Followers

kursus

Kursus Rawatan Islam Terbaru

Tahap 1 : akan diadakan pada 19 - 20hb. September 2015 di Akrine Kuang

Kursus ini akan menekankan kepada perkara-perkara asas dalam rawatan Islam. Kursus ini sesuai bagi pelatih baru dan juga kepada pesakit yang mahu merawat dirinya sendiri.

Pada tahap ini, peserta akan diajar antaranya:

* Bagaimana alam jin
* Kaedah membenteng diri
* Teknik mengesan kehadiran jin
* Teknik racun
* Teknik dialog
* Teknik mengeluar jin (tarik guna serban / botol)
* Teknik mandian pesakit
* Teknik bakar batu-bata
* Akrionics
* Garis panduan merawat
* Latihan rawatan
Yuran adalah RM250.00 sahaja. Tempat adalah terhad. Hanya peserta Tahap 1 yang layak untuk mengikuti kursus Tahap 2

SMS butiran anda nama, alamat, pekerjaan kepada 019 758 4801

Tahap 2 : akan dimaklomkan

Pada tahap ini hanya bagi mereka yang telah mengikut kursus tahap 1 dan perawat-perawat (bekas pelatih Akrine) yang ingin mengulangkaji / mendalami teknik rawatan. Ia lebih menekankan kepada mereka yang benar-benar mahu menjadi seorang perawat.

Antara kandungan kursus adalah:

* Persiapan diri seorang perawat
* Keperluan bilik rawatan
* Teknik tikam
* Teknik baling
* Teknik tidurkan jin
* Teknik Kembara dan Rawat (TKR)
* Teknik Rotan Objek (TRO)
* Teknik ambil barang sihir
* Teknik Rawat Tanpa Sentuh Pesakit (RENTAP)
* Teknik Serkupan Azab (TSA)
* Keberkesan Rawatan
* Latihan

Yuran adalah RM250.00 sahaja (sila bank in ke Maybank Islamic 562740110528 Pusat Rawatan Islam Nur Ehsan)

Kursus bermula 8.30 pagi sehingga 5.00ptg

Sila sms nama, tempat tinggal, pekerjan dan tahap kursus yang dipohon ke 019-7584801

Tarikh tutup permohonan adalah seminggu sebelum tarikh kursus


Penginapan di tempat kursus bagi peserta lelaki (percuma) dan sesiapa yang memerlukan Homestay sila membuat tempahan( Homestay 1: Tn. Hj. Saad 0126794304 Homestay 2 : En. Majid 0136051892 Homestay 3: Tok 4 Taufik 0122670577) dengan kadar yang segera.

Hotel yang terdekat terdapat di TSB BBaru Sg. Buluh

Kusus Pengukuhan Tahap 3

Tarikh : 15hb. November 2014

Tempat : Dewan Burhanuddin Helmy, Kuang

Masa : 8.30 pagi hingga 5.00 petang

Yuran : RM100.00

Friday, December 24, 2010

FasayakfikahumuLLAH

Ini bukan kali pertama saya diuji apabila mahu menganjurkan kursus. Saya telah catitkan bagaimana pengalaman perjalanan ke Kuantan dimana kereta saya tersekat di Maran akibat altenator yang rosak. AlhamduliLLAH pertolongan dari ALLAH begitu cepat sekali.

Pada 28hb. Oktober yang lalu 2 hari sebelum saya mengendalikan kursus lebih kurang jam 9.00mlm tayar kereta saya punctured di Sg. Buloh. Itulah pengalaman pertama kali kereta ini tayarnya bocor. Apabila saya mahu menukar tayar saya dibantu oleh seorang empunya gerai En. Awaluddin memasang spare tyre. Malangnya spare tyre tak ada angin, lantas en. Awaluddin membawa saya ke station minyak untuk mengepam spare tyre berkenaan.


Menjadi sejarah apabila 4 station minyak di sekitar sg. Buloh itu rosak pam anginnya.... saya mula merasakan sesuatu yang pelik, malahan pula saya sedang berperang dengan jin saka cara saya. akhirnya ditemui juga pam yang elok di suatu sudut yang tersorok (Agaknya puak-puak tu tak sangka kami boleh jumpa pam berkenaan). Apabila dipasang kereta masih juga tak boleh dipandu disebabkan tayar yang dipasang jammed. Kereta terpaksa ditinggalkan begitu saja dan en. Awaluddin yang baik hati menghantar saya balik ke rumah.

Keesokan harinya apabila saya membawa tayar yang bocor ke kedai tayar, pekerja tayar tidak dapat mengesan punca kebocoran dan tayar dipasang semula.


Perjalanan saya ke Kota Bharu mencatit sejarah yang berulang. Dalam perjalanan dari Raub ke Lipis kereta saya punctuate lagi. Paku sepanjang 3cm terpacak di tayar belakang. Sedang saya nak membuka tayar, pertolongan ALLAH segera datang tn. Hj. Ahmad membantu saya. Kesungguhannya luar biasa, dia membawa saya ke Benta untuk menukar tayar dan seterusnya memasangkan tayar. Alangkah pemurah tn. Hj. Ahmad dan semoga ALLAH membalas jasa baik beliau

Rupanya saya terus diduga. Lebih kurang 50km sebelum ke Kuala Kerai di tengah kegelapan malam sekali lagi tayar kereta saya punctured. Dalam hutan disimpang jalan yang sempit tiada tempat untuk parking sekali lagi saya diuji!

Saya benar-benar upset. Hujan turun agak renyai, cuaca gelap.

Saya gunakan talian hayat saya iaitu YB Dr. Hatta Ramli, ahli parlimen Kuala Kerai. Dr. Hatta menghubungi PA nya en. Zamri dan En. Zamri pula menghubungi tok penghulu Hj. Kamaruzaman. Tok penghulu membawa tayar kereta saya berjumpa seorang mekanik en. Din, untuk diperiksa di bengkelnya. Saya dan tok penghulu balik ke kereta demi keselamatan keluarga saya.

Apabila en. Din datang ke tempat kami dia mengatakan tayar saya tak bocor pun hanya angin keluar? Alangkah peliknya kes-kes seperti ini....

Akhirnya saya sampai ke KB jam 2.30 pagi.... terima kasih kepada semua yang digerakan oleh ALLAH untuk membantu saya. Saya yakin akan kebenaran zikir saya .... fasayakfikahumuLLAH waHUassami'ul'ALIM

Cerita ini tidak berakhir lagi rupanya....

Hari ini, Isnin saya berhasrat untuk extent percutian. Apabila peserta kursus tanya bila saya akan balik, saya katakan saya belum buat keputusan. Saya tak mahu perjalanan saya diketahui oleh musuh saya yang tak nampak ini.

Jadi pagi-pagi lagi saya berhasrat untuk membawa kereta saya ke kedai tyre untuk inspection. Rupanya tak mudah mencari kedai tyre di KB saya terpaksa drive jauh mengarah ke luar KB untuk mendapatkan kedai tyre. Kedai berkenaan check tyre saya dan menggantikan kepala tiubnya. Katanya angin ada keluar sedikit melalui tiub. Heran juga saya mendengar penjelasan mekanik berkenaan kerana sudah 3 hari saya gunakan tanpa ada masalah. Tak apalah dia expert dalam bidangnya.

Sampai di KB kami berhasrat untuk singgah sebentar di Pasar Siti Khadijah yang berwajah baru. Tiba-tiba..... tyre kereta saya punctured lagi!

Seperti biasa pertolongan segera datang, seorang pengurus pasaraya ZonRia datang membantu. Walaupun tyre itu tak bocor saya tukar tyre baru. Terima kasih en. Lee yang didorong ALLAH untuk membantu saya....

Doakan perjalanan balik saya selamat dari hal2 seperti ini. Amin!

Monday, December 20, 2010

Teknik RENTAP

Assalamu'alaikum,

Saya diminta oleh rakan perawat untuk menerangkap teknik Rawatan Tanpa Sentuh Pesakit atau RENTAP bagi membolehkan para perawat mempelajari dan mengamalkan teknik ini. Di sini saya turunkan sedapat mungkin untuk perawat Akrine yang dikasihi sekalian:

Saya pertegaskan terlebih dahulu bahawa Akrine mengamalkan konsep 4 perkara dalam rawatan iaitu niat, doa, teknik dan rukyah. Dalam semua kegiatan merawat Akrine mengingatkan diri perawat bahawa segala ikhtiar adalah dengan izin ALLAH serta keadaan zikir dengan ALLAH bererti tiada saatpun dalam rawatan anda melepaskan diri dari pengawasanNYA.

Semua perlakuan kita berdepan dengan makhluk ghaib adalah diluar kemampuan kita kecuali dengan pertolongan ALLAH. Anda tak mungkin mampu menangkap, mengikat, memukul, memanas/menyejuk, meracun dsb kecuali apabila adanya bantuan ALLAH.

Sebenarnya tukang sihirpun begitu, segala kelakuan dan tindakan tidak akan terjadi kecuali dengan keizinanNYA.

Beza seoarang perawat dan tukang sihir adalah perawat memohon terus kepada ALLAH tetapi tukang sihir sebaliknya. Tukang sihir meminta tolong kepada jin sihir atau benda-benda lain. (Perawat juga boleh jatuh sebagai tukang sihir ie perawat yang jahat walaupun memohon kepada ALLAH tetapi permohonan itu lebih kepada berlaku zalim... na'uzubiLLAH!)

Berdasarkan asas inilah Akrine berkeyakinan tiada tembok yang boleh menghalang doa seorang mukmin dan juga seseorang yang kena zalim. Doa-doa yang berkaitan dengan rawatan terhadap gangguan jin lebih terkesan kerana natijah dapat dirasai dengan segera. Kerana itu bila digabungkan antara niat, doa, rukyah dan teknik maka ia membentuk suatu rawatan.

Apabila seseorang merukyah pesakit dia mesti meletakan niat, doa dan teknik. Merukyah dengan saja-saja meletakan tangan dikepala bagi Akrine adalah sesuatu yang kosong, kerana setiap amalan mestilah ada niatnya, ada pergantungannya dan ada kaedahnya.

Maka begitulah juga dengan RENTAP.

Apabila anda mahu melakukan teknik ini niatnya mestilah jelas seperti "saya mahu merawat pesakit tanpa perlu menyentuhnya dengan izinMu ya ALLAH" . Doa seperti " ya ALLAH, pada pendapat saya, pesakit ini agak aggresif jika saya sentuh mana-mana bahagian tubuhnya, oleh itu ya ALLAH permudahkan rawatan saya dengan saya mengkasadkan pesakit ini pada lokasi yang lain ya ALLAH". Kemudian barulah teknik RENTAP berserta rukyahnya dilakukan:

Teknik Rawatan Tanpa Sentuh Pesakit (RENTAP)

1. Kurung pesakit 4penjuru dengan bismiLLAH masyaALLAH serta tiup

2. . Kurung pesakit dan penyihir pada lokasi yang anda mahu seperti tapak tangan, sekeping kertas atau di atas lantai dengan membaca bismiLLAH masyaALLAH 4 penjuru dan di tengah-tengah

3. Lakukan teknik2 rawatan seperti bakar, racun, pancung, tikam, pukul dsb pada tapak/lokasi yang telah anda sediakan


Mudah-mudahan teknik ini membantu melakukan rawatan. Ia juga boleh dilakukan secara jarak jauh

Thursday, November 25, 2010

Gambar2 KIRI di BPahat 20-21hb. Nov 2010


Peserta keluarga termasuk berumur 5 tahun


Kursus ini disertai dari negeri Johor, Melaka, Terengganu dan Singapura



Turun... turun bukan gerak-gerak, ok!


Biasalah, penyembelihan kepada sisombong lagi degil


Teknik TRO ini ada persamaan dengan Teknik RENTAP, cuma RENTAP lebih banyak variety


Ini komen juri... anda layak ke pusingan seterusnya


Macam mana projek burung walid kita?


Tempat kursus yang selesa dengan bilangan peserta yang sesuai

Friday, November 5, 2010

Gambar2 KIRI 30-31 Okt. 2010


Ingat...Niat...Doa....Ruqyah....Teknik


Orang kuat kursus, jazakALLAHu khaira jazak


Perawat mestilah sentiasa zikruLLAH, sehingga anda merasakan bercakap dengan ALLAH. Yakinlah ALLAH maha mendengar lagi memperkenankan do'a


Teknik RENTAP boleh dilakukan secara beramai2 dan kesannya amat positif biizniLLAH


Menidurkan pesakit secara RENTAP, tahniah Pak Joko..


Solat adalah rawatan kepada perawat dan solat berjemaah adalah perisai kebal berdepan dengan jin yang jahat


Para wartawan sedang merakamkan kenyataan akhbar tentang kenaikan harga minyak?


Jangan benarkan pesakit anda duduk dengan tangan ke belakang seperti ini. Pastikan kakinya tegak!


Do not kill yourself, do not despair, coz ALLAH is always by your side....insyaALLAH


Den dah koba, kursus kali ini banyak jin ikut sama... you see!


Still fresh


Still energitic, smile!

Gambar2 pengijazahan akan dimasukan dalam face book saya cari di face book Abdul Majid Hasan

Tuesday, November 2, 2010

KURSUS INTENSIF RAWATAN ISLAM - BATU PAHAT, JOHOR

Bagi memenuhi permintaan kami telah mengatur KIRI bertempat di Batu Pahat Johor pada 20 & 21 hb. November 2010 ini. InsyaALLAH. Setakad ini 20 orang peserta telah didaftarkan untuk program ini.

Tempat : Pejabat Pendidikan Agama, Jalan Perak, Kg. Kenangan Dato' Onn, Batu Pahat.

Masa : 8.30 pagi

Yuran : Baru : RM250.00 Pelatih : RM180.00 Pelajar sepenuh masa: RM150.00 (penginapan tidak disediakan)

Sekiranya ada yang berminat sila SMS nama, pekerjaan dan samada peserta baru atau pelatih Akrine ke 019-7584801 dengan kadar yang segera. Tempat adalah terhad

Akaun : Maybank Islamic 562740110528 (Pusat Rawatan Islam Nur Ehsan)

Thursday, October 28, 2010

Rawatan Tanpa Sentuh Penyakit (RENTAP)

Pertama2nya saya tekankan bahawa tulisan ini bukan nak tunjuk pandai jauh sekali bersifat ego.. na'uzubiLLAH.

Ia merupakan catitan perjalanan rawatan saya.... saya catitkan mudah2an ada manafaat kepada semua perawat dan juga bakal perawat mendatang.

Bagi pelatih Akrine, anda pernah saya tunjukan teknik TRO ie Teknik Rotan Objek, bila kita rotan sahaja objek pesakit akan melompat. Saya juga pernah menunjukan bahawa dengan izin ALLAH kita boleh tenyeh jin pada pesakit hanya dengan menyucuk objek, jin pada pesakit meminta tolong agar saya berhenti menenyeh objek berkenaan. Kini saya perkenalkan hasil kajian saya suatu teknik yang saya namakan RENTAP ie Rawatan Tanpa Sentuh Pesakit.

Adakalanya rawatan2 sebegini dikenali sebagai teknik makrifat, bagi saya apapun namanya ia bergantung kepada anda kenapa anda merawat tanpa sentuh pesakit...

Saya terpanggil untuk mendalami teknik ini apabila sdr. Terimizi dari Jitra memaklumkan kepada saya bagaimana dia membelasah tukang sihir secara jarak jauh, saya perhalusi teknik yang dianjurkan.

Apa yang pasti dengan teknik ini perawat tidak sedikit menyentuh pesakit, anda hanya perlu duduk di depan pesakit dan semua teknik anda lakukan di depannya sahaja. Menarik? bukan itu isunya tetapi teknik mencapai matlamat saya iaitu menghindarkan fitnah dengan menyentuh pesakit.... itu lebih utama.

InsyaALLAH teknik ini akan diajar kepada kumpulan peserta kursus KIRI pada 30-31 Okt. ini. Selamat datang ke KIRI....

Saturday, October 23, 2010

Gambar2 Kursus di Akrine Slim River

AlhamduliLLAH walaupun dengan penghebahan yang singkat, kursus asas rawatan Islam anjuran Akrineslim dapat dijayakan seadanya. Untuk kursus sebegini yang bertemakan "Semua Orang Boleh Merawat" penekanan adalah untuk rawatan diri sendiri. Peserta juga diajar teknik mengeluarkan jin, kaedah dialog, teknik 18-81, teknik gantung tangan dan mandian.

Mudah-mudahan bermanafaat untuk semua. Amin



Monday, October 11, 2010

Balkis ghaib lagi

Balkis ghaib lagi

BESUT - Kejayaan dua bomoh yang mendakwa berjaya menangkap sembilan jin dan makhluk halus yang sering ‘menyembunyikan’ seorang gadis, Siti Balkis Mohd Nor, 22, kelmarin nampaknya tidak berjaya menghalang gadis itu daripada terus ghaib pada waktu senja.

Semalam, gadis itu ghaib lagi dan ditemui terkulai tidak sedarkan diri di atas pokok rambutan belakang rumahnya di Gong Nangka, Apal di sini.

Gadis itu didapati ghaib jam 7.30 malam semalam dari rumahnya iaitu kira-kira 30 minit sebelum ketibaan Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri, Khazan Che Mat bersama tiga tokoh agama dari Yayasan Islam Terengganu (YIT).

Difahamkan hajat Khazan membawa tiga pegawai YIT berkenaan bagi membantu merawat Siti Balkis dengan kaedah rawatan Islam namun tidak dapat berbuat demikian kerana gadis itu terlebih dahulu ghaib.

Kehilangan gadis itu semalam selepas berlaku sejak dua bulan lalu menggemparkan lagi orang ramai dan usaha mencari di merata tempat dilakukan tetapi dia gagal ditemui.

Bagaimanapun kira-kira jam 11.30 malam, ibu Siti Balkis, Norizan Said, 47, menerima sistem pesanan ringkas (SMS) daripada anaknya memberitahu dia berada di celah batu di satu lokasi seakan-akan di Bukit Keluang, kira-kira 13 kilometer dari rumahnya.

Menerusi SMS itu juga, Siti Balkis meminta keluarganya membaca Yasin dan sehubungan itu Khazan mengadakan bacaan Yasin beramai-ramai.

Sementara itu pada masa sama, orang ramai, keluarga termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Ramlan Ali bergegas ke Bukit Keluang untuk mencari Siti Balkis namun tidak berhasil menemuinya, didakwa dia telah disorokkan ke tempat lain disebabkan kelewatan orang ramai tiba di situ.

Sehingga jam 1 pagi, Siti Balkis masih gagal ditemui dan Khazan bersama pegawai berkenaan pulang meninggalkan rumah gadis misteri itu.

Kira-kira 30 minit selepas Khazan beredar, penduduk kampung akhirnya menemui gadis itu berada di atas pokok rambutan hanya 20 meter di belakang rumahnya.

Kata keluarganya, ketika ditemui, Siti Balkis tidak sedarkan diri dan badannya tersangkut pada dahan pokok rambutan.

Dia dibawa turun ke bawah oleh orang ramai dalam keadaannya tidak sedarkan diri dan hanya sedar kira-kira jam 5 pagi semalam.

Semalam akhbar termasuk Sinar Harian melaporkan kisah bomoh tempatan yang mendakwa berjaya menangkap sembilan daripada sepuluh makhluk halus yang dikatakan sering mengganggu Siti Balkis.

Wednesday, October 6, 2010

Maklumat untuk Peserta KIRI

Assalamu'alaikum, semoga ALLAH senantiasa senantiasa melindungi kita semua dengan sebaik perlindungan....

Berikut beberapa maklumat yang ingin kami sampaikan kepada peserta Kursus Intensif Rawatan Islam (KIRI) pada 30-31hb. Okt. ini:

1. Bagi peserta yang telah dipilih penyertaan (SMS telah dihantar oleh pihak Akrine) tetapi masih belum mengesahkan kehadiran, sila SMS status kehadiran sebelum 19hb. Okt. dan membuat pembayaran ke akaun yang di paparkan pada bahagian kanan blog ini.

2. Barang-barang keperluan kursus yang perlu dibawa pada hari kedua sahaja:

- Dua (2) helai serban atau kain
- Rotan
- Botol kaca bermulut besar spt botol nescafe 500ml

3. Bagi mereka yang ingin menginap di tempat kursus, sila bawa peralatan tidur kecual tilam (totoo disedikan)

4. Program akan bermula dengan pendaftaran kursus pada jam 8.00 pagi dan sesi teori akan bermula jam 9.00 pagi. Hari kedua akan bermula jam 8.30pagi.

5. Pihak kami ada menjual Vest Akrine (RM70.00), pelekat kereta Akrine (RM5.00), Signboard Akrine (RM20.00), Akrionics -manual: layari di sini (RM350.00), buku BDJ (RM30.00), buku Ruqyah Syariah (RM23.00), air penawar, pil penawar, aromatherapy dll. Stok adalah terhad. Sila buat tempahan lebih awal ntuk mengelakan kehabisan stok.

Sunday, October 3, 2010

KIRI 31-30 OKT. DAPAT SAMBUTAN PANAS

Salam semua,

Oleh kerana sambutan yang melebihi jangkaan bagi KIRI 30-31 Okt. 2010 ini maka pihak Akrine dengan ini menutup sebarang permohonan bagi menyertai kursus ini.

Ini bagi memastikan matlamat kursus dapat dicapai.

InsyaALLAH kursus selepas ini akan diadakan pada bulan Disember 2010, kemungkinan besar di Kota Bharu Kelantan.

Bagi yang ingin mengikuti Kursus Asas Rawatan Islam, KRIS pendaftaran sedang dibuka di bawah anjuran Akrineslim, bertempat di Slim River.

Maklumat lanjut layari http://akrineslim.blogspot.com

Wednesday, September 8, 2010

Kursus Intensif Rawatan Islam (KIRI) 30-31 Okt. 2010



InsyaALLAH KIRI akan diadakan selama 2 hari dengan pengisian seperti berikut:

Hari Pertama:

1. Pengetahuan asas mengenai makhluk halus
2. Jenis-jenis gangguan
3. Perlindungan diri dari gangguan
4. Persiapan diri perawat
5. Persiapan kemudahan merawat
6. Teknik merawat :
(a)Penyediaan air rawatan
(b)Mendinding diri sebelum semasa dan selepas merawat
(c) Menikam jin
(d) Scanning
(e) Ruqyah
(f) Dakwah & tanzir
(g) Tarik keluar pakai serban
(h) sembelih
(i) pukul
(j) Baling
(K) Mengikat
(l) Menyedarkan pesakit
(m) Menidurkan jin
(n) Bakar batu-bata
(o) Sedut/tarik/pindah jin
(p) Pagar jarak jauh
(q) Mengambil barang sihir
(r) Teknik gantung tangan
(s) Teknik dialog - ibu jari, sendawa, menulis dll
(t) Teknik racun
(u) Teknik deklarasi
(v) Teknik pemusnah tukang sihir
(w) Teknik Kembara & Rawat (TKR)
(x) Teknik Rotan Objek (TRO)

7. Simulasi rawatan

Hari Kedua :

Latihan & Amali merawat

Masa : Hari Pertama : 8.30pagi - 4.00ptg
Hari Kedua : 9.00pagi - 5.00ptg

Tarikh : 30& 31hb Oktober 2010 (Sabtu & Ahad)

Terbuka kepada semua bekas pelatih atau baru

Terhad kepada 60 orang sahaja (Terbuka kepada lelaki dan wanita)

Tempat: Pusat Rawatan Islam Nur Ehsan, Kuang, Selangor
Penginapan disediakan bagi yang memerlukan (Sila bawa bantal dan alas tidur)

Yuran : RM150.00 (bekas pelatih Akrine) RM200.00 (Baru) RM150 (Pelajar)

Sila sms nama, pekerjaan, negeri dan pelatih baru atau bekas pelatih ke 019-7584801 dengan kadar yang segera.

Pihak Akrine akan memaklomkan 7 hari sebelum tarikh kursus nama-nama peserta dan kaedah pembayaran. Hanya mereka yang terpilih sahaja yang akan dimaklomkan/dihubungi.

Sunday, September 5, 2010

Ini Iklan Dari Selangor...



Very touching...

Iklan Raya Hina Islam



Scene 1 - Budak Lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia dengan bertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung di sebelah kanan tingkap yang terbuka.

1.Budak Lelaki Melayu - Orang Melayu
2.Buku - Bible
3.Pondok Buruk Beratap Rumbia - Kemiskinan
4.Malam Yang Gelap - Islam yang mundur
5.Mentol Lampu - Pencerahan (Illumination) - Lucifer@Iblis
6.Sangkar Burung - Simbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM
7.Tingkap Terbuka - Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran

Scene 2 - Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted).

1.Mukasurat Bergambar - Bible (Christianity)
2.Mukasurat Jawi terbalik - Al-Quran yang dihinakan
3.Beca Merah - Samaran untuk kenderaan Santa Claus
4.North Star - Bintang Kelahiran Horus (Dajjal)Pokok Krismas - Simbol Paganism

Scene 3 - Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya dari gambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira). Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk.

1.Bintang-bintang kecil beraura - Keajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan etc.
2.Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih - POPE - Ketua Agama Kristian
3.Pelawaan Menaiki Beca - Pelawaan Masuk Kristian Scene
4 - Budak Lelaki Melayu dengan seorang Budak Perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar. (Scene ini memaparkan kejayaan memurtadkan (merosakkan) Bangsa Melayu)

1.Budak Lelaki Dan Budak Perempuan Melayu - Bangsa Melayu.

Scene 4 dan 5 - Beca terbang ke Pulau Pinang, Teluk Intan, dan Kuala Lumpur. Tempat-tempat ini bercahaya dan bersinar (illuminated) dengan kehadiran beca merah.

1.Pulau Pinang - Tempat Illuminati mula bertapak (Francis Light)2.Teluk Intan, Hilir P...erak (Anson) - Ada Illuminati Lodge kat sini. Rotary club pun bersepah.3.Kuala Lumpur - Malaysian Illuminati punya capital.

Scene 6 - Tiba-tiba ada satu pasangan tambahan budak lelaki/perempuan melayu dalam beca.

1.Pasangan Melayu Extra - Murtad dan kerosakan makin berkembang dan mendapat sambutan

Scene 7 - Beca berhenti depan unit kondo. Satu pasangan budak Melayu lagi diorang pickup. Budak Melayu Kampung gembira sampai bercahaya-cahaya mukanya.

1. Kondo - Bandar/Middle Class. Budak kampung dah diterima oleh orang bandar. Masuk Kristian adalah cool, urban, modern dsbnya.

Scene 8 - Seorang budak perempuan memeluk seorang budak perempuan lain dari belakang. Kepala seorang budak lelaki hanya tersengih di tepi pasangan tersebut.

1.Pasangan Budak Perempuan Berpelukan - Lesbianism/Feminism2.Kepala Budak Lelaki Tersengih - Lelaki yang tak dipedulikan dan diperbodohkan.

Scene 9 - Beca terbang merentasi sebuah pulau.

1.Pulau - Singapore lah.

Scene 10 - Beca terbang merentasi awan dan menuju ke sebuah kawasan pergunungan. Kelihatan sebuah masjid di sebelah kiri, budak-budak Melayu tak mempedulikan kewujudan masjid malah lebih tertarik dengan pemandangan di bawah beca terbang.

1.Kawasan Pergunungan (Bukit-bukau) - tempat tinggal Jin
2.Masjid Kecil - Agama Islam yang lemah

Scene 11 - Budak-budak Melayu sudah mendarat dan terus berlari sambil menunjuk-nunjuk ke arah Masjid yang terletak jauh disebalik jurang yang dalam sambil ketawa berdekah-dekah. Terdapat dua tangan misteri yang juga sedang menunjuk-nunjuk ke aras masjid. Sebuah bangunan misteri berada di antara masjid dan budak-budak Melayu.

1.Bangunan Misteri - Sebagai cover up (Yang sebenarnya ditunjuk-tunjuk adalah Masjid)

2.Perbuatan Menunjuk Menggunakan Jari Telunjuk - Perlakuan Biadab
taken from Yusrizan Usop

(sumber diangkat dari fesbuk | klip video - ehsan dari blog Bila Harimau Sudah Menaip)

Tuesday, August 31, 2010

Ramadhan Al-Kareem

AlhamduliLLAH kita sedang berada di fasa ketiga dalam ibadah Ramadhan dalam usaha memenuhi kefardhuan puasa dengan tekad memperolehi taqwa.

Taqwa melahirkan orang muttaqin. Menjadi orang yang muttaqin bermakna memiliki adab dan akhlak Al-Quran dan As-Sunnah. Tidak akan bertaqwa orang yang menentang Al-Quran dan As-Sunnah. Bertaqwa bermakna menerima sistem dan peraturan yang ditetapkan oleh ALLAH dan RasulNYA SAW.

Menariknya kepatuhan kepada Al-quran tidak akan terjadi tanpa adab dan akhlak kepada pembawa risalah Muhammad SAW.

Adab dan akhlak kepada Baginda tidak akan terjadi tanpa mencintai RasulNYA SAW dengan penuh keikhlasan. RasuluLLAH SAW adalah pemberi rahmah kepada sekalian alam. Tidak hanya kepada manusia tetapi alam keseluruhannya termasuk gunung-ganang, tumbuhan malah kepada binatang.

Catatan sejarah ini membuktikan kebenarannya:

1. Semasa Baginda SAW bersama saidina Abu Bakr menaikki jabbal Thur, bukit Thur bergegar kerana tidak sanggup menanggung kebesaran rahmat orang yang berada di atasnya. Lantas Nabi SAW berkata kepada bukit Thur, wahai bukit ketahuilah di atasmu adalah Nabi Muhammad pesuruh ALLAH maka diamlah kamu.... maka jabbal Thur pun berhenti bergegar.

2. Apabila Baginda membesarkan masjid Quba, RasuluLLAH SAW membina mimbar supaya kedudukan lebih tinggi. Sebelum itu RasuluLLAH SAW menggunakan pelepah tamar sebagai cokmar membaca khutbah. Pada hari Baginda SAW mula menggunakan mimbar, para sahabat mendengar tangisan kanak-kanak di dalam masjid. Para sahabat mencari tangisan berkenaan semakin lama semakin kuat, RasuluLLAH SAW juga mendengarnya. Setelah puas dicari rupanya tangisan itu adalah datang dari pelepah tamar. RasuluLLAH SAW bertanya kenapa dia menangis. Pelepah tamar menjawab ia takut Baginda SAW tidak lagi menggunakannya untuk berkhutbah. Lantas Nabi SAW menawarkannya untuk bersama Baginda SAW di syurga. Pelepah tamar amat gembira dan berhenti menangis....

3. Seekor unta telah mengamuk. Dia menerajang sesiapa yang menghampirinya hingga membawa kepada kematian. Orang ramai menangkapnya dan mengikatnya. Apabila RasuluLLAH SAW lalu berdekatannya, RasuluLLAH SAW meminta ikatannya dibuka. Orang kampung pada mulanya menolak kerana unta itu amat ganas. RasuluLLAH SAW memberikan jaminan bahawa unta itu tidak akan mengamuk. Setelah dilepaskan unta itu pergi duduk di depan RasuluLLAH sambil mencium wajah Baginda SAW yang mulia. RasuluLLAH bertanya kepadanya kenapa dia mengamuk. Unta itu menceritakan bagaimana ia disuruh bekerja keras tetapi tidak diberi makan. RasuluLLAH SAW mahu agar unta itu tidak dianiya lagi. Penduduk berkenaan berjanji agar memberinya makan dan tidak akan menyuruhnya membuat apa-apa kerja lagi.

Begitulah rahmahnya RasuluLLAH SAW kepada gunung, tumbuhan dan haiwan.

RasuluLLAH SAW menyayangi kita sebagai ummatnya... sehingga di saat akhir kehidupannya Baginda masih menyebut "umatku....ummatku... ummatku, ya ALLAH sakitnya sakaratul maut, ringankanlah ya ALLAH ke atas ummatku"

Adakah kita menyayangi RasuluLLAH SAW sepertimana yang dianjurkan?

Sunday, August 8, 2010

Gambar KIRI 31/7 - 1/8


Gambar beramai-ramai


Akrine Segamat


Akrine Slim River dan Akrine Batu Laut


Saya ijazahkan, saya terima


Perawat kecil menunjukan teknik rawatannya


Turun!.....Turun!..... Turun!!!!





Zikir Tahsin


Ai iye ke ni? Macamana boleh jatuh ni!


Teknik kegemaran saya.... hati2 dengan air itu....


Teknik apa ye? Teknik tikam jantung samapai tembus


Halaqah ringkas


Blog/web Rawatan

My Favourite

Expose Mistik part-1

Expose Mistik Part 2

Expose Mistik Part 3

Teknik Tidurkan Jin

Senarai Perawat Luar Negeri

KLINIK RUQYAH DI LUAR NEGERI





  • Jordan
  • "Ayesh Quran: Cell: 00962795576723, ayeshquran@yahoo.com (Taibeh, Irbed, Jordan)
  • UK
    • Abu Junaid: 07834326225 (Birmingham and surrounding areas, UK)
    • Abdul Jabbaar: 07976918576 (Huddersfield and surrounding areas, UK)
    • Abu Abdullah As-Salafi: 07737557330 (Birmingham, UK)
    • Abu Abdullah: Ruqyashariyah@yahoo.co.uk, http://groups.yahoo.com/group/RuqyaShariyah/
    • Zaid : 07985667618 (Leicester, UK)
    • Sheikh Abu Hanifah (appears on the Islam Channel Q&A): 0208 471 5766 (London, UK)
    • Ibrahim At-turki: 07719380579 (Hertfordshire, North London)
  • USA
    • Abdulhakim Alhiyafi: (615) 668-2522 (Dallas, Tx 76107), the sheikh works in Sharia Academy and he travels to other states frequently.
    • Ahmad Al-Jabry: (313) 384-4509 (Dearborn, Mi 48126)
  • Germany
    • Abu Sufian: 01625365432 (Bonn)
  • Bosnia and Herzegovina
  • Morocco
  • Pakistan
    • Iqbal Salafi: TEL: 0092 51 5537998 (7AM-3PM PST), Mobile:0092 3335115646, Kashmiri Bazaar near masjid Darus Salaam, Ahl Hadith (RAWALPINDI-PAKISTAN)
  • Egypt
    • Waheed Abdul-Salam Balo: 0020105061850 (Egypt)
  • Yemen
    • Muhammad Al-Imam center (Ma'bar, Yemen)
    • Abdul-Qadir Al-Qudsy center (Al-Qadisiyah, San'a', Yemen)
  • Saudi Arabia
    • Abdul-Azeez Abu Djeen: phone: 4265211, cell: 055415020 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Muhammed Al-Subai'y: 055216484 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abdul-Azeez bin Jdeed: 055425132 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abu Abdullah: 054264125 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abdullah As-Sadhan: 055261525 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Nasir Armeeh: phone: 055425132, cell: 055212184 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abdullah Fahd Arsheedy: 0557556976 , 0557992665 (Al-Kharj, Saudi Arabia)
    • Khalid Al-habashy: the imam of Masjid Al-Sulayman (Jeddah, Saudi Arabia)
    • Munair Arab: (+966) 555708580, www.alroqia.com (Jeddah, Saudi Arabia)
    • Abdul-Azeez Muhammed Al-Kharmy: cell: 055663850, aziz1123@hotmail.com (Jeddah, Saudi Arabia)
    • Saleh An-Nah-Has: 0506575057 (At-Ta'ef, Saudi Arabia)
    • Ahmed Ard-dady: office: 048229319, cell: 0505302026 (Al-Madinah Al-Munawwarah, Saudi Arabia)
    • 'a'edh Al-Sharary: cell: 053650839 (Tabarjal, Saudi Arabia)
    • Sa'eed Al-Qahtany: 055759590 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abu Mohammed Arsainy: 055143121 (Buraydah, Saudi Arabia)
    • Khalaf Aal-Baker: 054407544, (Al-aziziyah, Saudi Arabia)
    • Muhammed Al-ataiby: 052388818, 054449429 (Al-Khalidiyah, Saudi Arabia)
  • Kuwait
    • Abdullah Al-hadad: 3842452 (Al-Green, Kuwait)
    • Faysal Al-'anzy: 9279496 (As-Sableekhat, Kuwait)
    • Hady Al-'anzy: 9009019 (Al-Jahra', Kuwait)
    • Mohammed Al-Qaysi: 7989066 (Great Mubarak, Kuwait)
    • Abu Osamah: 7040056 (Kuwait)
  • UAE
    • Salah Abdul-Qader: 050/6111706 (Abu Dhabi, UAE)