Puan A merupakan salah seorang pesakit saya yg terpaksa menjalani proses rawatan berkala semenjak bulan Ogos lepas. Semuanya bermula apabila Puan A mengalami sakit yg menyebabkan beliau terpaksa berulang alik ke hospital 2 kali setiap bulan. Puan A adalah mangsa kpd seorang saudara terdekat (Puan J) yg sering menghantar jin2 miliknya.
Setiap rawatan berjaya membongkar byk rahsia Puan J selama ini. Beliau hidup bermadu (isteri kedua) setelah kematian suami pertamanya. Sepanjang hidup bermadu, beliau telah byk menggunakan mentera2 pengasih, penyeri, pemikat dan sebagainya demi utk menakluki hati suaminya. Malahan beliau sanggup menggunakan mentera tertentu supaya suaminya bermasalah apabila bersama dgn isteri pertama (Puan N). Sekian lama perbuatannya sehinggalah suaminya mengalami masalah kelamin. Angkara perbuatannya, beliau sendiri berhadapan dgn masalah hubungan kelamin dgn suaminya.
Tanpa Puan J sedari, amalan2 salah beliau telah mengundang byk jin2 pendamping. Jin2 tersebut berada di luar dan di dalam tubuh beliau. Demi mengurangkan beban yang ditanggung olehnya, Puan J bertindak memindahkan jin2 tersebut kpd Puan A.
Rawatan semalam juga berjaya membongkar rahsia bhw Puan J juga memiliki seorang anak yg diberi nama Yassin hasil dari hubungan sulitnya dgn jin. Yassin akhirnya muncul utk berdialog setelah dicabar sebagai pengecut. Beliau dikenali sebagai ketua kpd kesemua jin yg dihantar Puan J kpd Puan A. Yassin tidak agresif. Beliau mengaku mengikuti setiap dialog yg berlaku antara saya dan anak2 buahnya sepanjang rawatan sebelum ini. Yassin mengaku bertanggungjawab atas perbuatannya. Yassin seperti tidak kesah jika dihantar ke Serambi Madinah (SM) dan berpisah dgn maknya (Puan J). Tanggapan saya mungkin juga Yassin amat menyedari akan kesalahannya selama ini dan beliau amat2 menyesal. Beliau akhirnya mengajak kesemua anak2 buahnya memperbaharui syahadah dan dihantar ke SM.
Walaupun Yassin serta anak2 buahnya telah berjaya dihantar ke SM namun masih ada jin2 lain yg menginap di badan Puan A. Mereka adalah jin2 yg dihantar secara berasingan dan tidak di bawah pemerintahan Yassin. Diketahui ada 7 lagi jin2 yg tertinggal. 4 jin lelaki dan 3 jin wanita.
Kesemua jin2 lelaki berjaya dihantar ke Seri Petaling. Hanya 1 dari 3 jin wanita berjaya dikeluarkan. Rawatan terpaksa dihentikan krn salah satu dari jin wanita tersebut bernama Zaharah amat meminati saya dan mula berkelakuan tidak senonoh terhadap saya. Puas memujuk akhirnya Zaharah bersetuju dihantar ke Serambi Al-Quds.
InsyaAllah rawatan akan diteruskan lagi di masa akan datang.
*Semua yang berlaku adalah dengan izin Allah swt*
Kursus Rawatan Islam - Perawat Mantap dan Hebat - Kuala Lumpur
-
Artikel ini memerlukan anda sedikit berfikir dan merenung atau bermuhasabah
diri. Diharap anda bersabar membacanya. Dan semoga Allah s.w.t memberikan
ke...
4 years ago