Salah seorang pembaca blog saya meminta saya menyatakan testimoni minyak serbaguna yang saya iklankan. Minyak ini kini saya namakan "Penawar Nur Ehsan (PNE)".
Sebenarnya saya keberatan untuk memberi sebarang kredit kepada PNE bukan kerana ia tak berkhasiat, tetapi mahu pengguna minyak ini meletakan keyakinan bahawa bukanlah minyak ini yang menjadi penyembuh tetapi ALLAHlah yang maha penyembuh. Minyak ini hanyalah kaedah atau media dalam mendapatkan penyembuhan berkenaan.
Saya teringat dalam mensyuarat tahunan sebuah badan perubatan Islam yang saya pernah sertai dahulu, ada lapuran berkenaan usaha-usaha kajian sedang dijalankan untuk melihat keberkesanan daun bidara dalam merawat sihir.Memang ada sirah penggunaan 6 helai daun bidara yang ditumbuk dengan batu digunakan untuk merawat gangguan sihir. Daun bidara ini dicampur dengan air yang dibacakan Al-Fatihah, Ayat Kursi dan 4Qul, lalu diminum tiga teguk dan bakinya dibuat mandian. Kaedah ini dilakukan selama 3-7 hari.
Persoalannya untuk mencari daun bidara sekarang agak sukar. Setahu saya ada sepohon pokok bidara di Taman Melewar berdekatan dengan sebuah surau. Pokoknya sudah tinggi dan sukar untuk mengambil daunnya. Untuk mandian selama 7 hari kenalah disediakan 42 helai daun bidara, kalau ada 10 orang maka 420 helai daun bidara diperlukan. Ini tentunya tidak praktikal.
Saya teringat kisah Nabi Musa Alaihissalam apabila didatangi seorang berpenyakit sopak. Nabi Musa telah ditunjukkan oleh ALLAH SWT dengan sejenis tumbuhan. Nabi Musa merawat orang berkenaan dengan daun tumbuhan berkenaan dan diapun sembuh. Maka masyhurlah Musa dengan kebolehan merawat penyakit sopak. Setahun kemudian datang seorang yang juga berpenyakit sopak. Musa merawat menggunakan daun yang sama tetapi tidak sembuh. Musa bertanya kepada ALLAH kenapa tidak sembuh, ALLAH menjawab bukan tumbuhan berkenaan yang menyembuhkan tetapi ALLAH yang menyembuh secara mutlak.
Berdasarkan kefahaman di atas, saya berkeyakinan bahawa apapun bahan boleh dijadikan media rawatan. Kerana itulah ada mu'allij yang menggunakan minyak zaitun, habbatus sauda' dsb sebagai bahan yang dibacakan ruqyah, samada untuk tujuan sapuan, minuman dsb.
Begitulah juga PNE, ia telah diruqyah. Ia berguna untuk tujuan mandian dan juga disapu pada kapas dan diletakan di bahagian atas cuping telinga.Dengan izin ALLAH ramai yang telah mengguna dan mendapati kekuatannya sebagai media penyembuh yang berkesan.
Sebagai catatan saya turunkan beberapa kejadian:
1. 2 orang pesakit yang kena sihir, apabila diserang semula dapat mengatasinya dengan mandi menggunakan PNE
2. Seorang pengamal rawatan alternatif telah membeli sebanyak 40 botol PNE dan menggunakannya bagi kebanyakan pesakitnya
3. Seorang pesakit yang kena gangguan, apabila diberi minum setitik PNE yang dicampur dengan air, jin2 di badannya secepat itu mengaku kalah.
Tetapi kalau pembaca blog menggunakan PNE mendapti tiada kesan, ingatlah kisah Nabi Musa di atas. Kita hanyalah berikhtiar tetapi milik kesembuhan adalah dari ALLAH
Cara Mengesan Gangguan Pada Anak-anak
-
*Assalamualaikum*
Apakah anda mempunyai anak yang anda rasakan lain dari anak-anak yang lain,
seperti kerap sakit, kerap demam, selsema, menangis di tenga...
2 years ago
1 comment:
Assalamualaikum Ustaz,
Saya nak bertanya sumber kisah ini. Dah banyak kali saya dengar, dan baca. Saya cuma nak dapatkan sumber utama bawah kisah ini agar hati saya tenang.
"Saya teringat kisah Nabi Musa Alaihissalam apabila didatangi seorang berpenyakit sopak. Nabi Musa telah ditunjukkan oleh ALLAH SWT dengan sejenis tumbuhan. Nabi Musa merawat orang berkenaan dengan daun tumbuhan berkenaan dan diapun sembuh. Maka masyhurlah Musa dengan kebolehan merawat penyakit sopak. Setahun kemudian datang seorang yang juga berpenyakit sopak. Musa merawat menggunakan daun yang sama tetapi tidak sembuh. Musa bertanya kepada ALLAH kenapa tidak sembuh, ALLAH menjawab bukan tumbuhan berkenaan yang menyembuhkan tetapi ALLAH yang menyembuh secara mutlak."
Post a Comment