Hari Sabtu yang lepas, saya diminta oleh sepasang suami isteri untuk mencukur rambut anak kesayangan mereka.
Setelah 7 tahun berumahtangga dengan izin ALLAH memperkenan doa hamba2NYA maka pasangan ini akhirnya dikurniakan seorang putera.
Semasa saya merawat isterinya, dia mengalami edaran haid yang tidak teratur dan sakit di bahagian pinggang. Mereka juga (kalau tak silap ingatan saya) tidak dapat bersama buat sekian lama. AlhamduliLLAH suaminya seorang penyabar dan meletakan pergantungan bulat kepada ALLAH.
Pada peringkat awal rawatan saya, suaminya tidak menemaninya... hanya kawan rapat sahaja sebagai teman. Bagi suaminya pada masa itu dia sudah banyak menemani isterinya untuk mencari kesembuhan. Melihat perkembangan positif isterinya, akhirnya dia datang bersama untuk menemani dan adakalanya dirawat sama.
Dengan izin ALLAH saya telah berdialog dengan jin2 yang mengganggu... jin ini ada kena-mengena dengan bekas kenalan wanita ini. Jin2 memakan telur wanita ini (tidak benar jin hanya memakan asap!) sehingga menghalang wanita ini dari mengandung. Akhirnya ada yang disembelih dan ada juga yang dikeluarkan...suatu hari saya mendapat panggilan dari mereka berdua memberitahu pasangan ini bakal menimang cahaya mata.
Sebagai tanda syukur kepada ALLAH dan mungkin penglibatan rawatan saya, pasangan ini meminta saya membotakan kepala anaknya...maka botaklah sicomel ini
Saya juga menerima email ucapan terima kasih serta kesyukuran dari seorang guru di Sarawak yang isterinya sedang mengandung selepas saya rawat di Kuantan beberapa bulan yang lalu.
Yang nyata ada ketikanya seseorang terhalang dari mengandung disebabkan gangguan makhluk halus. Berikhtiarlah sehingga ALLAH memperkenan kesembuhannya.
Kursus Rawatan Islam - Perawat Mantap dan Hebat - Kuala Lumpur
-
Artikel ini memerlukan anda sedikit berfikir dan merenung atau bermuhasabah
diri. Diharap anda bersabar membacanya. Dan semoga Allah s.w.t memberikan
ke...
4 years ago
3 comments:
Assalamualaikum wbt>>
Alhamdulillah berkat usaha dan sabar akhirnya Allah menganugerahi kesembuhan..
Isteri saya juga pernah gugur disebabkan oleh gangguan makhluk halus. Alhamdulillah kami dapat juga anak pada tahun lepas..
terbaru (1bulan lepas) jin yang masuk badan adik ipar saya memberitahu bahawa mmerekka ingin menjadi isteri saya mandul NAU'ZUBILLAH.. Semua dengan izin Allah Taala..
Moga Allah memelihara kita semua agar terus berjuang menentang musuh yang nyata dan terlindung
Salam ustaz,
Saya juga mengalami masalah yg sama. Sudah 2 setengah tahun kami kawin tapi masih belum dikurniakan c.mata. isteri ada tanda gangguan, sy cuba rawat tp belum berhasil tambah pula kami berjauhan skrg.Harap ustaz dpt membantu - afian, sepang.
Ni kisah baru pada saya. Teruskan usaha dan tawwakal ustaz, Allah sentiasa bersama mu.
Post a Comment