Terdapat banyak kaedah bagi mengesan dan merawat gangguan. Tentunya yang terbaik adalah yang datangnya dari RasuluLLAH SAW dan penggunaan ayat2 AL-Quranul Karim. Ada juga perawat yang menjalankan try & error dalam usaha mengesan gangguan. Ini juga tidak salah selagimana cubaan2 berkenaan dari kaedah2 yang dibenarkan oleh Islam.
Sebelum ini saya telah perturunkan tanda2 fizikal dan keadaan ketika jaga dan tidur dalam mengkaji simptom gangguan.
Bagi mereka yang simptom terlalu banyak yang menepati diri anda cepatlah melakukan sesuatu terutamanya membaca dzikir2 ma'thurat dan Al-Quran. Di antara surah yang baik dalam merawat diri dari gangguan adalah seperti surah Yasin, Al-Mulk, Al-waqiah, Al-Jin, Ar-Rahman, As-Sajadah, Al-ma'arij, As-Soffat dsb.
Pilihlah surah yang anda ingin jadikannya sebagai dzikir harian anda dan istiqamahlah dengan dzikir berkenaan.
Saya tegaskan bahawa jangan membaca dzikir dengan meletakan tujuan membenteng diri, nanti anda akan rasa tertekan dan tidak mampu bertahan lama. Tetapi jika anda niat sebagai dzikir anda akan lebih tenang dan merasa rindu jika anda tidak dapat melakukannya sepertimana anda melakukan selalu.
Untuk mengelakan dari terjebak dengan khadam ayat, sebelum berdzikir mestilah memulakan dengan Al-Fatihah, selawat, istighfar, syahadatain dan ta'awuz (a'uzubiLLAH...). Kemudian barulah berdzikir.
Bagi mereka yang ada simptom tetapi agak kurang yakin samada benar atau tidak anda mengalami gangguan kaedah untuk mengesan yang mudah adalah seperti berikut: Baca surah Al-Falaq (41kali) dan An-Nas (41kali). Sebelum berdzikir lakukanlah perkara yang sama sepertimana di atas.
Carilah satu masa yang anda amat selesa, tiada gangguan, bersendirian dan bacalah secara berterusan 41x dan 41x
Apabila anda mengamalkan bacaan ini, jika anda ada gangguan, anda akan dapat merasakan paling tidak denyutan berulang2 kali pada anggota badan anda. Adakalanya denyutan ini akan berubah2 tempat.
Untuk gangguan yang melibatkan sihir anda akan amat mengantuk sehingga tertidur dan gagal menyempurnakan bacaaan 41x berkenaan.
Jika sihir berkenaan dari serangan yang kuat anda akan sakit di bahagian2 tempat serangan bertapak.
Jika anda mendapati tanda-tanda di atas, anda tidak perlu tergesa2 untuk mencari perawat. Cubalah merawat diri anda sendiri terlebih dahulu. Caranya adalah dengan terus mengamalkan membaca Al-Falaq 41x dan An-Nas 41x. Berdzikirlah secara istiqamah mengharapkan bantuan ALLAH... insyaALLAH dalam tempoh tertentu denyutan, rasa sakit, rasa mengantuk dsb akan hilang. Jika tiada lagi tanda2 ini bermakna anda berjaya merawat diri anda dengan izin ALLAH.
Tetapi sekiranya semakin dirawat, semakin mengganas, berbulan2 masih tiada perubahan maka saya syorkan anda berjumpalah dengan perawat yang anda yakini mengikut sunnah.
Selamat mengesan dan merawat diri anda sendiri. Mudah2an anda tiada gangguan dan jika ada mudah2an anda berjaya merawat diri anda.
Selamat menyambut 'Aidil Akbar.
Cara Mengesan Gangguan Pada Anak-anak
-
*Assalamualaikum*
Apakah anda mempunyai anak yang anda rasakan lain dari anak-anak yang lain,
seperti kerap sakit, kerap demam, selsema, menangis di tenga...
2 years ago
3 comments:
Salam,
Saya ingin bertanya beberapa perkara dari pengalaman tuan merawat.
1.Adakah santau angin juga bole dirawat sendiri atau pun lebih elok di rawat oleh perawat.
2.Adakah santau angin ini hanya melibatkan racun2 santau ataupun, adakah jin juga bertapak di dlm bdn org yg kena santau angin.
3. Adakah santau angin yg dihantar tidak melalui makanan tidak akan melibatkan muntah2.
Jika tidak keberatan dan tuan berkesempatan, bolehkan tuan menceritakan secara terperinci di dalam blog tuan tentang sihir2 yg melibatkan santau terutamanya santau angin.
Terima kasih saya dahului.
Salam,
Santau dikategorikan sebagai sihir juga dan mempunyai ciri-ciri khusus spt batuk selepas 12.00 malam, perasaan tertekan dsb.
Santau di bahagikan kepada 5 jenis iaitu santau tuju, santau angin, santau makanan, santau langkah dan santau tuju makanan
Santau angin jin dihantar dengan menjentik jari kepada mangsa melalui gerakan angi.
Santau tuju menghantar jin melalui udara dari jarak jauh
Santau makanan jin dimasukan ke dalam makanan
Santau langkah, jin ditabur keliling rumah, jika terlangkah mangsa akan kena dan
santau tuju makanan jin dituju pada makanan tetapi dengan mangsa yang secara spesifik.
InsyaALLAH akan dtulis dalam artikle mendatang
Assalamualaikum. Apakah yang dimaksudkan dengan 'khadam ayat' dan apa pula tanda dan kesannya?
terima kasih.
Post a Comment