Ini bukan cerita baru, tetapi berlaku sebelum bulan Puasa. Saya catatkan (sepertimana yang diceritakan oleh perawat zzz) kerana kisah ini ada hikmah di setiap kejadian dan iktibar kepada kita semua.
Seorang pesakit perempuan bernama Puan S telah sarat mengandung. Dia mudah dimasuki jin sehinggakan terpaksa dikurung di rumah yang telah dipagar dengan ayat2 Al-Quran. Adakalanya jin masuk juga walaupun jin2 ini cedera ketika menembusi pagar berkenaan. Dia dirawat oleh zzz seorang perawat lepasan xxx.
Oleh kerana sudah sebulan dirawat, keluarga berkenaan berhasrat membawa S berjumpa seorang tokoh rawatan Islam di YYY. Mereka bertolak jam 2 pagi dan setelah bersusah payah mereka mendapat nombor giliran 350. Mereka diberitahu tokoh berkenaan hanya merawat sehingga bilangan tertentu sahaja. Oleh kerana telah telah berada di YYY mereka meneruskan juga cita2 untuk mendapatkan rawatan. Mentelahan pula Puan S makin teruk sehingga tak boleh berdiri kerana dimasuki jin sepanjang perjalanan pagi tadi.
Pihak pusat rawatan berkenaan menyediakan kerusi roda dan memberikan laluan kepada S untuk masuk awal kerana keadaannya yang separuh sedar berjumpa dengan perawat bernama K****.
Bila masuk sahaja ke bilik rawatan ia terus disembur air. Ibu-bapa serta mak mertua S terpinga2 melihat keadaan itu. Perawat tak tanya sakit apa? detik hati mereka. Kertas rawatan langsung tidak di baca. Mak mertua S cuba menceritakan bahawa menantunya dirawat oleh zzz seorang perawat dari xxx juga. Perawat berkenaan terus mengatakan orang yang berkenaan bukan perawat xxx dan ia hanya menyamar sahaja.
Tidak berpuashati dengan kata2 perawat ini, ibu mertua S pergi ke pejabat dan menyemak nama perawat zzz. Ternyata nama zzz ada dalam senarai ahli perawat xxx. Ibu mertua S memberitahu perawat berkenaan, perawat dengan angkuh berkata" oooh itu perawat junior!"
Perawat seterusnya memicit perut Puan S, ini ditegur oleh bapa S kerana S sedang sarat mengandung. Kemudian perawat berhenti memicit perut. Dia berkata "kalau awak dirawat di luar awak kena bayar RM3,000.00" S sekeluarga tak faham apa maksud perawat.
Seterusnya perawat mengatakan punca dia sakit ialah kerana dia derhaka kepada ibu-bapa, suami dan mertua. Bapa S sudah menggenggam tangan mahu sahaja menumbuk perawat kerana dia lebih mengetahui tentang anaknya. Walau bagaimanpun dia bertahan serta bersabar. Mereka kembali ke rumah dengan penuh kehampaan. S berpesan kepada keluarganya supaya jangan sekali2 menceritakan apa yang berlaku kepada perawat zzz.
Petang itu ibu-bapa S terpaksa memanggil perawat zzz kerana keadaan puan S teramat menyiksakan. Perawat zzz merawat seperti biasa. Apabila dirukyah jin2 di dalam badan membocorkan rahsia rawatan di YYY dengan perawat berkenaan.
Perawat zzz meminta maaf terhadap apa yang berlaku dan menegaskan tidak semua perawat di YYY adalah demikian... mungkin ada hal2 tertentu menjadikan perawat bersifat demikian.
Rawatan malam itu berjaya memulihkan terus puan S... dia dirawat oleh zzz. zzz berkata sebenarnya syarat penyembuhan adalah kena ke YYY dahulu, tidak kira apa yang terjadi... ini sebagai menghilangkan kisah duka pesakit berkenaan.
Demikianlah kisah benar yang diceritakan oleh zzz kepada saya. Pesanan saya kepada perawat... tindakan anda boleh merendahkan kaedah rawatan Islam, sekiranya anda ada masalah jangan terbawa2 dalam merawat. Jangan kerana terlalu ramai pesakit anda bersifat kurang cermat dalam melakukan rawatan. Kepada pesakit pula, ingatlah bahawa bukan perawat yang menyembuhkan anda tetapi ALLAHlah yang berhak selaku penyembuh. Jangan dirawat berdasarkan kesohoran perawat... betulkan niat anda.
Cara Mengesan Gangguan Pada Anak-anak
-
*Assalamualaikum*
Apakah anda mempunyai anak yang anda rasakan lain dari anak-anak yang lain,
seperti kerap sakit, kerap demam, selsema, menangis di tenga...
2 years ago
1 comment:
Masalah ini telah melampaui batas-batas etika seorang perawat. Sila minta pesakit berkenaan memfailkan aduan kepada Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Darussyifa.
Pernyataan seolah-olah mengetahui perkara-perkara ghaib (menyerupai ar-raaf) adalah tidak boleh diterima sama sekali.
Tidak sepatutnya seorang perawat perubatan islam menyatakan sebab musabab penyakit seperti derhaka ibu bapa dll.. kerana hal seperti ini hanya ada dalam pengetahuan Allah SWT.
Sepatutnya perawat ambil maklum tentang sakit, mendiagnos dan merawat menggunakan kaedah yang sesuai dengan as-sunnah. Setakat itu sahaja kerana itulah fungsi hakiki perawat.
Jika benar sekiranya perkara-perkara ghaib diperlihatkan oleh Allah SWT kepada perawat, maka itu adalah untuk makluman diri perawat sendiri sahaja dan tidak wajar disampaikan kepada pesakit. PERAWAT ADALAH SEKADAR PERAWAT.
Nabi SAW menganjurkan menjauhi fitnah dan keadaan fitnah. Begitu juga para sahabat, tabie dan tabiin. Apakah kita sangka kita lebih baik daripada mereka sehingga lebih suka keadaan bergelumang fitnah yang akhirnya tujuan-tujuan hidup beragama agama tidak terpelihara?
Cukuplah tujuan berubat untuk mendapatkan kesembuhan, paling tidak pun redha dengan ujian sakit tersebut. Tidak perlulah disensasikan dengan cerita-cerita ghaib yang hanya menambah penyakit rohani lain dan menimbulkan fitnah.
Post a Comment