Syasha baru berumur 5 tahun. Jarak antara Syasha dan adiknya Syamim adalah 4 tahun. Selama tempoh tersebut Syasha tak pernah bosan krn dia sering ditemani oleh Afif, teman lelaki sebaya yg tidak dapat dilihat oleh org lain.
Ibubapa Syasha begitu bimbang dgn tingkah laku Syasha yg pelik dan tidak normal seperti kebanyakan kanak2 yg lain. Syasha kelihatan sering bercakap dan bermain sendirian. Perlakuan Syasha disedari oleh hampir kesemua ahli keluarga serta sanak saudara yg lain.
Ibubapa Syasha telah cuba berubat di merata tempat krn risaukan masa depan anaknya. Malangnya tidak ada sebarang perubahan dlm kehidupan seharian Syasha. Malahan ada dikalangan perawat yg ditemui menghalalkan persahabatan tersebut.
Pada hari Khamis yg lepas sy menemui ibubapa Syasha di rumahnya. Syasha kelihatan seperti kanak2 yg lain. Dia agak malu2 dan takut terutamanya apabila berhadapan dgn ‘stranger’ seperti sy. Setelah berbincang dgn ibubapanya, sy membuat keputusan supaya tidak melakukan apa2 rawatan terhadap Syasha. Malahan sy mengajarkan ‘ayat2 tutup pandangan’ supaya dapat diamalkan oleh ibubapanya terhadap Syasha.
Sy meluangkan masa sy di rumah itu dgn melakukan rawatan terhadap kedua ibubapanya. Sy juga ambil kesempatan merawat Syasha apabila beliau tertidur kepenatan sementara menunggu ibubapanya selesai dirawat.
Pada hari Sabtu lepas, seperti biasa sy merawat seorg pesakit lain (Puan F) yg menjalani rawatan secara berkala. Puan F mengadu ada kesan lebam di peha kirinya sebesar duit syiling 50 sen. Semasa berdialog dgn jin yg berada di jantung Puan F, kaki beliau bergerak2. Setelah jin tersebut dihantar ke Serambi Madinah(SM), Afif muncul memperkenalkan diri. Afif memarahi sy krn Syasha tidak lagi berupaya melihatnya. Dia telah melebamkan peha Puan F sbg tanda kemarahannya dan sbg signal utk berdialog dgn sy.
Afif seperti kanak2 yg lain tidak sikit pun bertindak agresif sepanjang sesi rawatan. Pada awalnya Afif hanya menggunakan ‘sign language’ dan tidak mahu berkata2. Bila sy menyampaikan dakwah pdnya beliau mula memberi sepenuh perhatian, mendengar dgn teliti dan mula mengeluarkan suara utk berbicara. Afif memberi kerjasama sepenuhnya apabila diminta masuk sendiri ke dlm botol, sebelum dihantar ke SM. Malahan mendesak2 supaya segera dihantar ke SM dgn kata2, “Cepat la, cepat la, nak main…”.
Sy hubungi bapa Syasha bg mengetahui statusnya. Kata bapanya, Syasha sudah berubah sepenuhnya. Sy kemudian minta bapanya supaya meneruskan amalan membaca ‘ayat tutup pandangan’ pd Syasha agar Syasha terhindar dr jin2 lain yg mungkin ambil kesempatan atas kesunyian dan kerinduannya terhadap Afif.
*Semua yang berlaku adalah dengan izin Allah swt*
Kursus Rawatan Islam - Perawat Mantap dan Hebat - Kuala Lumpur
-
Artikel ini memerlukan anda sedikit berfikir dan merenung atau bermuhasabah
diri. Diharap anda bersabar membacanya. Dan semoga Allah s.w.t memberikan
ke...
4 years ago
7 comments:
Salam Ustaz,
Boleh saya tahu apa ayat/teknik tutup pandangan tu..
TK
Assalamualaikum ustaz,
Saya pon nak tanya soalan yang sama tentang teknik tutup pandangan tu.
Boleh tak saya guna teknik ni untuk budak kecik (baby) yang menangis sebab nampak 'benda'?
Salam semua..
Alhamdulillah ramai yang telah mengikuti blog ustaz majid dan tak ramai juga yang turut berguru di blog ini. Izinkan saya mencelah, x salah untuk mengamalkan ilmu2 yg diperturunkan oleh YBhg ustaz, tapi adalah lebih baik anda semua berguru secara bersemuka lebih afdal. sertailah kursus2 ustaz majid supaya lebih faham dan arif. Takut nanti anda berguru dengan 'sang guru' pula. Bukan mudah utk menjdi perawat Islam.
Sekian.
Salam anonymous.Bukan tidak mahu berguru secara bersemuka,tetapi kes seperti saya,belum ada lagi kesempatan dari segi masa dan kewangan untuk menyertai mana mana kursus rawatan Islam.Jadi inilah cara terbaik yang dapat kami lakukan untuk belajar.Saya rasa ramai juga orang yang dalam situasi seperti saya ini.
A'kum.
Ayat menutup pandangan yg digunakan dlm "Pengalaman Merawat 9" ialah Yaasin ayat 9.
Caranya: bacakan ayat tersebut dgn tartil, hembuskan pada tapak tangan, tekupkan tapak tangan pada kedua mata, kedua telinga dan jantung.
Tambahan: bacakan ayat tersebut pd tapak tangan, gayakan seperti membina halangan pd keliling pesakit.
Penting: bulatkan yakin serta tawajuh pada Allah.
*Semua yang berlaku adalah dengan izin Allah swt*
Terima kasih saudara muallij dengan ilmu yang diberikan.
Salam, sekiranya teknik ni dah diamalkan tp tak berkesan. Bagaimana pula?. sudah beberapa perawat yg saya temui tetp tetap sama anak saya pulang dan nampak semula. Walau bagaimanapun saya tdk berputus asa mungkin selepas ni menemui jalan baru seletah berjumpa perawat muda yg berwibawa spt utz.
Post a Comment