Itulah kata2 guru saya semasa mengulas kata2 dari seorang perawat dari Indonesia bahawa TG "kurang ajar".
Maksudnya TG mengakui bahawa banyak perkara yang dia tidak mengajar dan kerana itulah TG masih merasakan ada banyak kekurangan. TG juga mengagihkan kepakaran, jika Jin diserah pada Ust. Rashid, santau Tn.Hj. Mokhtar, herba Dr. Rahman UPM, tajwid Ust Zul dsb.
TG tidak pernah mengatakan "semua mesti ambil ilmu dari saya, cukuplah saya saja dan yang lain semuanya salah". Tetapi akhirnya ada yang fanatik mengatakan ini bukan dari guru kami dan dan cukuplah kami dengan rukyah syariah dan biarlah kami dilihat kuno...
Sikap fanatik sahaja boleh dimaafkan tetapi apabila timbul rasa hasad, dengki kepada kaedah rawatan adalah suatu yang malang dan menjauhkan kita dari bantuan ALLAH, mana mungkin ALLAH membantu perawat jika perawat adalah pemilik PHD tanpa masuk universiti...
Tulisan ini adalah jawapan saya kepada satu email yang bertanya kepada saya kenapa Rawatan Islam berbeza-beza....
Sebenarnya tidak berbeza dari segi dasar hanya berbeza dari segi cabang atau ranting. Ada yang guna rukyah dia guna rukyah, ada yang yang pukul dengan serban pukullah dengan serban, ada yang beri air dapatlah air rukyah, ada yang nak tahsin dapatlah tahsin, yang nak pindah dalam telur, botol, buah limau maka pindahlah jin ke bahan berkenaan. Ada yang sembelih maka matilah jin itu, ada yang masuk botol kemudian hanyut dalam sungai maka ISAlah jin itu...
Kenapa rawatan tak sama.... pertama perkataan rawatan Islam itu sendiri tidak tepat. Berdepan dengan gangguan makhluk halus hanyalah sebahagian kecil dalam rawatan Islam yang syumul. Tak apalah mungkin yang dimaksudkan rawatan gangguan kenapa tak sama?
Kedua, ia lebih kepada dari mana anda mendapat ilmu rawatan berkenaan. Guru anda mengajar anda teknik rawatan. Bukankah sumbernya Al-Quran, hadis dll? ya betul tetapi ada setengah pihak boleh menerima keseluruhan dan ada yang tidak. Contoh, rukyah syariah dikatakan satu2nya teknik RasuluLLAH. Sedangkan RasuluLLAH juga pukul dengan serban, RasuluLLAH juga dialog spt katanya "inni RasuluLLAH...ukhruj ya 'aduuLLAH" aku adalah pesuruh ALLAH, keluar wahai musuh ALLAH.
Ketiga, Guru mengambil ilmu dari guru sebelumnya dan guru juga berexperiment dalam rawatannya. ALLAH menguji perawat dengan pelbagai masalah yang tidak ada pada buku... ALLAH mengilhamkan jawapan maka timbullah teknik-teknik rawatan bagi kes2 yang lebih spesifik. Lain perawat lain ujiannya sesuai dengan janji ALLAH melalui lidah RasulNYA "setiap penyakit ada ubatnya"
Alangkah cantiknya jika semua yang ALLAH kurniakan ilmu rawatan dapat mengkongsikan ilmunya... bagi yang mendapat ilmu pula jangan mendabik dada bahawa inilah satu-satunya rawatan Islam, yang lain adalah palsu!
Saya hairan kepada ketaassuban, kefanatikan dan megah dengan pengijazahan sehingga melihat gurunya sahaja yang betul dan menolak rawatan lain.
Kursus Rawatan Islam - Perawat Mantap dan Hebat - Kuala Lumpur
-
Artikel ini memerlukan anda sedikit berfikir dan merenung atau bermuhasabah
diri. Diharap anda bersabar membacanya. Dan semoga Allah s.w.t memberikan
ke...
4 years ago
7 comments:
Semoga istilah dan ilmu perubatan Islam itu sendiri akan berkembang dan tidak disalah tafsir atau diberikan tafsiran yang sempit kepada penggunaan rukyah semata-mata.
Saya juga ada menulis ringkas mengenai tajuk tersebut di:
http://annaziri.blogspot.com/2008/12/wujudkah-ilmu-perubatan-islam-secara.html
Salam Ustaz,
Saya bersetuju dengan pendapat Ustaz.
Dalam mencari ilmu, kita harus sedar bahawa ilmu itu luas dan tidak semua orang mempunyai kesemua ilmu.
Oleh itu, lebih banyak rujukan, pendapat, kajian, R & D, lebih padat ilmu itu.
Kita juga perlu sedar akan dinamiks kehidupan harian. Masalah baru akan timbul dan penyelesaian baru perlu dicari.
Oleh itu ilmu dari pelbagai pihak dan sumber pada pendapat saya lebih meluas skopnya dan lebih comprehensive
Salam Ustaz,
Kita perlukan pakar rawatan berikut:
a. Sihir
b. Santau
c. Saka
d. Susuk
e. Histeria
f. Sawan
g. Badi
Usaha-usaha harus dibuat supaya ada dikalangan pengamal yang menjurus dalam bidang berikut.
Rantau asia juga dikenali dengan ilmu hitam yang pelbagai, orang asli, siam, dll. Ada yang guna teknik bakar patung, ikat jin, simcard dll. Perawat mestilah mengetahui teknik2 merawat tidak sekadar merukyah sahaja
Salam Ustaz,
Antara ilmu rawatan yang saya ketahui dari Ustaz adalah bahawa jin2 berlapis-lapis dalam tubuh pesakit.
Kerana itulah w'pun telah disembelih dan mati tetapi muncul jin baru dengan perwatakan yang sama.
Hal ini hanya saya tahu melalui Ustaz.
Terima kasih dan teruskan RnD Ustaz.
Salam,
Biasalah Ust, dalam Islampun ada 4 mazhab resmi.
Ada juga mazhab yang gaduh-gaduh spt sunni dan syiah di Pakistan.
yang penting jgn ambil pusing sangat kepada perbezaan tetapi carilah persamaan.
Assalamualaikum wbt>>
Kepada Anomymous sunni dan syiah bukan mazahab. Tapi sunni dan syiah berbeza dari segi iktiqad sebagai contoh syiah mengkafirkan sahabat Rasulullah. Harap info..
Kepada ust bagi saya kita memang perlu kepada penyatuan para mualij, ada mualij yang menggunakan kayu koka, ada yang kata syirik. tapi ini semua teknik..
Apa kata jika kita cuba bawa seorang mualij yang terkenal di alam jin dan manusia iaitu Sheikh Wahid ke Malaysia dan semua mualij boleh buat diskusi dengan beliau. dan melantik beliau sebagai salah seorg penasihat..
Wallaua'lam
Salam Yg Berbahagia Ust. Majid,
Masalah khilaf ini sudah biasa berlaku dr zaman salafus soleh lagi.
Ianya terserah kepada kebijaksanaan kita dalam menanganinya secara hikmah.
Sy kagum dengan sikap keterbukaan Ust dalam menangani & menghadapi perihal sikap serta perangai segelintir manusia di sekeliling.
Semoga Ust sekeluarga serta AKRINE berada di dalam rahmat & lindungan ALLAH S.W.T.
Post a Comment