A. TANDA-TANDA KETIKA JAGA
· Bercakap seorang diri dan ketawa tanpa sebab.
· Suara berubah ketika marah.
· Mudah hilang akal, kurang memahami sesuatu dan lemah ingatan adakala ia
mengigit lidahnya.
· Berjalan terhoyong-hayang.
· Cara makannya menjijikkan.
· Berpaling daripada membaca Al -Quran,tidak memerhati maksud-maksudnya, tidak
berzikir dan tidak bersolat.Apabila ia hendak membaca Al Quran,berzikir atau
bersolat seolah-olah ada sesuatu yang menghalang untuk berbuat demikian.
· Benci kepada bau-bauan wangi terutamanya kasturi dan za' faran
· Pening yang tidak dapat diubati oleh ubat-ubatan (biasa)
· Bencikan rumahnya atau isteri atau suami atau ahli keluarganya.
· Kelupaan atau sakit kep'ala ketika solat.
· Tidak menumpukan fikiran kepada sesuatu.
· Malas dan lemah badan (tanpa sebab).
· Merasai sesuatu yang ganjil seperti gambar yang seolah-olah bergerak-gerak.
· Denyutan jantung bertambah cepat tanpa sebab.
· Selalu bermimpi.
· Bercakap tidak keruan, tidak tersusun, bercakap yang bukan -bukan dan
bertindak tidak tentu hala. Apabila syaitan berpaling daripadanya, anda dapati
ia akan meminta maaf terhadap percakapannya atau tingkah lakunya.
· Sedih tanpa sebab atau kerana alasan yang remeh.
· Suka memisahkan diri daripada orang ramai kerana ia merasa seolah-olah semua
orang memusuhinya dan anda dapati ia akan hilang kepercayaannya terhadap orang
lain.
· Mengabaikan kerjanya, rumah, suami atau isteri dan sekolah atau universiti.
· Sakit tulang belakang ketika bangun dari tidur tanpasebab-sebab kesihatan
seperti influenza atau pusingandarah haid.
· Beberapa anggota badannya kebas tanpa sebab dan ia susah digerakkan kecuali
dengan kepayahan yang amat sangat.
· Perjalanan haid wanita tidak teratur- Ada kalanya darah haidnya terhenti sama
sekali sedangkan ia masih muda atau haidnya tidak teratur seperti pada waktu
yang tertentu darahnya keluar banyak dan pada masa yang lain pula ia akan
keluar sedikit.
· Suka berada lama di dalam tandas atau bilik air.
· Waswas
· Lekas marah dan mudah melakukan kesilapan.
· Didorong oleh suara hasutan syaitan untuk melakukan maksiat seperti membunuh
atau berzina.
· Lenguh-lenguh seluruh badan berserta dengan malas yang bersangatan dan tidak
berdaya.
· Semut-semut badan atau lenguh dengan cara luar biasa.
· Merasa seolah-olah ada sesuatu yang mengikutnya
· Pening yang berterusan dengan syarat ia bukan berpunca daripada sakit mata,
telinga, hidung, gigi, kerongkong atau pun perut.
Mengikut Hamdy Ad Damardasy, "Apabila terhimpun 3 tanda pada waktu tidur dan 2 tanda pada waktu jaga maka kita mungkin sahaja dapat mengatakan yang seseorang itu telah di ganggu oleh jin atau syaitan .B. TANDA-TANDA DI WAKTU TIDUR· Mimpi yang menakutkan dalam pelbagai rupa atau mimpi yang menyedihkan .
· Bercakap-cakap ketika tidur atau keluar suara yang tertentu seperti suara yang
tidak jelas misalnya yang sedang marah-marah atau suara mengeluh
· la bermimpi berjalan di atas air atau darah.
· Mimpi yang berulang-ulang sehingga ia merasakan kesempitan jiwa atau seram
atau takut atau ia bermimpi dengan mimpi yang kemudiannya benar -benar berlaku
dan ini memberi kesan negetif terhaadap jiwanya. seperti ia bermimpi suatu
kejadian, kemudian ia benar -benar berlaku atau ia bermimpi seseorang itu
sakit atau mati dan kemudiannya benar- benar berlaku
· Susah hendak tidur malam kecuali setelah lama berbaring.
· Kerap terjaga tidur di waktu malam.
· Mimpi berjumpa haiwan -haiwan seperti kucing, anjing, unta, ular, singa,
serigala dan tikus
· Berdiri dan berjalan ketika tidur tanpa sedar.
· Bermimpi seolah-olahnya ia jatuh dari tempat yang tinggi.
· Bermimpi ia berada di kawasan perkuburan atau kawasan sampah atau jalan yang
sunyi ( lagi menakutkan).
· Mimpi melihat manusia yang bersifat pelik seperti terlalu tinggi atau tinggi
atau terlalu rendah atau melihat manusia hitam
PETUJUK TERKENA SIHIR
Sokongan orang yang terdekat perlu dalam kes sihir, kerana rawatan ini mengambil masa yang panjang.
Antaranya tanda-tanda terkena sihir ialah:
· Ketika rawatan dijalankan, pesakit menangis tetapi ia bukanlah dengan kehendak
dirinya sendiri.
· Melalui peroses rawatan, didapati pesakit sukar disembuhkan ataupun ia lambat
sembuh dan memerlukan rawatan yang berulang-kali
· Pesakit berasa sakit perut apabila dibaca ruqyah padanya atau diberikan
kepadanya minuman berjampi.
· Tanda-tanda gangguan sihir juga banyak menyamai atau menyerupai tanda-tanda
gangguan jin dan syaitan sepertimana yang dinyatakan dalam bab sebelum ini.
· Kebanyakkan pesakit sihir berasa kesempitan dada pada waktu - waktu yang
tertentu terutamanya pada waktu asar dan pada malam hari.
3 comments:
Tuan,
saya rasa kebanyakan tanda yang tuan senarai kan diatas banyak terdapat pada saya, terutama hati yang berdebar debar tanpa sebab...
ketika tidur saya memang selalu mimpi binatang , hantu dan selalu mimpi air...
kebelakangan ini saya telah bermimpi di hempap dengan tilam lama ( tilam usang ) sempat saya melaung kan Allah Akhbar 3 kali barulah saya dapat melepaskan diri. Saya juga merasakan saya diperhati ketika duduk atau baring dalam bilik tidur..
adakah berkemungkinan saya di ganggu...
salam terimakasih
Saya berdoa mudah2an sdra tidak diganggu. Saya mencadangkan sdra membaca tulisan saya berkenaan kaedah mengesan dan merawat gangguan selepas artikle ini.
Salam,
Baru-baru ni saya telah dikesan disihir oleh salah seorang dari perawat pihak tuan.Pada asalnya, saya menemui perawat tersebut untuk merawat sakit saya. Mengikut perawat tersebut, sihir mengambil tempoh yang lama untuk sembuh memandangkan setiap kali makhluk dikeluarkan dari badan saya (tanpa sembelihan) akan diganti makhluk yang lain. Berapa lama masa untuk saya sembuh jika disihir?Pertanyaan ini adalah kerana saya tidak tahan gangguan-gangguan yang datang semasa saya dirawat.
Post a Comment