Sdra Abglonely kekeliruan orang yang dangkal agama yang mengundi poll ini... cuma, poll ini adalah multiple choices, sdra pilih semua yang sdra lebih berkenan dihati...kecualilah kalau sdra rasa ada satu saja kaedah....itupun hak saudara.

InsyaALLAH, saya akan tulis sedikit tentang kaedah rawatan sufi terutamanya berkenaan solat, wangian ros, zikir dsb.

Ini sebagai respons saya kepada pembaca blog saya, forumers rawatan sihir dan abglonely. Saya hanya berusaha mencari kejernihan bukan kerana yang lain. Maafkan saya. WALLAHu a'lam.

Blog/web Rawatan

My Favourite

Expose Mistik part-1

Expose Mistik Part 2

Expose Mistik Part 3

Teknik Tidurkan Jin

Senarai Perawat Luar Negeri

KLINIK RUQYAH DI LUAR NEGERI





  • Jordan
  • "Ayesh Quran: Cell: 00962795576723, ayeshquran@yahoo.com (Taibeh, Irbed, Jordan)
  • UK
    • Abu Junaid: 07834326225 (Birmingham and surrounding areas, UK)
    • Abdul Jabbaar: 07976918576 (Huddersfield and surrounding areas, UK)
    • Abu Abdullah As-Salafi: 07737557330 (Birmingham, UK)
    • Abu Abdullah: Ruqyashariyah@yahoo.co.uk, http://groups.yahoo.com/group/RuqyaShariyah/
    • Zaid : 07985667618 (Leicester, UK)
    • Sheikh Abu Hanifah (appears on the Islam Channel Q&A): 0208 471 5766 (London, UK)
    • Ibrahim At-turki: 07719380579 (Hertfordshire, North London)
  • USA
    • Abdulhakim Alhiyafi: (615) 668-2522 (Dallas, Tx 76107), the sheikh works in Sharia Academy and he travels to other states frequently.
    • Ahmad Al-Jabry: (313) 384-4509 (Dearborn, Mi 48126)
  • Germany
    • Abu Sufian: 01625365432 (Bonn)
  • Bosnia and Herzegovina
  • Morocco
  • Pakistan
    • Iqbal Salafi: TEL: 0092 51 5537998 (7AM-3PM PST), Mobile:0092 3335115646, Kashmiri Bazaar near masjid Darus Salaam, Ahl Hadith (RAWALPINDI-PAKISTAN)
  • Egypt
    • Waheed Abdul-Salam Balo: 0020105061850 (Egypt)
  • Yemen
    • Muhammad Al-Imam center (Ma'bar, Yemen)
    • Abdul-Qadir Al-Qudsy center (Al-Qadisiyah, San'a', Yemen)
  • Saudi Arabia
    • Abdul-Azeez Abu Djeen: phone: 4265211, cell: 055415020 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Muhammed Al-Subai'y: 055216484 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abdul-Azeez bin Jdeed: 055425132 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abu Abdullah: 054264125 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abdullah As-Sadhan: 055261525 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Nasir Armeeh: phone: 055425132, cell: 055212184 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abdullah Fahd Arsheedy: 0557556976 , 0557992665 (Al-Kharj, Saudi Arabia)
    • Khalid Al-habashy: the imam of Masjid Al-Sulayman (Jeddah, Saudi Arabia)
    • Munair Arab: (+966) 555708580, www.alroqia.com (Jeddah, Saudi Arabia)
    • Abdul-Azeez Muhammed Al-Kharmy: cell: 055663850, aziz1123@hotmail.com (Jeddah, Saudi Arabia)
    • Saleh An-Nah-Has: 0506575057 (At-Ta'ef, Saudi Arabia)
    • Ahmed Ard-dady: office: 048229319, cell: 0505302026 (Al-Madinah Al-Munawwarah, Saudi Arabia)
    • 'a'edh Al-Sharary: cell: 053650839 (Tabarjal, Saudi Arabia)
    • Sa'eed Al-Qahtany: 055759590 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abu Mohammed Arsainy: 055143121 (Buraydah, Saudi Arabia)
    • Khalaf Aal-Baker: 054407544, (Al-aziziyah, Saudi Arabia)
    • Muhammed Al-ataiby: 052388818, 054449429 (Al-Khalidiyah, Saudi Arabia)
  • Kuwait
    • Abdullah Al-hadad: 3842452 (Al-Green, Kuwait)
    • Faysal Al-'anzy: 9279496 (As-Sableekhat, Kuwait)
    • Hady Al-'anzy: 9009019 (Al-Jahra', Kuwait)
    • Mohammed Al-Qaysi: 7989066 (Great Mubarak, Kuwait)
    • Abu Osamah: 7040056 (Kuwait)
  • UAE
    • Salah Abdul-Qader: 050/6111706 (Abu Dhabi, UAE)