Jin yang merasuk seorang wanita memberitahu saya bahawa dia hanya bekerja sahaja. Dia diminta supaya tinggal di badan wanita berkenaan. Majikannya tidak menyuruh dia menyakitkan wanita ini.
Saya tanya dia siapa majikannya. Katanya dia dan rakan-rakan mencari kerja dan ditawarkan oleh sebuah agensi pekerjaan jin di Perlis! Eh.. jin juga ada agensi mencari kerja. Ada katanya dan ramai yang mendaftar dengannya.
Seperti biasa saya nasihatkan dia tentang kesan bila dia tinggal di tubuh manusia, manusia itu akan sakit dan jika pesakit ini berjumpa perawat dia kemungkinan akan dibakar, disembelih dan sebagainya. Dia memberitahu saya bahawa majikannya tidak pula memberitahu hal-hal yang demikian. Akhirnya dia bersetuju ke Serambi Madinah beramai2.
Dalam kes ini kedapatan kumpulan jin sihir yang menubuhkan agensi pekerjaan tanpa memberitahu jin2 berkenaan bahawa mereka telah digunakan sebagai jin jahat. Ini juga menyedarkan kita tidak semestinya jin yang mengganggu itu jahat 100%. Para perawat perlulah berhati-hati dalam membuat keputusan bila berdepan dengan gangguan.
Kursus Rawatan Islam - Perawat Mantap dan Hebat - Kuala Lumpur
-
Artikel ini memerlukan anda sedikit berfikir dan merenung atau bermuhasabah
diri. Diharap anda bersabar membacanya. Dan semoga Allah s.w.t memberikan
ke...
4 years ago
2 comments:
Salam Ustaz,
Saya ingin bertanya lebih lanjut mengenai jin yg masuk ke dalam dan mendiami tubuh badan manusia seperti catatan Ustaz dalam posting ini dan paragraph di bawah.
Jika jin tersebut hanya menduduki badan manusia tanpa apa2 niat jahat adakah manusia tetap akan merasai kesan negative dari tindakan jin ini Ustaz?
"Seperti biasa saya nasihatkan dia tentang kesan bila dia tinggal di tubuh manusia, manusia itu akan sakit dan jika pesakit ini berjumpa perawat dia kemungkinan akan dibakar, disembelih dan sebagainya. Dia memberitahu saya bahawa majikannya tidak pula memberitahu hal-hal yang demikian. Akhirnya dia bersetuju ke Serambi Madinah beramai2."
Salam kentang,
Manusia tetap xselesa bila jin tinggal dalam tubuhnya. Setidak2nya manusia berkenaan berada dalam 2+1, hilang identiti, berfikir secara dualisma...w'pun tidak sakit fizikalnya
Post a Comment