Jampi disebut dalam bahasa Arab dengan nama ruqyah, bukan ruqayyah. Kata Syeikh Mubarak bin Muhammad Al Mili dalam bukunya Asy Syraq Wa Mazahiru, ruqyah ialah:" Bacaan perlindungan yang dibaca dengan beberapa kalimat ke atas pesakit kerana mengharapkan kesembuhan."
Kita juga biasa mendengar perkataan nusyrah, bukannya nasyrah yang juga bererti jampi tetapi mengkhusus kepada rawatan sihir. Kata Al Baihaqi dalam kitab sunannya, "Abu Sulaiman menyatakan bahawa nusyrah adalah sejenis ruqyah." Yakni nusyrah itu tergolong dari jenis ruqyah."
Imam Ibnu Qayyim pula berkata, nusyrah itu adalah,"Meleraikan sihir dari orang-orang yang terkena sihir." Oleh yang demikian nusyrah sifatnya lebih khusus daripada ruqyah.
Ibnu Hajar dalam Fath Al Bari menyatakan bahawa para ulama telah bersependapat mengenai keharusan menggunakan sesuatu ruqyah jika mencukupi 3 syarat berikut:
1. la terdiri dari ayat-ayat Allah atau nama-namaNya atau sifat-sifatNya.
2.Diketahui maknanya.
3.Beriktiqad bahawa ruqyah tidak boleh memberi kesan tetapi Allahlah yang berkuasa memberi kesan.
Syeikh Ibrahim Ibnu Zuhrah dalam kitabnya As Sihir Bi Al Quran, telah menghuraikan dengan panjang lebar mengenai syarat - syarat ruqyah, secara ringkas ruqyah itu mestilah:
1. Bukan ruqyah yang mengandungi unsur-unsur syirik. Daripada Auf bin Malik Al Asyja' iy katanya, “Adalah kami di zaman jahilliah membaca ruqyah, lalu kami pun bertanya," Wahai Rasul Allah! Bagaimana pendapat anda tentang hal ini?” Jawab baginda: "Tunjukkan kepadaku ruqyah-ruqyah kamu, tidak mengapa (membaca) ruqyah selagi mana ia tidak mengandungi kesyirikkan."(Riwayat Muslim).
2. Bukan ruqyah sihir kerana Allah Azza Wajallah telah mengharamkan sihir.
3. Ruqyah tersebut bukan diambil dari Arraf atau kahin sekalipun ruqyah tersebut bukan sihir. Seorang itu tidak dibenarkan mendatangi mereka atau membenarkan perkataan atau cakap-cakap mereka. Meminta ruqyah daripada Arraf atau kahin akan membuka pintu kepada orang ramai mendatangi atau mengharapkan ruqyah daripada mereka. Ini bertentangan dengan maksud Rasullullah yang memberi amaran kepada orang ramai agar jangan mengunjungi mereka, sebagaimana sabda baginda: "Barangsiapayang mendatangi Arraf atau kahin dan membenarkan apa yang diperkatakan olehnya. maka sesungguhnya dia telah kufur dengan apa yang diturunkan kepada Muhammad”.
4. Ruqyah itu mestilah dengan ungkapan - ungkapan dan makna - makna yang dapat difahami kerana sesuatu yang tidak dapat diketahui dan difahami maknanya. tidak selamat daripada kesyirikan. Perkara yang disangka ada padanya kesyirikan tidak boleh diambil.
5. Ruqyah bukan dalam rupa yang haram misalnya membaca ruqyah mestilah dalam keadaan junub, dibaca di tanah perkuburan, dalam tandas, ia ditulis huruf atau sambil memerhatikan bintang-bintang dan seumpamanya seperti melumurnya dengan najis atau membuka aurat.
6. Ruqyah tersebut bukan merupakan ungkapan-ungkapan yang diharamkan seperti mencela, mencaci, dan melaknat kerana Allah tidak menjadikan ubat itu dari perkara-perkara yang haram.
7. Perawat dan pesakit tidak boleh beranggapan atau menyangka bahawa ruqyah itu sendiri yang melakukan penyembuhan atau ia dapat menolak perkara-perkara yang tidak diingini (tetapi sebenarnya Allahlah yang maha berkuasa yang melakukan semua itu).
Tersebut dalam kitab sahih Muslim daripada Jabir: Rasullullah telah melarang ruqyah lalu datang keluarga Amru bin Hazam dan bertanya,"Wahai Rasulullah, sesungguhnya dahulunya pada kami ada ruqyah yang kami jampi untuk gigitan kalajengking, "Kata Jabir lagi, mereka pun mengemukakan kepada banginda berkenaan ruqyah mereka, kemudian baginda bersabda," Aku berpendapat ia tidak mengapa, oleh itu jika seseorang itu mampu memberi manfaat kepada saudaranya, maka hendaklah ia melakukannya."(Riwayat Muslim).
Tersebut dalam kitab Fath Al Bari oleh Ibnu Hajar, Ibnu At-Tin pernah berkata, " Ruqyah dengan mauwwizat - yakni surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas dan lain -lain yang berupa nama-nama Allah adalah merupakan perubatan kerohanian - Apabila ia berada diatas lidah orang - orang yang baik nescaya akan terhasil kesembuhan dengan izin Allah",
Imam Syafie r.h pernah ditanya mengenai ruqyah lalu beliau menjawab,"Tidak mengapa jika ruqyah itu dengan menggunakan ayat-ayat Allah dan apa yang diketahuinya berupa zikrullah."
Kitab Imam Al Qurtubi pula, ruqyah itu ada 3 jenis:
1. Ruqyah dimasa Jahiliah, iaitu yang tidak diketahui maknanya. Ini wajib dijauhi agar tidak berlaku padanya kesyirikan atau membawa kepada syirik.
2. Ruqyah dengan ayat Allah atau nama-namanya. la boleh diamalkan jika ia ma’ thur (mempunyai sandaran sunnah) malah disunatkan pula.
3. Ruqyah dengan selain daripada nama-nama Allah seperti nama malaikat atau orang salih atau sebahagian besar makhluk yang lain. Ini wajib dijauhi dan tidak pula disyarakkan lantaran ia mengandungi erti pergantungan tidak kepada Allah dan mengambil berkat dengan nama - namanya oleh itu lebih baik ruqyah ini ditinggalkan.
Adapun cara ruqyah itu, menurut syeikh Abu Bakar Muhammad Al Hambali dalam kitabnya Ilaj Al Umar As Sihriyyah Min Asy Syariah Al Islamiyyah, ialah ruqyah itu dibacakan oleh si pejampi ke atas tempat yang sakit atau perawat membacanya pada dua-dua belah tangannya sendiri lalu disapukan ( ke bahagian yang sakit) atau dibaca kedalam air dan yang seumpamanya. Kemudian ia menghembus selepas membaca ruqyah iaitu hembusan yang tanpa diikuti dengan lidah. Ia hanyalah hembusan nafas yang ada bersamanya kelembapan air liur.
Cara Mengesan Gangguan Pada Anak-anak
-
*Assalamualaikum*
Apakah anda mempunyai anak yang anda rasakan lain dari anak-anak yang lain,
seperti kerap sakit, kerap demam, selsema, menangis di tenga...
2 years ago
No comments:
Post a Comment