Saya diminta oleh rakan perawat untuk menerangkap teknik Rawatan Tanpa Sentuh Pesakit atau RENTAP bagi membolehkan para perawat mempelajari dan mengamalkan teknik ini. Di sini saya turunkan sedapat mungkin untuk perawat Akrine yang dikasihi sekalian:
Saya pertegaskan terlebih dahulu bahawa Akrine mengamalkan konsep 4 perkara dalam rawatan iaitu niat, doa, teknik dan rukyah. Dalam semua kegiatan merawat Akrine mengingatkan diri perawat bahawa segala ikhtiar adalah dengan izin ALLAH serta keadaan zikir dengan ALLAH bererti tiada saatpun dalam rawatan anda melepaskan diri dari pengawasanNYA.
Semua perlakuan kita berdepan dengan makhluk ghaib adalah diluar kemampuan kita kecuali dengan pertolongan ALLAH. Anda tak mungkin mampu menangkap, mengikat, memukul, memanas/menyejuk, meracun dsb kecuali apabila adanya bantuan ALLAH.
Sebenarnya tukang sihirpun begitu, segala kelakuan dan tindakan tidak akan terjadi kecuali dengan keizinanNYA.
Beza seoarang perawat dan tukang sihir adalah perawat memohon terus kepada ALLAH tetapi tukang sihir sebaliknya. Tukang sihir meminta tolong kepada jin sihir atau benda-benda lain. (Perawat juga boleh jatuh sebagai tukang sihir ie perawat yang jahat walaupun memohon kepada ALLAH tetapi permohonan itu lebih kepada berlaku zalim... na'uzubiLLAH!)
Berdasarkan asas inilah Akrine berkeyakinan tiada tembok yang boleh menghalang doa seorang mukmin dan juga seseorang yang kena zalim. Doa-doa yang berkaitan dengan rawatan terhadap gangguan jin lebih terkesan kerana natijah dapat dirasai dengan segera. Kerana itu bila digabungkan antara niat, doa, rukyah dan teknik maka ia membentuk suatu rawatan.
Apabila seseorang merukyah pesakit dia mesti meletakan niat, doa dan teknik. Merukyah dengan saja-saja meletakan tangan dikepala bagi Akrine adalah sesuatu yang kosong, kerana setiap amalan mestilah ada niatnya, ada pergantungannya dan ada kaedahnya.
Maka begitulah juga dengan RENTAP.
Apabila anda mahu melakukan teknik ini niatnya mestilah jelas seperti "saya mahu merawat pesakit tanpa perlu menyentuhnya dengan izinMu ya ALLAH" . Doa seperti " ya ALLAH, pada pendapat saya, pesakit ini agak aggresif jika saya sentuh mana-mana bahagian tubuhnya, oleh itu ya ALLAH permudahkan rawatan saya dengan saya mengkasadkan pesakit ini pada lokasi yang lain ya ALLAH". Kemudian barulah teknik RENTAP berserta rukyahnya dilakukan:
Teknik Rawatan Tanpa Sentuh Pesakit (RENTAP)
1. Kurung pesakit 4penjuru dengan bismiLLAH masyaALLAH serta tiup
2. . Kurung pesakit dan penyihir pada lokasi yang anda mahu seperti tapak tangan, sekeping kertas atau di atas lantai dengan membaca bismiLLAH masyaALLAH 4 penjuru dan di tengah-tengah
3. Lakukan teknik2 rawatan seperti bakar, racun, pancung, tikam, pukul dsb pada tapak/lokasi yang telah anda sediakan
Mudah-mudahan teknik ini membantu melakukan rawatan. Ia juga boleh dilakukan secara jarak jauh
5 comments:
salam ustaz,
Terima kasih banyak2 krn sudi berkongsi ilmu.
Sedikit penjelasan ust, teknik ini sama macam Yasin 4 penjuru ke, iaitu baca 4X bismillahi masyaALLAH, membentuk segiempat.
Kedua,apa maksud ust dalam para 2,penghujung ayat iaitu di tengah-tengah ." kurung pesakit dan penyahir pd lokasi......dgn membaca Bismillahi MasyaAllah 4 penjuru dan di tengah2"
Ketiga, bagaimana dikatakan jarak jauh itu. Adakah via h/phone, yakni pesakit buka l/speaker, seperti yg diamalkan oleh sesetengah perawat atau ust ada kaedah lain.
Harap dapat pencerahan
Wassalam
Khai
maaf ust,
tertinggal seperkara lagi, bagaimana lepaskan pesakit/pengupah itu dari kurungan yang telah dibuat?
Terima kasih ustaz
Khai
Salam,
Betul, lebih kurang sama dgn Yaasin 4 penjuru. Apabila block pada pesakit kita niat block dan duplicate.
Pada lokasi eg tapak tangan setelah di block 4 penjuru. Garis dari atas ke bawah sehingga menjadi 2 bahagian.
Niatkan salah satu bahagian sebagai pesakit dan bagaian yang lain sebagai penyihir dan gerombolonnya.
sekiranya pesakit bukan kes sihir, niatkan sahaja sebahgian badan kanan dan sebahagian badan kiri pesakit.
Selesai rawatan, selalunya akan dilakukan pembersihan seperti dibakar di tapak tangan dan akhir sekali ditutup dengan teknik menarik jin di tangan berkenaan.
wALLAHu'alam
TERIMA KASIH USTAZ....
Salam,
Jazakallah Ustaz kerana sudi berkongsi ilmu.
Post a Comment