Saya mulakan merawat dengan membaca Ar-Rahman sebanyak 41x. "cukup, cukuplah tu...." rayu jin yang mengganggu puan R yang ada kes teknik simcard sebelum ini.
Maka saya keluarkan atau sembelih kumpulan demi kumpulan biizniLLAH.
Dengan penuh kesyukuran kepada ALLAH kami panjatkan kerana usaha2 rawatan hampir ke destinasi akhir kesembuhan apabila jin2 sihir, jin pokok kelapa sawit, jin kebun bunga dan jin batang paip dipindahkan ke Serambi Madinah.
Tiba-tiba muncul lagi jin baru, saya tanya dari mana? "Kuang" katanya. "Awak tentera Islam?" soal saya. "Ya" jawabnya... ahh sudah ini kali kedua tentera Islam masuk ke dalam badan pesakit saya. Dulu pesakit yang saya ceritakan "Secantik Nabi Yusuf". Lalu saya membuat telahan yang sama. "Apakah pada badan wanita ini ada jin yang cantik atau alim, sehingga kamu masuk?". Saya lontarkan pertanyaan.
"Tidak ustaz, dia wanita baik. kami mahu menolongnya dan di badannya ada jin2 yang jahat.. kami geram ustaz!" jawab jin berkenaan. Yang jelas dia menggunakan perkataan kami menunjukan ramai. "Bila awak masuk ke tubuhnya?" tanya saya lagi. "Kami sentiasa mengikutinya walaupun dia telah balik ke rumahnya di Johor, kami masuk bila sekumpulan jin dari Mesjid Sg. Plong masuk mengganggu selepas dia solat hajat di mesjid ini sebelum berjumpa ustaz".
"Kalau niat awak nak tolong, marilah kita bergabung kerana ALLAH tanpa ikatan ataupun upah" ajak saya dan saya teruskan merawat.
Maka keluarlah ketua gangster sihir yang selama ini mengganggu puan R kerana dendam dan dengkinya seorang pengupah wanita. Kemudian saya berdepan dengan kumpulan jin dari Mesjid Sg. Plong. Kemudian tentera Islam mohon keluar, mereka keluar dalam tempoh yang agak lama, menunjukan ramainya yang masuk dan yang terakhir memberi salam.
Suami puan R menceritakan kepada saya selepas rawatan sebelum ini, puan R sentiasa bertahajjud dan solat hajat setiap lepas solat.
Inilah yang berlaku, apabila pesakit membantu dirinya untuk mencari kesembuhan dengan mendekatkan dirinya kepada ALLAH, insyaALLAH bantuan ALLAH kepada pesakit dan perawat akan datang kerana itulah janji ALLAH.
Seruan saya kepada pesakit, sakit adalah ujian dari ALLAH... adakalanya sakit adalah tanda ALLAH sayang kepada kita, ALLAH ampunkan dosa orang yang sakit jika dia redha dan berusaha mencari kesembuhan. Adakalanya sakit menyedarkan kita bahawa kita adalah hambaNYA dan menyebabkan kita tawadduk dan syukur sebagai hambaNYA
Kursus Rawatan Islam - Perawat Mantap dan Hebat - Kuala Lumpur
-
Artikel ini memerlukan anda sedikit berfikir dan merenung atau bermuhasabah
diri. Diharap anda bersabar membacanya. Dan semoga Allah s.w.t memberikan
ke...
4 years ago
No comments:
Post a Comment