Sepertimana yang dimaklumkam dalam catatan pertama , pada hari Isnin 25hb Mei saya balik semula ke kampong untuk melihat perkembangan adik saya (tengok tajuk “email perawat dari negeri jelapang padi“ dalam blog ustaz). Alhamdu Lillah keadaannya bertambah baik. Selera makannya pun baik tetapi rasa malasnya masih ada.
Kehadiran saya di kampung telah diberitahu kepada rakan keluarga kami bernama puan D. Dia sebelum ini berpesan kepada ibu saya kalau saya balik minta diberitahukan kepadanya. Puan D datang kerumah ibu sebaik saja dimaklumkan. Beliau terus menceritakan masaalahnya tanpa diminta. Bahu kiri terasa amat sakit dan kepalanya pening. Beliau juga terasa sangat lemah. Saya disihir katanya. Bila serangan datang dia nampak OKS. Kuatnya serangan sampai kadang-kadang beliau terlentang dalam rumah. Saya tidak berkata apa-apa, membiarkan beliau bercerita sampai habis. Beliau kemudiannya meminta saya merawatnya.
Saya berkata Insya Allah walaupun saya bukanlah seorang perawat berpengalaman. Ilmu pun tak banyak. Macammana saya nak menolak permintaannya, sebab dia bersama suami sanggup bersengkang mata sampai pukul 3 pagi beberapa malam merawat adik saya pada bulan puasa lalu. Saya yakin membalas budi orang yang pernah menolong kita masa kita perlu adalah amalan mulia, malah dianjurkan agama. Kita memberi setakat kemampuan yang Allah kurniakan kepada kita. Kesembuhan terpulanglah kepadaNya, kerana kesembuhan itu milikNya mutlak. Kita hamba-hambanNya mengikhtiarkan saja, asalkan ada sedikit asas yang diajarkan oleh guru kita (Jazak Allah Ustaz Abdul Majid). {Beliau bukan perawat Akrine tetapi menggunakan ayat-ayat Al Quran dan doa dalam rawatannya. Beri’tiqad kesembuhan milik Allah. Ini disahkan oleh bapa saudara saya yang seperguruan dengannya}.
Saya bertanya kepadanya tidakkah dia merawat diri sendiri. Katanya ya,tapi tiap kali dibuang benda tu masuk balik,dah tak larat dah. Dia selalu serang di bahu sampai beliu sakit-sakit. Kalau nak ikutkan hati katanya nak tidur saja di rumah kerada terlalu lemah. Saya beritahunya hari ini saya kesuntukan masa sebab ada urusan lain selepas ini. Saya hanya ada setengah jam saja untuk merawat adik saya.
Terus saya pun mengajaknya hadir bersama semasa saya merawat adik saya. Mula-mula saya scan seperti biasa. Rupa-rupanya puak tu masih ada dan ramai juga. Saya rukyah dan tarik kehujung kaki. Saya tanya adakah yang terikat, isyarat kaki mengatakan ada. Saya terfikir, dulu pun ada yang terikat, saya lepaskan dengan izin Allah, sekarang terikat pula. Kalau macam ni, ini dah cerita sihir, bisik saya dalam hati. Puan D beritahu saya dia nampak ikatan. Tali ikatan berwarna merah di tengkok. Saya baca Al Fathi 1-3 dan buat isyarat memotong. Puan D kata dah lepas. Saya ulang tarik kehujung kaki dan sedut dengan botol. Eh! Kata Puan D, dia puja lagi ka? Sambil merenung botol. Saya tanya dia apa yang dia nampak. Dia nampak OKS sedang memegang patung dengan kedua belah tangannya. Pada masa itu saya tak teringat langsung untuk melupakan OKS (kalau itu memang OKS) dari kerja-kerja kejinya.
Saya teruskan usaha-usaha menarik sehinggalah menamatkan rawatan. Puak-puak tu tak habis-habis. Setelah membaca ayat penutup saya mengambil bata dan memperbaharui rukyah dan meletakkan semula diatas dapur gas. Saya meberitahu Puan D yang saya akan datang semula besok harinya untuk merawatnya insya Allah dan berpesan supaya suaminya hadir bersama. Bawa juga telekung dan air.
[catatan: Mulai dari saat beliau menceritakan masaalahnya kepada saya badan saya rasa satu macam saja. Kepala saya pun pening-pening sedikit sehinggalah sampai kerumah. Ini kes berat bisik hati saya. Saya memberitahunya saya akan meminta bantuan rakan saya iaitu En Tarmizi (perawat Akrine Jitra)untuk bergabung merawatnya. Malangnya Tarmizi ada urusan lain. Nampaknya saya keseoranglah menghadapi kes ini. Saya tawakkal sepenuhnya kepada Allah dan memohon bantuannya.]
Pada malamnya ,selepas solat isyak ibu saya menalipon memberitahu yang kaki kiri adik saya mengelupur dengan kuat sekali. Denyutan dirasai selepas ma’arib bermula dari dada bahagian atas turun kehujung kaki. Sampai saja denyutan itu kehujung kaki kirinya mulalah mengelupur sampai lebih kurang setengah jam baru reda dan kemudian hilang terus. Saya kata pada ibu mungkin puak-puak tu kepanasan kut, dan lari keluar melalui hujung kaki kiri. Haraap-harap begitulah wal Allahu a’lam. Selepas itu saya menalipon suami puan D tetapi dijawap sendiri oleh puan D. Memandangkan saya seorang merawatnya saya minta beliau datang kerumah ibu.
Sesi rawatan puan D
Sebelum bertolak ke kampong saya solat minta Allah permudahkan urusan serta memohon perlindunganNya untuk diri dan keluarga dirumah dan semua yang hadir masa rawatan.
Saya memulakan rawatan dengan TKR untuk mengetahui punca gangguan tanpa scan lagi kerana yakin puan D ada gangguan. Puan D mengikat sendiri matanya dengan tuala. Saya bacakan ayat-ayat yang sedia kita maklum. Katanya gelap tak nampak apa-apa. Saya ulangi ayat-ayat pembuka dan pelihat di tambah dengan surah duha keseluruhannya. Dia kata dah terang. Saya suruh dia tengok kesemua bahagian tubuhnya mulai dari kepala hingga kehujung kaki. Katanya dia nampak macam lembaga hitam . Belum pun sempat saya memberi arahan seterusnya dia mula menggigil. Dia nak masuk katanya. Dan saya nampak puan D nak kerasukan cepat saya buka penutup matanya dan menyuruhnya membuka mata. TKR ditamatkan.
Saya beralih kebelakang beliau dan memulakan rukyah. Menggigil lagi dan terus mengelupur. Saya pukul dengan serban berulang kali keseluruh tubuhnya. Kemudian jatuh, diam. Saya bacakan Al Haj: 19-22 dan terus beralih posisi kehujung kaki beliau. Di situ saya baca doa Jibril dan menghembus dengan kencang. Tak lama kemudian menggigil lagi. Puan D mula bercakap..
Puan D: bagi aku balik (maksudnya lepaskan dia ,dia nak balik.) aku nak balik kat tuan aku.
Saya tak tahu apa yang dia nampak. Mungkin sebab semalam dia hadir dan menyaksikan rawatan adik saya dimana jin-jin yang saya tarik keluar semuanya saya hantar ke SM atau ke Bermuda dengan izin Allah , maka dia pun takut dihantar kesana, wal Allahu a’lam. Saya kata balik jangan datang-datang lagi, takutlah kamu kepada Allah.
Saya teruskan dengan rukyah dan berdoa supaya jin-jin yang berada dalam tubuh puan D kepanasan. Dia menggigil semula saya teruskan rukyah. Tak lama kemudian dia sedar. Berihat sekejap kemudian saya minta dia baring dan menarik keluar dengan serban. Bila serban sampai ke dadanya dia mengelupur lagi. Saya tanya adakah kamu terikat, tidak katanya. Saya pun menyambung selawat Tafrijiah. Aduh! aku tak tahan ni, katanya. Aku nak ubat diri aku sendiri .
Saya: ubatlah dah kamu pandai
Puan D: aku nak bangkit ni.
Saya: bangkitlah.
Dia bangun duduk dalam keadaan bersusah payah. Mengangkatkan dua tangannya kearas dada dan mempertemukan dua tapak tangan. Ini cara bomoh Siam, bisik hati saya. Saya terus memerhatikan saja. Kemudian kelihatan dia menarik keluar sesuatu daripada badannya berulangkali.
Saya: campak semuanya kelaut jangan bagi balik lagi.
Kemudian saya tengok dia membuat aksi memungut sesuatu di atas lantai berulangkali. Saya arahkan dia musnahkan dan campak kelaut. Mungkin yang dipungutnya tu barang sihir kut, fikir saya. Lepas itu dia sedar tetapi lemah. Saya sambung tarik serban hinggan keparas lututnya. Nampak muka mengerutu. Saya sedut dengan botol. Tak lama kemudian puan D pulih sepenuhnya dan mengata badannya rasa ringan dan sakit-sakitnya dibahunya pun tiada lagi, Bi iznillah dan segala puji bagi Allah.
[cacatan: cerapan saya adakah puan D yang mengatakan “aku” nak ubat sendiri. Dia menggunakan perkataan “aku”. Sedangkan semasa sedarnya, kalau dia bercakap denga saya dia membahasakan dirinya “cik” (yakni bahasa sopan apabila bercakap dengan orang yang lebih tua dari kita). Saya berfikir mungkin itu jin bomoh atau sihir yang kepanasan bila saya merukyah. Dia nak rawat nak keluarkan geng-geng dia yang didalam supaya saya berhenti merukyah dan dia tak panas. Allah maha mengetahui. Keduanya pula, macamana dia yang tak pernah merawat dengan aksi bomoh Siam, begitu juga gurunya, dan rakan-rakannya yang pernah saya saksi buat macam tu. Masa itu pula dia kerasukan. Adakah dia itu jin bomoh siam yang merasuknya, atau jin saka yang nak menolongnya sebab dia boleh nampak makhluk tu semasa dia sedar. Mungkin rakan-rakan perawat terutamanya ustaz sendiri ada pandangan sendiri.]
Wassalaam.
Kursus Rawatan Islam - Perawat Mantap dan Hebat - Kuala Lumpur
-
Artikel ini memerlukan anda sedikit berfikir dan merenung atau bermuhasabah
diri. Diharap anda bersabar membacanya. Dan semoga Allah s.w.t memberikan
ke...
4 years ago
No comments:
Post a Comment