AlhamduliLLAH dan tahniah kepada JAIS yang telah berjaya mengumpulkan para pengamal rawatan Islam pada 3hb. Nov. yang lalu.
Pembentang kertas kerja yang pertama alFadhil Ust. Dr. Zulkifli memberikan garis panduan berkenaan rawatan Islam yang berkisar dari definasi, keperluan menuntut, isu sihir serta tangkal/azimat dan sebagainya.
TG Harun Din mencadangkan pengharaman penggunaan tangkal kerana mudah sangat untuk terjatuh kepada syirik, namun Dr. Zul menegaskan apabila Islam mengatakan harus maka hukumnya tetap harus dan bersetuju supaya seboleh mungkin tangkal yang harus ini tidak digunakan.
AlFadhil Ust. Dato' Ismail Kamus walaupun kelihatan uzur dengan masalah buah pinggangnya tetap ingin menyumbang sebagai pembentang kertas kerja yang kedua. Dalam keadaan payah ust. menerangkan beberapa penyelewengan dalam rawatan seperti pembedahan batin, ancak, makyong dan sebagainya. Beliau juga menceritakan kisah seorang pengembara yang membakar jin dengan menggunakan ayat kursi.
Seorang peserta mencadangkan agar perawat tidak mengaitkan gangguan dengan saka kerana ini adalah fitnah kepada orang yang telah meninggal. Beliau juga mencadangkan perawat Islam menggalakan penggunaan dirham dan dinar sebagai bayaran imbuhan merawat.
Saya ingin tegaskan pendirian saya dalam hal-hal di atas. Yang pertama kaitan ayat dengan khafiat seperti penggunaan ayat kursi untuk membakar jin. Lebih mudah bagaimana sesuatu surah atau ayat al-Quran mempunyai "kuasa" untuk tujuan tertentu seperti membakar, memecah dsb.
Dalam sebuah kitab yang menyelidik bagaimana bacaan Al-Quran boleh menyembuhkan penyakit dinyatakan keberkesanan mendengar bacaan Al-Quran dalam menyembuh penyakit.
Sebagai perawat kita diajar dengan pendapat Ibnu Taimiyah yang juga dipertegaskan oleh Imam AsShafie bahawa para perawat hendaklah beriktikad bahawa ayat-ayat Al-Quran tidak akan memberi apa-apa kesan kecuali dengan izin ALLAH. Barang siapa yang beriktikad ayat-ayat Al-Quran memberi kesan tanpa menghubung-kaitkan dengan izin ALLAH ia telah melakukan "penduaan" dalam tauhid uluhiahnya yang boleh menjatuhkannya kepada syirik.
Di sinilah titik tolak mudahnya seorang perawat mensyirikkan Allah secara khafi.
Bagaimana pula dengan penegasan ALLAH yang selalu dibaca oleh perawat tentang "Kami turunkan daripada Al-Quran itu, penyembuhan dan rahmat bagi orang mukmin...". Bukankah ALLAH sendiri menegaskan pada ayat-ayat Al-Quran itu ada "ayat-ayat" yang boleh dibaca untuk penyembuhan?
Bagaimana pula tentang penegasan berkenaan madu, bekam, habbatus sauda yang diulas oleh TH Harun Din bahawa para perawat jangan asyik merawat secara rukyah tetapi rawatan itu luas termasuklah penggunaan bahan dan juga berbekam.
Pegangan kita sebagai perawat ialah apabila sesuatu itu ditegaskan berdasarkan Al-Quran dan Hadis, ia adalah benar dan mesti diimani. Bezanya keimanan dan keyakinan bahawa ayat Al-Quran atau bahan bahan-bahan rawatan boleh digunakan sebagai syifa tersangkut kepada IZIN ALLAH. Meletakan kesembuhan kepada ayat mahupun bahan semata-mata seperti kata-kata jika anda sakit batu karang bacalah ayat pemecah boleh menjerumus kepada mensyirikan ALLAH, na'uzubiLLAH.
Bagaimana pandangan peserta tentang menyatakan kepada pesakit yang dia ada saka?
Perawat yang berpengalaman, sepertimana seorang doktor mestilah mendiagnos pesakit terlebih dahulu. Kondisi pesakit, simptom semasa jaga, semasa tidur, perangai dsb mestilah dicerap sebelum melakukan rawatan. Sekiranya pesakit seorang yang "panas baran", suka makin daging kambing, bermimpi didampingi harimau putih... seorang perawat boleh menyimpulkan bahawa pesakit "mungkin" berSAKA harimau. Perawat seterusnya mendiagnos dengan teknik-teknik lain seperti teknik 18-81 dsb bagi menajamkan diagnosnya.
Setelah diyakini maka perawat memaklomkan bahawa dia "mungkin" bersaka. Rawatan saka tak sama dengan sihir, mahupun jin kubur, jin rumah, jin asyik, jin tasik dsb.
Pesakit misalnya didiagnos makanan kegemaran saka, maka pesakit sebagai tanda protes tak mahu bersaka perlu diajar supaya menjauhi makanan berkenaan. Pesakit juga perlu diajar menjadi vegeterian dalam suatu tempoh masa dan kesan dari aktiviti vegeterian ini berlaku provokasi dsb.
Menyatakan bahawa pesakit "mungkin" bersaka, kena sihir, asyik, jin kubur dsb tidak salah. Yang salah adalah mengatakan secara pasti anda bersaka, anda kena sihir, dalam badan anda ada 35 ekor jin dsb. Ini perbuatan menilik! Jauhilah dari menjadi kahin yang amalannya tidak diterima oleh ALLAH SWT.
Menyentuh penggunaan dinar dan dirham sebagai imbuhan merawat dengan alasan untuk mengajak masyarakat kepada sistem kewangan Islam adalah suatu yang tidak praktikal. Bayangkan 1 dinar @ dirham sekarang bernilai RM800.00! kita tidak perlu menyusahkan pesakit yang sudah sakit....
Pengumuman:
Tahap 1 akan diadakan pada 22-23hb. Januari 2012 bertempat di Akrine Kuang.
Untuk tahap ini kursus akan memfokuskan kepada perkara-perkara asas dalam rawatan Islam. Kursus ini adalah bagi pelatih baru dan juga kepada pesakit yang mahu merawat dirinya sendiri.
Pada tahap ini, peserta akan diajar antaranya:
* Pengenalan kepada makhluk halus
* Kaedah membenteng diri
* Teknik mengesan
* Teknik racun
* Teknik dialog
* Teknik mengeluar (tarik guna serban / botol) atau membunuh
* Teknik mandian
* Teknik bakar batu-bata
* Akrionics
* Garis panduan merawat
* Latihan rawatan
Untuk tahap ini kursus akan memfokuskan kepada perkara-perkara asas dalam rawatan Islam. Kursus ini adalah bagi pelatih baru dan juga kepada pesakit yang mahu merawat dirinya sendiri.
Pada tahap ini, peserta akan diajar antaranya:
* Pengenalan kepada makhluk halus
* Kaedah membenteng diri
* Teknik mengesan
* Teknik racun
* Teknik dialog
* Teknik mengeluar (tarik guna serban / botol) atau membunuh
* Teknik mandian
* Teknik bakar batu-bata
* Akrionics
* Garis panduan merawat
* Latihan rawatan
10 comments:
Salam Tuan Guru, baru ni saya tgk 10 dirham bersamaan Rm230. Kalau 1 dirham tu mungkin dalam Rm20 lebih. So Insya'allah tak menyusahkan malah menggunakn matawang yg digalakkn dlm Islam. Wallahualam.
Salam,
Persoalannya ada tak wang 1 dirham dipasaran. tolong check!
salam..tuan guru....saya pelajar uitm shah alam..boleh x saya hendak terlibat dengan kursus ini...
salam...tuan guru....saya berminat dengan kursus ini....boleh x saya nak join...saya pelajar uitm shah alam
Salam, syarat nak belajar, boleh! SMS ke no. hp berkenaan
Assalamualaikum wht Ustaz, Sebagai seorang Perawat Islam, saya amat menyokong apa yg diperkatakan Ustaz di dlm posting di atas. Saya juga ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih dan syabas kpd Ustaz yg telah banyak membantu masyarakat, khususnya di dlm Perubatan Islam. Saya mendoakan agar Ustaz terus menerus dpt berkhidmat serta menaburkan jasa dan bakti; dilimpahkan rahmat yg tak terhingga dan diberkati Allah SWT selamanya di dlm berjihad menentang segala kezaliman dan kejahatan manusia, jin, syaitan dan iblis laknatullah. Insyallah. Bismillahuakhbar!
Dirham dikeluarkan oleh dinarkel. Cumanya nak ditukar balik ke duit fiat susah sikit. Tak ramai yang menerimanya.
insyaAllah...sukran ustaz
Ramai orang pakai dinar dan dirham lebih kepada mengharapkan kenaikan harga emas.... gold trade
Assalamualaikum ustaz.. kalau diberi keizinan ,saya ingin belajar dengan ustaz.. sbb saya ingin belajar ,saya memang berminat dgn rawatan islam,dan caranya... tetapi saya tidak tahu ingin belajar dimana... lagi 1 satu takut salah belajar... takut bertengtangan pula dgn islam.. harap ustaz sudi mengajar saya...dan saya juga.ingin mendalami islam.lagi.... assalamualaikum...
Post a Comment